About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Wednesday, January 23, 2013

Doa Ibu Mertua Makbul Sama Seperti Ibu Kandung (Part 2)

Assalamualaikum

Nak sambung pasal cerita Ibu Mertuaku la pula..haha..pe kes ko de sambung-sambung esah???

Ustazah yang cerita tu cakap, bila mana mak kita meninggal nanti, yang akan jadi galang gantinya mak mertua kita la kan. Kalau kita sendiri tak nak hargai mak mertua macam mak sendiri, macam mana nak tumpang berkasih ye dokk??

Memang tak dinafikan, ada sesetengah gologan isteri yang diuji ALLAH dikurniakan ibu mertua yang agak garang, cerewet dan serba tak kene pada mata dia..

Aku suka dengan ayat Ustaz Hanafiah, ala....yang putih2 tu cam chinese look gitu, dia kabo orang perempuan tu sifat cemburunya sesama perempuan. Jadi adalah logik kalau mak mertua cemburu dengan menantu perempuan atau sebaliknya lah..

Ada sebabnya...mungkin anak lelakinya anak lelaki tunggal, rapat dengan maknya, jadi bila dah bersuami, kuranglah masa dengan mak sendiri kan.

Lepas tu, banyak urusan lebih ke arah rumah tangga, melawat mak pada sekian sekian hari, masa lebih banyak dengan anak isteri la.

Tapi ada juga yang tinggal bersama mak mertua, atau mak mertua tinggal bersama anak lelaki. Kat sini pun de yang beruntung, ada juga yang diuji.

Ada yang bahagia je even duk sebumbung dengan mak mertua, ada yang macam-macam halnya bila duduk sebumbung kan...sampai naik penin dah suami nengokkan lagak isteri dan maknye...sabar je la ye

Tapi bila ustazah kabo, doa mak mertua sama makbul, teramatlah penting kita kaum isteri kene jaga hubungan dengan mak mertua.

Cubalah berlembut dan melayan mak mertua sehabis baik tanpa mencemuh di belakang mereka. Takut keluar perkataan yang tak elok dari mulut mak mertua kan susah...

Kene la ingat ye, perkataan yang keluar memang tuju pada menantu, tapi kita ni kawin dengan anak lelaki dia, dan syurga suami kita kat bawah telapak kaki mak mertua kita juga

Dan doa paling makbul untuk suami kita adalah doa mak mertua kita jugalah adanya...

Ada juga Ustaz Ustazah yang pesan kalau wanita yang nak bersalin tu, mintalah ampun dan doa memudahkan bersalin dengan ibu mertua, in shaa ALLAH dapat membantu

Nampak tak, hebat tak hebat la doa mak mertua kita kan :)

Mak mertua aku memang sayang macam mak aku sendiri. Sebabnya tersangatlah baik...Abah pun pernah cakap, masa kecik Allah uji  dengan kepahitan, dah besar ni Allah balas dengan kemanisan..Alhamdulillah :)

Mama yang aku kenal 5 tahun dulu masih sama macam mama sekarang.

Suami bawa jumpa mak dia masa aku study kat Shah Alam tahun 2007. Masa mula jumpa, memang dah riuh dah kami menyembang.

Style suami aku dia memang tak campur urusan perbualan kami. Dia tinggal je aku terkontang kanting dalam rumah dia, pandai-pandai aku la katanya cam ne nak nyembang ngan mama....ade ke rupe itu kan...

Tapi jalan Allah nak bagi tu sedang cantik dah...so ikut je la.

Bila dah saling kenal, dah rapat, kalo time nak berjumpa, mesti ada lauk dari mama untuk bekalan aku kat kampus. Tanda mama ingat kat aku la tu. Riso mama aku makan ke idok, apa dimakankan.

Lepas tu kalo time hujung minggu, roomate balik umah famili tapi aku tak balik, mama akan suruh suami amik aku bawak balik, katanya tak usah la duk bilik sengsorang.

Time tu tengah hot pasal orang minyak masuk kampus kami ni ha...apalagi kecut perut anak gadis semua kan, sampai sudah katanya tak dapat tahu sapa orang minyak tu..

Mama memang riso la..tu yang mama paksa aku tido rumah Puchong....

Aku ingat lagi, abis je degree, aku terus cakap kat abah nak duk sana lah nak cari kerja sementara nak tunggu konvo. Lepas tu baru cari kerja betul2 la..

Sementara nak dapat kerja tu, aku kerja ngan mama, buat catering. Masa tu mama baru dapat tender kantin,  pekerja kat area Putrajaya memang susah nak dapat. 

