About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Monday, March 18, 2013

Kerepek

Assalamualaikum

Nak cerita pasal kerepek la pulak.

Aku rasa semua orang tahu, Tanjung Karang dan Sekinchan adalah antara pusat jualan kerepek popular kat Malaysia ni.

Tiap kali nak raya, mak aku dah tak de membeli kerepek2 ni dah. 
Order kat aku je la
Sebab sedap katanya.

Jadinya, nak kabo la semalam masa balik dari Manjung, singgah kat Sekinchan.
Kami singgah Pusat Jualan Masri ni haa


Tepi jalan je pun..memang senang nak nampak

Memang manjang ada orang kedai ni
Yang speselnye kat depan kedai ni ada syrup ice
hahaha....panas2 sedap la pekena syrup ice kan

Peh tu kedai ni kene bukak kasut ye
Rasa selesa je berjalan tak berkasut tu kan

Susun atur memang kemas dan teratur
Mudah nak cari kerepek

Pastu ada sampel kerepek dan kek
Banyak jenis juga dia buat sampel

Selain tu, deme ada jual produk IKS brand Agromas
Ada pes asam pedas, pecal, nasi berlauk. gulai dan macam-macam lagi la

Lepas tu agromas pun de keluarkan produk makanan segera cam meggi tu 
Ada juga jual tepung kek, tepung rangup, tepung goreng pisang, 
goreng ayam segala mende nak wat masak goreng ni la...
Pakat kata semua ada la

Apa yang kami beli ye?


Suami makan sampel kek gula hangus ni sampai 5 ketul...memang wajib beli la kan
SEDAP gile...
rasa tak manis sangat dan lembut je


Yang ni feveret aku
Rempeyek banyak kacang
Yang banyak ikan bilis pun de tapi suami suka yang kacang
so amik yang ni la



Mini popiah inti serunding ikan bilis
Baru beli semalam, dah licin pagi tadi
Malam tadi suami dah sapu separuh
Dia balik tengah hari tadi nak makan dah abis
Aku lak sapu pagi tadi
Hohoho


Ni mini popiah pedas berbijan
Yang ni tak makan lagi
Tapi suami dah balun separuh
Ganti yang dah abis kat atas tu


Harga setiap kerepek di atas tak de la mahal mana berbanding kat tempat lain
Sepeket RM5 sahaja dan banyak juga dalam paket tu.

Kami ni memang suka mengunyah
Pantang tengok tv, mesti nak kene ada makanan ngunyah2

Tak de kacang, balun kerepek la

Kerepek Masri ni memang popular
Selalu orang kawin memang tempah kerepek bungkus buat bagi tetamu letak dalam beg tu kan

Suami pun cakap, kalau ada program, ada yang bagi beg kan, isi dalam dia mesti kerepek Masri ni la
Kerepek dia semua sedap2
Semua cukup rasa pedas, manis, masin semua la

Mama kan de kantin sekolah, jadinya mama kata pe kata aku paket kerepek jual RM1 kat sekolah
Dah setahun lebih dah aku buat biz kerepek kecik2 ni

Tak de susah pun
Beli mesin seal ngan plastik bungkus

Rezeki tu ada di mana-mana kan
Yang penting ada usahanya

Ok la..nak mandi Alauddin
Kang nak layan Rindu Bertamu di Abu Dhabi 
Separuh cerita dah ala2 Khabi Kushi Khabi Gham

Separuh lagi memang cerita sendiri la kan
Apa lagi....sambil layan drama ngunyah kerepek la ye dokkk??

As-salam














2 comments:

  1. Syah aku klu blk kpg ade nmpk kilang krepek ni tp x bkesemptan nk singgah sbb asyik nk smpai jb cpt je kan.... lpas ni klu lalu nk singgah ler... tq info.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. singgah jangan xsinggah baya...mmg sedapppp :)

      Delete