About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Monday, March 11, 2013

Hukum Karma

Assalamualaikum

Kesian adik aku wehhh...memang kesian...
Tapi dapat kat aku, bantai gelak cam mak lampir plak

Pada 1 malam yang indah, adik aku dalam bilik, tengah belek2 sambil kemas buku sekolah dia la..
Aku ni saje jenguk, tanya wat pe..
Tengok idok le sibuk, aku pun nyelit la nak borak2 je punnn

Dalam borak2 tu, aku saje la pegang buku teks sejarah dia
Terus la aku tegur
"Apa ke laeh beno buku teks kamu ni...rupe nak hancur je...tak de buku lain ke?"

"Ala syah, kira ok la buku aku tu, de yang dapat tak de kulit ko tahu!!"
Muncung sedepa nak ngabihkan ayat hujung tu....

Dia sambung lagi,
"Ko tak tengok lagi dalam buku tu rupe die, lagi sakit hati aku..."

Aku pun selak la buku teks tu dalam keadaan sederhana laju..
Sampai kat bahagian lebih kurang tengah la, de gambar2 orang.
Tapi yang sedih tu tak rupe orang pun gambar tu

Yang tak de misai di tambah misai...siap melentik lagi
Yang tak pkai spek, tambah spek....spek hitam lagi ko
Lubang hidung dibesarkan sehabis mungkin

Yang rupe cina, ditukar muka India
Yang India dimelayukan
Mata elok dua, udoh tuka jadi lanun..

Memang semua gambar tokoh dalam tu dihias dengan sebegitu baik dan kreatif sekali..
Menggeleng kepala aku menengokkan..
Memang kesian la adik aku dapat buku ni

Pastu mata aku tertancap pada bilangan muka surat..
Masya Allah...dari muka depan sampai ke muka surat 45, diliquidkan oleh peminjam sebelum ni..

Adik aku boleh tahu muka surat pada 46 dan seterusnya...
Kesian betul nasib adik aku ni...alahaiiiii

Dalam duk borak ni aku gelak2 la sebab terbayangkan kedasyatan perangai peminjam sebelum ni
Ganas bebeno dia mengkerojekan buku teks sejarah tu..

Mungkin result sejarahnya gempak...
Siapa tahu kan..
Tu yang serupa tu buku teks dia
Memang guna pakai sebaik mungkin la

Aku tanya adik aku
Cam ne ko selak buku ni kalo cikgu suh buka buku?

Dengan penuh emosi adik aku jawab
"Tu la yang aku paling menyampah, aku geram dengan senior ni!!
Bila cikgu suruh buka buku, terkial-kial la aku cari..
Masa mula2 dapat dulu lagi aku hangin!!
Baru perasan tak de muka surat..
Susah ko tau aku nak cari muka surat cikgu nak tu
Sampai kan, aku selak sama2 ngan kawan sebelah aku
Nanti dia berenti kat muka surat cikgu nak tu, aku berenti la sama
Baru la tahu muka surat berapa
Kawan aku pun bising tau
Apala senior yang pinjam buku ni
Wat susah kami yang junior ni nak guna tau tak!!!!"

Kalau ikutkan memang panjang lagi bebelan adik aku ni
Tapi aku amik point penting dah la kan

Selepas dia selesai meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati dia,
Aku pun bertanya la

"Ko tak cek ke nama sapa yang sebelum ko ni
Mana tahu ko kenal ke
Entah2 kawan2 aku juga ke

Aku ngan adik aku 1 sekolah
Dan beza kami setahun je

Adik aku malas nak amik port soklan terakhir aku tu
Dia cuma jawab
"Entah sapa entah, kat belakang buku tu tak de kotak tempat letak nama pun
Aku pun tulis nama kat tepi kulit buku tu
Cikgu yang suruh, takut ilang dia kata"

Aku pun bukak kulit depan, kosong je, de tulisan kecik kat bucu atas belah kanan nama adik aku
Aku selak belakang, ada kotak letak nama tu tapi dah kabur dan
di cop dalam keadaan terbalik

Tiba-tiba

Ehhh...aku cam kenal je buku teks ni

Aku pun belek kulit belakang buku teks tu
Kat cover belakang tu, kulit atas die cam terkopek sikit
Aku selak bahagian terkopek tu
Tu dia.....

Nampak dah aku nama sapa
Memang aku kenai sangat la dengan orang ni

NOORAISYAH MOHD YUSOF
5SS2

Kahh..kahh..kahh..kahhh...!!
Kaahh..kah..kah..kah..kah..!!

Adik aku tengok la kat tempat aku tengok tu
Muka dia memang gile bengang

"Buku ko ke!!!!!!
Bengong, apsal ko tak bako je buku ni???!!!
Puas hati kan!!

Haahahahahaa..
Aku memang tak bole berkata-kata la
Sebab aku tak boleh nak stop gelak

Punye la kesian kat adik aku
Rupenye dapat buku aku
Bukan buku sejarah je
Semua buku teks dia dapat nama aku

Mahap kan le akak ko ni
Mana la aku tahu ko yang dapat buku tu kan
Addooiii

Tu yang orang kata hukum karma gamaknye kan
Tak guna kat diri sendiri, kene kat adik beradik atau anak sendiri

Sadis!!!

Tu cerita lama kami la
Masa adik aku form 5 dan aku baru diploma sem 1

Cerita terbaru kami
Adik kawan aku pula skang ni form 5 kat sekolah kami dulu
Dan dia pun sedang dikasihani oleh adik aku dan kawannya itu

Sebab.....
dapat buku teks nama aku tu

Kesiaannnn

Tapi aku dah kabo kat adik aku
minta maaf bagi pihak aku pada dia ya

Sebab kegatalan jari aku, deme2 merasa habuannya kini
Maafkan lah aku
Aku hanya insan biasa yang belum matang ketika itu

Hahaahahhaa
Tapi nak gelak gak
Sebab tak sangka sungguh la

Tapi jangan salah kan aku sorang je
Masa aku dapat dulu pun, buku tu memang dah berconteng

Aku tukang nambah bagi lagi seni
Dan tambahkan hiasan kat gambar yang belum disenikan lagi

TAPIIII

Bab liquid muka surat tu
Memang aku yang buat la
Aku mengaku

Dari muka surat depan bernombor roman sampai la muka surat no. 45
Itu memang kerja aku

Maafkan lah aku pada junior yang pernah merasa meminjam buku bekas aku tu ye

As-salam











1 comment: