About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Saturday, April 27, 2013

Rinduuuuu :)

Assalamualaikum

Masuk minggu ni, dah 3 minggu kami tak ke mana-mana.
Sebab utama adalah suami kene standby 24 hours atas tugasan pilihanraya untuk kawasan Tanjung Karang. 

Jadi 3 minggu juga lah kami hanya bertapa di rumah dan paling jauh pun kami ke AEON Rawang je.
Tu pun nak beli barang keperluan suami nak berkursus hujung bulan 5 nanti.

Dan 3 minggu jugalah aku tak balik ke Manjung atau ke Puchong.

Sudahnya, Tok Wan, Tok Din, Opah dan Atuk sudah merindui cucu deme nan sorang ni.

Setiap hari atok2 dan opahnya menelefon kabo deme rindu bebeno ngan cucu deme.
Berapa kali duk tanya minggu ni tak balik ke

Alauddin pula jenis memang payah nak cakap dalam telefon
Dia renung je telefon tu, senyap tak de kata apa

Kalau wat video call pun, tak de menguit...die renung je lepas tu sambung main...
Adoiii...kesian atuk2 dan opahnyeee...

Mama dan abah pula memang 3 minggu ni sibuk dengan hal sekolah deme
2 minggu lepas hari Sabtu dan Ahad ada order makanan untuk budak rombongan
Jadi mama tak dapat datang ke rumah kami

Minggu lepas pula nayli de larian amal hari sabtu
Pun tak dapat datang ke rumah kami juga

Dan minggu ni pula esoknya ada sekolah ganti lagi.
Apa yang kerap bebeno berganti sekolah tak tahu la aku

Sudahnya mama call tadi cakap rinduuuuuu sangat kat Alauddin
Tengok video Alauddin pun tak leh hilang rindu
Nak peluk cium baru lepas rindu....

Aku ajak suami balik Puchong atau Manjung tapi balik hari la, tak tido sana
Tapi suami tak boleh dan tak tahu ada masa untuk lari sekejap atau tak

Sebab macam2 urusan kerja dan aduan nak diselesaikan
Dan aku pun tak nak paksa sebab dia ada perkara penting yang nak diselesaikan

Suami kata Ahad nanti kita balik kejap jumpa mama tapi tak leh lama la
Ok, aku dah call mama bagi tahu

Punye la hepi mama nak jumpa cucunya.

Suami cakap Rabu ni cuti Hari Buruh, jadi suami minta aku call mama datang la hari rabu ke sini, bole tido semalam, jadilah dapat lepaskan rindu pada cucunya.

Kami memang jarang tak balik ke rumah keluarga masing2
Biasa kami balik selang seli

Minggu ni balik Puchong, minggu depan amik stok dan minggu ketiga balik Manjung
Begitulah kami pusing2 giliran keluarga masing2

Cam abah dan mak aku, sibuk berniaga terutama sabtu dan ahad
Jadi aku yang memang amat paham sangat tak nak paksa abah datang sabtu dan ahad 

Biasa abah datang ke sini hari khamis balik jumaat, sebab khamis dan jumaat tak meniaga.
Tapi suami la bekerja dan dia rasa sedikit bersalah sebab kurang bagi masa pada keluarga aku bila abah datang hari die kerja.

Suami kata abah datang la sabtu balik ahad, boleh kita jalan jauh sikit sebab dia cuti dan ada masa di rumah dan boleh bawa jenjalan
Tapi suami pun paham situasi abah :)

Syukur sebab semua keadaan ni ada tolak ansurnya
Kadang2 mak aku call, minggu ni balik mana, aku cakap balik Puchong
Minggu depan balik Manjung

Mak kata ok :)
Kim salam kat Kak Noor dan Pak Din ye (besannye le tu)

Bila mama call, balik mana minggu ni?
Balik Manjung
Mama kata, ok....kirim salam kat mak dan abah ye

Aku banyak berkomunikasi dengan mak dan mama dan suami memang jarang call mama dia
Selalunya aku la yang call tanya khabar, borak2, gosip2, dengan mama

Kalau nak apa2, nak tanya apa2, pun suami suh aku yang call dan aku hanya ceritakan apa yang aku borakkan dengan mama

Kadang2 suami tanya ada call mama tak?
Aku cakap ada...:)
Then dia tanya borak apa, de pe2 yang penting2 ke?

Selalunye borak orang pompuan je la punnnn...
Jadi dia tak amik port sangat

Sabarlah wahai atok2 dan opah ye, lagi  10 hari je pun nak mengundi dan selepas tu our time back to normal....boleh balik jenguk mak abah dan mama abah seperti biasa sebelum suami berangkat untuk kursus dia pula...

Adoiiiii....lepas ni giliran atok2 dan opah la pula bergilir2 datang ke rumah kami sebab risaukan aku nak bawak kete 2 beranak 2 jam setengah nak sampai ke Puchong dan Manjung...

Sudahnya deme yang buat keputusan bergilir hujung minggu ke Kuala Selangor...huhuhu

Semua cucu nan sorang punye pasaiiii

Ok la...
As-salam :)



Thursday, April 25, 2013

Tolonglah!!

