About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Friday, March 15, 2013

Nasi Arab

Assalamualaikum

Nak cerita pasal makan la pulak
Skang kan trend orang makan nasi arab kan

Lepas tu pak mertua aku memang suka dengan makanan cam ni
Abah memang suka sangat makan nasi beriani kambing la, nasi arab kambing la, kebab kambing la

Jadi, bila balik ke Puchong, memang tak denya nak merasa makan masakan mama kat rumah
Mama kan dah penat memasak kat kantin setiap hari.
Bila cuti sekolah dan hujung minggu memang nak berehat la kan

Ditambah pula orang dah biasa masak ni, tengok masakan sendiri pun tak lalu nak telan
Tu yang mama selalu duk kabo la

Tu yang kalo aku masak simple je pun
Tapi selera sungguh
Mungkin sebab air tangan orang lain la
Jemu dah rasa masakan sendiri

Jadi nak cerita la pasal makan nasi arab ni
Pertama kali abah bawak kami laki bini makan kat Saba Restaurant, Cyberjaya.

Tak jauh pun dari rumah mama, 10 minit dah sampai :)
Seperti yang diwar-warkan orang la kan
Memang Saba restaurant ni manjang penuh je

Abah dan mama dah beberapa kali makan dah
Sampai deme kata dah try abis dah menunye...hoho

Asal lapar je, ke Saba, asal lapar je ke Saba
kalau ke Saba tu lapar la maknenye....:)

Kat Cyberjaya memang ada beberapa restaurant nasi arab
Mungkin sebab ramai student foreigner kat MMU ni kan




So, apa yang kami makan?

Mama makan Mandy Chicken. Yang ayam dia warna merah tu kan
Abah makan Mandy Lamb
Aku dan suami makan Hanneth Chicken, yang ayam bungkus dalam aluminium foil tu kan
Naily makan kebab ayam

Minuman kami order yang dlm botol tu..apa nama tak tau
Tapi de perasa buah-buahan la

Lawan die kuah dalca dan sambal masam2 tapi tak pedas pun, tapi SEDAP!!

Nasi memang banyak gile
Tapi kami semua memang jenis selera besar
Jadinya abis la sorang sepinggan termasuk lah aku
Hahahaha

Rasa ok la..not bad
Ramai kata sedap gile kan
Memang sedap la
Nasik dia yang paling sedap

Ayam dia pada aku biasa je
Rempah pun tak de la rasa sangat
Sedang2 je la

Suami aku pun kata ok je
Bole la....
Senang kata ok la
Tapi kalo kata puas hati gile...belum sampai pada aku...huhu

Pastu minggu lepas abah ajak makan nasi arab lagi
Aku dan suami tak mau dah makan kat Saba
Nak test restaurant lain pulak

Kami makan kat Cyberjaya juga
Restaurant Hammurabi
Nampak cam menarik

Cam Saba, kebanyakan customer adalah melayu
Tapi kat Hammurabi majoriti adalah ala2 pak arab gitu

Pekerja dia pun dari Iraq
Abah siap interview lagi deme2 ni
hohoho

Nak order menu lain lak
Suami makan Mandy Chicken
Mama dan aku makan Kabsah Chicken
Abah makan Pratha daging kambing
Hassanal makan Lamb Grilled
Nayli Roasted Chicken

Air pula abah, hassanal dan nayli order jus strawberry
Suami air botol perisa strawberry
Mama air nescafe ais
Aku lemon tea ice

Nasi arab sini tak de kuah dalca tapi lawan dengan sup kambing
Disebabkan semua orang tak makan kambing, jadi 4 mangkuk sup aku punya sorang la
Hahahaha

Memang sup kambing bau dia kuat, tapi sedap gile!!
Aku keje hirup je

Pastu ada arab salad makan dengan nasi, kira pakej la
Kat Saba tak de, tapi Hammurabi ada

Sumber Google

Nampak tak air dalam botol tu?? Kreatif tak deme ni? Mama kata botol cili jeruk pun orang boleh buat gelas nampak lawa jugakkkk
Nampak tak salad tu?
Sedap ok!!

Pakej nasi deme cam ni la
Ni bukan aku tangkap, amik kat google je
Kalau dah lapo, mana nak tangkap gambarnyeeeee



Ni lauk abah


Ni la sup kambing yang aku suka gile tu
Tapi mama dan suami tak leh bau
hohoho


Mama add on arab salad sebab nak ratah...kata sedap kan

Kalau aku, puas hati kat Hammurabi
Sedap dia lain macam

Semua rempah ratus dia memang menusuk dalam tekak aku
Aku makan ayam mandy suami pun sedapnye
Ayam dia tak terlalu lembut compared mandy chicken Saba

Kat Saba, aku makan mama punye ayam mandy tu, sedap tapi ayam lembut sangat dan tang kulit ilang rangup dia
Tapi yang Hammurabi ni kulit ayam rangup dan manis

Abah punye pratha pun sedap..even makan roti tanpa daging kambing pun
Memang orang arab ni pakar roti kan 

Sambal dia pun sedap dan pedas, salad dia pun sedap
Kira lengkap la makan nasi tu
Ada sup, salad dan lauk ayam or daging la

Macam biasa la, jenis orang selera besar ni,
Tak de share2 makanan nye
Sorang sepinggan memang licin dan cukup kenyang la

Suami aku memang salute la bila tengok selera makan aku
Hahahahha
Katanya tak padan badan yang tak beso mana, tapi makan banyak

Mama selalu kata, tak pe, mak menyusu anak....elok la makan banyak pun
Memang tak lama pun kenyangnye
Sebab anak aku memang kuat menyusu

Jadi kesimpulannya, aku dah kabo kat laki aku nak makan lagi kat Hammurabi ni
Sebab sedap bangat!!
HOHOHOHO

As-salam

















3 comments:

  1. assalam. kalau ingin mencuba makanan nasi arab singgah la restoran saya. https://m.facebook.com/hannoonsetiaalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah en jaafar..terima kasih bagi tahu saya :)

      Delete
  2. kala saba' yg paling sedap kabsah lamb.

    ReplyDelete