About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Friday, January 4, 2013

Cam Ne Nak Atasi Masalah Lupa Makan Pil????

Assalamualaikum

Lately ni selalu dapat soalan dari kawan-kawan kat fb pasal pil perancang. Tak pasti pula aku ngape deme tanya pada aku. Ada rupe nurse ke doktor ke pakar sakit puan ke apa ke rupe aku ni kan....idok la aku tahu punnn..

Tapi aku seronok je berborak ngan deme ni. Layan je la apa pertanyaan deme kan, same2 la aku pun dapat ilmu kan dari pertanyaan deme ni.

Ada juga deme yang aku idok kenal pun, cuma duk approved fren je ntah bila masanya pun menanya soalan yang lebih kurang serupe...iaitu pasal pil perancang.kan.

Aku tak nak cerita pasal pilihan kaedah perancangan keluarga yang terbaik atau cara nak pilih kaedah tersebut. Semua tu atas pilihan diri sendiri ye..terpulang..

Cumanya soalan deme ni lebih kepada "Akak, saya tak tahu nak tanya kat sape dah masalah saya ni, saya tanya akak tak pe ye..Saya terlupa makan pil perancang, so macam mana ni??? Bantulah la saya kak"

Kesian pula rupe soalan dia kan...aku masa mula2 baca pun naik heran mana pula dia tahu aku makan pil perancang????? Tepat pula dia tembak tu kan :)

Aku pun mulakan pertanyaan asas..macam doktor daaa...tanya berapa hari lupa, ada bersama dengan suami tak masa terlupa makan tu, jawapan lebih menjurus kepada menjadikan masalah lebih rumit.

Ada juga yang tanya, kak saya terlupa makan pil malam tadi, pagi ni baru teringat, tapi malam tadi dah bersama suami...cam ne ni kak???? Help!!!

Ada yang lupa sampai 5 hari sebabnya balik kampung...sebelum tu ingat dah nak bawak masuk pil tu dalam beg, pastu duk kalut kejar bas udoh terlupa terussss....haru kome!!

Jadi, kebanyakkan masalah dalam menggunakan kaedah pil sebagai family planning adalah sikap terlupa yang teramat sangat...*sigh*

Aku tak nak jadikan pengalaman orang lain sebagai rujukan aku, sebaliknya aku guna pengalaman aku yang genap setahun makan pil perancang untuk dikongsi dengan kome semua...*bajet*

Aku after deliver Alauddin, memang berjela aku suruh doktor dan nurse ceramah kaw-kaw pasal famili planning dan sejauh mana keberkesanannya pada tubuh seorang wanita itu.

Sampai nurse yang datang rumah check Alauddin masa dalam pantang pun aku duk tanya juga pasal ni. Ye la, lain orang lain input kita dapat kan :)

So, setelah berbincang dengan suami, congak campur darab bahagi aku nak guna kaedah pil sebagai famili planning aku. Cuma suami tanya de side effect yang besar tak makan pil perancang ni, doktor kata minimum dan bergantung pada hormon dan ketahanan badan seseorang wanita.

Genap je Alauddin sebulan untuk check up dan cucuk tu, nurse tanya pasal kaedah family planning aku. Aku cakap nak makan pil. Nurse tanya sebab apa nak planning? Aku cakap sebab aku czer dan memang nak jaga sampai 2 tahun seperti saranan doktor.

Nurse tanya lagi, nape nak guna kaedah pil, tak nak guna implan ke, cucuk depo ke, aku cakap aku tak nak yang ganggu hormon dan aku nak period aku ada setiap bulan. Tak mau skip2 bulan ni ada bulan depan tak de. 

Ok, nurse senyum sambil angguk je. Sempat tanya, tak nak merancang sendiri ke? Aku cakap tak nak, tak berani sebab tak nak termengandung...Aku nak jaga cukup 2 tahun...kira itu tekad aku la..sebab dah nekad aku sudah ada keputusan.

Mula makan pil noriday, dos yang rendah je kata nurse dan tak ganggu pengeluaran susu malah support susu badan jadi lebih banyak. Aku kan suka tanya banyak soalan, aku minta confirm betul ke tak kacau susu badan???

Sekali nurse tu explain, kami KK yang memang support susu ibu sejak ibu pregnant lagi dan antara institusi kesihatan yang menyokong susu ibu, jadi pemberian sebarang pil kepada ibu yang menyusukan anak perlu teliti dan tidak beri sebarangan kepada mereka. 

Terus level confident aku mencanak-canak naik kan...huhu...Dan memang terbukti susu aku tak terganggu dengan mengambil pil noriday malah memang banyak pengeluarannya. 