Assalamualaikum

Antara topik bualan beberapa hari ini adalah pasal peknen. Pas sorang sorang kawan aku peknen.
Masalahnye yang peknen tu deme kan
Tapi mesti nak suruh orang join sekaki kan...

Adoiiii....rileks babe
Kome gerak dulu...sampai masa aku follow ye :)

Mana tahu tetibe Allah bagi rezeki kembar  ke, kan dah sama level ngan kome yang tengah peknen tu.
Aminnn...sape tak nak rezeki kembar ye dokkk :)

Bila dah nyembang2 tu kan, ada la 2 3 orang duk tanya pasal aku

Anak ko nyusu badan lagi ke?
Aah...
Banyak lagi eh susu ko?
Alhamdulillah...
Anak ko tak makan?
Makan dia selera je
Ohhhh....larat eh ko ni...anak dah setahun setengah pun nyusu lagi...

Kalo aku malas la, renyah je
Sikit2 nak susu...
Bagi susu tepung senang je, bancuh dalam botol pastu bagi, pandai la dia minum sendiri

Sampai situ aku dah terkedu
Apa yang tak larat???
Apa yang renyah??
Apa yang senang???

Bf ni aku dah lalui hampir setahun setengah, dan aku masih sedang menikmatinya
Malah berdoa setiap hari semoga sentiasa ada rezeki untuk anak-anak aku.

Tapi aku malas nak balas panjang2 sebab bab ni susah nak dijelaskan walaupun dah masuk macam2 zaman dah..
Masing2 punya pilihan dan kehendak...

Kalau yang Allah kurniakan rezeki yang kurang dalam bab bf ni, memang la aku tak nak komen atau kata apa, sebab ni rezeki, bukan kuasa manusia nak kawal dan tentukan.

Tapi kalau memang Allah dah bagi rezeki melimpah ruah dalam bab bf ni tapi memilih untuk tidak melakukannya sebab renyah, susah, nak senang je, dan macam2 alasan untuk kepentingan diri sendiri.......

TOLONGLAH JANGAN pertikaikan ibu2 bf yang lain
dengan memberi cadangan yang bukan2 dan pernyataan yang mengjengkelkan.

Plus STOP kata bf itu menyusahkan JIKA kamu sendiri pun tak sokong susu ibu itu sendiri.

Just follow je apa yang kamu dah pilih untuk diri kamu dan anak kamu ya :)

Aku selesa begini dan TIDAK rasa menyusahkan walau sedikit pun
In shaa Allah aku memohon rezeki dalam bf ni sentiasa ada untuk anak-anak aku yang akan datang.

As-salam :)






Monday, April 22, 2013

Natural Plain Yogurt - Sumber Probiotik

Assalamualaikum

Baru ni aku baca pasal makanan untuk tingkatkan sistem imunisasi anak2.
Aku terbaca pasal Probiotik dan Prebiotik
Aku jumpe dalam Group kat fb Laman Kesihatan Ibu, Bayi dan Anak-anak

Aku petik sikit ye info dalam group tu pasal ni



Probiotik (yogurt) dan Prebiotik (tempe) semulajadi. 

*Yogurt full fat paling baik untuk bayi dan kanak-kanak kerana mereka memerlukan lemak untuk pembesaran. 


*Yogurt yang berperisa atau ada pewarna sudah tidak ada khasiat, yang disarankan adalah plain yogurt (full fat)


*Sebarang minuman berasaskan yogurt seperti Vitagen, Yakult dan yang lainnya tidak bagus kerana selain tinggi kandungan gula, isu pewarna dan perasa yang memudaratkan, minuman sebegini juga sudah tidak berkhasiat (kandungan bakteria baik sangat sedikit)

Antara yang disarakan adalah plain yogurt yang kat bawah ni la.



Ok, tanpa berlengah lagi, kelmarin aku telah ke Tesco lalu membeli Natural Plain Yogurt brand Farm Fresh ini

Ehsan : Google


Minuman berasaskan yogurt aku dah stop dah saje try test plain yogurt ni kat Alauddin.

Rasa dia memang tak sedap cam minuman yogurt yang lain

Selain rasa masam yang memang terasa, pastu tak de rasa manis buah ke hape ke, memang payah bebeno la budak kecik nak makan

Memang dicebeknye lerrr....ye dok??

Cam tu la juga Alauddin..
Permulaan pertama dia rasa 2 suap je dah tak nak siap lari 1 rumah tak nak aku dekat dengan dia
HAHAHAHA

Ok, aku mengalah pada hari pertaman
Hari kedua, aku cuba bagi lagi

Tapi kali ni aku bawak dia ke dapur, dan tunjuk bekas yogurt yang aku keluarkan dari peti ais.
Pahaman Alauddin, bila mama keluarkan sesuatu dari peti ais, mende tu adalah makanan yang sedap

Sebab aku selalu suap dia buah, susu kotak dan vitagen jadi dia akan ingat mende yang sama la

Ceduk 5 sudu yogurt, bawak ke depan sambil Aauddin dah joget2 konon mama bawak makanan sedap untuk dia

Suap kali pertama, dia buat muka masam.....
Tak lama lepas tu dia nganga minta lagi
Kemudian nganga lagi
Dan lagi.....lagi...lagi...sampai licin mangkuk dia

Hahahahahaha...dia menerimanya dengan baik sekali
Hari ini juga begitu
So, lega la aku sebab Alauddin suka makan yogurt plain ni

Asalnya memang dia suka makan yogurt dan mende masam, tapi tak expect la plain yogurt ni pun dia suka
Sebab aku makan memang masam...hahaha

Lepas ni ingat nak capur dengan buah la pulak
Mesti lagi sedap kan

Letak kiwi, strawberry, anggur, pisang, betik...semua tu kegemaran Alauddin...
Memang main balun je anak bujang aku ni
Sebijik la cam mak dia kan...hoho

Scott Emulsion pun pada asalnya aku nak bagi, tapi lepas terbaca info pasal Scott Emulsion ni asasnya hati ikan plus Nabi kita kan tak sarankan kita makan organ dalaman haiwan, jadi aku bertukar kepada plain yogurt.

