About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Wednesday, January 30, 2013

Masa Senggang Dan Buku

Assalamualaikum

Sebelum ni aku rasa semput je kehidupan seharian aku sebab sesetengah kerja harian aku kene buat dengan amat pantas dan ada masanya  2 3 kerja dalam 1 masa. Huhuhu...salah 1 sebab berat aku turun juga..ngeh..ngeh..ngeh..

Tapi skang dah boleh rileks sikit, de masa nak masak special2, de masa nak main dan bacakan Alauddin buku, de masa untuk diri sendiri...banyak lagi la boleh buat :)

Perancangan masa ni aku dan suami selalu duk bincang sebab dia tahu aku penat kot sejak de bisnes yang Alhamdulillah semakin berkembang dan In Shaa Allah bertahan lama la hendaknya..

Mana taknya, kadang-kadang kalau dapat order banyak betul, lagi-lagi time gaji, tak kira la gaji orang gomen ke orang swasta ke memang rupe tu la..

Pastu kalo aku cuti kejap dari mengepos barang, tak kira la sebab ngikut suami atas urusan kerja atau kami berholiday, order tetap masuk dan balik je dari bercuti tu, esok dah nak pos barang..

Jadinya esok lepas balik tu, bersilat la aku mempacking barang, kalau yang beli sikit-sikit tu tak de la masalah sangat sebab packing dalam plastik poslaju atau gdex je pun. Dah packing terus seal kan...siapppp

Tapi yang mengambil masa lebih sikit yang membeli rocker tak kira la beli 1 atau beli borong barang2 lain sebab cam rocker aku kene cek vibrate dan muzik untuk 1 1 rocker dan bungkus pula, barang borong lain aku kene bungkus dalam packaging yang besar.

Bila membungkus dengan askar yang sorang ni, kerja 10 minit boleh jadi setengah jam jugak kome....Ngape rupe itu??

Sebab duk berebut dengan askar kecik ni..dia capai salotape la, lenyek kertas bungkus aku dengan basikal dia, nak pegang gunting, bawak lari test pen ngan bateri...letih la aku nak kawal semua barang2 aku tuhhh...

Selagi tak siap la kata orang...:)

Lepas tu suami pun kesian juga kene balik kerja dalam keadaan tergesa-gesa sebab nak kejar masa mengepos tu.

Poslaju tempat aku tutup pukul 6.30 petang, jadi suami kene balik paling lewat 6.15 la sebab tak sempat, lepas tu nak angkut beg2 barang nak pos lagi...uiiihhhh...banyak kerja rasanya

Pulak tu, waktu tido petang Alauddin pukul 5.45 atau 6 petang cam tu, kadang-kadang tu dia baru je tido, dah kene angkat bawak masuk kete nak pegi poslaju.

Kalau tak sedar tu, dia sambung je la tido dalam kereta sampai la kami balik ke rumah semula, tapi ada juga dia terus jaga, tapi monyok je muka sebab masih ngantuk lagi..huhu..kesian anak mama kan :)

So, suami rasa kene buat sesuatu untuk memudahkan urusan seharian aku dan aku ada lebih masa untuk buat mende lain juga.

Kami pun decide nak guna khidmat poslaju datang collect barang kat rumah. Sebelum ni gdex xpress memang kami dah daftar jadi ahli, so selesai 1 perkara, diaorang datang rumah collect je, tak de la suami aku nak pikul barang2 berat je selalu..

Bila dah berdaftar dengan poslaju, memang banyak masa senggang yang aku ada sebab poslaju dah bagi masa dieorang datang collect setiap hari, so aku boleh selesaikan soal bungkus2 tu lebih awal la.

Poslaju datang collect dalam pukul 4.30 petang cam tu, gdex xpress dalam pukul 5 petang cam tu. Aku memang dah siap packing, timbang siap, asing dalam plastik besar untuk asingkan mana poslaju mana gdex xpress punye, dah boleh rehat dah...tunggu je la deme ni petik loceng rumah nak collect barang....legaaaaa..

Apa yang buat aku rasa masa tu ada lebih??

Ok, bile poslaju dah bagi masa last collect pukul 4.30 petang, siapa-siapa yang buat bayaran sebelum jam 3.30 petang ari tu, aku pos ari tu la juga.

Yang bayar selepas jam tu, aku proceed esok je la. Bila poslaju dan gdex dah datang collect, masa selepas tu aku dah tak ngadap biz aku dah...focus aku dah ke hal rumah tangga pula..

Aku dah set dalam pikiran aku, order dan bayaran petang tu aku layan malam nanti pula sebab semua tu nak pos pun esok so masih ada masa nak melayan kemudian.

Kalau dulu, selagi tak gi pos selagi tu la aku duk siapkan order dan layan pm orang. Lepas tu mula nak packing order yang baru masuk sebab deme dah buat bayaran.

Tapi skang sebab dah ada masa collect, aku just bagi tahu je masa last bayar kalau nak pos ari tu juga...

Memang rasa lah masa tu lengang je...seronok :)

Suami pun balik tak de nak rushing2 pikir nak pos barang, kalau tak balik kerja dah letih, kalau kerja luar lagi letih pakcik aku sorang ni, pastu nak g pos barang pula...kesiannnn :)

Kadang-kadang de masa suami kene ke Shah Alam la, ke KL la de meeting last minute ke pe kan, tengok site la, jadi dia nampak penat bile kene balik awal.

Ada masanya dia balik rumah pos barang dulu then baru gi ofis balik selesaikan apa yang patut walaupun dah nak maghrib dah masa tu....kesiannn cik abang ku ni... :(

Skang tidak lagi :) :) :)

Balik dah boleh bersantap masakan bini kan..hoho...mandi rehat2 badan..sambil tengok tv, yang penting suami de masa nak solat kat surau depan rumah ni...

Petang2 pun aku dah boleh masak makanan petang masa zaman tak de anak dulu...huhu..tu yang suami suka snagat tu..

Masa aku peknen dulu, petang2 suami balik kerja dah hidang teh o ais atau suam ke, pastu de la kudapan cam cucur bilis ke, keropok ikan ke, roti canai buat sendiri ke, rajin sikit buat kuih buah melaka apa nya kan...

Tapi sejak de anak, jarang sangat dah pakcik ni merasa kudap2an petang....time hujung minggu je la boleh buat sebab suami jaga anak...

Suami tak de komplen apa2 tapi aku yang rasa tak seronok sebab tahu dia memang suka makan jadi semangat je nak buat tapi sebab masa melayan anak yang kadang2 time2 tu la nak menempek ngan maknye kan :)

Skang boleh la nak masak banyak sikit, bole buat makanan petang, tak pun buat 2 jenis makanan cam nasi dan lauk untuk suami tapi aku teringin nak makan mihun sup ke mee rebus ke, cam tu...boleh buat sebab de masa..

Bila de masa, boleh la jaga perut suami semula..aku memang suka masak dan suami jenis pemakan..jadi rasa seronok la bila memasak...yang makan tu orang yang kita sayang, perasaan dihargai tu rasa lain sikit la :)

Lepas tu kerja rumah pun cam tersusun gitu...malam sebelum tido aku packing dulu mana yang dah buat bayaran, esok bangun pagi aku kemas rumah, basuh baju, jemur siap, ready barang nak masak tengah hari, ready makanan anak, siapkan anak.

Dalam pukul 10 lebih cam tu baru ngadap biz sampai la pukul 12 tengah hari cam tu. De masanya Alauddin tido time tengah hari, so lagi la mudah urusan memasak aku.

Lepas tu ready nak masak la pula kan..Suami balik dalam pukul 1 lebih cam tu, dah boleh makan dah...:)

Pukul 2 lebih call poslaju bagi tahu nak minta pick up barang, packing barang, dah siap bole ngulit anak, kul 3 lebih cam tu call gdex plak minta pick up barang.

Selepas waktu tu aku memang dah relaks banyak dah...Masa ni boleh pikir nak masak pe untuk petang, lipat kain ke, kemas bilik stok, kemas mainan Alauddin, bacakan buku untuk Alauddin, kemas dapur ke...banyak la aku bole buat punnnn :)

Ok, habis cerita masa senggang aku..huhu...saje la nak share bahan bacaan untuk anak-anak kita yang pada aku sesuai la untuk anak-anak yang sedang nak membesar ni.






Dua jenis atas ni kira 4 in 1 la pada aku. Pertama de flash card ABC dan 123. Both de picture dan word kat bawah die. Gambar pun besar, jelas dan guna yang mudah lagi simple untuk anak-anak kita.

Kedua, ada buku sekali. Yang ABC tu buku dia bagus sangat sebab selain word dalam flash card tu, de word tambahan untuk setiap huruf dalam buku tu. 

Ketiga, ada pen cam marker bole tulis2 atas buku, tapi de tempat khas dia la, boleh padam balik, kira kita boleh ajar anak menulis ikut garis putus2 huruf tu la...lepas tu padam balik..kira bole guna banyak kali la sampai hancur buku...hoho

Keempat, ada game dalam buku ni then de sticker sekali. Means bila anak dah kenal huruf atau kenal bende kan, de la 1 bahagian dalam buku tu bahagian tampal menampal. Kat sini la sticker tu kita tampal sebab dia tunjuk bentuk dan huruf, pastu anak boleh cari pe word yang refer huruf tu...gitu la :)





Yang ni kira bahan bacaan seharian Alauddin la..Kalau ikut bacaan aku kat internet la pasal pengenalan bahan bacaan pada anak-anak ni, masa anak setahun dah sesuai la nak introduce dia dengan buku yang de short story.

