About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Thursday, January 3, 2013

Kegilaan Aku

Assalamualaikum

Korang mesti ada barang kesayangan yang memang korang jaga sungguh-sungguh kan. Orang kata jaga macam nyawa sendiri la. Aku pun ada..tapi banyak yang dah buang tapi ada juga yang masih disimpan :)

Barang-barang yang aku memang sayang, aku memang jaga sungguh-sungguh. Aku sayang beno dengan komik dragon ball aku kumpul dari 1-41 xsilap aku, ke last die 44, lupa dah..pastu majalah ujang...tu je la 2 jenis bahan bacaan yang aku sayang sangat dan memang tak de la yang berani nak pinjam atau usik pun!!

Aku baca pun 2 mende tu je..majalah hiburan bukan taste aku la..baju yang aku suka dan sayang pun memang takdenya adik2 aku nak merasa...aku siap beli mangga sendiri, kunci sebelah pintu guna lock ketuk sendiri walaupun abah dah beli almari siap berkunci..

Sebab aku tak caya adik2 aku...suke beno selongkar padahal deme nak baca je, tapi sebab sayang aku tak bagi usik sebab takut rosak ke, koyak ke, deme jaga tak macam aku jaga...gitu :)

Aku simpan semua tu sampai la aku nak masuk u selepas spm. Aku tinggal semua kesayangan aku dengan harapan aku balik hujung minggu barang aku elok je. Tapi hati memang rasa nak nangis sebab aku tahu mesti akan hilang punye...adik2 ramai kome....berderet-deret...

Elok je aku masuk u, rahsia terbongkar. Abah tak pernah tahu kegilaan aku terhadap komik dan ujang itu. Aku kan dari tingkatan 1 sampai tngkatan 5 memang berniaga dengan abah, jadi aku jenis penjimat orangnya, duit abah bagi aku simpan dan separuh aku beli mende kegilaan aku tu la.

Tiap hujung bulan, aku akan pergi kedai buku tanya komik dragon ball..Dulu bersaing nak dapatkan buku ni sebab limited sampainye, so selalu sampai dalam 24 hb..yang jaga kedai ni akak tu, memang kenai aku bebeno dah..

Sampaikan aku pernah datang lewat sebab duit tak cukup lagi, nak menangis aku sebab tak sempat beli, pastu bulan depan tu ada komik yang aku tertinggal siri die tu, akak tu kata ada kat supplier dia amikkan untuk aku...tu diaa...start ari tu akak ni memang simpankan untuk aku la tiap2 bulan :)

Majalah ujang pun sama...paling seronok edisi bumper walaupun harga sebuah rm15 ke rm20, aku sanggup nak beli juga. Sebab beli dengan duit sendiri, aku sayang sangat dan jaga sungguh-sungguh.

Ok, balik pada kisah abah tadi..1 hari abah nak kemas dan ubah kedudukan barang dalam bilik aku sebab abah beli katil baru. Lepas tu nak angkat almari aku, abah kata ape bende dalam ini sampai berat bebeno...sekali abah kopak almari aku sebab kunci kat aku, sekali tengok ternganga mulut abahnya :)

Memang tinggi susunan komik dan ujang aku, suku lagi nak cecah bumbung almari..bumbung??? Lantak lerrrr...Lepas tu....memang merdeka la adik-adik aku..alasan deme abah yang bukak almari kak long, bukan kami...bole????????

Tapi banyak yang abah buang dari simpan sebab masa aku balik cuti, aku tengok banyak no siri yang dah tak de, tak tahu mana ilangnya, sedih tu tak tahu nak cakap apa la...tapi sebab sedih sangat aku cakap kat mak buang je la mak sebab tak seronok dah tak cukup no..tak best!!!!!

Tapi kat u pun aku masih dengan kegilaan yang sama. Majalah Ujang tetap di hati, kumpul semula, dah la 1 bulan kuar 2 kali, harga tak silap masa tu tak sampai rm7 pun. Tambah 1 lagi kegilaan baru iaitu Majalah Remaja. 

Kata sweet 17 kan..gadis pula..ermmm..haruslah baca remaja kan...gituuu..roomate memang dah paham, sampaikan kalau deme ke Ipoh, ada keluar je remaja baru, deme belikan untuk aku, claim la nanti kan..

Ada masanya deme yang nak beli dengan duit deme sebab kata tak seronok aku je beli deme baca je, aku cakap tak pe sebab aku memang nak simpan. Setiap kali cuti sem memang tak bawak balik ke rumah, aku packing cantik2 dalam kotak beso, aku simpan dalam stor bawah blok.

Pihak hostel memang khaskan stor untuk student jauh yang balik naik bas ke flight ke kan, untuk simpan barang2 yang memang nak guna sem depan. Kalau bawak ke rumah memang azab le jawabnye....sibuk la askar-askar kat rumah tu karang...nangis lagi la aku!!