Kiranya tak jadi la aku nak beli Scott Emulsion tu. 

Plain yogurt ni paling lama simpan seeloknya seminggu je walaupun masih belum sampai tarikh luput dia lagi atau ada lagi yogurtnye. 

Cuma akan datang nak kenalkan Alauddin dengan tempe pula. 

Ok...daaaa
As-salam :)






Sunday, April 21, 2013

Perkara Baru Si Anak

Assalamualaikum

Hari ni nak kongsi perkembangan anak bujang aku.
Hujung bulan ni genap 1 tahun 5 bulan.

Ada beberapa perkara baru yang die belajar
Bila berborak banyak dia paham.

Waktu tido Alauddin tak de banyak yang berubah.
Aku dan suami memang akan pastikan Alauddin ada tido di siang hari, paling kurang 2 jam

Setakat ni memang Alauddin akan tidur sekali di waktu siang, belum lagi la dia berjaga dari pagi dia bangun tu sampai la malam nak tido.

Biasa tido waktu tengah hari, dalam pukul 12 lebih cam tu, kadang2 1 jam setengah, ada masanya sampai 3 jam, dalam kul 3 lebih dia bangun.

Tido malam dalam kul 10 lebih ke 11 dah mula ngantuk.
Setakat ni nak tidokan dia tak de masalah, senang kata mudahlah

Cuma orang dah ada akal ni, dah makin cerdik ni, de la sikit2 perangai ngengada dia nak manja2 ngan mama dan abah dia.

Tapi bila datang ngantuk, datang kat mama, nak nenen....tak lama lepas tu tido dah la..

Alauddin belum pernah berjaga sampai 1 2 3 pagi sebab nak main atau susah nak tido.
Kira senang la, waktu tido mak abah dia pun tak de lari sangat dari zaman tak de anak dulu.
Lebih kurang same je

Semalam aku jumpa 1 mende yang Alauddin baru belajar yang pastinya bukan dari aku.

Petang semalam pasang Upin Ipin, suami ada download cerita lain plak, tajuk Kuih Untuk Opah.
Dalam tu de cita Upin baca doa bukak puasa 

Alauddin baru pertama kali tengok cerita ni, sebab baru download semalam.
Masa dia tengok Upin tadah doa dan baca doa buka puasa tu, dia terus buat tangan cam tadah doa tu, siap sebut Aaa..aaahhh..aaa..aahhhh...

Sama bunyi bila dia dengar azan....mungkin maksud dia Allah la kot merujuk kepada takbir pertama masa azan baru mula.

Lama juga dia tadah tangan tu, sambil mata renung tapak tangan dia
Aku saje la panggil nama dia, dia wat tak reti je

Sikit lagi nak abis doa, dia la lerai tangan dia
Baru dia angkat muka dia padang kami

Aku dan suami saling pandang memandang

Suami pun rewind scene tu kat part baca doa tu
Sampai ke part Upin baca Bismillah, terus dia angkat tangan

Memang sah la dia tadah tangan baca doa tadi
Aku ingat aksi tu spontan kot lepas tu tak ingat dah nak buat cam ne
Tapi rupenye memang dia buat aksi tu

Rewind sekali lagi pun sama juga
Jenuh aku ingat aku tak de ajar dia tadah tangan untuk baca doa

Sebab time aku solat, dia memang tak kaco aku
Dia main je la mainan dia sambil mata duk jeling je apa aku buat

Kalau ajar Iqra' pun dia tak duk diam, dia jalan merata, pastu datang kat aku, sentuh pipi aku, jalan merata balik, sudahnya aku yang khatam Iqra' sengsorang.

Mungkin belum masanya lagi kan
Dan aku pun tak paksa dia duduk then dengar aku ajar

Jadi itu perkara baru la sebab baru semalam nampak dia buat...sebelum ni tak dak..haha

Selain tu banyak percakapan orang yang dia dah paham dengan lebih baik.
Bila tunjuk barang atau minta barang, dia paham apa yang diminta dan bagi kat abah or mana.

Contoh cam kasut, bola, buku, pen, nasi, air masak, tisu or kain lap, kalau air tumpah, dia tahu kene lap air tu.
Bila kita lap, dia minta nak lap juga

Dah kenal taman permainan dan mainan yang de muzik kat mall tu, masuk 50 sen ke singgit bergerak2 la mainan tu.