Lebih elok short story yang banyak mainkan ekspresi wajah dan suara. Tu lebih mudah nak attract anak-anak untuk minat bahan bacaan.

Sambil kita baca tu, sambil buat memek muka, gaya dan suara, kalau ketawa, kita ketawa la, kalau menangis, wat menangis, kalau bercakap ikut cam dalam buku tu...haaa...gitu la kekdahnye :)

Mr. Men Collection ni pun aku tahu dari kawan kenai kat fb je, Hanisah Azhari tapi banyak la aku rujuk dan tanya dia sebab dia pandai..haha...lagi 1 memang tak kedekut punye orang. Senang bersahabat dengan Hanisah ni sebab cepat mesra dan rasa macam kenal lama dah. Terima kasih banyak ye Hanisah :)

 Dia de upload set Mr.Men yang dia beli kat twins dia, then aku nak beli la untuk Alauddin lepas usha kat google kan...

Memang menarik dan puas hati la...Sebab material die tebal, elok, cantik, cerita simple, word simple (mama boleh paham cerita nak disampaikan...hahahaha)...

1 set de 7 buku means de 7 cerita dan watak la...setiap buku bukan watak yang sama la..

So, pagi2 masa tengah prepared makanan Alauddin, aku bacakan la 1 buku kat dia...die duk diam je atas riba aku...kejap kang sengih je bila aku buat bunyi lion la, wat memek muka la. wat ala2 terkejut la...

Alauddin sebelum ni tak tahulah nak kata minat buku ke tak, tapi aku suka la nak bagi dia toys yang de tulisan then nanti aku sebut lah ikut tulisan tu kan.

Lepas tu aku bagi dia word yang dari kain tu, baca la ikut word tu kan...dia jenis suka duk atas riba bila kita bacakan pe2 kat dia.

Sama lah macam bacakan dia set Iqra tu..duk a ba a ba je la..Bila aku sebut Ba, dia katanya Abah...terus la pegi kat pintu bajet abah balik..jenuh la aku panggil mari duduk balik nak sambung baca...haruuuu...:)

Aku tak de set dalam otak aku kata nak anak aku pandai baca buku, suka baca buku, cume aku suka dengan buku dan aku suka nak beli untuk dia.

Sambil tu ajak la dia sama2 baca ke, belek2 buku, tu pun dah cukup la...sampai masa dia dah tahu semua mende, time tu baru nak datang minat dia dengan buku, pun aku tak kesah...

Sebab aku bukan suka planning untuk anak aku....cuma aku rasa tugas aku takat nak kenalkan dia pada sesuatu yang aku rasa ada kebaikan pada diri dia, cukuplah tu..

Yang lain biarlah secara semulajadi...sebab orang ni berubah-ubah..kita pun bukan tahu pe minat anak kita, dah besar nanti pandai la dia nak pilih mana dia suka

Kita tunjuk jalan dan sediakan landasan je :)

Ok...panjang mak esah ko ni berborak...kendian sambung pula

As-salam :)


Tuesday, January 29, 2013

Lepas Dah Rindu :)

Assalamualaikum

Minggu lepas suami ada urusan kerja kat Kuantan. Kami menginap kat salah 1 hotel kat Cherating, 3 hari 2 malam. 

So suami kata kita singgah rumah mak kat Kuantan. Bertolak selepas subuh, dalam kul 6.30 pagi cam tu, dalam pukul 10 lebih sampai rumah mak.

Call wan masa sampai kat Jaya Gading, minta wan tunjuk jalan sebab deme baru pindah rumah lain. 
Sampai je mak tengah tunggu kami depan pintu...berseri-seri mukanya :)

Salam mak terus kene gomol, rindu sangat kan. Alauddin pun pandai dia, ajak nenek dia belabun, dia je yang paham nye pun..

Mak siap masak nasi minyak style orang pahang la...masa call mak sebelum ni, mak kata nak masak nasi minyak...

Sebelum ni mak dah masak nasi dagang, memang sedap ikan tongkol masak lemak tu. Orang pantai timur panggil ikan aye..huhu..

Nasi minyak mak memang sedap..mabeles la..siap tapau bawak balik hotel..huahua..air tangan original dari pantai timur mana nak lawan kan...

Bezanya mak tak masak manis cam aku biasa makan orang Kelantan masak..mak masak elok semua rasa..

Alauddin memang suka sangat la main dengan ayish, adik bongsu sebaya ngan Jannah. Tapi tua jannah 2 bulan je. Tu sebab Alauddin ada 2 mak su dan sorang pak su..huhu...

Mak asyik duk meriba Alauddin, geram sangat katanya. Tapi Alauddin dah berlari mana maunye nak duduk meriba..huhu..duk berlari sana sini...

Nenek bawak tengok kucing, gelak sakan mak bila Alauddin buat bunyi panggil kucing tu, mak kata pandai dia buat bunyi tapi perlahan je..haha..

Kami laki bini pun tak tahu bile dia tahu dan sapa ngajo dia panggil kucing tu..adoiii..

Aku rasa seronok sangat tengok mak ngan adik2 aku elok je wan jaga. Rumah selesa, ada lengkap bilik untuk adik perempuan dan adik lelaki, bilik mak, dapur luas, siap ada bilik khas untuk wan buat bisnes murtabak dia...

Syukur Alhamdulillah...Allah mudahkan kehidupan mereka..

Kiranya berguna lah juga ilmu kehidupan yang abah ajar kami anak beranak, sampai wan boleh berdiri atas kaki sendiri jaga mak dan 3 orang adik-adik..

Abah pun risau kot2 wan tak cukup duit sebab abah paham sangat adat orang berniaga pasar malam. Tapi Alhamdulillah, wan kata rezeki masih cukup abah, janganlah risau :)

Wan abis sekolah memang tak betah kerja makan gaji. Pernah 6 bulan je dia bekerja dengan orang, dapat gaji cukup bulan la, tapi lebih banyak culasnya.

Dia ngadu kat abah, runsing keje ngan orang ni, lepas tu duit pula hujung bulan baru merasa tu pun banyak cekadak nye, potong itu ininya...

Bukan apa, wan biasa dari kecik terdedah dengan suasana berniaga jadi dia nekad untuk jadikan perniagaan itu punca rezeki dia even dah berkahwin nanti.

Abah pun pesan kalo niat macam tu, kenelah cari pompuan yang suka berniaga juga, yang sanggup susah untuk berniaga, kalau yang jenis renyeh tu tak payah la...

Tapi rezeki wan ni mudah gamaknya Allah nak bagi kan..Elok je pindah Kuantan, orang dah bagi tapak niaga...rezeki la tu

Lepas tu, berniaga kejap pun orang dah mula kenal, dah ada kepercayaan orang pada dia. Jadi mudah nak dapat pelanggan tetap tu.

Dari kecik dah rupe itu. Kalau berniaga 2 tempat, wan mesti abis dulu, baik pasar malam atau bazar ramadhan. Dan selalunya kat tempat wan la banyak sikit jualan dari abah.

Wan banyak orang muda beli dan ada sesetengah orang tua suka beli ngan wan sebab ramah katanya, sampai ada 4 5 orang mak cik suke bebeno la kat wan sebab katanya wan senyum manis, mata sepet..gitu..:)

Wan pun jenis tak reti berkira. Kalau ada yang bawak tak cukup duit ke, ataupun tak tahu harga berapa lepas tu sebut nak beli berapa, bila wan sebut harga semua, tak cukup pula duitnye, wan kira bagi je yang lebih tu...

Part tu la yang mahal sikit kat wan yang payah nak jumpe kat anak muda lain, ade la pakcik2 yang cakap macam tu...

Pakcik2 ni sampai suka kat wan, siap angkat tangan doakan bisnes wan maju sampai bila2..aminnn...

Lagi 1 beza wan ngan abah kata deme ni, abah style orang lama, lembut dan sopan. Pastu jenis jaga etika dengan customer. Kalau murtabak masih bergoreng, abah melayan deme yang menunggu dengan kata-kata manis...minta tunggu sekejap..

Lepas tu abah jenis proper sikit la, murtabak kene lapik tisu, plastik kene jaga jangan bagi kene minyak panas yang jatuh dari bucu murtabak tu, takut koyak..

Kalau ada yang terjatuh, abah ganti baru, dengan bersungguh2 abah nak ganti, walaupun berlaku adegan tolak menolak dengan customer..huhu

Murtabak abah jenis panas dan fresh sebab abah jenis goreng sambil berniaga. Tu sebab baju abah lebih basah dari baju wan..haha..sebab abah jenis goreng non stop..

Kalau wan pula jenis kurang bercakap tapi suka senyum...pakcik. tunggu kejap ye..lepas tu senyum lebih dari bercakap...

Style wan goreng tanpa henti, dari mula bukak payung sampai abis goreng, tak kira la orang dah beli ke belum. Wan jenis suka standby sebab dia memang dah tahu orang sekali serbu jenis nak cepat la..

Wan pun tak gemar orang nunggu dia masak...lagi 1 style abah goreng murtabak masuk 1 1 dalam kuali, tapi jenis wan, tangan beso la katakan, sekali 6 amik, susun terus dalam kuali, buat bintang besar..

Part bintang besar deme kata wan je pandai buat..haha..abah bukan tak pandai tapi abah kata rumit nak kalih2 sebab 24 keping murtabak atas kuali..

Bab kene minyak panas sampai gelembung lebih besar dari duit 50 sen dah biasa dah kami semua. Paling klimaks bila gelembung tu pecah time tengah goreng....

