About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Tuesday, February 19, 2013

TAKBUR

Assalamualaikum

Aku baru lah tahu pasal berita maid dera budak 4 bulan tu. Minggu ni balik Manjung, memang tak nengok berita la sebab duk sibuk bergelumang dengan adik2...deme pun bukan nengok....astro warna je kejenye..

Fb pun aku jarang nak jenguk wall...manjang layan page aku je..Malam tadi baru la bukak tv3 kata de maid direman sebab lambung baby 4 bulan...

Aku tak nak sentuh pasal video atau baby tu, tak sanggup pun nak tengok semua tu..Mampu berdoa je la semoga anak kecil tu tak de kecederaan yang serius dan sentiasa dalam lindungan Allah Taala..

Yang aku nak kabo adalah pasal beberapa post kat fb susulan dari kes tersebut. 

Ada beberapa post yang lebih kurang cam ni la ye maksud die..

"Nasiblah aku ni fulltime housewife, kalau kerja, kene anta anak kat orang suh jaga, lepas tu tak tahu apa orang tu buat kat anak, rupe2nye di lambung2nye anak tu..eeiii...xnak la.."

"Tu la..kan elok sendiri yang jaga anak, suruh orang jaga buat apa, dah orang buat macam2 kat anak sendiri, baru nak menyesal....nasib la aku jaga anak2 sendiri, semua aku buat untuk anak, anak membesar depan mata...hati pun tenang"

Ok............bawak bertenang ye semua :)

Alhamdulillah, ada yang mampu dan diberikan peluang untuk besarkan anak sendiri sedari lahir sampai besar. Allah kurniakan rezeki untuk si suami mencari nafkah di luar sementara isteri menjaga hal ehwal di rumah. Tapi Alhamdulillah, rezeki cukup untuk seisi keluarga.

Tapi.....tak semua kaum wanita diberi kelebihan itu...pada yang sedang melaluinya...bersyukurlah...

Ada masanya kita tak boleh terlalu takbur dalam berkata-kata sampai tak pikir kata-kata tu boleh beri kesan pada orang lain.

Kalau yang baca tu ibu yang bekerjaya, apa perasaan dia??

Ingat dia suka hati nak hantar anak dia pada orang? Ingat dia kerja hati tu tenang ke???
Ingat dia ke hulu ke hilir kursus seminar tak pikir anak ke??

Cakap jangan sebarang cakap...
Takut 1 masa nanti Allah tarik nikmat "surirumah tangga sepenuh masa" kamu tu....apa kamu nak buat??

Time tu kamu pula yang terhegeh2 nak mencari kerja sebab nak menanggung anak yang masih bersekolah, nak tanggung bil2 rumah, nak tanggung makan minum segala bagai...

Masa tu bukan kamu kene berharap pada orang lain untuk bantu kamu??

Kalau masa tu ada mak ayah yang masih panjang umur, boleh la menagih pertolongan...Mak ayah redha dalam menjaga cucu2nya

Tapi kalau keluarga sendiri pun tak berapa nak ada, bukan kamu berharap pada orang luar yang bukan dari keluarga kamu sendiri???

Kalau masa tu kamu masih beranak kecil, bukan kamu kene hantar anak kamu pada orang untuk dijaga sementara kamu keluar mencari rezeki???

Jangan cakap terlalu tinggi....

Memang ada wanita yang umur 30 lebih  kene cari kerja sebab suami kurang berkemampuan, ditimpa kecelakaan, kemalangan sampai kurang upaya atau cacat kekal...

Time tu masih ada anak kecil yang perlukan perhatian khusus, masa tu kamu nak pikir apa??

Bila ada kes macam ni, bukan salah ibu bekerja, tapi sikap seseorang tu dalam menjaga amanah orang lain.

Sebagai ibu, memang nak anak dijaga elok dan sangat risau nak tinggalkan anak pada orang lain...hatta pada mak sendiri...sebab takut rindu pada anak....tak boleh tido ingatkan anak...
Kepala duk pikir apa jadi pada anak...

Tapi bila melibatkan keluarga, ada perkara yang perlu dikorbankan untuk kebaikan di masa hadapan.

Aku memang percaya, semua ibu yang bekerjaya sebelum berpaling meninggalkan anak pada pengasuh, dalam hati tu doa memang tak putus2 la semoga anak selamat dan terpelihara dari perkara yang tidak diingini...memang tak putus-putus doa tu kan..

Tapi perkara macam ni memang di luar kemampuan kita sebagai manusia. Apa2 pun kita memang kene berserah pada Allah.

Jadi, tolonglah bila bercakap pandang ke bawah dan bukan mendongak tak sudah2....takut nanti jatuh tertiarap apa pun tak tinggal untuk kita, semua Allah kaut balik tanpa tinggal sisa....

Masa tu baru kita akan kata

"Kalaulah aku tak cakap macam tu............."
"Kalaulah aku paham keadaan mereka................"
"Kalaulah aku bersyukur ketika senang..........................."

Aku pesan lebih pada diri aku sendiri...

As-salam



No comments:

Post a Comment