Kalau jumpa taman permainan, tunjuk ke arah taman tu, then bila lepaskan ke tanah berlari2 dia tuju gelongsor je, yang lain dia tak minat...hahaha

Tapi nasib bukan jenis meraung tak ingat kalau kita ajak dia balik ke hape kan
Bila kata ok dah, jom balik...jom balik..

Kalau dia tak nak pun, dia geleng je, pastu berlari2 la ke sana ke mari
Bila angkat tak de la nangis kuat2, juz cebek2 je bajet sedih....huhu

Ada juga ketika dia nangis, tapi sekejap sangat la, orang kata wat penat tenaga je nangis nakkk..hihi
Sebab senang nak pujuk dan mudah lupa perkara silam 
Cam tu la kot Alauddin ni

Jenuh juga aku bayang kalo Alauddin jenis nangis meraung2
Adik bongsu aku dulu jenuh nak berpujuk....huhu...
Dah sampai rumah pun duk nangis lagi teringat kan taman permainan dia

Abah aku de bawak Alauddin naik moto, bawak la ke taman kat kawasan rumah kami tu.
Lepas tu ajak la main
Tak lama lepas tu ajak la balik

Elok je dia pimpin tangan atuknya balik
Mungkin sebab nak naik moto kot tu yang tenang ke bila atok ajak balik
Sebab naik moto lagi best dari main kat taman
Hahaha...gitu la gamaknya

Abah aku kata lain beno anak kamu ni, diam je tak berkutik langsung, bawak la ke mana pun, senyap je
Baik bebeno pun

Haaaaa....harapnye begitulah atuknye yeee...
Kot dapat tang adiknye terbalik kot dengan si abang
Kene makan jamu lebih sikit la aku nak lebih tenaga menjaga anak2
hahaha

Baik ni maksud bukan nak puji anak lebih2, tapi maksud baik tu tak banyak ragam
Kadang2 aku pun terpikir juga lain beno jaga Alauddin ni
Senang dalam banyak hal

Ye la, aku kan dari darjah 6 dah kene jaga adik kecik, berderet plak deme nye
Darjah 6 mak dah ajar suap adik makan nestum

Lepas tu sekolah menengah plak, dapat adik lagi, mak ajar mandikan adik pula, tapi bukan masa dalam pantang, dalam 3 4 bulan baru aku mandikan.

Pastu dapat adik lagi, yang no 8 dan no 9 memang aku jaga dari dalam pantang lagi.
Sampaikan kalau mak aku keluar ke mana-mana, memang adik2 aku tinggal dengan aku je, sampai la mak aku balik.

Memang aku jaga adik aku macam aku jaga anak aku la.
Cuma tido malam dan susu bagi kat mak aku la
Sebab adik2 aku semua susu badan.

Jadi, bila 4 orang adik sendiri aku merasa jaga, macam2 kerenah la aku hadap. 
Macam mak 4 orang anak la gayanya, nak pula semua boleh kata dekat2, beza 2  3 tahun je

Maku aku pun pernah cakap kat adik-adik aku, bila adik2 aku cam nak menjawab dengan aku, cam ada niat nak melawan aku ke, bukan la kurang ajar ke apa, cuma budak2 kan dia nak bela diri dia tapi dengan cara dia la..

Mak aku duk ulang ayat ni je
Kome jangan nak melawan kak long kome, kak long jaga kome dari kecik tahu, basuh berak kencing hape semua kak long kamu...jangan nak melawan sangat...

Haaa...lebih kurang cam tu la bebel mak aku
Tersentuh hati aku bila mak cakap cam tu

Padahal aku ni pun memang la suka ngusik adik2 aku ni, bergurau sikit lama2 jadi la gaduhnye...gaduh adik beradik
Tapi kenyataannya, deme memang lebih rapat dengan aku.

Jauh beno merepeknye aku ni
Berbalik pada Alauddin semula ye

Bab makan tak de masalah
Makanan kegemaran Alauddin terkini nasi dan ikan berkuah

Kalau lawan telur mata kerbau, dia makan juga tapi tak selera macam makan ikan
Suka ikan agaknye Alauddin ni

Bila aku gaul isi ikan dengan nasi, letak sawi ke, bayam ke, sayur berdaun hijau ni la, laju je dia makan
Kentang die agak kurang sikit, makan 2 3 ketul, lepas tu tak nak dah

Kadang2 aku masak ikan berkuah, masak stim ke, masak rebus ke, masak singgang ke
Ikan tu kan dah memang dah ada rasa manis kan
Letak bawang, halia, black pepper, halba, sikit2 dah jadi le 

Memang selera sungguh
Nasi ceduk 1 senduk penuh, memang habis la dia makan

Ikan biasa aku guna tenggiri, kembong, ikan merah, mabong, ikan baisa2 je la pun
Lagipun Alauddin tak de alahan, so mudahlah aku nak pilih ikan untuk dia.

Ok la...tu je la nak kongsi
Lain kali berborak lagi ye

As-salam :)




Saturday, April 20, 2013

Kualiti Masa Bersama Tersayang

Assalamualaikum

Alauddin ada masa die memang manja dnegan abahnya. Sampaikan bila suami suruh pergi kat aku, dia akan geleng sambil terlentuk manja kat bahu abahnye.

Time dia nak dengan abahnya, dia hanya nak dengan abahnye je. Ajak abah main, nak biskut ke air minta kat abah, tarik tangan abah bawak kat tempat air masak.