Bila dah grade, paling berat dan banyak nak angkut menatang kegilaan aku ni la..berkotak2 dan berat gile!!. Merungut si wan angkat kotak2 tu masuk van :)

Kali ni abah memang tak kata apa sebab dah tahu aku gila dengan ujang. Abah tak kesah bab majalah remaja tu, tapi abah kisah dengan Ujang aku tu. Katanya apa pekdah dapat baca ujang...aku jawab release tension...hahaha

Memang pun....itu la penawar suka duka aku pun. Time penat berniaga, balik malam pukul 10 lebih cam tu, mandi, sebelum tido ngadap ujang dulu, memang sentiasa ada la ujang tu kat sebelah bantal aku walaupun dah berapa kali khatam ntah..tuko2 siri lain janji ujang..

Bila aku penat ngadap kerja sekolah, penutupnya ujang aku la..tak pun bila tensen math tak dapat jawab, aku baca ujang..lepas tu ngadap balik, tak jumpa juga, aku ngadap ujang balik sambil tutup buku math...jawabnya esok pagi le aku tengok jawapan kawan2 aku..kahkahkah..

Masa kat u pun serupe...sampaikan aku bawak ujang ni dalam beg aku, time datang awal ke, lecturer lambat datang ke,aku ngadap le ujang aku. Tapi memang pelik la sebab deme kata jarang orang pompuan nak ngadap majalah kartun ni, novel tu lain la..lepas tu dengan ayu gitu baca majalah kartun...huahuahua

Aku ni memang tak pernah ke kelas pakai seluar panjang ke, blouse ke, kemeja ke pe, aku pakai baju rasmi aku la baju kurung..huhu..5 tahun belajar 5 tahun la baju kurungnye pun walaupun kelas sabtu ahad...tu diaaaaa...tu yang deme panggil aku ayu...konon...sekali kenai umang aiiii...ganas minah nih!!

Lepas kene marah pun aku masuk bilik, ngadap ujang...konon nak kasi tenang la..tapi memang senang nak sejukkan hati lepas kene marah ngan abah ke mak ke kan...

Aku jenis boleh baca ulang kali bahan bacaan yang sama walaupun orang kata nak muntah dah ngadap mende tu je...sama la cam novel..aku bole ulang baca berpuluh kali dan setiap kali tu la aku akan touching kat part yang sama berulang kali juga...sighhhh...kesian aku kan :)

Tu belum aku duk gelak sambil baca tu, tu yang abah aku pelik nengok kan aku...baca buku pun gelak..bukan orang buat lawak..aku tunjuk kat abah aku lawak antarabangsa deme, abah aku muka rileks, kejap berkerut..lepas tu katanya..xde lawak ape pun..kamu gelak ape????

Tu la..abah baca tanpa penghayatan dan intonasi, memey arr tak rasa kelakar apenye...aku baca  dengan siap intonasi...memang geli usus ngan ginjal aku..

Masa dalam semester 3 cam tu, aku mula tertarik dengan novel Ahadiat Akashah. Aku mula baca masa form 5, kawan aku Dalina kasi pinjam novel sepasang jeans biru. Lepas baca terus jatuh cinta dah. Sebab novel dia style rileks, bahasa remaja, tak de kona-kona..lurus je maksud tu nak sampai..

Lepas tu classmate kat u pulak kasi baca Lagenda Budak Setan, time tu memang dah lama keluar..cuma aku je baru sedar..time tu juga aku cari kt MPH kat Jusco Ipoh. Kan novel tu bestseller, so memang stok sentiasa ada..berapa copy dah buatnya sebab permintaan tinggi kan. Beli siap chapter 2 yang Katherina tu.

Tu pasai bila kuar movie, memang hampes sebab jalan cerita menyimpang jauh dari cerita asal. Lepas tu persembahan pelakon juga tak sampai pada jiwa aku yang memang beratus kali khatam baca novel kesayangan aku tuh..:)

Start situ la aku gila kumpul novel pulak. Cuma sampai skang aku ralat belum sempat nak baca dan tak jumpa kat mana-mana kedai novel Puteri Lindungan Bulan..novel paling tebal pernah aku tengok. Tu dari feedback orang memang best gile...lagi best dari Lagenda Budak Setan.

Pernah ada housemate aku amik yang mak sedara die punye tapi yang photostat punye..aku tengok mood nak baca tak sampai maybe sebab kertas photostat...tak rasa cam novel..huahuahua...gedik kan!!

Lepas tu masa kerja kat gomen, aku jumpa kat perpustakaan novel yang aku cari tu, aku siap pinjam lagi dengan harapan dapat baca dan khatam. Tapi tak juga sempat sebab tempoh pinjam singkat dan kene baca kat rumah je pun, kat ofis banyak kerja. Novel dia memang beratus muka surat..memang cam kamus la..

Tapi yang best tu aku sempat usha harga kat novel tu, tak sampai rm50 pun harganya, so aku tekad nak cari juga...tapi sampai skang tak jumpa lagi..

Dari Ahadiat, merebak ke Norhayati Ibrahim pula..yang ni aku suka sebab banyak novel die jenis berat sikit...banyak menyentuh emosi, banyak pasal liku-liku hidup wanita la..tapi dapat orang cam aku, feeling nak lebih je manjang.

