About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Saturday, December 8, 2012

My Breastfeeding Journey :)

Assalamualaikum
 
Bila usia Alauddin dah genap setahun ni, baru la ada rasa keyakinan sikit nak share pengalaman sepanjang breasfeedkan dia. Tak da la apa pun, saja nak kongsi sebab selalu juga baca pengalaman ibu-ibu lain, jadi teringin juga nak share juga..hoho
 
Mulanya nak bersyukur sangat-sangat sebab sepanjang aku melalui proses breastfeed anak, aku tak menghadapi masalah yang besar seperti ibu-ibu yang lain. Bersyukurnya aku sebab hari pertama Alauddin keluar je dari perut (maklumlah lahir ikut tingkap), dia ditolak bersama dengan aku dalam wad bersalin.
 
Jadi peluang aku nak direct breastfeed dia selepas bersalin hampir menjadi kenyataan. Tapi disebabkan kesan bius kerana aku bersalin secara emergency czer setelah hampir 26 jam menahan sakit contraction dengan bukaan terakhir 8cm sahaja, selesai operation jam 2 pagi, kesan bius hilang jam 8 pagi esok.
 
So, sementara aku tengah keras kejung tu, Alauddin dijaga oleh nurse tapi bersyukur lagi sebab dia hanya minum sedikit sahaja susu formula yang diberi oleh nurse guna cawan khas tu sebab dia tido je manjang sampai ke pagi. Nurse kata tak sampai suku cawan pun..:)
 
Jadi, esok pagi tu, jam 7.30 pagi suami dah sampai bawa bekal nasi dengan sup ikan haruan, tapi aku masih belum boleh bangun lagi sebab doktor yang bertugas pagi tu pesan seeloknya tunggu setengah jam lagi. Tapi dah boleh la nak gerakkan kaki ke, sikit-sikit sebelum duduk sepenuhnya.
 
Bila nurse tengok aku dah boleh gerak kaki sikit-sikit, cuma tak bagi angkat kepala, sebab boleh bagi tekanan kat bahagian perut terutama area jahitan tu, dia sempat pesan bila dah duduk nanti, cuba bangun dan berdiri lama sikit sebab nak bagi darah turun lebih banyak. Takut de darah beku dan boleh sebabkan jangkitan kuman pada miss v.
 
Bagus kan nurse ngan doktor ni. Walaupun orang duk komplen bagai nurse2 dan doktor2 gomen ni itu ininye, tapi pada aku banyak ilmu yang dapat dari deme-deme ni. Banyak yang aku jumpa jenih tak kedekut ilmu, jawab semua aku tanya, siap jadi kawan pulok lepas bersalin haa..Orang tua kata kalau kita jenis baik hati ngan orang, orang pun senang nak baik hati ngan kita..ye dokkk????

Jadinya pengalaman pertama menyusukan Alauddin cabarannya ketika seminggu pertama sahaja. Masa aku kat hospital, kan czer kene tunggu 3 hari baru bukak pelekat tu kan. Jadinya hari kedua dalam wad, aku ada masalah puting kecik. Memang Alauddin susah nak isap la.

Tapi aku memang tak rasa susah pun, mungkin sebab keliling aku ada suami, ada famili aku yang duk tolong masukkan puting dalam mulut Alauddin. Kalau time depa tak de, ramai nurse duk tolong dan ajar aku cara nak susukan anak dengan betul.

Yang bagusnya kebanyakkan nurse yang lalu lalang kat katil aku, semua pakat singgah bantu aku sebab Alauddin duk rengek-rengek je. Senyap kejap lepas tu rengek balik. Dia tak bantai jerit..tu yang hati aku lega sikit..haha..kalau tak kalut juga kot

Bila dapat masuk je puting dalam mulut dia, memang aku duk keras je sebab risau dan taknak bagi puting tu terkeluar balik nanti nak masuk semula punyalah lama. Tapi nurse tak bagi buat macam tu sebab dia cakap proses penyusuan adalah proses yang tenang dan rileks. Ibu tak perlu nak sakit-sakit badan, sakit belakang sebab nak susukan anak.