Kadang-kadang kalau aku dan suami makan nasi, pada awalnya aku yang suap dia nasi, tapi tengok abah nye duk bersila sebelah aku, dan2 tu dia akan makan bersuap dengan abah die.

Bila aku panggil nak suap nasi, dia akan geleng dan nganga mulut kat abah minta suap...begitulah manjanya die dengan abah dia.

Bab mandi pula, suami balik kerja, bukak baju je Alauddin dah tarik tangan abah bawak ke bilik air. Sebab pahaman Alauddin abah bukak baju mesti nak mandi.

Alauddin suka mandi dengan abah dia. Bukanlah dia tak suka mandi dengan aku, tapi dengan abah boleh main air lama2, plus ada mainan sekali.

Abahnya bukak air tadah dalam baldi, mencurah2 air tu, Alauddin ceduk air guna cebuk kecik die, siram kat badan....lepas tu tersengih2, terjerit2 galak...abis seronok la tu

Kadang2 suami tadah air dalam bath tub Alauddin, ngam2 paras dada Alauddin, berendam la dia, Suka sangat la sebab suami lambak mainan dalam bath tub tu.

Dekat setengah jam la duk main air je.

Kalau dengan aku, tak boleh la mandi lama cam tu. Sebab aku nak kene buat kerja rumah yang lain2 pula. Jadi mandi seperti biasa je la.

Suami aku kerjanya ada kalanya tak tentu masa. Tapi bersyukur la sebab dia kerja ikut ofis hour cuma ada ketika dia kene standby untuk sebarang perkara sebab itu nature dan skop kerja dia.

Ada ketika, suami keluar keje pagi, pukul 10 malam baru balik. Kadang2 balik Alauddin dah tidur pun. 
Alauddin pula ada masanya dia bangun pukul 7 lebih, 8 lebih, kadang2 abah dia baru keluar rumah pergi kerja, dia baru bangun.

Jadi ada harinya yang abah dan anak ini tak berjumpa, tak bercakap, tak bermain, tak bergurau, tak bergomol dan macam2 aktiviti abah dan anak yang tak dapat dilakukan.

Kadang2 meleret hingga 4 5 hari, termasuk sabtu dan ahad.

Ada juga ketika suami pulang ke rumah waktu lunch tapi Alauddin tengah tido. Jadi si abah dapat tengok muka anak tapi si anak tak dapat tengok muka abah.

Ada masanya, bila suami penat kerja, selalunya dia penat sebab seharian kerja di luar, bukan di ofis, bila balik memang dia perlukan rehat.

Kadang2 selepas mandi makan semua, dia terus akan baring dan memang tak lama lepas tu akan terlelap. Tapi Alauddin masih belum tidur.

Ada masa Alauddin nak main dengan abah, tapi abah die letih, jadi suami akan layan Alauddin sambil tengok Upin Ipin kat tab.

Tapi biasanye, abah dia dah ke bulan bintang dah, tapi Alauddin ralit lagi layan Upin Ipin dia.
Keadaan ni memang aku paham, bila badan dan otak penat, memang kene rehat.

Jadi, kat situ pun aktiviti abah dan anak dah kurang, ada masanya tak de langsung.

Pernah beberapa kali, suami cakap dia macam lama tak peluk, cium, gomol, main kejar2 dengan anak bujang dia, padahal baru 2 hari die sibuk dengan kerja dia.

Jadi, melihat pada keadaan ini, bila hujung minggu yang suami memang tak de urusan kerja, aku akan usahakan suami banyak masa dengan Alauddin.

Dalam masa yang sama, aku nak Alauddin rasa balance antara mama dan abah dia. Hujung minggu kalau tak de apa2 hal, tak balik Manjung atau Puchong, kerja rumah aku akan siap secepat mungkin, masak pun awal siap.

Lepas siap semua, dalam tengah hari aku dah bole rehat. Sementara aku siapkan kerja, suami akan layan Alauddin, dari mandi, main, makan sampai la aku siap kerja rumah.

Bila dah tengah hari, sementara nak tunggu Alauddin mengantuk, kami akan main, gomol, guling, bertiga. 

Hujung minggu yang suami memang tak de urusan kerja, kebanyakkan masa Alauddin dengan abah dia. Sabtu dan Ahad memang suami akan uruskan Alauddin kecuali bab pakai baju sebab suami agak kekok bab nak pakai baju anak.

Yang tu aku lah yang buat :)

Suami pun selalu pesan, since Alauddin dah pandai main itu ini, ada masa kalau aku sibuk dengan kerja harian dan bisnes, berenti sekejap untuk layan Alauddin main.

Alauddin bila nak main, ada masanya dia ajak kita main sekali. Tapi adakalanya aku akan cakap Alauddin main la kejap, mama nak buat kerja sikit.

Lepas tu aku lambak lagi mainan bagi dia ralit. Tapi Alauddin tetap pot pet pot pet versi dia, konon maksud die jom la mama...kita main sama....berulang-ulang omelan si kecik.

Bila tengok mama dia buat je kerja tak berenti pun nak main dengan dia, dia akan pergi dengan sendirinya kat mainan dia yang aku lambak tadi.

Main lah dia sengsorang sampai la aku ke depan layan dia balik.