Boleh bayang tak dengan kulit dah terkopek, duk lalu non stop 3 4 jam atas minyak panas...memang terbaeekkkkk..hahaha

Tapi tu la yang buat kami kebal pun...alah bisa tegal biasa :)

Dapat jumpa mak dan adik-adik boleh la lepas rindu. In shaa Allah wan nak balik Manjung nanti, mak duk rumah aku..Boleh spend masa lebih lama lagi :)

Jom la layan pic Alauddin ngan abahnya kat tepi pantai ye....Mamanye sibuk melayan pm dan komen customer, malas nak join deme..huhu










Ok la..bye :)






Wednesday, January 23, 2013

Doa Ibu Mertua Makbul Sama Seperti Ibu Kandung (Part 2)

Assalamualaikum

Nak sambung pasal cerita Ibu Mertuaku la pula..haha..pe kes ko de sambung-sambung esah???

Ustazah yang cerita tu cakap, bila mana mak kita meninggal nanti, yang akan jadi galang gantinya mak mertua kita la kan. Kalau kita sendiri tak nak hargai mak mertua macam mak sendiri, macam mana nak tumpang berkasih ye dokk??

Memang tak dinafikan, ada sesetengah gologan isteri yang diuji ALLAH dikurniakan ibu mertua yang agak garang, cerewet dan serba tak kene pada mata dia..

Aku suka dengan ayat Ustaz Hanafiah, ala....yang putih2 tu cam chinese look gitu, dia kabo orang perempuan tu sifat cemburunya sesama perempuan. Jadi adalah logik kalau mak mertua cemburu dengan menantu perempuan atau sebaliknya lah..

Ada sebabnya...mungkin anak lelakinya anak lelaki tunggal, rapat dengan maknya, jadi bila dah bersuami, kuranglah masa dengan mak sendiri kan.

Lepas tu, banyak urusan lebih ke arah rumah tangga, melawat mak pada sekian sekian hari, masa lebih banyak dengan anak isteri la.

Tapi ada juga yang tinggal bersama mak mertua, atau mak mertua tinggal bersama anak lelaki. Kat sini pun de yang beruntung, ada juga yang diuji.

Ada yang bahagia je even duk sebumbung dengan mak mertua, ada yang macam-macam halnya bila duduk sebumbung kan...sampai naik penin dah suami nengokkan lagak isteri dan maknye...sabar je la ye

Tapi bila ustazah kabo, doa mak mertua sama makbul, teramatlah penting kita kaum isteri kene jaga hubungan dengan mak mertua.

Cubalah berlembut dan melayan mak mertua sehabis baik tanpa mencemuh di belakang mereka. Takut keluar perkataan yang tak elok dari mulut mak mertua kan susah...

Kene la ingat ye, perkataan yang keluar memang tuju pada menantu, tapi kita ni kawin dengan anak lelaki dia, dan syurga suami kita kat bawah telapak kaki mak mertua kita juga

Dan doa paling makbul untuk suami kita adalah doa mak mertua kita jugalah adanya...

Ada juga Ustaz Ustazah yang pesan kalau wanita yang nak bersalin tu, mintalah ampun dan doa memudahkan bersalin dengan ibu mertua, in shaa ALLAH dapat membantu

Nampak tak, hebat tak hebat la doa mak mertua kita kan :)

Mak mertua aku memang sayang macam mak aku sendiri. Sebabnya tersangatlah baik...Abah pun pernah cakap, masa kecik Allah uji  dengan kepahitan, dah besar ni Allah balas dengan kemanisan..Alhamdulillah :)

Mama yang aku kenal 5 tahun dulu masih sama macam mama sekarang.

Suami bawa jumpa mak dia masa aku study kat Shah Alam tahun 2007. Masa mula jumpa, memang dah riuh dah kami menyembang.

Style suami aku dia memang tak campur urusan perbualan kami. Dia tinggal je aku terkontang kanting dalam rumah dia, pandai-pandai aku la katanya cam ne nak nyembang ngan mama....ade ke rupe itu kan...

Tapi jalan Allah nak bagi tu sedang cantik dah...so ikut je la.

Bila dah saling kenal, dah rapat, kalo time nak berjumpa, mesti ada lauk dari mama untuk bekalan aku kat kampus. Tanda mama ingat kat aku la tu. Riso mama aku makan ke idok, apa dimakankan.

Lepas tu kalo time hujung minggu, roomate balik umah famili tapi aku tak balik, mama akan suruh suami amik aku bawak balik, katanya tak usah la duk bilik sengsorang.

Time tu tengah hot pasal orang minyak masuk kampus kami ni ha...apalagi kecut perut anak gadis semua kan, sampai sudah katanya tak dapat tahu sapa orang minyak tu..

Mama memang riso la..tu yang mama paksa aku tido rumah Puchong....

Aku ingat lagi, abis je degree, aku terus cakap kat abah nak duk sana lah nak cari kerja sementara nak tunggu konvo. Lepas tu baru cari kerja betul2 la..

Sementara nak dapat kerja tu, aku kerja ngan mama, buat catering. Masa tu mama baru dapat tender kantin,  pekerja kat area Putrajaya memang susah nak dapat. 

So, memang kami berdua bersusah senang bersama la. Segala penat jerih kami buat bertiga dengan pak mertua sekali la.

Pak mertu dah tua, dalam umur 70 tahun dah, tapi abah bantu mana yang dia larat la...sebab abah mengidap sakit lutut yang kuat jugak, bergantung dengan ubat di samping penyakit darah tinggi dan jantung.

Dah 6 bulan selepas tu baru dapat pekerja laki, tu pun seorang je dapat, jadilah dapat ringankan beban kami berdua kan. 

Masa ni suami ada baki 1 semester lagi sebab course kami lain2, so aku grade awal 1 sem dari dia. So, suami banyak abiskan masa kat kampus la, dan aku time hujung minggu je la duk umah sewa.

Time suami kat kampus isnin jumaat aku kat rumah mama, mama yang amik aku bawak datang rumah, suami balik jumaat dia anta aku ke rumah sewa balik.

Baik tak baik la mama yang datang amik aku bawak datang rumah. Siap ada bilik untuk aku dan sampai la sekarang bilik yang aku duk dulu dah jadi bilik adik bujang suami, pun mama duk sebut "bilik syah"...huhu..

Tu belum masa aku kene demam campak. Semua mama yang jaga sampai la sembuh. Picit kepala sampai aku tertidur. Bawak nasi siap semua setiap kali time makan dalam bilik.

Setiap kali balik dari kantin, beli buah kelapa dekat 10 biji, kopekkan bagi aku minum setiap hari. Urut badan sebab demam campak kan buat sakit badan.

Mama sapu krim kat badan, memang mama tengok direct la kulit badan aku ni haaa...abis mama jaga macam anak dia sendiri...mana nak dapat mak sebaik ni???

Masa aku pertama kali ajak mama sekeluarga ke rumah aku kat Manjung nak kenalkan kat mak abah aku, riuh betul deme-deme ni berborak, macam dah kenal lama bebeno.

Dalam hati aku rasa seronok sangat sebab dah nampak in shaa allah hubungan kami boleh la melangkah ke fasa lai dah...sebab nampak ada restu kedua-dua belah pihak kat situ :)

Masa mama nak balik Puchong tu, pak mertua cakap kat abah aku, jangan risau en. usop, kami akan jaga aisyah macam anak kami sendiri, dia pun baik, tak degil..haha..

Abah aku mula la nak berair mata, jenis keras kat luar tapi dalam lembut sebenarnya..huhu..lega hati abah dengar macam tu...anak perempuan duk jauh..hati tu libang libu je

Masa aku demam panas pun, aku jarang kene demam semua tu, tapi sekali kene memang melepek la jawabnye, lepas tu berhari-hari nak tunggu kebah tu...lepas tu bertahun-tahun la baru nak datang demam balik

Mama lah yang jaga aku juga...sampaikan temankan aku tido sebab takut aku demam panas meracau-racau kan. Bangun 3 4 pagi masuk bilik aku nak tengok demam aku makin teruk ke apa kan....Allah...baik sesangat la..

Masa aku konvo, famili aku datang Shah Alam, mama datang sekali raikan convo aku...terharunye la...
Siap bawak nasi putih lauk 4 5 jenis, ajak famili aku berkelah kat uitm tu.perghhh...kenangan terindah lah kata orang...

Pernah aku dan suami bergaduh sakan, tak pernah la gaduh sampai macam tu, kira pecah juga handset yang aku pakai masa tu, sapa yang campak???? Aku lah...hahaha

Aku kan emo lebih sikit, geram punye pasal..lepas dah baling baru rasa terkilan mula nak luruh air mata tu...tapi udoh hancur apa nak dibuat...dah le henpon hadiah suami bagi....pe punye perangai lerr..mau tak hangin pakcik sorang ni..

Mama dah mula risau nengokkan lagak anak bujangnye (masa tu la), terus tanya aku, ngape ni? Gaduh apa?
 Aku dah cuak la selepas tu...tapi yang bagusnya mama back up aku dinasihatnye anak bujangnye...

Laki aku nak tenangkan diri, dia keluar rumah katanya nak lepak kedai mamak je masa mama tanya, mama siap pesan lepak je situ jangan pegi mana-mana, jangan buat yang bukan-bukan, mengucap iz...

Mama takut jadi pe2 ngan hubungan kami...mama siap pujuk aku suh sabo katanya iz tak ke mana, dia nak bertenang je..huhu..

Esok tu elok dah la tu pun pesanan bergelan2 la dari mama..haha..katanya kene la ikat cepat2 kalau dah rupe ni...masa tu lagi seminggu nak bertunang rasanya...adoiiii..

