About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Tuesday, March 19, 2013

Untuk Kolestrol Dan Sakit Sendi

Assalamualaikum

Ingat tak aku de cerita pasal abah aku yang hasil ujian tekanan darah abah naik sampai 190 dalam entry yang beberapa lepas?

Aku ada bagi abah Omega Guard Shaklee untuk kawal kolestrol dalam darah abah.
Tu antara kelebihan dia la.



Apa kandungan Omega Guard ni eh??

Omega Guard mengandungi 2 jenis komponen utama asid lemak Omega-3 ialah minyak yg diaktifkan secara biologikal - 
asid eicosopentaenoic (ERA) 
asid docosahexaenoic (DHA)

ERA adalah penting di dalam mengurangkan risiko penyakit-penyakit kardiak dan peredaran.

DHA adalah struktur komponen yang penting untuk sistem saraf manusia dan amat penting untuk perkembangan otak dan mata terutamanya kepada ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak.

Kajian telah menunjukkan bahawa DHA membantu meningkatkan kepintaran dan fungsi mental, la amat-amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran.

Omega Guard ni sesuai untuk semua lapisan umur dan golongan dari kanak-kanak sampai la orang tua, memang boleh amik Omega Guard ni.

Aku bagi abah aku makan Omega Guard ni sebab abah juga tergolong dalam kumpulan mereka yang perlu ambil Omega Guard ni. 

Seperti di bawah ini:

Mereka yang mengalami masalah berat badan
-          Omega 3 akan meningkat hormon leptine yang mengawal selera makan = kurang makan dan sentiasa kenyang

Mereka yang sering alami masalah kesihatan
-          Sakit sendi, batuk berterusan, selesama berterusan
-          Stroke
-          Kolestrol tinggi


Aku memang nak elakkan abah bergantung dengan ubat hospital untuk 1 tempoh masa yang panjang.

Tekanan darah 190 tu sebenarnya dah masuk peringkat yang perlu brjaga-jaga la dan memang confirm doktor akan bagi ubat untuk turunkan tekanan darah ke paras normal.

Apa risiko dari tekanan darah yang tinggi ni?
Yang paling ditakuti oleh kebanyakkan pesakit darah tinggi adalah STROKE!

Aku pun dah mula pesan kat abah dan mak hati-hati bila berjalan tempat licin, takut terjatuh.
Memang risau sangat kalau jadi apa2 pada abah dan mak.

Lagi pula abah memang ada sejarah stroke dalam keluarga, arwah opah dulu kene stroke lepas jatuh dalam bilik air kat kampung.

Setelah sebulan abah makan Omega Guard tu, semangat mak aku call nak kabo kan kisahnya.

Mak kata, pagi tu abah de appointment ngan doktor untuk cek tekanan darah balik.
Result abah 160.

Doktor puas hati sebab ada penurunan dan perubahan pada bacaan tekanan darah abah.
Ni masa abah makan Omega Guard dalam 2 minggu.

Masa ni ubat abah pun doktor bagi jenis lain pula.
2 jenis je, tak macam masa bacaan 190, ada 4 jenis ubat abah kene telan.
Kesian abah....

2 minggu lepas tu ada lagi appointment untuk cek tekanan darah semula. 
Kali ni bacaan abah 145!!
Alhamdulillah

Mak punya suka la masa cerita kat aku tu
Sampai doktor tanya abah ada makan apa2 ke selain ubat hospital

Abah kata ada, makan minyak ikan anak bagi
Doktor tanya brand apa
Abah kata Shaklee

Doktor angguk2 senyum
Sempat pesan teruskan pengambilan minyak ikan tu

Walaupun bacaan 145 tu bukan paras normal, iaitu antara 110 - 120, tapi penurunan tu yang buat aku suka. 

Memang abah pantang makan dah sekarang.
Makanan yang menyumbang kepada peningkatan tekanan darah macam daging , telur, lemak2 berlebihan  abah dah tak makan beria,

Baru ni balik aku bagi lagi sebotol Omega Guard. Aku memang kalo bole, bila abah dapat result bacaan yang cun, dan doktor pun kata tak perlu makan ubat hospital dah, aku memang nak bagi abah makan set Shaklee ni je.

Ada set untuk men's health dan set untuk sendi, kira orang tua seperti abah sesuai la amalkan.

Aku nak abah amalkan je makan set sendi ni sebab selain dapat melegakan dan menguatkan otot dan sendi, dapat juga kawal kolestrol dalam badan dan menstabilkan tekanan darah dalam badan.

Badan pun cergas sebab tak de sakit sendi, sakit lutut.

Lagi 1, abah selalu kene cramp, biasa orang panggil simpul biawak atau tarik mengkarung tu kan.
Kadang2 time tengah berniaga tu, tengah banyak aktiviti berjalan tu, paling seksa kene time tido...adoiii...senang nak kene tarik mengkarung.

Jadi aku bagi abah makan Ostematrik dari Shaklee juga.
Aku kalau dah cube sesuatu, lepas tu memang hasil terbaik, tak de dah nak pandang lain.



Memang mak kata badan cergas bangun pagi, tak letih2.
Yang best tu, kaki pun tak de bunyi kriuk kriek dah bila bangun tido tu.

Yang best tu abah dah lama tak kene tarik mengkarung tu
Kira abah sesuai la dengan set sendi ni kan

Aku pun memang amik ostematrik dan omega guard ni untuk kesihatan sendi dan kawalan kolestrol aku.

Dah nak masuk 2 bulan dah aku amik.

Dalam set sendi ni ada 3 barang, omega guard, ostematrik dan Advanced Joint Health Tablet (AJHT).
AJHT ni bagus untuk orang tua yang sakit2 tulang dan sendi, otot2, mudah letih selepas buat kerja seharian atau berjalan2.

Lebih2 pada mak2 dan abah2 kita yang suka berjalan ngikut anak bercuti kan.
Memang seronok berjalan, tapi boleh mengganggu mood hepi tu bila sakit sendi menyerang....betul x??

Jadi, boleh amalkan set sendi ni untuk membaiki sendi2 dan otot2 kita yang dah separuh abad digunakan untuk aktiviti seharian.

Kalau ada yang nak juga set sendi ni, boleh la tinggalkan komen dan email korang, nanti aku reply ye.
Kalau yang suka bersms atau whatsapp bole la kita nyembang ye, 0134314741 aisyah

Harga tak la mahal mana pun, harga mampu milik
Tak dapat beli banyak, beli 1 1 pun bole ye, tak sape nak marah pun :)

Harga mahal dari produk lain???
Mahal setanding sengan kualiti apa de hal kan
Untuk kesihatan tak de salahnya melabur lebih sedikit

Semoga pelaburan kita membuahkan hasil yang baik dan bermanfaat pada diri sendiri dan orang tersayang sekeliling kita ya :)

As-salam :)

No comments:

Post a Comment