About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Tuesday, December 18, 2012

Cerita Budak Bertuah :)

Assalamualaikum
 
Budak bertuah sorang ni memang jenis tak takut orang dan segala mende. Puas la kita larang ke, tegur ke, sorok ke, memang dia tak takut apa.
 
Bab bunyi-bunyi kuat cam blender ke,vacuum ke, orang tebuk dinding ke, bunyi hon ke, bunyi moto prenggg pronggg ke, bunyi mercun ke..haram tak de dia kesah pun..dia buat nohen dia jeee..
 
Aku mulanya risau kalau dia takut dengan bunyi-bunyian yang kuat dan nyaring ni kan. Ye la, agak susah sikit lah bile kita nak buat kerja rumah kan. Kene ada yang tolong jaga dia sementara nak siapkan kerja rumah tu..
 
Tapi budak bertuah ni punye perangai yang 1 ni memanglah memudahkan urusan aku seharian. Bila aku petik je blender, dia pun ikut sekali bunyi blender..aaaaahhhhhh...kuat-kuat sampai la aku stopkan blender tu.
 
Serupa la juga dengan vacuum. Siap ngikut aku tawaf 1 rumah sampai la siap. Memang dia tak ngaco. cuma dia nak tengok vacuum dan nak menikmati bunyinya sahaja. Bila aku dah siap vacuum, aku picit je punat nak simpan wayar tu kan, mula la start marah sebab dia tahu keroje aku udoh siap.
 
Siap ngikut aku masuk bilik tempat simpan vacuum tu sambil merengek-rengek suruh aku pasang lagi..tak puas la kononnya :)
 
Ada sekali tu ikut suami pergi makan kenduri, acara kemuncak deme main mercun warna warni kat langit tu la kan. Aku tengah makan, suami dah udah makan, dia bawak budak bertuah ni tengok mercun tu.
 
Aku memang risau kalau dia terkejut ke, takut ke kan...sebelum tu memang dah pesan suh tutup telinga budak bertuah ni bila mercun tu naik. Tapi lain pulak jadinya. Bila suami tutup telinga dia, pandai pula dia tarik ke bawah tangan abahnya.  Siap galak lagi, tersengih-sengih tengok mercun tu...aduhaiiii la budak bertuah ni..
 
Depan rumah aku ni de pusat kemahiran untuk budak abis SPM semua tu la, kiranya remaja la. Kalau dah remaja tu memang wajib lah ada mat rempit kan, kata remaja melayu kan..hohoho..memang hari-hari la duk prong preng  moto deme...bunyi memang bingit lerr..
 
Tapi budak bertuah ni tak de pulak dia tunjuk rasa takut ke apa kan. Paling koman pun, kalau dia dengar bunyi enjin bingit telinga tu lalu, dia terkejut sikit, lepas tu pandang aku, terkelip-kelip...lepas tu sambung balik main dia..haha..aku bajet dia nak terkam aku sebab takut ke apa kan...:)
 
Cumanya ada sekali tu kereta pelesit mana ntah lalu, enjin memang bunyi nyaring macam kat litar sepang tu...macam jet pun ada..nyaring dan bingit telinga lepas deme lalu tu..
 
Yang tu budak bertuah ni rasa cemas sikit muka dia. Lepas je berdecit lalu, dia datang kat aku pegang tangan aku, tunjuk kat luar...merujuk kepada bunyi tak senonoh kat luar tadi tu la kan...Tapi kejap je la aksinya. lepas tu dia sambung la balik main dia..
 
Dengan orang yang dia tak kenal pun dia tak takut cuma dia tak tunjuk minat nak kat orang tu bila orang nak amik dia atau dukung dia. Budak bertuah ni tak de menangis bila jumpa orang yang dia tak kenal. Tapi bila orang nak dukung dia, memang dia tak nak, siap tolak lagi tangan orang tu..huhu
 
Tapikan kalau orang tu agah dia ke, main dengan dia ke, bukan main galak dia gelak...tak pun tunjuk aksi malu-malu, mula la melentok-lentok kat badan aku ni ha nak sorok muka dia tu..sengih tapi malu-malu gitu..
 
Dalam gelap juga dia tak takut. Aku kadang-kadang masuk bilik belakang amik baju ke apa kan, kejenye ngikut je. Pastu bila dah selesai, aku nak keluar budak bertuah ni payah nak panggil keluar. Sudahnya aku tutup lampu, panggil dia keluar.
 
Bajet die takut la..rupenye bole dia main sorang-sorang dalam bilik gelap tu tanpa rasa ape-ape...tutup pintu pun tunggu kejap 5 6 saat cam tu, bukak balik tengok dia duk sengih je...cam tahu je aku bukak balik pintu tu kan...ingat aku main aunnn cakk ke apa..:)
 
Tapi memang kami tak nak ajar budak bertuah ni penakut dengan gelap. Sebabnya suami kata tengok adik-adik dia semua penakut gelap sampai la sekolah menengah. Skang ni la baru berani..baik laki ke perempuan..same je deme..huhu
 
Sama la cam aku...adik-adik ramai lagi lah banyak ragamnya kan. Sebabnya setiap kali nak tidur takutkan dengan bunyi ayam la, kucing la, harimau la..hohoho..janji tidur kan..pastu kalau tak nak dengar cakap, buat bunyi macam-macam untuk takutkan budak tu sampai la dia dengar cakap kan..huhu..
 
Cuma seorang dua je la yang peakut....yang lain ok je..tak de takut apa pun..senang nak tinggal kat rumah bila mak abah berniaga..kata mak aku :)
 
TAPI....
 
Dalam banyak-banyak mende kat sekeliling budak bertuah ni, WYPER kereta tu yang dia takutkan. Memang kami laki bini pelik la bebeno...sebabnya wyper ni bukan berbunyi pun, malah tak mengusik dia pun..tapi dia bole takut pulakk
 
Aku perasan dia takutkan wyper ni masa pergi ke Tesco. Masa tu hujan, so suami on wyper. Masa tu budak bertuah ni memang mengadap depan. Nampak je wyper tu bergerak, dia terus peluk aku sambil mengadap belakang. Tak nak pandang depan sikit pun...
 
Yang aku perasan, mata dia duk jeling hujung ekor mata je nak tengok wyper tu naik sekali sekala kan. Bila naik je wyper tu, die punye terkejut sampai berbunyi cam orang terkejut tu. Siap terangkat bahu lagi..kesian pula aku tengok dia..huhu
 
Tapi kalau wyper tu bergerak dalam mode laju, dia tak takut langsung, ok je pandang depan, Yang buat dia terkejut bila wyper mode paling slow tu, kalau ujan baru nak jadi ke, rebas-rebas ujan orang kata kan..mungkin sebab sekali sekali gerak kot..nak-nak pulak memang dia tunggu je wyper tu kelaur sebab mengintai hujung mata..hahaha..budak bertuah lah katakan :)
 
Tu je la nak share pasal budak bertuah ni..huhu..
 
As-salam :)
 


No comments:

Post a Comment