Semua tu kenangan la, Alhamdulillah, dah kawin tak de la pulak nak bergaduh je manjang, syukur..aku pun baran udoh campak ke mana tak tahu...ilang gitu je...haha

Masa aku pregnant Alauddin, mama selalu tanya apa nak makan tiap kali mama ke pasar selayang ke, pasar borong ke, kot2 aku de mengidam nak makan pe2 kan.

Lepas tu, kalo kami berjalan ke mana-mana, mama suka nyinggah kedai pinggan mangkuk barang plastik semua tu, jadi mama mesti cakap sekejap ye syah, mama nak tengok barang, baring dulu dalam kete...mama takut aku tak gemor ke, tarik muncung ke, padahal aku sama naik je ngan mama..haha

Cuma bila aku penat, aku rehat je la, aku duduk la dalam kete, tapi tak de le hati tu rasa tak seronok ke hape...bukannya apa pun..pregnant je :)

Disebabkan kami ni rapat, ada mak sedara belah suami tanya, pantang nanti kat mana. Mama tengok je muka aku, tapi suami yang jawab katanya pantang kat Manjung.

Kebetulan aku bersalin time cuti sekolah, jadi mama memang free la kan. Mama kata bole pantang kat Puchong, mama boleh jaga.

Tapi mama tahu aku nak berpantang kat manjung, jadi mama kata manjung pun tak pe, dekat dengan klinik dan hospital, apa2 senang la...

Suami pun cakap yang sama juga bila orang tanya...aku riso juga kalo mama kecik hati, tapi mama cakap kat suami aku mama ke sana la lepas aku bersalin...

Masa aku genap sebulan berpantang, aku dah balik Kuala Selangor, time ni mama yang jaga aku walaupun aku dah kuat la nak buat kerja cume tak laju mana la.

Mama yang masak semua la, macam mak aku buat juga. Siap bawak daun2 nak mandi pagi...

In shaa Allah ada rezeki nanti, mungkin mama boleh jaga aku dalam pantang...aku jenis tak kesah pun cuma anak pertama tu perasaan nak ngan mak abah sendiri la..:)

Syukur Alhamdulillah aku dapat mak mertua baik sangat macam mama. Jenis tak berkira apa saja, sentiasa ingat kat anak menantu...sebak hati kalo duk ingat kebaikan mama..

Abah pernah pesan, kalau kami dah tak de nanti, in shaa allah kamu boleh tumpang kasih sayang dari keluarga mertua kamu...deme baik...Allah..sayunye hati aku..

Masa nak nunggu masuk labour room, berkali2 mama call suami dan aku tanya aku cam ne, dipesan macam2, dari jauh mama doakan, berselang seli dengan mak aku kat Manjung ngan mak kandung aku kat Kuantan...

Masa tu rasa hebatnya rasa kasih seorang mak tu kat anak dia walaupun bukan dari darah daging sendiri...syukur la dikurniakan insan-insan yang mulia hati baik pekerti macam mama dan mak yang jaga aku masa kecik...Alhamdulillah..

Cubalah sayang mak mertua macam mak sendiri...nikmatnya bukan orang lain yang rasa, kita sendiri juga. Suami pun seronok mak dia ada kawan nak borak kan.

Kadang-kadang mama banyak tanya aku dari tanya suami, sampai pernah suami kata aku ni anak yang anak mama..haha..tapi mungkin la sebab mama ada kawan nak berkongsi apa saja sebab adik perempuan suami pun kecik lagi, baru naik tingkatan 1.

Ustazah tu ade pesan juga, kalau ada menantu yang cakap "Aku lagi seronok, mak mertua tak de, dah meninggal, jadi aku tak perlu nak lalui macam korang, tak sebulu dengan mak mertua".

Atau

"Masa kenal suami memang dia dah tak de mak, dan saya memang berharap kalo saya kawin, saya tidak beribu mertua, maksud dia dah meninggal lama la"

Ustazah tu cakap "Alangkah ruginya kamu kerana kamu sudah hilang 1 keberkatan doa dalam hidup kamu kerana hidup manusia itu disulami dan ditunjangi dengan doa "

Allahu Akbar :)

Ada beberapa wanita yang sedih kerana tak sempat merasa kasih sayang seorang ibu mertua, tetapi mereka ini pula mendabik dada seronok kerana tidak ada ibu mertua.

Bahagian setiap kita lain-lain, jadi bersyukurlah...

As-salam











Thursday, January 17, 2013

Doa Ibu Mertua Makbul Sama Seperti Ibu Kandung (Part 1)

Assalamualaikum

Beberapa hari lepas aku tercongok depan tv9 nengok Tanyalah Ustazah ni.
Deme buka topik Hubungan dengan Ibu Mertua

Rata-rata yang datang kat studio tu adalah makcik-makcik yang lebih berusia dari mak aku, dalam usia 60 dan ke atas rasa aku la..

Ada juga yang lebih kurang mak aku tapi yang ramainya yang dah tua la..Kiranya tajuk yang dikupas ni sesuai la kan dengan hadirin yang hadir :)

Bila orang cakap pasal hubungan menantu dengan mertua ni, lebih banyak terjurus kepada orang perempuan.

Ye la, jarang kita dengar atau lihat kan, menantu lelaki ada masalah dengan mak mertua, atau pun menantu perempuan ada masalah dengan pak mertua...adaaaaa...tapi jarang :)

Kebiasaannya, menantu perempuan tak berapa nak ngam dengan mak mertua atau sebaliknya, dan ada juga sikit-sikit kes menantu lelaki tak berapa sehati sejiwa dengan pak mertua...haaa...gitu :)

Tapi bila dah Tanyalah Ustazah punye cerita, tentulah menjurus kepada hubungan menantu perempuan dengan mak mertua la ye dokkk..

Kenapa menantu perempuan perlu hormat dan sayang mak mertua sama seperti kita hormat dan sayang mak kandung kita sendiri????

Sebabnya.....lihat pada hukum perhubungan antara mertua dengan menantu yang Allah S.W.T. dah buat elok cantik mesti ada sebab musababnya.

Hubungan mertua dan menantu itu tidak terputus walapun menantu atau mertua sudah meninggal dunia.
Maksudnya macam mana??

Mertua dengan menantu, bila sah je akad nikah, mereka sudah menjadi mahram sampai bile2, sampai Kiamat..

Maknanya menantu perepuan halal salam pak mertua, dan menantu lelaki halal salam mak mertua.

Kalau isteri kita meninggal dunia, hubungan suami dengan mak ayah isteri kite masih sama, dan tetap mahram sampai bila2..

Sama juga kalau suami kita meninggal dunia, isteri tadi tetap mahram dengan pak mertua dan HARAM bagi pak mertua nak kawin dengan menantu sendiri sebab hukum mahram sampai bile2...ianya bersifat kekal

Sama la cam menantu lelaki nak kawin ngan mak mertua, dalam kes isteri dah meninggal, juga haram sebab hukum mahram tadi..

Serupa la juga kalau anak menantu bercerai berai....Mak mertua tak leh kawin ngan menantu lelaki dan pak mertua pun tak leh kawin ngan menantu perempuan...SAMPAI KIAMAT la....sebab hukum mahram tu juga.

Bila dah jadi mahram kita, maknanya aurat yang patut dijaga sama macam kita dengan mak ayah kita juga. 
Tapi biarlah bersopan ye seperti kita bersopan dengan mak ayah kita :)

Macam tu la juga hubungan cucu dengan tok nenek dia...dah bercerai ke, dah meninggal salah seorang atau 2 2 mak ayah dah meninggal, cucu tetap cucu kepada kedua-dua belah keluarga.

Tak de terpisah kata sebab anak aku yang bersalinkan si polan, dia cucu kami.
Atau sebab cucu ni berbinkan anak laki kami, ni cucu kami...
TAK DE HUKUM RUPE ITU YE...

Walaupun dalam kes penceraian atau kematian, bila masuk bab penjagaan anak, mahkamah akan dahulukan keluarga sebelah isteri atau si ibu la, jika si ibu tidak berkemampuan nak jaga anak atas sebab kesihatan atau meninggal dunia, tok nenek sebelah isteri yang akan didahulukan hak penjagaan tu.

Kemudian jika ada masalah lain pada pihak keluarga isteri seperti ibu bapa dah tua, tak de sumber rezeki yang tetap atau kurang berkemampuan, barulah keluarga sebelah suami pula diberikan hak penjagaan anak tersebut berdasarkan syarat-syarat yang perlu diikuti lah ye..

Panjang beno la pula aku huraikan sebab apa kene hormat dan sayang mertua macam kita sayang mak kite sediri...huhu...siap masuk bab penjagaan anak...huhu...minta maap ye...:)
Sharing is caring :)

Aku tak nak cakap la pasal hal orang lain, aku nak cakap pasal mak mertua aku je a.k.a MAMA :)

Memang kami baru berkahwin 2 tahun je. Tapi aku kenal mama lebih 5 tahun dah. Suami rajin bawak aku pergi rumah dia kat Puchong masa duk bercintan cintun dulu. Tu yang kenal lama tu..

Masa study kat Perak dulu, tahun pertama kawan, suami bawak aku jumpa mak sedara dia kat Lahat, Ipoh tu, panggil Mak Cu je.

Beberapa kali la dia duk bawa aku ke rumah mak cu. Dari sembang2 ngan mak cu, mak cu kata tak pernah hayat la Iz nak bawak pompuan jumpa cu. Esyoh la orang pertama pun...sebutan orang perak memang rupe itu :)

Dari pertemuan tu la pun mak cu duk borak2 dengan mama pasal iz ni dah de awek...konon...mamanya duk jauh, kendian la dia bawak katanya. 

