About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Monday, December 3, 2012

Happy 1 Year Sayang Mama :)

Assalamualaikum
 
Alhamdulillah, genap dah usia anak mama setahun pada 1.12 ari tu. Walaupun kami tak sambut meriah bagai, tapi tarikh tu tetap bawa makna yang bahagia pada keluarga kami.
 
Seperti yang dirancang, famili aku berkampung kat Puchong, rumah besan deme. Seronok rasa sesama besan buat sama-sama untuk cucu nan sorang. Syukur, keluarga kami tak da gaduh-gaduh, masam muka, dengki mendengki, perli memperli, tak boleh belah ni lebih sikit, semua bahagia je rasa :)
 
Kami sampai ke Puchong dalam tengah hari. Masa tu mama dan mak cu tengah memasak. Mama kan memang biasa dengan caterer, so bab pengurusan masa dan makanan mama cukup hebat.
 
Kami memang dari dulu, kalau majlis setakat jemputan tak lebih 400 orang, memang mama masak sendiri je. Barang-barang semua memang ada, so memang lebih jimat dan makanan  confirm sedap..huhu..
 
Mak aku pula memang pakar masak makanan kampung, dan mama memang mengharapkan mak aku la untuk masak lauk kampung. Mak cu pula jadi tukang siap barang masak, potong apa patut la. Jadi, berperang la deme-deme di dapur bertiga :)
 
Adik aku Ila, uruskan makanan ringan dan arrangement kat depan nun. Mana makanan yang dah siap masak tu, bawak ke depan, susun, hias sikit-sikit la. Cekedis semua dia uruskan la..
 
Suami pula bergegar suara bagi arahan kat adik-adik dia suruh kemas rumah. Yang ni memang tak boleh nak buat apa. Memang gamat sat rumah sebab sampai-sampai je rumah banyak tak kemas pe nye. Memang kene la kan, mama pun redha je la bila suami aku bebel..huhuhu..
 
Meja kerusi semua dan bahagian luar suami uruskan dengan pak cu dan abah aku. Abah menyapu lantai luar, suami mengemop sebab kami makan kat luar bentang karpet. Lagipun rumah mama laman dia luas, beratap penuh. Selesa la nak makan luar.
 
Aku buat apa???? Hihihi..aku layan besday boy je la. Alauddin kan menyusu badan, jadi aku kerap masuk bilik la bagi susu. Pastu disebabkan majlisnya malam selepas maghrib, jadi aku kene pastikan Alauddin cukup tido masa siangnya.
 
Lepas maghrib, ramai dah orang datang, de juga solat jemaah kat luar tempat kami bentang karpet tu, sementara nak tunggu cukup orang untuk wat tahlil. Sedara mara de yang dah datang petang, ada yang sampai maghrib.
 
Pak Ngah yang mengetuai majlis tahlil pun mulakan bacaan. Suami riba Alauddin masa bacaan yasin. Elok je dia diam sampaikan nak abis majlis tahlil, time berdoa tu, baru dia bangun main belakang abah dia. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat. Alhamdulillah, tak de nangis ke, merengek ke, meragam ke..senang mak ko nakkk  :)
 
Menu malam tu ada nasi tomato, lauk ayam goreng berempah dan dalca. Nasi putih lauk dia masak lemak pisang, lemak nanas ikan masin, ikan tenggiri masak sambal dan sambal belacan. Ada agar-agar sirap, mak na bawa carrot cheese cake..yummmehhh..abis dulu dari yang lain-lain :)
 
Tapi menu yang orang memang tunggu dari petang adalah satay buatan mama. Dari petang dah bau sebab bakarnya petang dalam kul  5 cam tu. Mama dan abah memang tokey satay masa muda sampai la skang. Tapi skang juz amik order bila ada masa sahaja sebab mama utamakan kantin dulu.
 
Sesi bakar satay petang tu, ramai la yang nolong, so 500 cucuk tu kejap je dah siap. Abah aku tolong hidupkan api, suami tolong bakar, abah tolong kalih-kalih, suami yang angkat letak dalam tarmos, pak cu kadang-kadang gilir dengan abah, sampai la selesai. Seronok sebab buat ramai-ramai dalam suasana hepi gitu :)
 
Dalam pukul 9 ke atas lagi ramai sedara mara yang sampai. Kebanyakkan sedara sebelah mama dan abah suami la. Lauk pauk semua Alhamdulillah ngam-ngam je dengan tetamu yang dijemput. Ada la sikit bungkus-bungkus untuk bagi sedara mara kan.
 
Aku tak buat pun sesi bergambar kat kek ke, tiup lilin ke. Hahaha..jus amik pic Alauddin pegang pisau nak potong kek ja. Lilin pun memang aku tak minta kat kedai kek. Malam tu Alauddin behave je, cuma nak menenen je la, pas nenen turun bawah balik sambung main. Tidur dalam pukul 11 lebih cam tu..

Layan gambar la pulak ye..

 
Satay terbaik abad ini :)

 
 
 
 

 
Geram  nak main pisau potong kek

 
heyyy..besday boy!!

 
Dah start nak nangis sebab tak dapat pisau kek
 

 
4 jejaka hebat - Abah, suami, pak mertua dan pak cu


Mak duk ligan abis kat dapur goreng ayam

 
Muka penat mak cu ni..Antara orang kuat majlis

 
Kumpul adik beradik sebelah mama

 
 
Esok pagi famili aku bersiap-siap la pulang ke Manjung, sebelum tu nak singgah kenduri anak sedara abah kat Gelung Pepuyu, Bota. Tu yang abah gerak pagi, dalam pukul 8 cam tu.
 
Abah dah balik. sesi mencuci pinggan mangkuk la pula. Aku dan suami amik alih mencuci pinggan mangkuk, steel letak lauk, tarmos nasi, dan balang air. Tak banyak pun sebab aku pernah basuh lebih banyak dari tu, so tak de la masalah mana..:)
 
Dalam pukul 11 pagi cam tu, kami nak bergerak balik ke Kuala Selangor sebab ahadnya nak ke Penang pula, suami ada kursus kt sana. Sebelum tu nak singgah MAHA dulu nak mencari buah nangka..teringin gile!!
 
Kami memang cam tu, asal ada MAHA, memang pergi semata-mata nak mencari nangka madu. Beli sebiji lebih kurang dalam RM40, makan berdua, memang puas hati la dari beli yang siap bungkus tu..huuiiihhh..berbaloi-baloi..:)
 
Nanti nak update pasal musim buah pula..Skang ni duk makan buah je, nasi dah jarang makan..musim buah meriah sikit tahun ni..
 
Daaaaa....


No comments:

Post a Comment