About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Saturday, March 16, 2013

1 Tahun 4 bulan :)

Assalamualaikum

Cukup bulan ni genap Alauddin 1 tahun 4 bulan.
Minggu lepas dah gi KK untuk check up dia

Berat alhamdulillah...8kg..naik la 200g
Memang dari lahir naiknye tak banyak
500g je setiap bulan dan konsistent pula tu
Cuma sejak setahun tu, naik 200g je pulak

Anak aku ni memang kecik orangnye
Tapi bila gi mana-mana
Orang selalu tanya, anak umur 2 tahun ye?

Tapi BMI dia nurse kata ok, paras normal dan graf pun cantik
Tetap ada peningkatan walaupun sikit
Yang penting nurse cakap berak kencing, makan tido semua ok, tak de batuk demam selesema
dan aktif,  itu sudah memadai.

Apa cerita si bujang aku ni??

Kesihatan Alauddin setakat ni, Alhamdulillah...sepanjang menjaga Alauddin, sekali je dia demam, tu pun sebab kami berjalan ke Penang, berpanas bersejuk, demam, tapi sehari je la demamnye pun. Masa dia 6 ke 7 bulan, cam tu la. 

Selesama teruk tu tak pernah, kalau hidung berair adalah sekali 2. Sekali lepas mandi air terjun kat Ulu Kenas dan sekali lagi masa mandi pool kat mana ntah, lupa dah. Tapi, sehari je la pun hidung berair nye..

Batuk dan lain2 tu Alhamdulillah, tak pernah la lagi. Semoga sentiasa dalam keadaan sihat walafiat ye Alauddin :)

Gigi ada 8 batang dan bakal menyusul lagi 2 batang bahagian atas. Sebab aku nampak gusinya bengkak sikit. Alhamdulillah, tak pernah demam bila tumbuh gigi.
Tapi tak tahu la kalau gigi geraham nanti kan..huhu
Orang tua kata sakit kalau gigi geraham nak tumbuh.

Dah pandai makan sendiri kecuali nasi je la kene bersuap.
Cam biskut ke, roti ke, isi buah dan mende yang dia boleh pegang sendiri, dia akan suap sendiri la.

Pagi-pagi bangun tido, dia akan tunjuk kat atas meja makan, ada biskut panjang kurus tu, nak makan la maknanya...
Bagi sebatang dah suka hati dah...
Nak minta, panggil mama dan tunjuk atas meja lagi...

Minum sendiri tak pandai lagi, aku pun takut nak bagi minum sendiri, takut tersedak.
Tapi minum cawan dah tak tersedak macam dulu dah. 
Elok je la dia minum tu
Dah pandai kawal air la maknanya

Kadang orang tanya anak minum guna botol ke?
Aku memang nak elak ajar dia guna botol
Memang dari 6 bulan ke atas, aku dah start ajar dia minum air masak dalam cawan

Minum air kotak dah pandai sendiri la..tak de tersedak ke tumpah ke...
Cumanya, kalau dia tak nak dah, air yang ada dalam mulut tu dia keluarkan slow2 kat mulut die...meleleh la kat baju...

Air masak memang air kegemaran Alauddin la
Suami pun memang nak elak suap dia air manis selalu
Mesti bawak ke mana-mana botol air untuk Alauddin.

Skang pun dah mula kenalkan dia susu kotak supaya senang bila nak bawak berjalan nanti
Selain nak biasakan dia rasa susu lain, mana tahu lepas dah berenti susu badan, tak de la dia pelik je bila tuka pada susu lain kan.

Bila ajak mandi, tunjuk ke bilik mandi, menonong je jalan.
Bila bukak baju..mama dan abah cakap, angkat tangannnn...sengih je angkat tangan tu..
Malam pula, nak masuk tido, mama dan abah kata..
mana bantal??
Mngenot-ngenot dia angkat bantal kepala dan bantal peluk dia masuk bilik

Dah pandai nyanyi Qasidah Ya Hanana..
ala...yang selalu main kat tv Al-Hijrah tu..
Tapi dia sebut nananana je la..
Yang comel tu nanana dia ada muzik..sebijik cam qasidah tu...

Kalau Alauddin meragam ke, merengek ke, tak kira la dalam kereta ke, time nak tidurkan dia ke, mata nak tido, tapi hati nak main...
Abah akan pasang doa dhuha UNIC tu ngan qasidah ya hanana ni...
Dalam kereta memang diam je dia dengar..
Tak lama lepas tu tertido la..
huhu..