So, memang kami berdua bersusah senang bersama la. Segala penat jerih kami buat bertiga dengan pak mertua sekali la.

Pak mertu dah tua, dalam umur 70 tahun dah, tapi abah bantu mana yang dia larat la...sebab abah mengidap sakit lutut yang kuat jugak, bergantung dengan ubat di samping penyakit darah tinggi dan jantung.

Dah 6 bulan selepas tu baru dapat pekerja laki, tu pun seorang je dapat, jadilah dapat ringankan beban kami berdua kan. 

Masa ni suami ada baki 1 semester lagi sebab course kami lain2, so aku grade awal 1 sem dari dia. So, suami banyak abiskan masa kat kampus la, dan aku time hujung minggu je la duk umah sewa.

Time suami kat kampus isnin jumaat aku kat rumah mama, mama yang amik aku bawak datang rumah, suami balik jumaat dia anta aku ke rumah sewa balik.

Baik tak baik la mama yang datang amik aku bawak datang rumah. Siap ada bilik untuk aku dan sampai la sekarang bilik yang aku duk dulu dah jadi bilik adik bujang suami, pun mama duk sebut "bilik syah"...huhu..

Tu belum masa aku kene demam campak. Semua mama yang jaga sampai la sembuh. Picit kepala sampai aku tertidur. Bawak nasi siap semua setiap kali time makan dalam bilik.

Setiap kali balik dari kantin, beli buah kelapa dekat 10 biji, kopekkan bagi aku minum setiap hari. Urut badan sebab demam campak kan buat sakit badan.

Mama sapu krim kat badan, memang mama tengok direct la kulit badan aku ni haaa...abis mama jaga macam anak dia sendiri...mana nak dapat mak sebaik ni???

Masa aku pertama kali ajak mama sekeluarga ke rumah aku kat Manjung nak kenalkan kat mak abah aku, riuh betul deme-deme ni berborak, macam dah kenal lama bebeno.

Dalam hati aku rasa seronok sangat sebab dah nampak in shaa allah hubungan kami boleh la melangkah ke fasa lai dah...sebab nampak ada restu kedua-dua belah pihak kat situ :)

Masa mama nak balik Puchong tu, pak mertua cakap kat abah aku, jangan risau en. usop, kami akan jaga aisyah macam anak kami sendiri, dia pun baik, tak degil..haha..

Abah aku mula la nak berair mata, jenis keras kat luar tapi dalam lembut sebenarnya..huhu..lega hati abah dengar macam tu...anak perempuan duk jauh..hati tu libang libu je

Masa aku demam panas pun, aku jarang kene demam semua tu, tapi sekali kene memang melepek la jawabnye, lepas tu berhari-hari nak tunggu kebah tu...lepas tu bertahun-tahun la baru nak datang demam balik

Mama lah yang jaga aku juga...sampaikan temankan aku tido sebab takut aku demam panas meracau-racau kan. Bangun 3 4 pagi masuk bilik aku nak tengok demam aku makin teruk ke apa kan....Allah...baik sesangat la..

Masa aku konvo, famili aku datang Shah Alam, mama datang sekali raikan convo aku...terharunye la...
Siap bawak nasi putih lauk 4 5 jenis, ajak famili aku berkelah kat uitm tu.perghhh...kenangan terindah lah kata orang...

Pernah aku dan suami bergaduh sakan, tak pernah la gaduh sampai macam tu, kira pecah juga handset yang aku pakai masa tu, sapa yang campak???? Aku lah...hahaha

Aku kan emo lebih sikit, geram punye pasal..lepas dah baling baru rasa terkilan mula nak luruh air mata tu...tapi udoh hancur apa nak dibuat...dah le henpon hadiah suami bagi....pe punye perangai lerr..mau tak hangin pakcik sorang ni..

Mama dah mula risau nengokkan lagak anak bujangnye (masa tu la), terus tanya aku, ngape ni? Gaduh apa?
 Aku dah cuak la selepas tu...tapi yang bagusnya mama back up aku dinasihatnye anak bujangnye...

Laki aku nak tenangkan diri, dia keluar rumah katanya nak lepak kedai mamak je masa mama tanya, mama siap pesan lepak je situ jangan pegi mana-mana, jangan buat yang bukan-bukan, mengucap iz...

Mama takut jadi pe2 ngan hubungan kami...mama siap pujuk aku suh sabo katanya iz tak ke mana, dia nak bertenang je..huhu..

Esok tu elok dah la tu pun pesanan bergelan2 la dari mama..haha..katanya kene la ikat cepat2 kalau dah rupe ni...masa tu lagi seminggu nak bertunang rasanya...adoiiii..