Aku pernah juga terbaca beberapa mesej cu dengan suami aku. Kata cu aku ni diam je bila jumpa, die pesan kat suami suh aku banyak borak sikit..seronok sikit nak nyembang katanya...ohhhh..

Aku ni memula je diam...kang aku ajak belabun kang tak terlayan pulok..hahaha...tapi biasalah..baru2 lagi memang malu alah, segan siput semua ada kan...redah je la..

Skang ni memang rupe apa le bile berjumpe punnn...tak nyempat2 nak nyembang aje rupenye!!

Alaaaaa...dah tengah hari la..sat gi laki balik nak makan pulokkk..
Stop dulu boleh...nak masak dulu
Errrmmmm...Ikan cencaru masak berlada dengan sayur sawi goreng seafood je pun...
Nanti sambung pasal aku dan mama ye :)

As-salam







Harga Terkini Fisher Price Portable Rocker Green Dan Blue Frame

Assalamualaikum

Since harga Fisher Price From Newborn To Toddler Portable Rocker dah turun, aku nak maklumkan haga terkini rocker yang aku jual ye

Harga Portable rocker green frame dan blue frame adalah sama sekarang.

Harga : RM190 
termasuk kos pos dalam SEMENANJUNG MALAYSIA sahaja
Pos guna gdex xpress
Dalam sehari-2 hari bekerja In Shaa Allah sampai jika tak de masalah :)

Harga untuk SABAH & SARAWAK seperti berikut
Kalau guna pos parcel a.k.a pos biasa RM200 
Amik masa 7-10 hari bekerja untuk sampai

Kalau nak guna poslaju:
SABAH RM250
SARAWAK RM240
Amik masa 2-3 hari bekerja untuk sampai

Harga untuk yang nak amik borong
Minimum order quantity 3 unit
Harga jatuh RM165 untuk 1 unit
Jadi total 3 unit RM495
Kos pos untuk dalam SEMENANJUNG SAHAJA adalah RM30 untuk 3 UNIT ROCKER
Total semua RM525 ya :)

Tak semestinya yang nak amik borong ni untuk buat berniaga sahaja.
Boleh juga kalau kome kumpul2 antara kawan2, saudara mara, jiran tetangga, sesama ofismate sampai la cukup 3 unit atau lebih ye..
Janji melepasi syarat MOQ 3 unit seperti yang dinyatakan di atas
Lepas je syarat tu, automatik dapat harga borong ye kawan2 :)


Portable rocker ni memang SENTIASA ADA STOK dan In Shaa Allah aku memang sentiasa update stock :)

Jika ada yang berminat, boleh email aku syatogethernas@gmail.com
Atau sms aku 0134314741 aisyah
Atau lawat fb page aku http://www.facebook.com/syanaskiddies

Ni rupe rocker tu ye

BLUE FRAME


GREEN FRAME










Tuesday, January 15, 2013

Alauddin Sekarang :)

Assalamualaikum

Lama dah tak update perkembangan anak bujang aku nan sorang ni kan. Hujung bulan 1 ni genap la Alauddin 1 tahun 2 bulan. 

Meh nak cerita sikit perangai terkini Alauddin ye :)

1. Paling suka menyakat mama dan abah dia. 
Nak tahu dia sakat cam ne? Dia akan lari ke pintu bilik yang separuh terbuka, pastu landing atas tilam..sesedap rasa dia la..
Aku ni ikut lari sekali sebab tilam tu tinggi dan dan aku riso dia jatuh ke bawah.
Masa mula-mula beli tilam time ngandungkan dia, rasa abis best dah sebab tilam tinggi, empuk bajet tilam hotel 5 star kome!!
Dah ade anak ni rasa nyesal lak sebab tilam tinggi bebeno, mula la takut anak jatuh..huhu
Alauddin pandai turun tilam tapi ada masanya dia suka bergolek-golek sampai la hujung, tu yang buat aku risau..
Kadang-kadang dia turun kepala dulu baru kaki...eiiiii
Bila kami laki bini tangkap dia, bawak keluar dari bilik, dia gelak je...then dia lari balik nak masuk bilik..
Bila dia tahu kami nak kejar dia, dia lari hala ke bilik juga tapi dia kona masuk bilik belakang, tempat aku simpan stok2 aku..
Memang gelak sakan la kami laki bini nengokkan perangai dia ni..adoiii

2. Pandai off laptop
Yang ni selalu kaco time mama abah dia duk ralit ngadap lappy...
Aku kadang-kadang sambil salin alamat ke order mata mandang ke bawah, sesekali tengok skrin..
Nanti datang si kenit ni dia picit button off tu, terus la gelap lappy aku..
Tak tensen rasa?????
Datang senyap2 pastu tekan off button terus blah kat kotak mainan dia wat tak reti je...
Time abahnya masa duk layan tenet tengok barang2 baru, layan agoda ke, youtube..
tetibe skrin gelap gelita...
Hangin je rasa kannn..
Yang lebih hangin Alauddin dikurniakan sifat muka kering takde perasaan..wat nohen je!!!

3. Paksa suh amik mainan bawah meja kerusi bagai
Alauddin suka baling mainan, lagi kecik dan ringan mainan tu, lagi kuat la dia baling
Bila dah baling kuat-kuat tu, memang masuk bawah sofa rak tv bagainye la
Lepas tu pandai pula paksa aku suh amik mainan dia bawah tu
Selagi aku tak amik, selagi tu la dia duk depan sofa @ rak tv nunggu mainan dia tu
Sambil tu panggil ma..ma..ma..jari tunjuk mainan dia bawah tu..
Kadang-kadang dia bantai jerit la, merengek la..
selagi tak dapat la

4. Dah kenal barang permainan
Kalau pergi ke mall cam Tesco ke, Jusco ke kan, Alauddin dah kenal barang permainan.
Paling kenal bola la..barang lain kureng sikit
Kalau terrrlalu kat tempat bola, memang dia akan tunjuk la bola tu...dia nak
Bila kami terus je tak layan permintaan dia, dia akan keluarkan suara protes
Macam membebel la...lama pula tu..hohoho
Ikut abah la tu kuat membebel kan :)

5. Dah kenal barang makan
Yang ni kami laki bini susah nak kawal sikit
Alauddin jenis pemakan budaknya.
Tapi kalo bab manis-manis, cam coklat, kek, aiskrim tu kami kene makan sorok-sorok 
Tak pun kami makan laju-laju kasi cepat abis.
Suap juga la sikit je, orang kata hujung sudu je
Tak sampai hati dia tengok kami makan aiskrim semua tu kan
Tapi bagusnya Alauddin perutnya kebal gila
Tak pernah sakit perut, kembung perut walaupun suap dia macam-macam
Dan aku juga makan macam-macam, even dia menyusu badan 
Tapi perut dia superb!! :)
Kalau nampak pek biskut, coco crunch, coklat atas meja ke, dia akan tunjuk tanda dia nak makan

6. Ikut sekali time azan kat tv
Paling suka dengar azan tv9 tu
Yang azan atas menara kl tu kan
Kalau time azan kan, Alauddin buat la aaaaaaaa...amik time hujung-hujung azan tu..
Sampai abis azan la duk aaaaaaaaaaaaa..
Bila dah abis, pandang aku sengih je...
Ngada2 x perangai die...hahaha

7. Mula paham apa yang disuruh
Time makan, dia dah paham dan tahu
Bila aku kata, "Alauddin nak makan tak? Jom gi dapur mama amik nasi"
Dia akan tekedek-kedek gi dapur, walaupun aku masa tu kat dalam bilik tengah sidai baju..haha
Bila aku tak juga ke dapur, dia pangil tunjuk dapur...ok..mama datang..gituuu
Pastu bawak pinggan semua aku bersila kat depan tv, aku cakap "Duduk"
Terus dia duduk, sopan gitu...
Tapi sopan tak lama la.....
Asyik ubah arah duduk je..orang kata tak duk diam..
Cam gatai je punggung tu kan
Pastu duk bertenggek kat rak tv pula...layan zon aulad dia
Bila mulut dah kosong, terkedek-kedek la dia datang kat aku sambil tunjuk nasi tu kan
Bil dah penuh mulut, bertenggek balik kat rak tv tu layan kartun die..
Sampai la selesai makan :)

Mandi pun macam tu
Tahu bila aku cakap Alauddin, jom mandi...
Mula la die tarik2 pampers die tu suruh bukak
Tangan tunjuk bilik air
Aku selak je kain tutup bilik air tu, galak je rupe dia..
Suke sangat mandi kan

8. Pandai pujuk mama bila kene marah
Kadang-kadang suara aku tinggi juga tapi bukanlah menengking
Aku suka panggil nama penuh bila rasa nak marah tu
Nanti ngonet-ngonet la dia jalan kat aku
Muka aku memang garang je time ni (konon la)
Pastu Alauddin cakap bahasa planet zuhal ngan aku, yang aku paham..ma..ma..ma je
Yang lain apa pun tak paham
Peh tu dia cium pipi aku, landing cantik je kat dada aku...
Konon peluk aku la tu..
Pehtu wat muke comel dia sambil cium badan aku...
Memang boleh turun suhu panas badan aku selepas tu..
Tak jadi dah mama nak marah kannnn :)

9. Pandai salam dan cium semua orang
Kalau dulu punye la payah nak suruh salam atau cium orang lain
Selain mama dan abah dia
Skang ni pantang sape2 suruh salam ke cium ke, laju dia buat
Bye bye pun pandai dah tapi kejap je actionnye
Malas nak lambai lama2 kot..haha
Pastu dah tak de pilih2 orang dah...
semua orang kawan dia
Tak de la takut2 ngan orang
Lega sikit aku rasa
Tapi aku jenis berjaga-jaga la kalau Alauddin main dengan budak yang agak aktif sikit
Sebab Alauddin jenis lemah lembut orangnya..
Tak suka cuit2 orang, dan tak suka juga orang tarik2 or cuit die..huhu
Dia akan tepis tangan budak yang tarik tangan dia masa main
Aku yang nengok pun riso juga
Jenis aku tak suka dan tak sampai hati nak marah anak orang atau tegur anak orang
Sebabnya deme pun budak..same je ngan anak aku taraf pemikiran deme
Jadinya kalau aku nampak situasi itu seolah-olah boleh bagi ancaman pada Alauddin,
aku yang akan bawa atau dukung Alauddin ke dalam atau ke tempat lain
dengan alasan nak bagi susu atau nak masuk dalam :)
Huhuhu...lebih elok dan nak jaga hati mak ayahnye lerr..