Nurse-nurse ni la duk tolong aku susukan Alauddin dengan betul sampai aku pandai dan dalam kedudukan yang selesa. Depa tak bagi ibu bongkok susukan anak sebab nanti anak terbiasa ibu suakan puting, nurse suh ajar biar anak cari puting ibu, baru dia pandai menyusu.

Suami aku setiap kali datang time melawat, dia akan tolong aku susukan Alauddin. Mak aku pun kadang-kadang tolong pegang kepala Alauddin nak bagi kedudukan dia betul.

Sampai la de sorang nurse yang agak senior ni lalu depan katil aku, saje la aku panggil dia ajar cam ne nak bagi anak hisap susu, dia tanya kenapa, aku cakap puting kecik. Dia kata sekejap, dia gi kat kaunter dia bawak menatang yang guna nak sedut ubat tu, picagari kot nama dia..tapi yang muncung depan dia potong.

Rupenye muncung depan tu guna nak sedut or tarik puting kasi ke depan sikit. Nurse ni ajar la aku cara-cara nak buatnya kan. Kebetulan Alauddin tidur, aku exercise la dengan mende alah tu. Semangat aku..hehh

Bila Alauddin jaga, aku terus sua susu, laju dia hisap, seronok bukan main la. Sebab rasa usaha aku berbaloi-baloi la. Tapi aku memang tak de stress, tak tahu ngapa, maybe sebab aku hadap tu dengan penuh perasaan dan semangat kot..hoho

Dan aku bersyukur lagi sebab mak mertua dan mak aku sendiri adalah ibu yang amalkan penyusuan susu ibu. Semua anak diberikan susu ibu sepenuhnya. Jadi aku memang dapat fully support la dari kedua belah keluarga :)

Aku juga bersyukur tak pernah mengalami sakit bengkak susu yang dengar dari pengalaman orang sakitnya sampai boleh demam. Masa kat wad pun ada akak depan katil aku, anak dia kene tahan wad sebab lahir besar, so dia tak dapat nak susukan anak dia. Jadinya die alami bengkak susu, sampai demam. Nak pam pun tak larat sebab terlalu sakit. Aku ada bengkak susu tapi tak rasa sakit.  Alhamdulillah

Bila dah balik rumah selepas 5 hari di wad, nikmat breastfeed tu lebih terasa. Aku rasa lebih senang dan selesa nak breastfeed dia. Aku suka menyusu sambil berbaring mengiring. Kat rumah Alauddin lagi kerap menyusu sebab dah pandai kan :)

Bila tima dia menyusu tu, mata dia pandang mata aku, terkelip-kelip..Bila bawak berborak, dia macam paham je. Bila dah pandai mengagah, akan sahut sekali time aku ajak borak.

Dah ada gigi ni, menggigit je la tapi tak de la sampai berdarah. Sebab dia jenis menggigit kejap je tu pun hujung je. Huhuhu..kadang-kadang aku semoat tarik dulu sebelum dia gigit. Kalau time tido, aku tolak gigi dia dengan jari aku sebab time tido nyenyak pun kenkadang dia gigit juga.

Walaupun mak dan mama support breastfeed tapi dalam kalangan saudara mara tak ramai yang amalkan breastfeed. Jadi aku mengalami sedikit kata-kata yang agak kurang seronok nak didengar.

Aku faham jika ada ibu-ibu yang sudah berusaha sedaya upaya untuk breastfeed anak, tapi tiada rezeki disitu dan Allah dah tentukan apa yang terbaik untuk anak dia malah aku sangat respect mereka sebab tetap berusaha untuk breastfeed anak juga.

Tapi yang aku hadapi adalah di kalangan mereka yang memang ada rezeki untuk breastfeed anak tapi mengambil keputusan untuk bagi anak susu formula sebab lebih senang dan mudah.

