About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Tuesday, January 8, 2013

Doa Yang Baik Untuk Anak Kita :)

Assalamualaikum

Aku selalu berhadapan dengan situasi berikut :

Udin tak tido buai ke?
Tak :)
Tak pernah tido buai?
Tak :)
Memang tak ajar ke?
Bukan tak ajar, sebab dia senang tidur atas tilam je.
Bagusnya.....anak aku pot pet pot pet..susah nak tido..pot pet pot pet..geram aku..anak ko senang je bela...pot pet pot pet

Kat pasaraya
Tengok adik tu, tak nangis pun duk dalam troli, bukan macam kakak, nangis je tahunye...mengada-ngada
Tengok adik tu..diam je..dah la, tak mau nangis, mengada-ngadalah kamu ni..

Tengah makan kat mana-mana
Seronok tengok dia makan, semua dia makan ye...ala..senangnye la...
Anak akak susah nak makan, memilih, kadang malas nak masak, biar dia minum susu je...letih tau!!

Kat klinik
Anak tido pagi kul berapa?
Pukul 10 11 cam tu la
Meragam tak nak tido?
Tak de pula, bagi susu dia tido la :)
Anak kita menangis jerit-jerit, berpeluh-peluh nak tidokan dia..
Kadang-kadang tu dah bagi susu pun tak tido, menangis juga. 
Bagus anak awak ni, senang nak jaga...anak saya......ishhhhh...kuat meragam!!

Anak akak demam ye?
Aah, demam, sekali la batuk selesema semua..baru je baik demam minggu lepas, semalam demam balik..
Oh..biasalah skang musim orang demam kan kak :)
Anak selalu demam ke batuk ke?
Alhamdulillah, tak pernah demam batuk kak, cuma hidung berair kejap2 tu adalah kalo balik dari tempat sejuk ke, pas mandi pool ke..:)
Tu la..tapi anak akak ni selalu demam, penyakit je manjang
Kadang kita ni nak kene cuti jaga dia
Tak tido malam, esok kerja, letih lagi..
Bla..bla..bla..bla..

Dan banyak lagi la dialog-dialog yang lebih kurang macam itu selalu aku hadap.

Sejujurnya aku tak suka untuk berada dalam situasi itu. Aku tak suka nak mendengar dialog-dialog macam tu. 

Aku tak berkenan untuk terus berada dalam kelompok orang sebegitu. 

Aku tak berminat untuk mendengar bait-bait kata yang seterusnya jika terus berada bersama mereka.

Memang sangat tak suka :)

Memang anak kecil itu ragamnya pelbagai dan bermacam-macam...nama pun budak kan.

Tak salah nak berkongsi masalah atau minta pandangan dan pendapat tapi jangan sampai jatuh kepada merungut, mengomel, bersungut, dan mencemuh sebab yang kita duk sebut tu bukan sapa-sapa, tapi anak yang kita bawak dari dalam perut lagi.

Aku nak petik kata-kata Ustazah Siti Nur Bahyah "Jangan merungut dalam membesarkan anak-anak sebaliknya fikirkanlah ibu bapa yang besarkan anak yang kurang sempurna malah tidak memahami apa-apa dengan sabar dan redha"

Mendalam maksud ayat tu menusuk kat hati aku...rasa insaf dan bersyukur dengan apa yang Allah dah kurniakan dalam hidup kami suami isteri :)

Memang aku akui menjaga anak tu 1 tugas yang mencabar dan memenatkan lebih-lebih lagi jika dikurniakan anak yang lebih sikit dari anak orang lain.

Ada budaknya daya tahannya kuat, menjaganya mudah, jarang sakit, jarang meragam, jarang kembung, senang cakap mudah la menjaganya.

 Pastu nak buat kerja senang, lambak mainan dia main, ngantuk dia rengek sikit, suap susu dia tido. Ada yang lagi senang sedar2 dah tido tergolek depan tv kan...Orang tua kata senang menjaganya :)

Tapi ada anak yang nak tido kene menangis dulu, meragam, selalu sakit demam batuk semua, lemah ketahanan badan, kerap masuk keluar hospital, salah makan sikit kembung perut, cirit birit,  dan macam-macam lagi la.

Pastu nak berdukung, nak berpegang, tak boleh jauh dengan mak, takut dengan orang, maknanya kene berkepitlah dengan maknya. Tak de mak depan mata, meraung la dia.

Makan pujuk mak je, abah tak nak, atau pun nak pujuk dengan abah je, dengan orang lain tak nak, sampai nak buat kerja rumah kene tunggu anak tido..itu pun buat laju-laju..sudahnya sengsorang semput nak nyiapkan :)

Tu semua Allah nak bagi ujian kat mak ayah dia. Lagipun masa dia kecik je kita nak merasa semua tu, bila anak dah besar, dah lain ragamnya pula kan..

Bila dah besar nanti rindu pula time anak masih baby, masih kecik, terkenet-kene berjalan depan mata...

Nak kongsi dengan orang lain dipersilakan TAPI jangan lah sampai mengeluarkan suara atau dengusan ketika menyampaikan kisah.

Pandang mata anak kita masa kita cakap pasal dia renung dalam-dalam....dia tahu dan paham apa kita cakap pasal dia...

Dia pun tahu kalau perbuatan dia menyusahkan dan membebankan mak ayah dia, dia pun tak nak buat macam tu kat mak ayah dia

Tapi sebab dia tak de kudrat dan masih belum mampu nak buat apa-apa, akalnya pun masih belum matang untuk digunakan, pada siapa dia nak harapkan kalau bukan mak dan ayah dia???

