About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Tuesday, February 12, 2013

Apa Dibuat Cuti 4 Hari????

Assalamualaikum

Cuti raya cina ni ke mana kome weh?? Aku duk rumah je sebab keluarga mertua berkampung kat rumah aku. Jadinya kami hanya berjalan-jalan kat kawasan sekitar je la..

Pagi Sabtu kami berjalan ke Mydin USJ. Seronok berjalan rasanya sebab tak ramai orang. Mungkin orang sekitar situ ramai yang balik kampung jadinya Mydin tak berapa sesak..

Sebab Mydin ni kat mana2 penuh manjang orangnye...Tak pernah tak penuh...Masa kami datang tu pun memang la parking penuh sampai ke belakang nun...

Tapi bagi kami yang memang gemar ke Mydin, suasana ramai orang tapi senang nak tolak troli tu adalah tak ramai orang la pada hemat kami...hihi

Apa yang dibeli pun kat Mydin tu?? Suami beli kasut kulit bertali, nak bawa kursus katanya. Kasut suami aku dari mula kerja sampai la dah 3 tahun ni semua beli kat Mydin je..

Brand Albertini...tak de yang murah hanya kat Mydin je la punnn...Pilihan banyak kat Mydin Klang dan Mydin USJ.

Bukan mahai mana pun...dalam 50 60 hinggit je...Beli kasut murah katanya tak riso kalau cepat haus atau rosak sebab nature keje dia masuk keluar hutan...redah lecak la..masuk kawasan tanah merah la, tanah liat la, redah banjir la...

Sudahnya tak de nye pak cik sorang ni nak berabis beratus beli kasut mahai2 semata-mata nak harung selut...tak de maknenye...katanyeeee..

Kasut mahai letak dalam kete wat pegi perasmian ke, majlis APC ke..yang penting time nak iring MB...tu je la fungsinye punnn...

Dalam pukul 6 petang dah sampai rumah..rehat2 sementara kemas rumah apanya sebab mama kata nak datang malam tu tapi tak tahu bila geraknya.  

Sampai Kapar mama call kata deme dah dekat Kapar. Sempat lagi la aku pesan satay barang 20 30 cucuk sebab rasa nak makan bebeno satay ni..

Abah kan orang Jawa Klang, dan memang sedara mara cucu piut semua meniaga satay, resipi turun temurun katanya.

Kat Kapar tu de 1 gerai sedara abah nya..Tak silap aku pangkat anak sedara ke cucu sedara dengan abah, lupa dah aku. 

Memang sedap gila la satay deme ni. Tu yang setiap kali mama datang aku ngoder satay..Kalau famili sebelah aku berkampung sekali, mama memang order satay la sebab tahu abah aku suka satay Kapar tu.

Kuah, ngan satay sama sedap...cukup semua rasa la...Jarang nak jumpa satay yang cukup rasa dari daging, ayam dan kuah yang sama2 sedap...memang payah la...Haji Samuri pun tak dapat celen pada tekak aku..huhu..

Esoknya ari ahad semua melepek depan tv...berehat2 je la..Mama masa cuti memang dipenuhi dengan aktiviti men top up tido yang tak cukup sebab sibuk dengan urusan di kantin sekolah.

Memang penat weh keje kat kantin. Selagi tak petang memang tak siap la segala mak neneknya...Tapi mama ni memang jenis wanita tenaga kuat...

Orang yang biasa kerja kuat dari muda, jenis bertenaga je manjang..Umur mama skang dah 53 tahun tapi masih bertenaga buat kerja dengan laju dan cepat je siapnye..

Cuma mama skang rajin makan collagen Avon tu, katanya badan tak penat, lepas tu muka nampak tak pucat...Dan itu memang diakui la..tu yang aku sibuk nak try...lagipun bukan la mahai macam collagen lain yang aku jumpe..

Yang penting sumber dia adalah dari hidupan laut...bukan dari binatang. Mama kata collagen Avon dari ikan salmon...nanti nak try la beli tengok cam ne kan :)

Mama kalau ke mana-mana, orang2 muda remaja mana panggil makcik, akak deme panggil kat mama ni..ada juga yang kata betul ke laki aku ni anak mama sebab tak nampak macam wanita ada anak laki yang umur dah 30 tahun pun....

Suami pula time cuti la dia nak ngemas kete la, nak cuci kete la...semua berkaitan kereta beliau la..dari pagi keluar sampai kul 1 petang baru balik.

Petang tu baru keluar berjalan ke AEON Anggun, Rawang. Aku kalo ke Jusco, tak de mende aku beli selain pakaian kecik molek aku dan pakaian Alauddin.