Kadang2 memang aku rasa sayu je bila tengok Alauddin jalan ke ruang tamu selepas usaha pujuk mama main sama tak menjadi sebab mama sibuk masak kat dapur.

Tapi sambil masak ke, buat kerja ke aku layan sembang la dengan Alauddin, tak nak bagi dia rasa diri dia sorang je dalam rumah tu, tak nak bagi dia rasa sunyi, rasa sengsorang la senang cakap.

Bila kita layan borak, dengan Alauddin yang memang mulut ringan dengan mama dia ni, dia tak de la rasa mama dia ni pentingkan kerja dari dia.

At least dia tahu mama dia ada kat sekitar dia walaupun tak main sama. Suami pun cakap hal yang sama la. Dia tak nak Alauddin rasa kita tak layan dia sebab sibuk.

Aku de baca juga pasal ni, artikel tu kata ibu bapa kene create suasana ceria dan saling berhubung antara satu sama lain, dan skill sosial anak2 bermula dari rumah.

Walaupun kita tengah ralit ngadap laptop, buat kerja atau layari internet. atau sibuk dengan aktiviti harian di rumah, perhubungan antara anak kene ada juga.

Anak2 belajar bersosial dari rumah juga. Kalau suasana jenis senyap sunyi, masing2 buat kerja, anak pot pet pot pet pun sorang2 je, tak de layan atau sampuk sembang sekali, development skill anak2 dalam bersosial juga tidak berkembang baik.

Terutama pada anak-anak yang sedang nak membesar, yang sedang rancak mengenal dunia persekitaran dia, yang baru dapat akal, baru nak mula menyebut perkataan, semua perkara ni menyumbang kepada keupayaan mereka untuk mencapai sesuatu dalam fasa perkembangan mereka.

Kalau bagi ngadap tab sahaja tanpa ada perhubungan dan komunikasi dua hala, perkembangan sosial mereka juga boeh terganggu.

Ok, berbalik kepada kisah aku tadi ye.

Jadi aku sebenarnya nak menjaga kualiti masa antara suami aku dan Alauddin. Walaupun suami sibuk dengan kerja dia yang ada masanya tak tentu masa, tapi sekurang-kurangnya Alauddin rasa abah dia ada dengan dia. 

Alauddin rasa kehadiran abah dia walaupun abah tak de pun kat rumah masa tu. Bila sebut mana abah, dia tahu mana nak cari abah dia.

Kalau tak pergi kat pintu, dia pergi masuk bilik tidur kami, tak pun die intai bilik air....sambil panggil abah...abah...abah...

Nak pergi kursus pun suami duk risau Alauddin. Takut saling merindu plak mereka berdua. Jangan risau ye suamiku, video call kan ada...call je la kami :)

Tapi dekat nak pilihanraya ni suami lagi sibuk. Keluar subuh, tengah malam baru balik, siap kata nanti kalau tak sempat balik rumah, dia tumpang lelap kat pejabat je la sebab ramai staff dia tido ofis je.

Tugas mereka memerlukan mereka bersedia 24 jam. Aku pun dah terasa bahang kesibukan suami aku walaupun baru bermula 3 hari ni.

Sebab suami rasa dia sibuk bebeno sampai 5 Mei nanti, dia nak mohon cuti rehat 6 Mei nanti dan mungkin lebih kot...nak tebus masa yang hilang bersama keluarga sebab menjalankan tanggungjawab pada tugas dia.

In shaa Allah :)

Ok la...lain kali sembang lagi ye..

As-salam :)

Friday, April 12, 2013

Mende Manis Lagi!!!

Assalamualaikum

Lately ni tiap2 minggu aku bantai makan mende manis.
Ada je mende manis yang aku order, semua nak penuhi nafsu makan aku je

Beliau, iaitu encik suami pun dak tak leh kata apa
Hanya mampu menggelengkan kepala sahaja

Minggu lepas tekak teringin nak makan blueberry cheese cake
Pehtu nak makan pavlova.

Masuk blog kak salmi, dia dah amik order mini pavlova sekarang
So, order mini pavlova la sekali harung

Tapi aku minta kak salmi bagi kat mama, jumpa kat Mydin Putrajaya je sebab aku ikut encik suami bersukan badminton di Puchong.
Sukan PETANDA katanyeee

Petang baru merasa makan sebab sampai rumah mama aku bantai tido sebab mama tak sampai lagi, ke Kajang melawat kawan katanya.

Memang super sedap dan berbaloi mengordernyeeee

Meh layan gambo je le ye


Mini pavlova


Blueberry Cheese Cake

Kak Salmi, saya minta izin amik pic ni dari blog akak ye...peace :)



Mungkin aku bukan penggemar cheese cake, jadi aku hanya makan sepotong sahaja.
Mama kata memang sedap, lebih sedap dari kedai kek kat taman mama ni
Mama selalu beli blueberry cheese cake kat kedai kek tu

Pavlova pula....memang sedap la..
Sama la cam yang aku order ari tu saiz besar tu
Tapi lepas ni kene order yang saiz besar tu la sebab makan mini cam tak puas pula...
hahaha

Cheese cake tu aku saje nak merasa la 
Jadi balance kek tu aku tinggal kat mama dan adik2 kat umah je la
Mama kata letak dalam peti ais lagi sedapppp

Hari ni pula lain kisahnyeee

Kelmarin akak bawah rumah aku wasap no phone durian crepe kat kawasan sekitar aku ni
Punye la berbulan aku menanya orang kot ada yang amik order durian crepe kan
Kini sudah tiba

Aku pun dengan penuh tak sabo nye terus la call, tapi tak berangkat pula
Call sekali lagi, pun sama tak berangkat.