10. Pujuk guna lagu
Selalu kan kalo dia nangis ke, nak pujuk die ke kan, kami pasang lagu upin ipin
Tak pun lagu kartun boboiboy tu
Jadi skang ni pantang nampak tab ngan hp je, dia suh bukak lagu
Biasanya tab la..hp suami je de lagu semua tu sebab dia yang selalu guna taktik pujuk anak guna lagu
hp aku tak de sebab aku tak suke...haha
Gambar tak pe sebab aku suka tangkap gambar :)
so bila dia nangis, aku amik tab..dia dah tahu apa aku nak buat
Yang paling best dia tahu pe mende yang aku tekan-tekan kat tab tu
Kalau aku tekan icon kucing tu, dia tahu la game ala2 tom cat bercakap tu
Belum keluar lagi gamenye, dia dah ajak kucing tu belabun
Bila kucing tu ajuk cakap dia lagi galak la dia main kan
Bila aku tekan gambar upin ipin, dia tahu kejap lagi keluar la lagu
Feveretnye lagu gembala biri2 ngan musang tu
Tak pun lagu terima kasih cikgu lagu najwa latif ngan upin ipin tu kan
Pastu kalo boring lagu dora pula
Pehtu lagu raya upin ipin, tak pun lagu raya boboiboy..
bezanye upin ipin versi perlahan sikit tapi panjang, boboiboy versi laju tapi pendek je
Ha.....senyap la kejap sebelum datang boring dia la....:)

11. Suka main beras
Yang ni geram bebeno rasanya
Dia gi dapur senyap-senyap, lepas tu bukak tutup bekas beras
Tak pakai skop beras, tapi dia tabur cam bagi ayam makan tu je atas lantai dapur
Makin lama makin jauh balingnye
Bila aku masuk dapur, tengok kan lagak dia....
Apalagi...suara cam bini tarzan la kan...
Mula tersedut-sedut kat tepi peti ais tu
Orang bersalah lah katakan
Tapi kejap je rasa bersalah tu
Aku ke depan kejap..elok je dia buat balik perangai dia tu..
Aku datang dapur balik...terkelip-kelip mata mandang aku
Tapi jari tu duk kirai-kirai beras lagi
Memang kene sabo banyak la jawabnye :)
Sudahnya bekas beras aku letak atas para je, nasib tak tinggi sangat
Kalau tak jenuh aku setiap kali nak masak nasi, duk angkat letak je la tong beras tu

12. Dah tahu apa itu kentut...hahaha
Kalo Alauddin kentut, dia pandang muka aku ala-ala tanjat boboi gitu
Pastu bila aku tegur "Haaaa...Udin kentut ye..Cukk arr.."
Nanti dia gelak la sambil buat gaya busuk tu
Terkepit2 hidung die konon busuk kannn
Pastu bila dah tegur sekali, duk teran lagi la nak kentut sekali lagi..
Suke plak kentut2 ni kan
Kalau mama ke abah kentut, die pun nak join kentut juga
Mula la meneran nak kentut..tapi tak de keluar apa2 pun
hahahaha

Aku rasa setakat ni je la dulu cerita pasal Alauddin yang pada aku membawa perubahan besar la dalam kehidupan kami suami isteri...huhu

Alauddin lahir memang 3.25 kg tapi berat dia skang hanyalah 8.2kg sahaja..Setiap kali check up nurse tak kata apa-apa, sebab Alauddin sihat2 sahaja dan graf die sentiasa menaik walaupun tak banyak. :)

Mak pun cakap budak susu badan dia jenis badan tak nampak besar mana tapi kemas...betul la tu pada aku.

Sebab Alauddin dalam pantang memang jenis leher tegak, tak de lembik, badan padat, jenis bukan isi lembik, mama kata ikut abah dia masa baby dulu :)

Tapi Alauddin jenis tinggi..yang ni memang baka mama dan abah dia la

Dalam tempoh 5 bulan, dah 3 pasang berganti kasut sebab kakinya udoh tak muat..hoho

Nasib awok lelaki, tak de le seksa nak cari saiz kasut kan, kalo awok tu pompuan, jenuh la awok jadi cam mama...huhu

Tapi kalau ke mana-mana, orang tak tanya anak setahun ke??? Orang cakap anak umur 2 tahun eh???
Pulak dah....huhu..

Tak pe la...aku jenis tak kisah apa2, lain budak lain pesennya kan...:)

Ok...lain kali pula cerita :)

As-salam

















Monday, January 14, 2013

Kisah Berpantang

Assalamualaikum

Ada beberapa orang kawan aku yang baru dapat baby baru-baru ni. Kiranya deme tengah dalam tempoh berpantang lagi la kan.

Pehtu, ramai-ramai la pula tanya aku apa makanan yang aku makan masa aku dalam pantang dulu. Sebab deme ngadu mak deme tak bagi deme makan banyak dan macam-macam jenis.

Makanan deme hari-hari ikan bakar dengan nasi putih, air masak tu pun mak deme control sebab katanya nanti buncit perut lepas tu peranakan kembang, orang dalam pantang kecut kome kembang...
kata mak deme :)

Pehtu deme ada tanya bole ke minum air manis?? Ke kene minum air masak je?
Pehtu siap nak tahu apa menu aku sepanjang berpantang...adoiii...
banyak juga permintaan deme-deme ni ye

Ramai nye deme ni dah masuk minggu ke2 berpantang. Kira kalau ayat mak aku kan, udoh ada tenaga la uruskan diri sendiri kalo yang bersalin normal tu :)

Bersalin czer tu tengok pada sakit dan tempat jahitnye le ye...kalo rasa sakit tak yah buat kerja beria bebeno...eloklah berehat aje

Macam aku, sebab dari dalam wad lagi aku memang dah banyak bergerak ke tandas sebab asyik nak kencing je lepas tu asyik nak tuko pad je.
Peh tu, anak pula duk sekali ngan aku, jadi kerap bangun duduk nak bagi susu la..

Jadi bila dah dari awal-awal dah selalu bangun duduk, sakit yang aku rasa kat bahagian czer tu cam dah lali dah...tahan sakit kejap je masa nak bangun ke duduk, lepas tu ok la dah :)

Jadinya, masa minggu ke2 mak aku cakap rope aku macam orang bukan dalam pantang, ke sana ke mari, sampai jemur baju pun aku buat sendiri, tapi dalam kawasan rumah la..tak denye aku keluar jauh2

Jadi, macam menu tu, memang aku akui mak aku bukan jenis berpantang beria ketat cam orang tua dulu-dulu tapi tetap ada yang wajib ikut :)

Bab makan mak kata yang penting pantang ais batu, sayur sejuk ke, bisa ke, berair ke dan yang jenis menjalar tu, katanya nanti kalau jenis badan tak tahan bole kene bentan, tak pun demam urat.

Ada yang teruk tu sampai sakit perut memulas-mulas lepas tu muntah2 pening2 lalat cam orang mabuk.
Mak kata tu tanda badan tak serasi atau tak boleh terima makanan kita makan tu.

Tapi bab param pilis, stoking, urut, mandi daun, ikat rambut tinggi alam, bertungku, bertangas memang mak aku suruh dan pentingkan suruh buat...kadang-kadang mak tengok aku ralit je, mak ingatkan aku :)

Bab ikat rambut tu memang sampai 40 hari aku duk bertocang je, memang perit urat rambut aku tapi sedap die lebih lagi..huhu..rasa ringan je kepala tu kan :)

Aku pernah sekali tu kan, masa tu dah hari ke 34 kot, dah balik kuala selangor pun...aku lepas mandi time tu basah rambut, jadi aku tak ikat la rambut, sebab basah lagi kan..so aku lepaskan laaa

1st time pun mandi basah rambut siap syampoo bagainya. 

Dalam 15 minit lepas mandi tu, aku ngadap tv dengan suami, tetibe aku rasa badan aku sejuk semacam, makin lama makin sejuk, siap aku rasa nak menggigil lagi..

Aku suruh suami rasa badan aku, dia kata panas, tapi aku cakap sejuk gile..gigi mula nak ketar-ketar dah..
Suami aku memang panik alam la..dia kata nak buat apa ni???

Hahaha...aku pun pelik ngapa aku macam tu...lepas tu suami lari g amik termometer (sempat lagi tu). sukat suhu aku, tu diaaa...42 darjah celcius...memang panas tapi aku rasa sejuk gile!!

Sempat call mak cakap kenapa macam ni then nak buat apa...mak tanya ada salah makan ke, aku cakap tak de pula..

