About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Saturday, December 29, 2012

Berani Ke Beli Barang Secara Online???

Assalamualaikum
Ada beberapa kawan aku yang beli online pakaian baby ngan aku, selalu duk tanya pasal kesecurean membeli secara online ni dan kami berkongsi pengalaman dan pandangan terhadap fenomena hangat skang ni.
Ye la..skang zaman semua di hujung jari kan. Apa mende yang ko tak bole tahu dengan hanya mencuit hujung jari telunjuk kome je???

Anak kome yang hilang pun kome boleh cari dengan hujung jari juga. Kan ada alat yang pasang kat pergelangan kaki anak yang jenis suka merayap tak tentu hala dalam mall ke, time jenjalan kat taman ke kan, kita mak ayah boleh tahu kedudukan anak sebab ada censored kat alat tu yang bagi tahu anak kat mana.

Siap bole set lagi sampai jauh mana anak tu bole pergi, pastu kalau dah lebih had, alat tu akan berbunyi..Alat ni sesuai la untuk mak yang jenis ralit time shopping nak-nak pula time YES skang ni kan. Anak ke laut, mak entah ke mana..apak lagi la tah mana tala kannnnn..

Teringat aku masa beli baju Alauddin kt Billion baru tu masa raya baru ni, de announcement pasal budak ilang...promoter baju budak tu senyum siap geleng-geleng kepala lagi...kata dia tiap-tiap hari de budak ilang kak, 1 hari 2 3 kali pulak tu...hahahaha...mak aku ngan aku bantai gelak je la.

Kebanyakkan kawan aku pun asalnya customer aku juga, pastu duk sembang cantik je jadinya semakin mesra gitu, bertukar-tukar pandangan la pula..tu yang bole jadi kawan tu :) Seronok sambil berniaga sambil buat kawan kan.

so, dalam kami duk berborak-borak tu, dia cerita dia semua beli online, lama dah tak beli kat kedai cam selalu tu la. Sebab senang, cepat lepas tu terus sampai depan pintu...gitu...

Aku cakap sama la macam aku pun. Memang jarang sangat beli kat mall ke kedai ke, semua aku beli online je. Suami aku pun sama, tu lagi la kaki shopping online.

Kawan aku ni cakap, aikkk..laki pun kaki shopping ye???? Shopping pe tu??? Laki aku xde la shopping baju kasut beg cam pompuan ni...dia kaki gadget la....semua gadget termasuk handset dan laptop dia beli online je....ada berani??????

Kawan aku siap tanya beli kat mana?Bole bagi link seller tak? Bab ni aku kene la tanya suami aku. Die je yang tahu pun. Sebab dia nak beli handset tapi cam tak berani sebab takut dapat yang rosak dan kene tipu...

Dan dia tanya apa tips untuk elak kene tipu. Tak ada la tips pula cuma kene lebih rajin sikit la...rajin cam ne??? Baca bawah lagi ye..:)

Pada aku, nak beli online apa-apa barang pun, pembeli tu mesti bukan seorang yang cerewet ye...diulangi lagi BUKAN SEORANG YANG CEREWET. Memang ada certain seller yang tak letak details lengkap sesuatu barang yang die jual.

Nak jadi pembeli pun kenelah bijak ye. Cam suami aku, dia memang akan survey sehabis-habisnya online seller yang dia nak beli. Dia biasa beli kat lelong dan ebay je, sebab mostly dalam tu ada kedai betul so in case de problem boleh ke kedai dieorang la untuk rujuk problem barang kan.

Tapi setakat ni tak de masalah pada barang. Semua elok dan masih berfungsi sehingga kini. Dapat pun seperti yang dinyatakan. Suami aku kalau beli gadget suka beli dengan cina...sebab apa???? Lebih jujur katanya....

Jujur macam mana? Bila kita tanya, "Barang u original ke?" Tak da bos, China mari, bukan original, This 1 original". Dia boleh mengaku barang dia original dan tak original. Memang tak de kisah punya. Pastu akan suggest kita barang yang kita betul-betul nak ikut kehendak kita, walaupun kene layan berejam-jam.

Tu pengalaman kami laki bini la...lain orang lain pengalaman kan. Bukan tak nak beli ngan melayu, tapi service melayu dalam bab gadget ni agak kurang mesra dan mostly mesti jawab, "Ala bang, xsure la pasal tu..saya tak tahu la..tak pernah dengar pun..".Pastu tak nak layan berjam-jam..Dah ko tak cukup ilmu pasal barang.mesti la orang tanya nak tengok apa yang ko tahu..huhuhu..memang kami tak tanya dah la tengok trkulat-kulat je rupenye..