Aku sms pula, 24 jam aku tunggu tiada balasan jua..

Aku pun wasap akak bawah umah aku, ngape tokey crepe ni tak angkat phone or reply sms?
Salah no ke???

Akak ni kata betul dah

Dalam duk borak2 tu, tetibe masuk sms kata tokey crepe sibuk kelmarin, tu yang tak sempat nak reply sms, sebab mak ayah datang dari kampung. Ohhhhh...

Kisahnye semalam la ni....terus la aku tanya apa lagi yang dibuat dek akak ni
Rupenye ada amik order pavlova jugak
Mini dan beso

Aku pun sekali harung order cam biasa
Amik durian crepe 2 pek, pavlova beso 1

Hari ni juga akak ni siap terus la delivery ke rumah aku
Seronok tak apa nak dimakan terus dapat????

Mestilah seronok....
Order semalam ari ni dah dapat makan

Aku ni kalo makan durian crepe memang tak maunye 1 pek
Encik suami memang tak de layannye mende alah cam ni

Alauddin memang suka durian crepe
Sama naik je ngan aku
Nasib tak pernah kembung perut...huhu
Kalau tak jenuh juga

Kalau pavlova tu, dia kutip buah kiwi je la...

Moh layan pic lagi


Pavlova akak ni dalam bekas bertutup, senang nak simapan dalam peti :)


Durian crepe 12 ketul
6 ketul dah abis pukul 1 tadi....hoho



Sekarang senang la nak order ape2 pun
Balik Manjung ada, balik Puchong ada, kat rumah pun ada...

Semua main order aje yerrrr
Yang penting sedia duit sekali yee

Daaaaa

As-salam :)

Thursday, April 11, 2013

Ohhhh Beliau :)

Assalamualaikum

Bulan 5 ni suami akan masuk belajar selama 6 bulan, kat mana tak tahu lagi la tempatnya. 
Bukan belajar cam kat u tu, tapi ni kira syarat dalam skim kerja dia la, untuk dapat taraf tetap dalam kerajaan. 

Belajar untuk dapatkan Diploma Perkhidmatan Awam (DPA), dah selesai baru lengkap taraf tetap dia then baru boleh mula fikir selangkah ke hadapan, biasanya nak beli aset untuk keluarga sendiri la kan, contoh rumah...haa...cam tu la.

Atas sebab itu, beliau amatlah risau nak meninggalkan kami 2 beranak ni kat rumah.
Sebab sepanjang tempoh belajar beliau ni, jadual sangat pack dengan aktiviti kelas dan outdoor.

Memang boleh balik ke rumah, tapi ada masa yang ditetapkan, cam student u la kaedah dia.
Biasa 2 minggu sekali balik, dan kene balik semula ke kampus ikut waktu yang ditetapkan juga.
Memang life student la senang cerita kan

Katanya, kalau dia dapat kat INTAN KL nun, dia tak la risau sebab dekat je kan.
Nak balik 2 minggu sekali pun tak de masalah la.
Perjalanan pun tak amik masa lama.
Plus baju pun tak de la nak bawak banyak sekaligus cam nak pindah je.

Tapi yang merisaukan beliau adalah kalau dapat kampus jauh.
Contoh cam kat Kedah, Johor dan Terengganu.

Beliau cerita, cuti deme biasa ari sabtu dan ahad la, jarang ada aktiviti penuh kalau hujung minggu.
Kalau ada pun, persiapan untuk ke negeri lain untuk sesi kursus yang lain.

Contoh kan, beliau dapat kampus KL, tapi aktiviti air kene buat kat Kedah. So, ari sabtu dan ahad sebelum pergi tu deme dah kene ready barang, kelengkapan, stamina semua la.

Kiranya minggu tu dah tak de cuti la walaupun dalam tentatif tak de aktiviti apa2 sebab Ahad tu dah nak bergerak ke Kedah...

Pastu kat Kedah kene buat aktiviti selama 2 minggu katakan la...
Dah kat Kedah 2 minggu plak

Minggu balik ke KL dah letih lepas aktiviti air, jadi minggu cuti tu dijadikan minggu berehat
Pun tak sempat nak balik k rumah

Perjalanan pula makan masa setengah hari
Jadinya penat sahajalah beliau duk ulang alik begitu

Melainkan memang minggu tu tak de aktivit apa2 dan boleh la beliau balik menjenguk kami 2 beranak ini
Lebih kurang cam tu la pergerakan aktiviti beliau.

Jadi beliau amatlah risau kalau dapat kampus yang jauh sebab kene tinggal kami 2 beranak dalam tempoh yang lama.

Aku????

Buat masa ni tenang je la..
Tak de tenang apa pun, sebab aku selalu cakap, jangan la risau
Sebab kami tinggal kat kuarters cikgu, kuarter kerajaan, ramai orang, ada guard.