Pernah aku campak novel tu bawah katil, sebab angin dan marah gile ngan watak antogonis dalam novel tu, dia rampas suami orang, jadi no 2 lepas tu dia melebih-lebih pula dari bini no 1, tapi bini no 1 gile baik, sabar layan madu dia, tapi yang sakit hati laki dia jenis back up bini muda....nampak tak penulis ni main emosi aku???????Mau tak aku campak novel tu..

Roomate aku duk layan novel juga, terkejut sebab spontan muka aku masam gile dia kata...aku cerita kat dia, dia bantai gelak..dia kata dia pun cam tu, terus stop kejap baca sebab geram punye pasal..adoiii...feeling beb..feeling!! Cari balik mood nak sambung baca :)

Ada juga aku tak sedar air mata aku mengalir, tu tak lain bab sedih meleweh la tu, Aku jenis baca macam2 style..berubah-ubah ikut emosi dalam novel tu..

Kalau bab pakwe ngorat makwe, nak kenen-kenen kan, aku baring sambil main rambut la, kalau emosi marah aku mulalah kejap duduk bersila, kang berlutut pula, lepas tu mengiring..memang tak diam la..tapi bila sedih mula baring kejang tak gerak-gerak, gigit kuku...aksi sedih abis la tu..

Roomate aku selalu duk perati, sampai dia dah bole baca emosi aku masa tu...tang kuar air mata tu jadi bahan la pula..sebab deme kata aku ni nampak keras, kental, garang konon, sekali baca novel meleleh air mata...phuuiiii...jarang aku jadi bahan, selalu duk bahan orang, sekali kene memang panas jugekkkk,,heh!!

Sampai la aku abis belajar 5 tahun...berlambak-lambak la novel aku bawak balik dengan ujang kesayangan aku ke rumah..sampai pening aku nak nyusun mana ntah...

Masa kat rumah sebelum aku berhijrah ke Selangor konon mencari kerja la kan, aku angkut novel je. Ujang aku kira redha je la kalau ilang, tapi beli tetap la beli..hahaha..tapi novel aku angkut sekali duk umah sewa aku. 

Aku kumpul semula ujang kat rumah sewa pulak, tapi masa nak kawin, aku tak angkut la bawa balik, aku tinggal kat rumah sewa je wat khazanah berharga deme atau tukun kat umah tu...huhuhu..

Tapi kegilaan aku sejak 2 tahun kebelakangan ini, aku dah tak cari novel cintan cintun emosi bagai ni, aku minat kat Ramlee Awang Murshid. Start minat masa belajar kat Shah Alam, classmate selalu bawak novel penulis ni, baca dalam kelas.

1 hari aku pinjam baca kejap dalam kelas.....gile jatuh cinta sebab penulisan dia lain dari lain. Dan time tu memang nama dia tengah top sebab hot dengan novel Laksamana Sunan. Lepas tu keluar siri sambungan Cinta Sang Ratu dan sampai la sekarang dah lebih 5 siri pasal Laksamana Sunan ni.

Ramlee Awang Murshid ni kan penulis thriller kat Malaysia, so cerita dia memang unik dan ada trademark tersendiri. Walaupun dah baca 2 buah buku terawal, aku ngorat juga suami aku suruh beli novel tu sebab nak wat simpanan aku. 

Time peknen memang banyak la aku baca novelnye pun..tak de pe nak dibuat..huhu...Tapi ada kisah sedih disebaliknya...:(

Novel ni aku simpan atas rak kayu. Tak tahu dari mana datang anai-anai, abis la novel si Ramlee ni dimakannya, nak simpan memang tak la...takut jadi ternakan anai-anai pula rumah aku nanti kan...redha je la masa suami tanya nak buang tu...

Tapi dah pasang tekad nak kumpul semula novel laksamana sunan the series ni. Baru ni kan dia lancarkan series baru Sunan Musafir tajuk dia...mana ada novel yang de series ni kan..tapi Ramlee Awang Murshid ni ada :)

Baru teringat yang novel si Ramlie ni Alaf21 yang keluarkan so aku saje la search semua series yang aku nak ni..Bila nampak je semua series ni AVAILABLE...apalagi..terus la order kan, Sunan series ada 5 buah, campur 3 buah novel lain tapi karya penulis yang sama.

Walaupun deme cas pos kat aku sebab guna poslaju dan berat hampir 2.5kg, ye la..kata 8 buah novel kan, aku terima je la sebab aku nak pergi beli kat kedai buku entah bila la nak sampainya. Lagipun novel tu dapat harga diskaun dari beli sendiri, so kira2 balik same je pun.

So, terus wat bayaran skang tunggu je la novelnye sampai...excited abis la..aku memang tak gila barang2 yang kebiasaan orang pompuan suka tapi aku gila kat bahan bacaan..hohoho..

Lepas ni memang jaga elok2 la novel si Ramlee ni kan, jangan rosak dah macam ari tu..nangis lagi la aku!!!

Ok..as-salam :)










No comments:

Post a Comment