About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Wednesday, March 20, 2013

Alauddin & Kartun

Assalamualaikum

Skang kan Upin Ipin dah bersiaran setiap hari. Isnin sampai Khamis pagi pukul 8.30 pagi, Jumaat, Sabtu dan Ahad tak de sebab de Nasi Lemak Kopi O.

Tapi siaran petang ada setiap hari. Siaran 15 minit pada jam 5.30 sebelum cerita Indon tu. Sekali lagi selepas cerita Indon tu, jam 6.40 cam tu, sampai pukul 7 petang.

Apa kene mengena cerita Upin Ipin ni mak esah wehh???

Bila dah anak bujang aku peminat tegar Upin Ipin, ngan aku2 sekali jadi ketagih dan suka.
Mau tak nye, kalau udoh pasang setiap hari, memang suke la jadinye.

Kartun Upin Ipin ni memang kartun yang pada aku baik dan sesuai untuk budak2.
Lagi 1 penggunaan bahasa yang sopan dan baik walaupun perbualan sesama budak2

Maksudnya tak de penggunaan bahasa yang agak keras, kasar, atau ntah apa2 bila ada pergaduhan kecil antara dieorang.
Contoh kan cam kepala hotak ko, tak guna punye kawan, pegi mampos la dan seangkatan dengannya.

Kak Ros juga tak de guna pendekatan memaki hamun adik2nya bila deme buat salah. Banyak diberikan nasihat yang tegas dan lemah lembut.

Jadi, nak bagi Alauddin dengar tu rasa lega la. Bukan apa, separuh dari pembelajaran kanak-kanak ni bermula dari pemerhatian dan pendengaran mereka.

Kalau mende yang ditonton setiap hari, lagi la banyak yang mereka belajar kan.

Walaupun de yang kata penggunaan tv secara kerap pada kanak-kanak boleh membawa keburukan, itu semua terletak pada keupayaan ibu bapa mengawal kehendak anak-anak.

Yang kawal anak tu kita, bukan anak yang kawal kita.
Cam aku, bukan semua cerita aku hadapkan kan Alauddin ni.

Hanya cerita kartun yang tertentu je aku akan bukak untuk Alauddin.

Bangun pagi dalam kul 8 cam tu, aku akan bukak tv9 sebab ada cerita Rasul Yang Kata. Kan selalu ada nasyid dan qasidah dalam rancangan tu plus de 2 3 orang kanak-kanak kan.

Sebelum ni kan ada rancangan Pesan Atuk, ni ganti lain pula.

Alauddin suka tengok cerita yang ada kanak-kanak dan ada suara budak gelak, nangis or bercakap.
Pastu suka nasyid2 yang ada bunyi kompang la, budak mengaji ke.
Tu memang dia akan melekat depan tv.

Abis rancangan Rasul Yang Kata, cerita Upin Ipin pula.
Time ni memang senang aku nak buat kerja rumah dan masak makanan dia.

Abis Upin Ipin aku, kalau Isnin kan de ulangan Semanis Kurma dan Selasa ulangan Halaqah, Rabu ulangan Tanyalah Ustazah kan, kalau aku tak tengok masa hari sebenar dia bersiaran, aku tengok ulangan la.

Tapi time iklan aku tukar kejap tv al-hijrah sebab pagi2 selalu de nasyid dan kartun.
Kalau dah tengok, aku teruslah pasang tv al-hijrah je.

Al-hijrah ni yang bagusnya banyak nasyid dan qasidah duk ulang banyak kali.
Kadang2 de terapi zikir si hafiz tu
Ralit je Alauddin tengok 

Nanti pukul 10 cam tu de doa dhuha pula, Alauddin ralit dengar.

Lepas tu adalah crerita kartun lain, cam Pada Zaman Dahulu, ni keluaran baru selepas Upin Ipin, de kartun belajar bahasa arab la, kartun padang pasir la, kartun pasal tokoh Islam la, kartun kisah Nabi, dan kartun Heroes City, ala...pasal kereta moto lori semua tu la.

Ada satu cerita kartun ni tak de sesi bercakap2 pun, juz de bunyi je. Gambar betul2 la, bukan lukis2 punye, cerita pasal life binatang, juz de bunyi lebah la, bunyi pintu tertutup, bunyi haiwan2 lain la...

Memang senyap sikit tapi bila ada bunyi2 tu kan, Alauddin gelak cam kelakar beno. Mengekek-ngekek bunyinye. Apa yang kelakar tak tahu la..hihihi..

Tapi mana yang dia tak minat nak tengok tu, dia layan mainan dia la.

Sampai la tengah hari, time aku nak layan WHI pula..time ni biasanya dia dah mula ngantuk nak tido...so banyak menempek ngan aku la.

Tak de layan tv dah, aku je la layan sengsorang sampai la Alauddin terlelap sambil menyusu tu kan.
Nanti aku mula memasak pula.

Tapi ari Jumaat, memang tak de cerita kartun pagi tu. Sebab semua tv ada cerita berbual2, tv9 nasi lemak kopi o nye, al-hijrah assalamualaikum tu...

Jadi hari Jumaat aku tengok tv3 je la layan drama pukul 10 pagi tu. Alauddin biasa main dengan mainan dia la tapi aku kene ada depan mata walaupun tak dekat dengan dia,

Aku hilang je dia akan panggil aku suruh duk depan...tapi masa ni la aku duk depan lappy pun.
Dia dah tido nanti baru buat urusan kerja rumah semua.

Separuh life Alauddin memang dengan tv tapi bukan melekat depan tv.
Kadang2 dia dengar muzik ke, dia jauh dari tv, tapi dia bantai gojet pulak.

Tapi memang aku pasang cerita2 cam ni je la.
Cerita indon ke, filipina ke aku tak pasang mana, sebab aku pun tak berapa melayan melainkan Alauddin tengah tido.

Bila petang pula, aku bukak la wonderpets tu, sebab Alauddin suka lagu wonderpets tu.
Suka lagu je la..lepas tu dia buat nohen la sampai la datang balik lagu tu lepas wonderpets selesai selamatkan haiwan dalam kesusahan tu....gitu laaaa

Tapi bila mak abah dia layan drama, kami bagi dia layan lagu kanak-kanak kat tab pula...biasa time malam la. Sebab malam tak de rancangan kartun...huhu

Ok la..nak masak laksa jap..barang dah stand by dah...
Puasa nasi ari ni :)

As-salam



No comments:

Post a Comment