Dari segi hormon, Alhamdulillah, period teratur dan aku memang bukan jenis datang period lama berhari-hari..dalam 4 hari dah kering, hari ke 5 dah boleh suci. 

Sampai umur anak 7 bulan, nurse tuka pil Rigevidon sebab anak dah mula boleh makan solid food, dan tak bergantung sepenuhnya dengan susu ibu seperti sebelumnya.

Nurse kata bila anak dah mula makan solid food dan kurang menyusu seperti selalu, takut kesan pil noriday pada tubuh menjadi kurang, so tukar pil la. 

Bertukar pil pula jadual makan lain sikit. Pil noriday makan setiap hari non stop. Masuk bulan baru tukar papan baru. 

Tapi pil rigevidon makan pil 21 hari sahaja, 7 hari cuti. Sebab cuti 7 hari tu untuk mengeluarkan darah period tu. Apa yang aku dapat melalui bahan bacaan aku di internet, tanda mereka yang subur dan hormonnya tak terganggu dengan pemakanan pil perancang adalah apabila stop je makan pil tersebut, esok atau lusa period turun.

Jadinya nurse memang suruh aku pantau mende ni. Dan Alhamdulillah, hormon aku in shaa allah stabil la....sebab asal abis je sepapan 21 biji tu, esok ke lusa ke period datang la. 

Jadi aku tak risau kene simpan darah kotor dalam badan sebab period tak keluar-keluar berbulan-bulan...Bole sakit badan, pening kepala, badan tak sedap. perut keras dan buncit...adoiii...susah wehhh

Sampai la sekarang Alauddin dah setahun sebulan masih makan pil rigevidon. 

Dari segi disiplin pemakanan pil ni, aku nak tekankan bila kita dah buat sesuatu keputusan tu, tolonglah tegas dan disiplin...orang lain tak bole disiplin kita melainkan diri sendiri yang ajar.

Sapa yang nak makan pil??? Makan pil untuk apa??? Nak termengandung ke??? Kalau tak kesah tak pe, tapi kalau jenis kisah lepas tu termengandung kondem pula tak sedia la, anak kecik la, dan sebagainya...

Tolong hormat keputusan yang sendiri buat. Cam aku sebab aku czer memang aku nak pantang sampai anak aku 2 tahun..itu tekad aku..jadi aku lah yang kene jaga dan make sure perkara yang tak nak jadi tu tak jadi lah..

Melainkan kalau memang dah usaha dan jaga sebaik-baiknya, tapi Allah nak bagi juga rezeki, memang aku terima dengan redha nya..Sebab kene juga la ingat pil perancng ni berkesan 99% je. Lagi 1% tu kuasa Allah nak bagi rezeki kat hambaNya.

YANG AKU CAKAP KAT ATAS TU UNTUK MEREKA YANG TAK RETI NAK DISIPLIN MAKAN UBAT YE...nak merancang tapi sambil lewa lepas tu terpeknen baru nak nyesal la, tersilap la, tak ready la, itu la, ini la..tu belum yang merepek meraban kat fb...adoiiii

Aku nak share sikit apa tindakan aku untuk mengelakkan lupa makan pil perancang...ni style aku la kan..:)

Mula dapat pil yang pertama, suami aku setkan alarm kat phone aku pada setiap jam 8 malam. Buat yang setiap hari tu kan. 

Mende ni pun tengok juga kat orang, jenis serius memang dia sentiasa ingat lah apa mende wajib die buat setiap hari, kalau jenis sambil lewa, amik mudah dan tak kesah, itu boleh menyumbang kepada kepelupaan la jawabnya..

Kalau kerap terlupa, better la amik cucuk depo ke, masuk implan ke, yang bole tahan lama dan hanya ingat tarikh untuk datang beberapa bulan selepas itu...mungkin lebih baik untuk mereka.

Setiap malam suami akan tanya dah makan ubat ke, biasanya sebelum tido la..sebab takut aku lupa kan. So sebelum tido masih sempatlah nak makan pil kan.

Lepas tu aku memang letak papan pil tu tempat yang aku mudah nampak, selalu lalu dan dekat dengan aku atau suami.

Sebelah tilam tempat tidur suami, ada rak kecik, tempat letak barang-barang Alauddin cam bedak, minyak angin, vicks, ketip kuku dan segala mak nenek la kat situ..pastu letak juga botol air masak sebab kami gila air masak, dan aku letak papan pil aku kat atas rak sebelah botol air.

So, memang sentiasa nampak lah pil tu setiap masa dan ketika, sebab nak minum air nampak pil, amik sebiji masuk mulut settle dah. 

