About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Wednesday, February 13, 2013

Lelaki Terhebat

Assalamualaikum

Dulu kan, masa zaman belum kahwin, aku suka perhatikan lelaki dalam 2 keadaan.

Keadaan pertama masa lelaki pakai baju melayu nak pergi solat Jumaat.

Masa study kat Perak selalu duk bertenggek depan tingkap time nak dekat solat jumaat tu. Bukan aku sorang je ye..memang kebanyakkan gadis2 kat hostel berdekatan kami duk bertenggek depan tingkap  hoho

Bukan nak ngorat ke pe, tapi mostly suka tengok sebab rasa cam baiiikkkk gile ahh lelaki2 ini pakai baju melayu, berkain pelikat, berlebai atau bersongkok, pastu berselipar crit crot crit crot tu..ala...selipar yg biji2 tu, kalo kene air mula la bising je sepanjang jalan tu kan...hoho

Same la cam aku pun..:)

Keadaan kedua bila tengok lelaki berkahwin yang suapkan anak makan kat restoran. Isterinya makan dengan senang lenang dan sesekali main ngan anak.

Aku bile tengok keadaan tu, rasa cam bahagia je isteri dia sebab suami yang suapkan anak makan. Mungkin isteri dah penat melayan anak di rumah, bila makan di luar suami pula take over tugas suap anak makan kan..

Nampak ke'gentle'an seorang bapa di situ :)

Aku selalu berangan.....kan best kalau suami aku nanti cam tu..hoho...

Ok....baru nak mula cerita sebenarnye..haha

Sabtu lepas gi makan kat Klang, kat 1 food court tu la. Kami makan nasi campur. Kebiasaannya suami yang akan ambil makanan dulu, aku cari tempat, duduk tunggu suami selesai.

Lepas tu suami letak nasi dia, then gi basuh tangan, duduk, amik Alauddin, barulah giliran aku ambil makanan pula. Maknya makan lauk pelbagai so amik masa sikit la...huahuahua

Aku sampai je kat meja, tengok suami tengah suapkan Alauddin makan nasi lauk telur goreng. Aku tanya, ok ke? Bak sini Alauddin tu..

Suami kata, tak de pe la..makan la..boleh je makan ni..

Aku sambil suap nasi sambil tanya suami ok ke tak..mana tahu susah nak makan sambil pegang anak kan...Tapi dia kata ok, dia boleh makan.

Cuma bertuahnya Alauddin ni dia bukan jenis meragam budaknya...Jenis behave je kalau mama abahnya tengah makan...memang senang la..

Cuma memang perangai aku, setiap kali makan aku yang pegang Alauddin sebab takut suami susah atau tak biaa nak makan pegang budak.

Acap kali suami nak pegang Alauddin, tapi aku mesti kata tak pe la, boleh ni...Kalau Alauddin tengah tido lagi la suami duk tanya banyak kali sebab takut aku lenguh pegang Alauddin lama.

Jarang kami pegang Alauddin sambil makan. Selalu letak dalam kerusi budak je. Tapi kedai kami gi makan ni tak de pula kerusi budak tu.

Bila tengok suami makan sambil suap Alauddin teringat ngan apa yang aku pernah berangan dulu...time aku gadis muda remaja lagi..

Dalam cerita ni bukan nak kata suami aku gentleman ke, baik ke, mithali ke apa...Cuma aku tak sangka aku masih boleh lihat situasi yang lebih kurang sama cam aku lihat dulu tu...skang jadi pula kat aku...so sweet...:)

Sampai suami perasan aku ralit tengok dia, dia tanya kenapa tengok cam tu...aku senyum je la...

Dah la suami aku tu stok muka serius je manjang, sampai kawan2 aku pernah kata takut nak tegur aku depan suami, takut suami marah..hahaha..sampai ke situ pikiran deme..

Jadi bila lihat sifat kebapaan dia masa suap makan Alauddin, aku rasa cam terhibur dan seronok sangat tengok situasi tu....

Kat rumah, memang Alauddin suka tumpang sepinggan dengan abah dia time makan. Memang pesen dia cam tu, walaupun aku baru lepas suap dia makan.

Ajenye suke bebeno ngaco abahnya makan...Abahnye jenis melayan...tapi bila suap semua nganga je..hoho

Tapi aku paling salute kat kaum suami yang datang KK bawah check up anak tanpa isteri di sisi...perghhh!!!

Memang penuh kejantanan walaupun semua mende nak tanya nurse. Hahaha....Tak pe la..janji ada usaha untuk tolong isteri kan...Anak sama2 kan :)

Ada 1 kisah masa aku mengandungkan Alauddin ari tu, de seorang lelaki India, dia datang KK tempat aku ni sambil dukung anak.

Anak dia masih balut dengan blanket lagi...Ada kakak tu tanya, anak berapa bulan..Lelaki India ni kata baru sebulan kakak..sambil senyum..

Maknanya anak dia masih dalam pantang la kan. Dia kata nak bawak anak cucuk 1 bulan.

Muka lelaki ni naif sangat....sambil sebelah dukung anak, sebelah bahu sangkut beg barang anak, sebelah tangan tepuk punggung anak sebab anak duk merengek-rengek...

Kebetulan pula kat KK masa tu dia sorang je lelaki...Ada beberapa akak sembang2 ngan dia...sampai la akak sebelah aku bukak mulut cerita..

Kesian dia...bini dia lari lepas bersalin. Tak nak jaga anak...Sebab bini dia cinta pakwe lama. Nak ikut jantan tu la..nak kawin ngan pakwe dia...

Ohhhh...kata aku..(kusyukkk)

Dia ni sayang kat anak, tu yang dia jaga anak dia...sorang2 dia la sebab mak ayah dia jauh...
Kalau kerja dia tinggal kat jiran melayu kat kawasan rumah dia...
Kesian kan dia...tapi baik dia...jaga anak sendiri...
Susah nak jumpa lelaki cam tu sekarang ni

Gitu la cerita nya....

Anaknya merengek, disuapnya susu, nyenyak budak tu tido, dapatlah dia berehat kejap sebab anaknya banyak merengek...

Nurse yang prihatin, panggil lelaki tu untuk cepatkan urusan dia. Anaknya menangis time kene cucuk lepas tu..kuat tapi lelaki ni senyum je masa lalu depan kami....kaum ibu :)

Selesai la dah urusan lelaki tu untuk hari tu...Lepas tu tak jumpa dah aku ngan lelaki ni sampai la skang..

Ramai sebenarnya lelaki hebat kat dunia ni..
cuma sama ada kita bertuah atau tak je untuk bertemu dengan mereka

Yang penting BERSYUKUR dengan apa yang Allah dah bagi kat kita
Walau ada SEDIKIT kurang,
TAPI  sebenarnya BANYAK yang lebih pada suami kita...
Cuma perasan dengan tak je

As-salam :)










No comments:

Post a Comment