Kita dulu pun masa kecil begitu juga...Biasa dengarkan mak ayah kita cakap...ko masa kecik pun degil juga!!

Huhuhu...tapi mak abah kita sabar je bela dan jaga kita sampai la dah jadi mak orang bapak orang bagai kan..siap nak masuk 2 3 anaknya dah pun...

Jadi bersabarlah...dan tolonglah jaga tutur kata setiap kali nak bercakap perihal anak ngan orang lain..takut-takut time tu elok je keluar perkataan tak berapa nak elok tu Allah makbul pula..

Ustaz Kazim selalu duk cakap, doa paling mustajab dalam dunia adalah doa seorang ibu sebab dia kilang manusia yang Allah bagi rahim sebab sifat Rahim atau penyayang Allah tu ada pada rahim setiap wanita.

Ustaz tu kabo lagi, nak berdoa tak peru tadah tangan, terdetik je kat hati si ibu, masa tu pula Allah makbulkan, dah jadi..kalau cakap perkara baik, Alhamdulillah, kalau bercakap perkara yang tak baik??? Hermm..kesian si anak..

Mungkin masa kecik dia agak cerewet nak dijaga tapi siapa tahu dia pembawa rezeki pada kita bila dah besar nanti?

Jadi anak soleh solehah, belajar terang hati, kerja senang dapat, murah rezeki dalam semua mende, berkorban jaga mak ayah, siapa yang tumpang senang anak kalau bukan kita mak ayah dia  kan :)

Jadi, aku pesan kat diri aku selalu masa tengah geram nak marah anak, ketap mulut rapat-rapat tak mau bagi keluar apa-apa perkataan kat mulut

Pastu dalam hati tu sebut Ya Allah banyak kali, lepas tu istighfar..takut hati berkata yang bukan-bukan sambil tangan tekap kat dada...ala2 cool down kan diri la..

Mata pandang tepat kat anak..dalam-dalam..lepas tu tarik nafas lepas perlahan-lahan...In Shaa Allah bole lega la rasa nak marah tu..

Anak sakit nak buat macam mana. Kawasan persekitaran, pergaulan dengan anak-anak orang lain, pemakanan semua tu menyumbang pada daya tahan dan kekuatan dalaman anak-anak kita juga.

Kalau dah jaga elok dah tapi Allah nak bagi sakit juga, tu makna Allah nak bagi mak ayah dia pahala la..

Suami aku selalu berseloroh kalau Alauddin berair hidung kan, "Ni mesti Udin nak bagi abah ngan mama pahala eh suruh jaga Udin sebab sakit kan".

Tak pe la penat jaga anak sendiri kan, bukan sapa-sapa pun.

Berdoalah selalu semoga apa yang kita buat kat anak tu dikurniakan Allah sesuatu yang lebih baik, lebih manis dan penuh hikmah..

In Shaa Allah

As-salam :)







22 comments:

  1. Sejuk ati baca blog psal anak ni..bgus..alhmdulillah.. tips yg trbaik untuk sy n mybe tuk ibubapa yg lain gk

    ReplyDelete
  2. terima kasih..bila saya baca post awak ni..buat saya sedar..saya sebenarnya dah salah..
    saya menangis baca post awak ni..xsabar jumpa anak saya balik keje ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita bukan sempurna awk...semua masih belajar..begitu jga dalam mendidik anak2..sama la saya...apa yang baik kite jadikan ilmu dlm membesarkan anak2 ye..semoga ank2 kita semua jadi manusia yang soleh solehah dunia akhirat..aminn..in shaa allah

      Delete
  3. Replies
    1. Silakan..semoga ada manfaatnya..in shaa allah

      Delete
  4. tq..nice words..nangis saya baca..anak saya pn slalu sakit..saya kata ape salah saya smpi anak2 yg slalu sakit..tp semua ni ujian Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersabar ye saudara...rezeki anak kita tak tahu..in shaa allah ada kurnia yang lebih manis selepas melalui sesuatu yang sukar dengan kesabaran :)

      Delete
  5. mohon share ye kak..

    ReplyDelete
  6. Bagus sy baca artical ttg anak ni....anak sy 2 boys,slalu batuk demam.tiap2 malam kna berjaga..ujian ALLAH SWT utk hambanya..REDHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. besar pahala kita sebagai ibu bapa kan jaga ank2 tengah sakit, moga bila tiba bahagian kita nanti anak2 pun mudah menjaga kita. in shaa Allah

      Delete
  7. Eyes opening..memang btol..kdg2 tanpa sedar kita merungut kita kata buruk kat ank..
    Nauzubillah..moga allah berikan lebih kesabaran..

    Nice entry sis..jemput ke blog adaa juga ye

    Www.adaa-inspiration.com

    ReplyDelete
  8. salam.. sy jarang sgt2 komen blog org... tp lps sy bc tentang prkara ni sy rs insaf, redha n motivasi sgt.. terima kasih yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. as salam. Alhamdulillah saya juga sedang belajar menjadi ibu yang lebih dari hari2 sebelum-sebelumnya. Moga bermanfaat :)

      Delete
  9. Teguran ikhlas kepada sy.. terima kasih.. rindu pada yg tiada, kene tingkatkan kesabaran utk yg ada ni.. jazakallah

    ReplyDelete
  10. Teguran ikhlas kepada sy.. terima kasih.. rindu pada yg tiada, kene tingkatkan kesabaran utk yg ada ni.. jazakallah

    ReplyDelete