Kalau nak beli gadget secara online, kene cari info pasal gadget yang kita nak tu. Contoh handphone kan, jenis cam ne kita nak tu, model apa, spec apa, ada warna apa, extra function apa, semua kene cari sendiri dulu sebelum digula-gulakan oleh seller online.

Mungkin rezeki suami aku ni bagus kot dalam belian online ni sebab tak pernah kene tipu. Tapi dia memang jenis nak beli apa-apa dia cari info pasal barang dia nak tu. Die search kat lelong barang dia nak, baca apa spec barang tu, amik model, cari kat google plak details lain yang mungkin tak de dalam lelong tu.

Pastu dah cukup semua, dia amik no phone seller dia tanya, barang ada ke x, originality, harga semua lengkap la tanya spec yang patut ada, sama ke tak. Kalau ada yang tak sama, tanya kenapa itu barang tak de mcam saya baca, tengok dia explain apa...

So lepas tu decide la... Dalam lelong ada komen dan percentage yang buyer lain bagi after berurusan dengan seller ni, kira ada feedback la. So bole refer la sama ada dapat feedback yang baik atau tak baik. Suami aku jenis dah beli ngan 1 seller tu, dapat eok pulak, dia beli ngan yang tu je la.

Tapi style dia akan beli kat seller yang memang jual gadget yang banyak jenis, kedai besar dan respond cepat. Sama la macam pergi kedai pun dia akan suka bila salesperson tu layan terus bile kite tanya, bukan layan gitu-gitu, pastu wat tak reti, pastu barang tak banyak, tak de model yang popular, yang tu memang dia tak pergi dah.

Sama la cam online pun...ada yang ada kedai, so bila tengok alamat, biasanya banyak yang kat Low Yatt KL, tak pun Digital Mall, so memang sure la kedai beso kan..so tak de risau dah la. Ada warranty semua dah boleh jalan dah la.

Tapi kawan aku still tak berani la nak beli gadget online ni. Aku pesan kalau tak yakin tak payah la. Nanti tak dapat seperti yang nak, duk meroyan kat fb pulak kan...sebab beli online risiko lagi tinggi dari beli sendiri kat kedai.

Ada setengah orang nak sentuh, nak pegang, nak rasa kain la, nak rasa lembut keras la, semua la dia nak..so yang macam ni dinasihatkan tak yah la beli online sebab sikap anda silap ari bulan anda boleh memualkan seller ye..Beli sendiri kat kedai lagi puas hati.

Tapi aku ada dapat komen dari kawan aku masa belajar sama-sama kat Perak dulu, dia cakap dia tak minat nak beli online sebab rasa tak puas, pastu nanti kene tipu. Dia suka beli depan mata. Dia cakap sebab dia tahu aku ada jual barang online, padahal aku tak pernah promote kat dia...huahuahua

Aku cakap tak de salalh pun cuma risiko tu mana-mana ada, kene pandai pilih, kalau kita dah sehabis berhati-hati kan, kene juga tipu, anggaplah tak de rezeki. Tapi bila guna ayat, NANTI MESTI KENE TIPU, pernyataan tu memang aku sangkal sebab tak semua penipu, ada juga yang jujur.

Jadi kalau tak suka beli online, jangan kondem yang beli online dan jual online...ko pergi la beli sendiri barang ko tapi jangan nak pertikaikan apa yang orang lain buat sebab mende ni melibatkan tahap keyakinan seseorang dalam melakukan sesuatu.

Kalau rasa tak yakin, tak payah susah-susah nak beli online. Start kete pegi la beli kat butik, mall atau kedai yang anda minati ye...Tak de sapa salah pun nak beli online ke, nak beli sendiri depan mata ke, nak jual kat kedai ke, atau pun nak jual online...adoiiiiinyeeeepunnn...

Ok...nak kabo baru lepas shopping peplum yang tengah meletup-letup skang ni, konon rasa badan makin kecik (celah mana ko kecik esah??!!!), aku rasa nak berpeplum la..hahaha...Beli online juga kat kawan yang kenai kat fb je,,baik orangnya..senang aku beli terus kat dia..hope muat la kat badan aku sebab katanya saiz free size, tapi muat sampai L...

Confident je aku muat kan...haha..

Bye..:)




No comments:

Post a Comment