About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Tuesday, December 4, 2012

Kisah Musim Buah


Assalamualaikum
Suami aku memang dah lama mencari buah cempedak nak buat goreng. Dia kalau makan cempedak goreng, memang tak pandang nasi dah. Kiranya dah tak makan nasi la hari tu, kenyang makan cempedak je.
Biasanya aku goreng cempedak ni sebiji untuk sekali hadap je. Nak pulak dapat yang padat isi dalam die kan. Isi warna oren pulak tu, isi tebal..perghhhhh!!
Jadinya, masa balik Puchong baru ni, singgah MAHA sebab bajet nak cari nangka denga cempedak. Lagipun skang ni cempedak belum musim rasanya, tapi mana tahu jumpa kat MAHA kan.
Sekali cari punya cari, tak de pula cempedaknya. Tapi nangka madu idaman hati ada..Memang seronok sangat la. Nangka madu ni memang asal dari Pahang je, rasa manis sungguh. Beli yang sedang je, tak beso tak kecik. Sekilo rm4, berat dalam 9kg lebih cam tu, makcik tu bagi rm36 je dari harga asal rm40.
Setiap kali MAHA memang kami akan pergi sebab nak cari nangka madu je. Mama pun memang dah paham sangat dah. Jalan pula gerai sebelah suami ingat nak beli kuah rojak buah, sebab tahun lepas dia beli cap tu sedap sangat katanya.
Tapi tahun ni deme tak jual sebotol pula, jual 6 botol sekaligus. Nak tanya payah pula sebab tauke nya berjalan ke sana ke sini. Kot2 ada jual 3 botol je ke, boleh la beli. Sudahnya suami ajak jalan la sebab pergi time panas terik.
Lalu gerai durian, jual musang king, bau wangi gile. Aku cakap nak makan musang king la. Tengok harga 3 paket RM20 aje, kira murah la tu. Sebab biasa orang jual sekilo pun dekat RM30 RM40 kan..3 Paket tu kira nak sekilo dah sebab isi tebal dan besar, so amiklah 3 paket.
Pastu skang kan musim manggis. Memang fevered aku la. Minta lagi nak buah manggis pulak. Suami tanya dulu, confirm makan ke confirm buang??? Huhuhu..sebab dia malas nak beli banyak-banyak bila sudahnya buah busuk campak tong sampah je..huhu
Aku cakap confirm nak makan. Muka confident, ok..suami beli 3kg RM10 aje. Lalu kat rambutan pula, rasa macam nak juga, tapi sebabkan minggu lepas balik Manjung dah puas makan rambutan, lepas tu Mak Cu pula bagi juga, so hasrat didiamkan.
Lagipun kami nak ke Penang 4 hari 3 malam, jadinya kalau simpan banyak-banyak buah kat rumah, buat busuk je tak bermakan kan.
Minggu lepas, singgah rumah mak cu, suami gi kait buah pulasan pula. Belakang rumah mak cu de pokok pulasan. Dapat dalam 1 tong sampah tu. Memang puas la makan, nasib tak de batuk apanya. Alauddin pun bukan main suka makan pulasan, mende manis la katakan J
Bawak balik pula 1 beg ke Kuala Selangior. Tapi disebabkan buahnya dah masak ranum, kene makan cepat sebab takut busuk. Tu pun de yang dah nak berubah ke kaler hitam, tanda nak masam la tu.
Minggu lepas masa balik Manjung, abah baru balik kampong Bekor kat Manong tu, dapatlah durian kampong sendiri. Durian kampong aku ni jenis buah kecik tapi isi manis gile, biji halus, isi nipis. Tu memang pesen dia dari kami kecik lagi.
Masa sampai malam tu kat rumah abah, Nampak beratur je durian kat dapur. Bila tanya, abah kata durian Bekor. Apalagi, suami terus la buka durian. Dalam kata tak nak makan tu, 3 biji juga dibalun dia sorang je. Hahaha..sedap wehhh
Pastu mak aku tayang pula tepoyak setengah botol, untuk aku bawak balik kuala Selangor. Sengih je la..Bertempoyak je la aku kat rumah nanti. Memang aku amik tempoyak mak aku je, aku tak nak beli-beli ni, ntah cam ne rupe orang tu membuat aku tak tahu. Kalau mak dan abah sendiri ni lain la. Air tangan tu yang wat sedappppp..
Tapi mak aku bagi setengah botol je, kejap je dah abis. Hari pertama aku masak tempoyak masak letak udang beso, pastu buat gulai tempoyak ikan belaling sedang. Esoknya aku buat sambal tempoyak pula. Abis dah..
Pastu masa abah datang rumah aku nak sambut besday Alauddin, ,mak bawak 2 botol penuh tempoyak..Yeay!!! Suke sangat..sampaikan laki aku cakap hari-hari la aku masak tempoyak nanti..haha..kalau ada tempoyak, ayam tak de dalam peti pun aku tak kisah..sebab aku makan ikan hari-hari je..
Ahad baru ni, kami ke Penang, singgah rumah abah kat Manjung. Bagi la abah suku buah nangka tu. Lepas makan tengah hari, kami sambung perjalanan lagi 4 jam tu. Sepanjang jalan ke Taiping tu bersepah orang jual cempedak. Haaaa…mula dah kami ni..
Suami memang cari cempedak dari kat Kuala Selangor lagi. Dah berbulan-bulan mencarinya..rupanya Taiping dah sampai musim. Suami beli sebiji sebab teringin sangat, walaupun tak dapat nak wat goreng, makan ratah pun dah kira sedap. Sekilo rm4, berat dalam 5 kg cam tu.
Balik MAHA ari tu kete bau musang king campur nangka, on da way ke Penang bau cempedak pula. Nasib la…huhuhu
               Sampai hotel, selamba je suami aku bawak masuk cempedak..huhu..kopek terus then simpan dalam Tupperware yang dibeli kat Tesco petang tu, letak dalam peti..memang manis isi dia..tebal pun tebal J
So, misi suami balik dari Penang adalah nak lalu Taiping sebab nak borong cempedak bawak balik Kuala pula..adoyaiiiii..tengah musim cempedak ni memang memborong je la kejenya kan. Wat makan time petang2, sebelum suami balik kerja, aku dah goreng siap-siap.
Seronok tengok dia makan beria cempedak goreng ni ha. Kadang-kadang wat makan tengah hari. Pastu mula la lawan kentut kan..terbaeeeekkkk la..hahaha..
Tu la dia musim buah tempatan yang memang aku nantikan sebab aku suka makan buah2 macam ni..feel tu lain sikit..huhu..
Ok..jom tido kome..udoh lewat ni :)

No comments:

Post a Comment