About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Wednesday, December 26, 2012

Hukum Suami Minum Susu Isteri

Assalamualaikum
Ada 1 post kat 1 group fb ni pasal hukum suami meminum atau terminum susu isteri.  Ada seorang isteri bertanyakan soalan ni sebab dalam ayat dia, dia cakap suami suka minum susu isteri.

Perkara dan soalan sebegini bukan perkara memalukan bila orang bertanyakan pasal hukum sebab dia nak tahu dan sedang mencari ilmu. Tak salah bertanya jika ingin tahu.

Banyak feedback dan respons dari mommies pasal hukum minum susu ni tapi kebanyakkannya meminta yang bertanya ni bertanya lebih lanjut dengan Ustaz or Ustazah sebab rata-rata macam konfius dah ragu-ragu dengan ilmu yang mereka ada.

Itu satu sikap yang sangat bagus dan bijak pada pandangan aku. Sebab apa??? Sebab bila kita sendiri kurang pasti akan sesuatu hal lebih baik kita meminta maaf dan nyatakan yang kita kurang pasti dan tidak dapat membantu yang bertanyakan soalan serta minta dia rujuk pada yang lebih arif.

Tapi ada seorang pengkomen yang memang seorang isteri, memberi komen dan terus meletakkan hukum yang nyata lagi terang amatlah SALAH malah MENYIMPANG dari apa yang terdapat pada hukum asal tersebut. 

Komen beliau adalah "Ya Allah puan, puan dah bukan suami isteri lagi, sebab suami puan sudah menjadi anak susuan puan. Puan kene asingkan tempat tidur mulai sekarang dan segera lah berjumpa dengan pejabat agama untuk membatalkan perkahwinan puan..Astagfirullah puan...minta dijauhkanlah perkara sebegini pada saya"

Apa kene dengan mak orang sorang ni?????? Sebelum menjawab soalan berkaitan hukum hakan agama, please make sure anda ada ilmu dalam perkara itu dan yakin dengan apa yang anda tahu.

Bukan jawab hentam kromo syok sendiri siap jatuh hukum pada sesuatu yang tak pasti malah salah sama sekali. Ilmu tu penting ya..dan wajib cari ilmu sebelum sebarkan pada umum...

Aku ada komen dalam soalan puan tu sebab banyak isu pasal suami minum susu ni dan aku banyak kali dengar pasal perkara ni dari ceramah dalam Al-Kulliyyah dan ceramah kekeluargaan kat masjid-masjid.

Jadi aku just share ilmu seciput aku ni serta di sokong oleh pendapat dan ilmu dari ibu-ibu lain yang turut sama komen dalam isu puan ni.

Sebelum jatuh sesuatu hukum, tengok syarat-syarat jatuh hukum. Aku masih ingat lagi masa aku tingkatan 4 @ 5 dalam subjek Tassawur Islam, yang ajar aku Cikgu Fauzi, masa tu dia cerita pasal hukum suami minum susu isteri. Masa tu belajar bab munakahat atau bab ilmu rumahtangga @ perkahwinan.

Cikgu Fauzi dan kebanyakkan Ustaz dan Ustazah yang aku dengar beritahu syarat nak jadi anak susuan ada 2 yang utama. Pertama yang meminum susu mesti kanak-kanak berusia bawah 2 tahun. Kedua, mesti 5 kali teguk tanpa putus dan sehingga kenyang, ada ayat kata air susu masuk sehingga ke dasar perut dan kenyang.

Untuk syarat pertama, kalau kanak-kanak yang meminum susu tu umurnya 6 bulan @ 9 bulan @ setahun setengah asalkan belum cecah 2 tahun atau lebih, dia sudah layak untuk jadi anak susuan pada ibu susuan tadi. Kalau kanak-kanak itu usianya 2 tahun sebulan, walaupun dia minum susu dari ibu lain, dia tak boleh dianggap sebagai anak susuan. Syarat dia umur 2 tahun dan kurang 2 tahun.

Untuk syarat kedua, yang ni aku petik ayat Ustaz Harun Din Al-Hafiz sebab penerangan beliau lebih jelas dan mudah. Masa kanak-kanak tu mula menghisap susu, kira tegukan susu yang lalu di tekaknya. Kita boleh nampak kan kalau anak minum de pergerakan kat leher die menandakan susu sedang lalu tekak dia dan ada bunyi tegukan. Kira 5 kali tanpa putus. Kalau anak itu minum 3 teguk kemudian lepas susu mak dia, maknanya belum cukup syarat 5 teguk.

Bila anak tu minum cukup 5 teguk atau lebih sehingga kenyang atau sendawa,sudah cukup syarat untuk jadi ibu susuan. Dan yang paling penting susu itu tidak keluar semula atau termuntah kesemuanya. Sebab mesti sampai ke dasar perut. Bila muntah dan keluar semua syarat sampai ke dasar perut tak dipenuhi.


Jadi mengikut kepada soalan puan yang bertanya itu, rujuk pada syarat pertama pun sudah sah suami yang bertanya tu memang bukan boleh jadi anak susuan. Sebab suami dia bukan berusia bawah 2 tahun. Dah bapak budak ye...

Tapi pada hemat aku la, pengkomen itu tak tahu pasal syarat yang pertama tu, yang dia tahu sapa-sapa yang minum susu ibu je mesti automatik jadi anak susuan...ya..aku rasa mungkin pemikiran dia begitu.

Dan jika ada di kalangan kita yang mempunyai pemikiran sebegitu, boleh perbetulkan atau bertanya pada yang lebih arif dalam soal hukum hakam dari terus jawab syok sendiri ye.

Bila ada yang salah bagi info, akan ada segelintir yang akan pertikaikan. Jadi lebih baik bertanya arah jalan dahulu sebelum tersesat jalan lebih jauh, lepas tu terlepas simpang masuk pula...cari u-turn tak jumpa pulok...sudahnya haru le jawabnye..huhuhu..

Bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan :)
Jika aku ada tersilap, sangat berharap ada yang sudi perbetulkan.

Wallah hu 'Alam

*tak de kene mengena dengan ajaran sesat ye*

As-Salam


No comments:

Post a Comment