Semua tu kenangan la, Alhamdulillah, dah kawin tak de la pulak nak bergaduh je manjang, syukur..aku pun baran udoh campak ke mana tak tahu...ilang gitu je...haha

Masa aku pregnant Alauddin, mama selalu tanya apa nak makan tiap kali mama ke pasar selayang ke, pasar borong ke, kot2 aku de mengidam nak makan pe2 kan.

Lepas tu, kalo kami berjalan ke mana-mana, mama suka nyinggah kedai pinggan mangkuk barang plastik semua tu, jadi mama mesti cakap sekejap ye syah, mama nak tengok barang, baring dulu dalam kete...mama takut aku tak gemor ke, tarik muncung ke, padahal aku sama naik je ngan mama..haha

Cuma bila aku penat, aku rehat je la, aku duduk la dalam kete, tapi tak de le hati tu rasa tak seronok ke hape...bukannya apa pun..pregnant je :)

Disebabkan kami ni rapat, ada mak sedara belah suami tanya, pantang nanti kat mana. Mama tengok je muka aku, tapi suami yang jawab katanya pantang kat Manjung.

Kebetulan aku bersalin time cuti sekolah, jadi mama memang free la kan. Mama kata bole pantang kat Puchong, mama boleh jaga.

Tapi mama tahu aku nak berpantang kat manjung, jadi mama kata manjung pun tak pe, dekat dengan klinik dan hospital, apa2 senang la...

Suami pun cakap yang sama juga bila orang tanya...aku riso juga kalo mama kecik hati, tapi mama cakap kat suami aku mama ke sana la lepas aku bersalin...

Masa aku genap sebulan berpantang, aku dah balik Kuala Selangor, time ni mama yang jaga aku walaupun aku dah kuat la nak buat kerja cume tak laju mana la.

Mama yang masak semua la, macam mak aku buat juga. Siap bawak daun2 nak mandi pagi...

In shaa Allah ada rezeki nanti, mungkin mama boleh jaga aku dalam pantang...aku jenis tak kesah pun cuma anak pertama tu perasaan nak ngan mak abah sendiri la..:)

Syukur Alhamdulillah aku dapat mak mertua baik sangat macam mama. Jenis tak berkira apa saja, sentiasa ingat kat anak menantu...sebak hati kalo duk ingat kebaikan mama..

Abah pernah pesan, kalau kami dah tak de nanti, in shaa allah kamu boleh tumpang kasih sayang dari keluarga mertua kamu...deme baik...Allah..sayunye hati aku..

Masa nak nunggu masuk labour room, berkali2 mama call suami dan aku tanya aku cam ne, dipesan macam2, dari jauh mama doakan, berselang seli dengan mak aku kat Manjung ngan mak kandung aku kat Kuantan...

Masa tu rasa hebatnya rasa kasih seorang mak tu kat anak dia walaupun bukan dari darah daging sendiri...syukur la dikurniakan insan-insan yang mulia hati baik pekerti macam mama dan mak yang jaga aku masa kecik...Alhamdulillah..

Cubalah sayang mak mertua macam mak sendiri...nikmatnya bukan orang lain yang rasa, kita sendiri juga. Suami pun seronok mak dia ada kawan nak borak kan.

Kadang-kadang mama banyak tanya aku dari tanya suami, sampai pernah suami kata aku ni anak yang anak mama..haha..tapi mungkin la sebab mama ada kawan nak berkongsi apa saja sebab adik perempuan suami pun kecik lagi, baru naik tingkatan 1.

Ustazah tu ade pesan juga, kalau ada menantu yang cakap "Aku lagi seronok, mak mertua tak de, dah meninggal, jadi aku tak perlu nak lalui macam korang, tak sebulu dengan mak mertua".

Atau

"Masa kenal suami memang dia dah tak de mak, dan saya memang berharap kalo saya kawin, saya tidak beribu mertua, maksud dia dah meninggal lama la"

Ustazah tu cakap "Alangkah ruginya kamu kerana kamu sudah hilang 1 keberkatan doa dalam hidup kamu kerana hidup manusia itu disulami dan ditunjangi dengan doa "

Allahu Akbar :)

Ada beberapa wanita yang sedih kerana tak sempat merasa kasih sayang seorang ibu mertua, tetapi mereka ini pula mendabik dada seronok kerana tidak ada ibu mertua.

Bahagian setiap kita lain-lain, jadi bersyukurlah...

As-salam











No comments:

Post a Comment