Tengok banyak juga sale baju budak, sambar la 4 pasang baju. Babi Kiko sepasang, Cuddles 2 pasang, Tom n Jerry sepasang...cukuplah tu :)

Suami pula borong seluar slack pakai keja 4 pasang, ngan boxer 2 kotak...tu je la pun..dalam kata tak de mende nak nyopping tu, boleh tahan juga ye..

Dinner tu suami ajak singgah makan kat Nasi Ayam Gemas, kat Kuala Selangor de dah cawangan dia. Suami kata biasa dia makan kat Shah Alam.

Nasi Ayam Gemas ni antara yang popular la ditempah time ada program jabatan area Shah Alam ni. Pada aku boleh la tahan rasa dia tapi nak kata sedap gile tu bukanlah..sedang2 je la macam nasi ayam lain tu..

Tapi perasa makanan dia guna dalam nasi dan sup boleh tahan kuat la..Kalau yang de penyakit darah tinggi tak elok la makan sebab boleh kasi pening lepas makan tu..hoho...

Isnin kami melepak lagi depan tv...masing baring je sampai berapa kali terlelap entahnya..Asal lepas makan je mata nak layu panggil bantal kan...

Tapi aku cam biasa la...sibuk dengan urusan rumah la..walaupun ada mama ngan abah ke, kerja rumah tetap berjalan macam biasa..:)

Deme nak berehat tak pe la...kerja penat seminggu non stop..bila dapat berehat memang la 1 nikmat yang tak dapat nak tolak kan...Suami pun serupa itu la juga...Tak pe la..nak berehat apa salahnya kan

Tengah hari tu mama ke Tesco Kuala Selangor..Adik2 ajak berjalan..deme boring duk rumah je tak ke mana-mana...Ye la..bebudak remaja mana nak duduk je diam2 kan..mesti nak berjalan je..

Aku dan suami tak ngikut la..tapi aku ngirim cheese cake kat mama..sedap juga cheese cake Tesco tu. Tapi mama beli 2 jenis...blueberry cheese cake ngan cheese cake plain je...

Lepas tu mama kata tak de barang basah kat Tesco..orang cuti lagi tu yang barang2 sayur ngan ikan segala tak de langsung kat Tesco sini...

Balik dari Tesco, mama berehat kejap, melelap mata barang sejam 2 jam kan...Pukul 6 cam tu bersiap nak balik ke Puchong la...

Masa mama nak balik tu, Alauddin memang nampak sedih beno mak cu nye nak balik dah. Mana tak nya...3 hari ni duk main dengan mak cu je..

Aku pun amik kesempatan la nak berdua dengan abah dalam bilik kan...hoho...time tido ngan nenen je cari  aku..lepas tu sibuk bukak pintu cari mak cu dia...

Sampai ke malam la muka Alauddin monyok je... Cadangnye lepas maghrib nak ke Tesco tapi sebab mama dah kabo tak de barang apa kat Tesco, tak jadilah...

Aktiviti malam kami laki bini melayan movie Men In Black 3...dah beli kemain lama tapi tak nengok2 pun...Alauddin pukul 10 malam dah tido..kira cantek la nak melayan bersama2 kan..

Pagi ni suami de program pula kat Kawasan Kelip-Kelip Kg. Kuantan nun..Pukul 8.30 pagi dah keluar rumah. Cadangnya pagi nak ke Econsave Puncak Alam sebab malam tadi mama singgah Econsave Kapar...

Mama kata barang banyak kat Econsave..Jadinya planning nak beli barang bertukar ke Econsave la..tapi kami ke Puncak Alam la sebab lagi besar dari kat Kapar tu dan barang pun lebih banyak..

Sekali program suami abis tengah hari..so waktu asal dah injak ke petang la..
Petang ni baru nak ke Econsave

Tetiba suami ajak pegi waktu ni pula

Ok..mari bersiap ke Econsave...nak mencari Udang ngan sayur sikit2 je pun...Yang lebihnya nak berjalan je..huahuahua..

Hari ni memang rileks..masak pun simple je..spageti dengan sos cendawan dan grill salmon black pepper....lantaklah tonggang langgang word aku...hoho..janji maksudnya sampai ye :)

Petang ni ada pasar malam pula..lagi la berehat aku dari masak memasak kan...sonotnye la kalau gini je selalu kannn..:)

Moh berjalan kome sementara tengah cuti lagi ni...hoho :)

As-salam 








No comments:

Post a Comment