Mula-mula mereka ni akan tanya aku, "Anak susu badan ke?"
"Aah, susu badan"
"Tak leceh ke? Macam susah je nak bagi anak susu badan kalo jenjalan"
"Tak rasa susah pula..biasa je..lagi senang kot sebab keluar jenjalan melenggang je"
"Akak bagi susu formula je, senang sikit"
"Campur ke?"
"Tak de lah, dari pantang dah bagi full susu formula"
"Oh...de masalah susu badan ke?"
"Tak de lah, susu banyak, tapi leceh la..malas.."
"Oh...ok la tu"

Masuk orang lain yang sama-sama borak tu,

"Bagusnya bagi anak susu badan. Kalau ada susu badan, elok la bagi anak, memang rezeki dia. Tapi kalau tak de susu, kita nak buat cam ne, rezeki dari Dia juga."
"Aah kan, lagipun anak susu badan ni in shaa Allah kuat badannya"

Jenis aku, tak suka nak komen lebih-lebih, aku suka senyum dan dengar je.

TAPI....aku akan berbunyi BILA..

"Ala...susu formula pun boleh je bagi anak sihat dan bijak. Lagipun anak sendiri kan, suka hati la nak bagi susu formula ke susu badan ke. Kita mak dia, bukan orang lain. Kita beli dengan duit kita, bukan duit orang"

Ya...bila aku jumpa orang macam ni memang aku akan BERBUNYI "Ok,kalau macam tu dia anak saya, jadi suka hati saya lah nak bagi susu badan, susu saya bukan susu orang".

Boleh jawab macam tu??? Dia yang canang kat orang bagi anak susu formula sebab nak senang dan bila ada yang bagi susu badan dan dipuji pula oleh sedara mara lain, dia yang angin lebih...tegur orang boleh tapi tak boleh ditegur..hohohoho..serammmmm aku orang macam ni..

Aku memang tak kisah orang lain nak bagi susu formula ke, susu badan ke, terpulang. Tapi bila ada yang senyum sinis, pandang pelik, komen bukan-bukan, cakap lebih-lebih pasal aku yang fully breastfeed anak, memang aku akan rasa nak jawab balik.

Sebab apa?????Sebab aku tak komplen orang apsal orang nak komplen aku??? Senang cerita, aku tak cari pasal ngan orang, please la jangan cari pasal ngan aku. Aku payah nak sembur orang tapi bila orang melampau-lampau, memang mulut aku ringan je nak balas balik.

Ada juga sesetengah kawan-kawan aku yang dapat breastfeed anak 3 bulan, 6 bulan, setahun dan sebagainya. Mereka mampu setakat itu kerana itu rezeki yang Allah berikan dan aku selalu pujuk in shaa allah ada rezeki lebih banyak untuk anak yang seterusnya.

Ibu-ibu sebegini yang selalu bagi semangat dan motivasi untuk aku sentiasa bersyukur dan berdoa semoga rezeki untuk Alauddin masih ada malah ada juga untuk anak-anak akan datang.

Andai kata tak sampai usia 2 tahun pun, tak pe la, aku bersyukur juga dan redha sebab merasa pengalaman breastfeed yang sangatlah nikmatnya.

Aku rasa ni je la yang aku nak share pun pasal pengalaman tak seberapa aku dalam breastfeed anak. Cuma bila ada ibu-ibu yang open discussion compared ibu yang fully breastfeed dengan susu formula ni, rasa tak seronok pula bila ada yang terlalu taksub dan bangga dapat bagi anak susu badan sehingga kata-kata tu boleh mengecilkan hati ibu-ibu yang tak mampu nak bagi susu badan.

Kadang-kadang ada yang terlalu beria dalam bercerita pasal keseronokan dapat bagi anak susu badan, orang kata macam dia je yang ada susu badan. Ada juga ibu yang sanggup gelarkan anak yang bagi susu ibu tu anak ibu, tapi bagi susu formula anak.......tak sampai hati dan tak sanggup aku nak sebut..

Part ibu-ibu yang ngata anak orang cam tu, entry lain aku bebel ye sebab aku de pasan 1 post kat fb pasal makcik sorang ni duk gelarkan anak orang macam tu...bila post statement tak guna otak, tu tanda nak kene balun kaw kaw la kan..nak balun kene wat entry baru la kasi panjang sebab ni dah terlebih panjang...

Ok..stop dulu..ni sharing aku dalam dunia breastfeeding aku..
As-salam :)
 

No comments:

Post a Comment