Lagi 1, aku memang buat stok pil kat rumah dan letak sepapan dalam handbag aku. Tu sebagai langkah berjaga-jaga untuk elak terlupa jika balik ke Manjung atau ke Puchong dan jika makan angin ke mana-mana. Memang aku standby awal-awal.

Asalnya suami aku saje2 la pergi farmasi kat manjung tu, tanya harga pil rigevidon, murah je rm4.50 sepapan tapi kat farmasi kuala selangor rm6.50 sepapan. Beza sikit je, so suami beli 5 papan terus untuk stok aku.

Sejak Alauddin dah 6 bulan, date check up dah bukan setiap bulan, ada masanya 2 bulan atau 3 bulan sekali. Biasa cek Alauddin akan cek aku sekali. Basic check up je, timbang berat, beritahu date period untuk bulan tu dan amik tekanan darah. 

So bila ada masa aku malas nak pergi semata-mata nak cek diri aku, aku tak pergi la. Aku just call KK dan inform aku ada stok pil untuk bulan berikutnya. Jadi nurse akan bagi date bulan depan, selalunya aku minta sama date dengan check up Alauddin.

Skang dah setahun lagi la lambat lagi nak tunggu cek Alauddin, bulan 3 ni baru datang balik. So dah standby pil 2 papan sebab aku malas nak pergi KK..huhu...tapi date period kene la catit sebab nak tulis dalam buku perancang kat KK nanti.

Bila dah setahun makan pil, aku dah jadi kebiasaan dah, tak perlu nak tunggu alarm, dan kalau dah lepas alarm tapi aku tak makan pil, aku masih ingat nak makan sebelum aku masuk tidur. 

Aku pernah tanya doc pasal kalau nak pregnant for 2nd baby, bile seeloknya berhenti makan pil. Doc tu jawab, kalau kitaran haid normal dan datang selari setiap bulan, seeloknya berenti masa usia anak 2 tahun. 

Sebab apa, jika berhenti awal contoh masa usia nak setahun 6 bulan ke, peluang untuk mengandung tu tinggi sebab tiada gangguan pada kitaran haid, takut lekat cepat.

Tapi jika suami isteri memang nak dapatkan zuriat segera, tiada masalah nak berhenti makan awal..terpulang...cuma doc tu cerita pasal peluang dan tempoh untuk hamil tu bergantung pada kestabilan kitaran haid wanita tersebut.

Tapi doc cakap kalau masa makan pil kitaran haid cam terganggu, kejap datang kejap tak datang, seeloknya berhenti la masa usia nak setahun 6 bulan. 

Tujuannya nak stabilkan semua hormon dan kitaran haid kita dan mungkin makan masa beberapa bulan untuk hamil semula. bila kitaran haid normal peluang untuk mengandung in shaa allah cerah...gitulah..:)

Tu je la yang aku bole share pasal amik pil as family planning...Rezeki memang dari Allah dah tak baik tolak rezeki tapi JIKA ada sebab mengapa perlu rancang, ELOKLAH merancang. 

Allah lebih tahu apa isi hati dan niat kita dalam setiap tindakan kita..

Bila ada yang cakap "Ala....aku czer, peknen masa anak umur setahun, ok je bersalin, tak de sakit kat perut or tempat jahit"

Apa aku bole cakap rezeki orang lain2, bahagian ko Alhamdulillah elok dan selamat, bahagian aku belum tahu. Kalau boleh ramal dah tahu apa jadi masa depan, memang TAK DE HAL.

DAN antata sebab utama aku nak planning nak genapkan tempoh menyusu selama 2 tahun. Tu pun kaedah perancangan dalam Islam, jadi kenapa nak salahkan kalau kita merancang.

Kalau bersalin normal aku memang tak ragu-ragu nak peknen dalam tempoh terdekat tapi aku de sebab yang kukuh dan tak nak memudaratkan diri sendiri, eloklah aku ikut je cakap yang pakar :)

Nak peknen dulu...silakan..tak de sapa nak larang sebab kome yang bawak perut bukan aku.

Hohohoho..

Sampai masa ada le rezeki untuk aku..:)

As-salam









1 comment:

  1. sy suke post ini..hehe coz hrni hari pertma sy mkn pil perncg rigevidon stelah genap 3 buln melahirkn.hehe amek lmbt sebb takot gngu hormon tp akhryekne amek gak coz slagi xperood xboleamek suntikan depo..hehe dgil an
    sori syg..moga2 sy tekun cm awak coz sypon czer gak.memg takot nk gandung dlu.
    xmau amek risiko.

    ReplyDelete