Bersyukurnya aku sebab Alauddin bukan jenis memanjat
Dia ada niat nak memanjat sofa, grill dan kaki kerusi
Tapi tiap kali dia nak mula tu, mulut aku dah start melarang

Lama-lama tak de dah niatnye nak memanjat
Bukan apa, aku ni kan mak penakut
Bising manjang mulut aku ni

Sudahnya Alauddin pun dah paham kot
Kalau aku mandi ke, masak ke, tak de la risau sangat kot memanjat ke apa kan

Sliding door kat beranda memang siangnya sentiasa terbuka
Tapi disebabkan mulut aku bising manjang
Alauddin tak pernah la lagi nak cuba melangkah ke situ

Dia mari dekat tepi sliding je, lepas tu dia patah balik masuk dalam
Laki aku selalu nyembang ngan Alauddin cam ni
"Alauddin, jangan pegi dekat2 ye, nanti jatuh....bila jatuh mama bebel kat abah sampai esok malam pun tak abis2"
hahahahaha

Banyak percakapan mama dan abah dia paham dan bagi respond seiring dengan kata2.
Bila tanya nak ke, dia angguk sambil kata naaakkk
Bila tak nak, dia geleng sambil sebut naknak

Bila panggil nama, nanti bunyi la haa??..
Kalau aku kat dapur ke, bilik ke, dia jenguk kepala,
Sambil panggil ma? ma? ma?
Lebih kurang apa mama? la gitu

Makan setakat ni masih ada selera la
Suka makan buah pisang, anggur, betik, honeydew dan tembikai

Mende masam tak berapa suka
Memang tak kan bukak mulut untuk kali kedua dah la
Melainkan yogurt

Alauddin suka makan yogurt dan minum susu kultur
Aku memang sentiasa sediakan susu kultur cam vitagen dan solivite
Setiap hari sebotol, tapi aku minum suku la..hihi

Since Alauddin dah setahun, aku dah mula kenalkan dia dengan vitamin c untuk sistem imunisasi dan daya tahan badan dia supaya lebih sihat..tu diaaa

Aku bagi dia Shaklee vitamin c chewable tu
Sehari sebiji je, tu pun aku hancur kan sikit, baru suap dalam mulut dia

Memang masam sikit, tapi kene suap semua tak leh sikit2, sebab bila suap kali kedua, terus tak nak dah dan memang tak kan bukak mulut dah la..hoho

Selain tu, aku bagi juga Shaklee omega guard a.k.a minyak ikan untuk perkembangan otak dia, tapi bagi sebiji seminggu je.

Aku picit minyak letak atas sudu, then suap.
Bau memang agak hanyir sikit sebab minyak ikan kan, tapi Alauddin telan selamba je muka dia.

Dari segi variasi makanan Alauddin, aku dah mula buat resipi untuk budak2 makan
Aku buat nasi goreng, meehoon goreng, ketiau sup la
Kadang2 apa aku makan, itu yang aku buat untuk dia tapi style untuk budak umur setahun la

Ikan pun macam2 jenis dah aku suap, setakat ni menerima dengan baik
Cuma ikan salmon Alauddin memang tak nak langsung
Mungkin bau yang agak kuat, dia tak nak kot

Tapi nasi putih lauk telur letak kicap memang dia kurang laju nak makan
Tapi kalau buat nasi goreng ke, laju la dia makan

Mungkin nak makan yang de rasa kot sebab bila buat nasi goreng, aku guma minyak zaitun untuk menumis, letak bawang semua, mix vege lagi, ayam, ada la rasa manis ayam dan bawang tu kan

Jadinya berselera dia makan
Kadang2 tu sama laju la dengan mak dia..hihi

Alauddin memang tak nak duduk dalam stroller
Kalau duduk pun tak lama la

Jadi aku rasa macam nak belikan basikal yang selalu orang bawak anak time jalan2 kat mall tu kan
Yang mak ayah boleh pegang belakang basikal tu

De kawan aku bagi 1 online shop ni jual basikal lebih kurang cam aku pikirkan la
Harga pun sedang cantik je
Design pun lawa
Aku memang tak de jumpa lagi kat kedai atau mall design ni


Ni la rupe basikal tu. Siap de penghadang kat kiri kanan kan,so in shaa Allah risiko anak nak jatuh tu dapat la dikurangkan.

Warna ada 4 jenis, biru, oren, pink dan kuning.
Stylo kot...:)

Tapi suami aku nak beli anaknya kereta mini cam kat bawah ni. 
Sepanjang survey harga ni, kebanyakan around rm300 cam tu

Ehsan: Google

Lawa kan yang ni. Warna putih classic gitu...
Katanya teringin nak tengok Alauddin main kereta ni, jenjalan dalam rumah
Adoiiii

Bila aku cakap nak beli basikal, cam tak berapa nak je
Tapi aku minat basikal tu
Sebab Alauddin memang suka ngan basikal

Kat umah ni kalau dapat naik basikal kaki tu, bukan main suka lagi
Tu sebab aku nak beli basikal untuk bawak dia keluar pulak
Kan best...huhu

Ok la...aku ni memang suka membebel panjang2..
Bukan apa, aku memang suka baca balik semua post aku 

Bila baca akan mengimbau kenangan tu balik....seronok :)

As-salam
















No comments:

Post a Comment