Time ni mama (MIL) baru balik dari rumah aku ni ke Puchong, sebelum tu dia masak ikan merah masak sup lada hitam...kira mama masuk untuk menantu dia la kan sebelum balik..

Aku makan elok je, tu pun makan masa sarapan, dah tengah hari baru nak rasa sejuk panas ni mula la aku pelik...mak pun heran sebab kalau ikutkan ikan merah tak de pe la..sebab jenis ikan isi putih, orang dalam pantang memang bole makan la.

Lagi 1, kalau nak jadi bentan sebab salah makan, lepas dah makan tu akan rasa, ni udoh berejam rejam baru aku rasa sejuk panas ni..memang la pelik aku rasa.

Lepas tu, mak kata pakai sweater pastu telan panadol 2 biji...mak pesan kalau badan mula gigil terus gi klinik cakap dalam pantang lagi nanti dieorang bagi ubat surut bentan kalau betul bentan la.

Aku pun ikut la macam mak aku cakap tu, selubung semua la..suami pun berapa kali duk tengok aku dalam selimut sebab aku tak bunyi apa...cuak terlebih pakcik sorang ni :)

Dalam duk baring tu, kepala aku duk rasa pening-pening juga...lepas tu aku raba rambut, macam dah nak kering...sebab aku rasa pening macam makin kuat je, aku amik ikat rambut terus aku ikat tinggi2, kemas2,,,

Lepas tu......On da spot segala sejuk panas aku, pening kepala aku hilang serta merta...aku rasa badan aku berpeluh sakan la...pelik pula aku..cepat beno berubahnye...

Suami aku tengok aku cegat je diam, dia tanya ok ke dah....aku cakap ok dah..rasa macam biasa je ni...Elok je aku berjalan ke dapur cedok nasi nak makan sebab tetibe rasa lapar pula..

Padahal masa sejuk panas tu datang, aku nak jalan punye la susah sebab jijak lantai pun sejuk nak mampos..merengkot kaki aku dalam selimut sebab sejuk sangat..

Sekali lagi suami aku berlari kat aku sukat suhu aku sekali lagi, lega la dia sebab normal balik suhu aku 36 darjah celcius...hoho..memang dia pelik sungguh la..

Terus la aku call mak cakap dah ok...puncanya adalah aku TAK IKAT RAMBUT AKU TINGGI2 DAN BUKAN SEBAB IKAN MERAH TU...haha

Mak pun pesan la ikat rambut tu sampai abis pantang 44 hari...hahaha..kan dah kene bebel :)

Cam ne la agaknya orang yang kene bentan tu kan?? Adoii...

Haa....sebenonya nak share apa menu aku masa berpantang tahun lepas kan, ini udoh ke laut pula merepeknye :)

Ok, dalam seminggu pertama berpantang, sejak duk wad selepas bersalin tu la, aku memang tak makan makanan kat hospital sebab mak aku suh pesan kat nurse awal-awal mak bawak nasi dan lauk untuk aku.

Jadi sarapan, lunch ngan dinner nurse yang bertugas memang tak hantar makanan kat aku melainkan deme agihkan makanan masa aku ke toilet, jadi tak sempat nak kabo pasal tu..

Jadinya, adik-adik aku le yang abiskan lauk dan nasi tu..

Abah memang hebat dan pakar bab jaga pompuan dalam pantang ni sebab 10 kelahiran semua abah yang jaga mak dalam semua segi dan mak tak pernah berpantang kat rumah tuk atau balik kampung berpantang sana.

Semua abah buat sampai mak mampu untuk buat sendiri. Bila tiba giliran anak sendiri, abah juga main peranan la.

 Cuci uri pun abah buat walaupun sambil pejam mata sebab abah kata darah banyak sangat, tak mampu dia nak tengok..dah pucat-pucat darahnya baru abah pandang uri tu..huhu..

Suami cuma tanam uri dengan tunjuk ajar abah juga :) Tak jauh pun bawah pokok depan rumah abah je..

Jadi seminggu sebelum aku bersalin abah dah order siap-siap ikan haruan fresh, hari-hari kawan abah hantar kat rumah. Nak-nak pula ak czer, memang rezeki aku la makan ikan haruan setiap hari...

Mak aku masak sup lada hitam, letak halia banyak-banyak, bawang banyak, sedap sungguh aku rasa...memang banyak aku makan pun...haha..

Dan aku memang tak de rasa jemu la dengan nasi putih dan sup ikan haruan sebab mak aku jenis masak ari ni letak halba, esok letak ketumbar pula, esok letak halia banyak2, maknanya setiap hari rasa dia lain-lain..

Ada masanya mak letak tauchu, paling sedap la aku rasa haruan masak tauchu...ada juga abah bakar ikan haruan tak pun goreng kering ikan haruan, memang rangup la, makan nasi panas-panas, 

Lepas tu mak buat ikan bilis goreng garing tumbuk dengan cili api sikit dan lada sulah...nikmat betul la..tak rasa dalam pantang pun sebab sedapppp...

Selalu duk dengar orang rungut bosan la, nak abis cepat la pantang sebab makan tak sedap...tapi aku tak rasa semua tu sebab hari-hari menu aku sedap-sedap belaka :)

Makan petang aku biskut cream cracker cicah kopi..perghhh...sedap sangat dah masa tu...1 tin biskut untuk seminggu....dan setiap minggu jugaklah suami aku datang bawak 1 tin biskut..

Sayur pula mak selalu masak kucai goreng kering ngan ikan bilis, kadang tu sawi masak kicap..letak sikit je..tu pun masa minggu ke2 pantang, tapi tak de la parut aku hitam pula...elok je la.:)

Lepas tu kalo sarapan pagi famili masa tu nasi lemak, mak bagi nasi lemak, sebab mak kata tak de pe, cuma jangan makan telur dan timun je la, sambal pun mak dah asing yang tak de minyak untuk aku...

Kadang-kadang abah beli hati ayam atau hati lembu kat pasar, mak masak kicap letak lada hitam, 2 3 hari juga aku makan lauk yang sama sebab sedapppp...bila mak tanya hari ni nak makan apa, aku cakap macam semalam la..haha

Hati ayam dan lembu, sawi dan kucai elok untuk tambah darah dan susu ye...Betul ke??? Betuuuuul...sebab aku dah rasa penangannye :)

Sampai skang la kucai dan sawi sayur wajib dalam peti ais aku..hoho..

Masa dah masuk 3 ke 4 minggu berpantang, mak mula masak ikan bercili untuk aku...pedas2 lawan nasi putih panas-panas...terangkat kome...

Mak masak ikan kerisi goreng atau pun ikan haruan goreng...tapi tumis minyak sikit je la..letak bawang besar potong bulat banyak2...memang ratah la :)

Pastu aku mula makan sup ayam letak kentang, daging masak kicap, ikan masak kicap...tapi LADA HITAM DAN HALIA meman wajib ada dalam semua menu berpantang aku..

Mak cakap elok untuk buang angin. Aku pula memang suka dengan 2 mende alah tu,,jadi memang kene la kan

Bab air minum pula, aku banyak minum air masak tapi bukan dalam kadar yang banyak sekali ambil. Mak ajar minum segelas sedang je, bukan segelas tinggi ke besar gabak je..pastu minum sikit-sikit, teguk perlahan-lahan....

Abis 1 gelas, rehat dalam setengah jam, minum lagi segelas..Orang dulu kan adat berpantang deme maknya akan sediakan gelas khas untuk minum air, dan airnye banyak tu je sekali minum...

Sebab apa.....nak elak perut buncit la...so aku kerap minum air bukan sekali teguk banyak bergelen-gelen...haaa...cam tu

Lagi 1 nak pesan petua elak perut buncit, minum MESTI duduk, bukan berdiri atau sambil berjalan....ni pun mak aku ajar dan opah mengurut yang cerita kat aku..huhu..

Aku tak de sekat sukatan makanan dan minuman aku dan mak pun tak de nak pantang larang beria. Mana yang memang boleh makan dan tak de masalah pun untuk makan, mak memang bagi makan.

Lagi 1 lupa nak kabo, ulam wajib aku stetiap hari berpantang adalah ulat temu. Mana ropenye ulam temu tu...meh aku tunjuk sikit gambonye ye

Ehsan google

Ini ulam temu ye kome, rope dia macam kunyit tapi rasa dia sedapppp la sangat...berangin je kadang-kadang tu..Kene kikis dulu kulit die, baru makan dengan nasi panas, gaul dengan sambal bilis lada hitam....tak mandang kataih dah kome...sedap bebeno!!!

Abah memang beli setiap minggu kat pasar malam teluk muroh tu ada sorang makcik ni, dia je pun yang jual ulam-ulam exotic ni :)

Ikan gatal2 cam kembung, sardin, tongkol, cencaru kene pantang dulu sebab takut gatal kat tempat jahit...
Mak aku pesan nak cuba makan pun masa anak 6 bulan ke atas la..

Ikan bisa pula cam keli, patin, sembilang, pari, semua pun masa anak dah 6 bulan ke atas.
Nak makan cuba sikit-sikit, orang kata cubit, tengok badan cam ne, elok je rasa bole la makan...tapi mulakan dengan sedikit-sedikit...:)

Aku dulu rupe itu la..makan sekerat je dulu, tengok tak de gatal2, tak de rasa merenyam ke,,,bole la maknanya tu. Telur pun sama...dah elok kering tempat luka boleh la makan telur dah...

Abis pantang 44 hari bole la cube2 sikit nak makan telur...
Tapi seafood cam kerang, udang sotong tu tunggu la lama sikit..rasa ok, tak gatal boleh dah la makan...

