About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Wednesday, December 19, 2012

Kisah Lawak 2 Sahabat

Assalamualaikum
 
Aku tak tahu la nak describe kisah bawah ni sebagai kelakar ke sedih ke kesian ke...sebab hanya mereka yang berada di kawasan kejadian je yang tahu macma mana rupe aksi-aksi semua ni..
tu diaaaaa..
 
Imaginasi orang yang tengok depan mata tak sama dengan imaginasi orang yang mendengar...cuba bayangkan ye....
 
Ada 2 orang sahabat sedang naik motor, 2 2 perempuan. Kelajuan motor adalah biasa je, tak laju tak perlahan dan mengikut peraturan jalan raya dengan betul.
 
Sambil tu, 2 sahabat ni berorak-borak la atas moto tu kan. Tengah ralit sembang tetibe kawan yang bawak moto ni senyap tak berbunyi. Kawan bonceng belakang duk panggil 2 3 kali tak menyahut...tapi moto duk jalan juga la seperti biasa...
 
Tetiba kawan bonceng ni rasa moto bergegar dengan frekuensi yang agak kuat juga. Memang gegar sampai gogah la moto tu duk terhuyung hayang. Kawan bonceng duk pelik, apsal kawan aku yang bawak moto ni??? Langgar batu besar ke?? Rasa tak de langgar apa pun...
 
Tetiba kepala kawan yang bawak moto ni terhantuk berkali-kali kat kepala kawan bonceng tu...kira helmet berlaga helmet la...dengan kuat juga sampai kawan bonceng ni beberapa kali duk tertonyoh ke belakang dek menahan hantukan kawan yang bawak moto ni...haru dah niiii..
 
Moto duk gerak cam biasa lagi..tak de tanda-tanda nak berenti ke apa kan, tapi masih dalam had laju yang tak berapa laju la.. Kawan bonceng ni beberapa kali duk panggil kawan bawak moto ni...boleh tahan kuat jugaklah dia jerit nama kawan bawak moto ni...
 
Tapi kawan bawak motor ni tak menyahut langsung..tapi kepala duk hantuk-hantuk...moto duk gegar-gegar lagi...makin kalut tambah takut dah kawan bonceng ni sebab dah rasa cam nak jadi lebih bahaya je...
 
Makin lama gegar makin kuat...dalam duk kalut tu moto terbelok ke sebelah kiri masuk kawasan rumput tepi jalan. Bila motor sederhana laju masuk kawasan berumput, automatiklah kelajuan dia akan berkurangan kan.
 
Jadinya, sempatlah kawan bonceng ni tahan kaki nak bagi berenti tapi terjatuh jugak lah deme 2 orang ni...nasib atas rumput bole tahan tebal...jadinya tak la sakit sangat..bangun je dari jatuh, terus kawan bonceng ni pi tengok kawan bawak moto ni..
 
Dia gi tengok bukan sebab apa, lepas jatuh tu kawan bawak moto tu tak bangun-bangun tapi badan duk bergegar kuat, menggeletar je...semacam pula dia tengok...kawan bawak moto tu jatuh tertiarap..
 
Sekali dia terlentang kan kawan bawak moto tu.....mulut dah berbuih-buih mata hitam dah tak de, tinggal biji mata putih je...Laaaaa....kawan bawak motor tu kene sawan masa bawak moto....pulakk dah...
 
Yang kawan bonceng ni haram lah tak tahu yang kawan bawak moto ni ada penyakit sawan. Memang dia tak tahu dan tak pernah tahu pun. Walaupun deme ni sekampung, sekelas dan sekawan bersama-sama dah bertahun-tahun....
 
Bile kene rupe ni, dia pun tak tahu nak beri reaksi yang macam mana....tapi kejadian ni memang la tinggal kenangan yang sentiasa diingati oleh mereka berdua...
 
Bila dah lama kejadian itu berlaku, asal ungkit je cerita ni, mesti deme bantai gelak..Yang kawan bawak moto ni memang tak amik hati la bila kami pakat gelak...Kawan bonceng ni masa kejadian dia bantai nak nangis..sebab takut tak pernah jumpa orang sawan, tengah bawak moto pulak tu dan tak pernah tengok pun..
 
La ni, bila bukak kisah semula...bantai gelak pula sebab dia teringat aksi moto gegar tak sudah tu...dia tak leh bayang keadaan dia atas moto dalam keadaan bergegar kuat tu...tapi moto duk jalan elok je walaupun kawan bawak moto tu tak sedar apa dah masa tu...
 
Tang tu dia kata lawak kot tapi masa jadi tak rasa lawak pun...hahahaha..
 
Datang pula cerita kat orang macam aku yang memang kaki gelak ni...dapatnya gelak sungguh-sungguh la...bukan gelak sebab kawan tu sawan, tapi gelak kat part motor bergegar tu la..memang tak benti aku gelak sebab duk bayang motor bergegar atas jalan, dengan kawan bonceng duk kalut panggil kawan bawak moto suh benti masa tu jugak...mesti kecoh gila...warghhh..warghh..warghhh
 
Ok...nak sambung gelak sat..bila teringat kisah lawak ni bole bantai gelak balik walaupun duk sensorang...hahahahahaha..
 
As-salam
 
 


No comments:

Post a Comment