Makanan dalam pantang ni, kene try and error juga..Agak-agak tak leh makan, rasa takut-takut tak yah la makan.

Cam mak aku dan opah yang mengurut pesan, tanya mak kita masa pantangkan kita dulu apa yang mak tak boleh makan. Aku siap call mak aku tanya ada tak makanan yang ma tak leh makan masa pantangkan aku.

Ma kata tak de pe...ma makan semua mende, pantang yang perlu pantang je la..cam ikan gatal ke, ikan bisa, sayur bisa....tu je la..:)

Cam mak kedua aku yang jaga aku ni, tak boleh dengan kacang panjang dan kobis. Mak kata boleh jadi demam sebab pernah makan sekerat kecik je yang saiz kita wat goreng tu kan, sampai kene minum air penawar dengan opah mengurut mak untuk buang bentan tu.

Jiran belakang rumah pula anak dia bentan sebab makan taugeh, sampai bergegar katil die sebab menggigil  punya pasal..sudahnya opah mengurut yang sama dipanggil untuk buat air penawar rawat bentan tu..

Haaa...gitulahh...tengok pada penerimaan dan kesesuaian badan kita lah juga...biasanya sayuran yang sejuk dan bisa yang mudah buat bentan...kata opah urut dan mak aku la

Cam taugeh, kacang panjang, kobis, terung, labu semua tu sayur sejuk, boleh buat bisa urat. Rebung, nangka, paku pakis, pucuk ibu, jantung pisang semua tu angin dan ada yang buat bisa urat juga.

Cam rebung tu, mama cakap nak makan masa anak dah tumbuh gigi pertama nanti. Slagi tak tumbuh gigi usoh ler makan...pesan orang tua katanya.

Aku ni pula jenisnye taat dan patuh kan, so aku makan rebung masa anak aku 8 bulan, dah 4 batang gigi baru makan rebung..hoho

Bentan ni ada yang jenis demam, sejuk panas, mengigil, demam urat sampai tak boleh bangun, kalau deman urat kene panggil la orang mengurut suruh buang sakit tu pastu bagi penawar la nak kurangkan sakit bentan tu.

Dah rupe bidan kampung pencen dah aku ni ha....awok idok la pandai bebeno tapi awok just share aje le apa yang awok dapat dari orang-orang tua keliling awok ni..

Itu aje...mana yang boleh amalkan, kita amalkan ler...mana yang rasa tak relevan dah tinggalkan la..

Cuma aku memang pahat betui2 apa yang opah urut dan arwah tok aku pesan...

"Orang perempuan kene jaga elok badannya sebab nak pakai banyak kali, nak pakai sampai tua, dan nak mati pun kalau boleh biarlah dalam keadaan yang elok seperti sedia kala".

Memang duk ingat selalu la...asal rasa lupa diri je kejap..rasa ralit je tak amik kisah ngan badan sendiri, aku mula amik langkah, amal petua yang selalu duk amal dulu, buat balik..

Bukan apa, orang tua selalu cakap, bila badan dah jem nanti, dah rasa lain nanti, bukan orang lain yang rasa, kita sendiri yang rasa :)

Suami kita pun tak nak tanggung apa yang kita rasa...kannnnn...:)

Betuiiiii juga tu :)

As-salam






Wednesday, January 9, 2013

Berat Turun dan Peplum :)

Assalamualaikum

Peplum in da house!!!

Wahhhh...semangat gitu...ada cerita lain sebenarnya di sebalik kisah peplum ni.

Actually, aku dah lama tak timbang berat badan sendiri. Last timbang sebulan lebih yang lepas la masa check up Alauddin setahun.

Kat umah de penimbang digital tu, selalu pagi-pagi bangun tido aku dah berjongket atas alat timbang.

Tapi maintain je la pun kat 67kg. 

Sampai la last timbang bulan 12 tahun lepas (nampak tak bunyi cam lama bebeno tak nimbang kan)..huhu

Jadinya, ahad kelmarin rasa nak berjongket pula atas alat timbang tu, teringin pula nak tahu kan.

Masa naik kali pertama tu, terjegil biji mata aku...aku turun naik lagi sekali. 

Aikkk..sama je pun angkanya...aku naik sekali lagi pun masih sama..

Rasa nak melompat tinggi-tinggi la selepas tu...

Berat turun lagi 3 kg kome!!! Apa tak seronoknye :)

Aku siap panggil suami aku suh tengok nombor kat alat timbang tu, tapi macam biasa la..suami aku memang menyampah nak tengok sebab berat aku manjang je turun tapi berat dia manjang je naik...tak pernahnya turun :)

Hohohohoho...

Memang muka suami aku kelat siap kata aku tipu la..well...like i said..Heh!!

Mana taknya, lepas bersalin memang berat aku agak susah nak liat nak turun tak macam ibu bersalin yang lain.

Tapi lama-lama dia makin turun sampai la skang berat aku 63.8kg..aku kata 64 kg je la senang kan :)

Malam tadi pun timbang masih di angka tak lebih 64 kg...suke gile hokeh!!!

Memang aku perasan seluar jeans aku dah londeh, padahal seluar jeans tu zaman anak dara, time belajar lagi, aku pakai ngam-ngam je la, tak ketat tak longgar..

Tapi seminggu lebih ni aku pakai sampai londeh bawah pusat, asyik duk angkat kataih je keje aku..

Memang kene pakai tali pinggang la jawabnye..lama bebeno dah aku tak pakai tali pinggangnye pun..

Last pakai masa belajar kat Shah Alam 4 5 tahun yang lepas...time pinggang saiz 28 je :)
tu yang tak tahu mana tala nye belt aku.

Pas bersalin ukuran pinggang aku memang ke laut. 3 bulan pertama aku ukur pinggang aku...mak aiiii...34 inch...tak seronok rasa..

Tu yang bila rasa melondeh je seluar aku apa lagi, amik pita ukur, lilit kat pinggang...tu diaaaa....29 inch!!!!

Wallaweiiiii...jauh tu beza saiz pinggang aku...Minggu ni duk ulang cerita ni je kat suami aku...pasal aku dah kurus..hahaha

Tapi yang buat aku perasan bebeno tu bila suami kata pinggang aku nampak cutting..tu diaa aihhhh...memang rasa confident la aku memang dah kurus...haha..

Bukan apa, aku ada masalah lebihan isi kat pinggang, jadi bila pakai seluar atau kain yang bergetah kan, isi tu naik kat atas tau, pastu bila duduk akan nampak la benjol-benjol isi kan..tak best arr..:)

Tapi skang ni bila aku pakai seluar ke skrit labuh ke tak de dah lebihan lemak dan isi tu, pastu yang best perut dah flat even aku sedang berdiri..

Selalu nak rasa flat masa baring terlentang, skang tak de dah...boleh la berjalan-jalan dengan penuh keyakinan sebab perut sudah tak de buncit2 dah...weeehuuuu

Seronok berat turun bukan apa, selera aku selera naga, sekali makan boleh masuk banyak tapi buka jenis makan berkali-kali la...

Oh ye...pasal peplum tu, bila dah sedar badan konon kecik la kan, aku saje la usha-usha design peplum kat 1 online shopping ni, nama dia Kedai Kesihatan dan Kecantikan SK. 

Banyak gile design peplum yang lawa2 dan warna yang cun melecun...mostly free size, muat sampai L la. So, aku dengan yakinnya mengorder 3 helai dengan harapan akan muat peplum tu bila disarungkan kat badan aku..hoho

Memang badan aku dah kurus, tapi aku jenis rangka besar dan tinggi pula cuma kelebihan aku bahu dan lengan aku tak besar mana..

Ada 3 kali aku order peplum kat online shop ni. 1st order dah sampai pagi tadi...aku beli 3 helai nak test tengok cam ne kain dia..

Memang la sedap aihhhh kainnya..seperti mana yang dikabo kat gambo dia, kata kain berat, jatuh, tak melekat kat badan, serupa itulah yang aku dapat.

Sedap, sejuk, lawa, kain cantik dan lembut, kain bukan jenis melekat kat badan...memang la puas hati sangat2...

Tu yang aku bantai order lagi 3 helai sebab rasa best yang melampau :)

Meh aku tunjuk peplum yang aku beli tu ye

Yang ni yang dah sampai pagi tadi :)




Yang kat bawah ni yang akan sampai dalam 2 3 hari ni :)

Tak sabo!!







Lawa kennnnnn!!!

Hahaha...mak esah suke sangat...

Bila dah rasa kecik ni tak de la malu sangat nak berbaju macam ni sebab tak nampak dah lelemak degil macam dulu..

Kalau tak, segannye la haiii nak pakai baju de cutting ni...:)

Haaaa...lagi 1 nak kabo, aku ada juga pakai slimming suit ala-ala korset tapi jenis kain lembut je..ala yang slimming suit bamboo set tu, kain korset warna kelabu tu, kat fb banyak orang berjual...haha

Tak sakit pun pakai sebab material dia 100% kain dan tak de mende keras kat belakang tu yang kata nak support tulang belakang la pe la tu...

Aku memang cari rupe itu sebab aku nak pakai time aku buat kerja rumah, bangun duduk apanya senang..tak de sakit pinggang la sakit belakang la kalo pakai korset ke gridle tu kan..

Then masa aku beli tu ada promosi beli slimming suit sekali ngan fellina inchloss rm120 termasuk kos pos...

Haaa...pasal felina inchloss tu kendian le aku cerita ye...walaupun aku pakai 3 kali je krim felinna tu, tapi ada kesannya :)

Nanti share pasal felinna inchloss pula ehhh

Daaaa :)