Risiko tu amatlah kurang kalau nak bandingkan duduk rumah teres berderet tu.
Janganlah risau bebeno...sebab bila dia risau, aku yang tak berapa nak riso pun ikut sama riso.

Yang paling dirisonye nak lepaskan aku buat kerja yang selama ni semua dia buat.
Sebab apa?

Sebab aku memang tak pernah keluar sendiri, bawak kete sendiri, ke klinik sendiri, ke Tesco sendiri, beli barang dapur sendiri, potong rambut sendiri, beli gas sendiri...

Semuaaaaaaaa beliau buatkan sampai aku langsung tak diberi kesempatan dan peluang untuk buat sendiri walaupun aku boleh buat sendiri.

Contoh ye......Ada 1 hari aku nak masak tapi terlupa yang bawang besar abis
Bawang pada aku adalah perkara penting dalam hal ehwal memasak ni
Tak de bawang mana rupenye nak masak

Jadi aku menelefon beliau untuk meminta kebenaran membeli bawang di kedai yang hanya memang dekat bebeno dengan kuarters aku ni.

Berjalan pun boleh, kalau naik basikal tak sampai 5 minti udoh sampai ke rumah balik.
Punye la dekat kedai runcit tu

Tapi apa jawapan beliau???
Tak payah la...nanti tengah hari abang balik beli bawang

Aku kabo nak masak untuk lunch, nanti beliau balik apa nak dimakan??
Beliau kabo tak yah masak lauk, goreng telur dadar je, dinner nanti baru masak lauk.

Nampak tak jawapan beliau???
Punye la tak nak kasi aku keluar beli bawang kat kedai yang paling dekat
Aku kabo boleh je pegi kejap, jalan dekat je pun....kejap je bukan lama...beli bawang je
Tapi beliau tak bagi juga sebab beliau akan belikan....

Jadinya, bila beliau tak de untuk pegi belajar ni, beliau sendiri pula yang riso terlebih sebab takut aku tak boleh buat apa yang beliau buat.
Maklumlah semua beliau sediakan

Padahal aku ni boleh je buat 
Sebabnya masa bujang aku buat semua sendiri juga
In shaa Allah, boleh juga buat dengan anak nan sorang ni

Tapi beliau tetap beliau

Nak perginya hujung bulan 5, tapi barang2 dapur udah siap lengkap
Gas baru dah siap 1 tong

Barang2 kering dah ready, de yang berguni, berkotak, berpaket, berbotol...abis disiapkannya
Cuma yang basah je la kene beli kendian, cam ayam daging ikan, sayur bagainya..

Barang rupe itu bukan boleh buat stok lama pun
Paling lama pun seminggu boleh la
Lepas seminggu tu rasa pun dah lain macam walaupun simpan dalam bekas bertutup
Tak de rasa fresh la

Nasib le Selasa dan Sabtu de pasar malam kat area kawasan aku ni
Ala....sebelah kedai runcit yang aku kabo tadi lerrrr

Beliau tak de nanti, memang aku beli kat paso je le kalau tak de barang basah nanti kan
Tapi harga lain sikit la
Kene  juga ke Tesco kot nak nambah yang lain2 kan

Biasa beli barang basah kat Tesco, dekat je pun tapi kene bawak kete la
Tu pun dia risau juga sebab aku tak pernah bawak kete

Ade le sekali je bawak ke klinik masa peknen dulu 2 tahun lepas
Lepas tu tak de dah la

Masa tu bawak manual, memang debor la rasa
Memang tak dapat nak elak dan celah masa dah, sebab beliau de meeting kat Shah Alam dan last minit pulak baru dapat tahu nye.

Aku bawak ok je le walaupun slow alam, bawak jalan dalam kawasan taman je pun...tak de la ape pun
Kalau selisih pun banyak ngan basikal bebudak sekolah je

Tu pun duk call banyak kali, naik kete kene kabo, nak gerak kene kabo, dah sampai klinik kene kabo, nak naik kete balik ke rumah kene kabo, dah park kat rumak pun kene kabo...

Sampai la aku masuk dengan selamat dalam rumah baru la beliau tenang meneruskan aktiviti kerja beliau.

Ate....macam ne skang ni???

Sebab risau aku ni bawak manual, aku memang terkial2 bawal manual..haha
Beliau telah menjual kereta lama beliau ketika belajar dulu
Kami panggil kete kenganan sebab masa tengah hangat bercinta beliau beli

Jadi beliau amik kereta lain yang berenjin auto
Untuk aku senang nak bawak dan tak de rasa debor dan takut2

Udoh beli dari tahun lepas, tapi sampai skang haram tak pernah bawak pun!!!
Ate...ape gunenye dibeli????

Mula la dalam bulan ni kata kene belajar bawak kete tu jugak
Tapi sebabkan bulan ni sibuk dengan pilihanraya dan sukan beliau, masa pun payah nak curi

Balik keroje udoh pukul 6 lebih, lepas tu nak bawak kete pulok
Takat mana je boleh bawak pun dalam masa sebelum nak ke maghrib tu

Beliau kata kita bawak malam sampai Jusco Rawang
45 minti perjalanan dari rumah aku

Pada aku jauh la tu 
Tapi beliau nak ke sana sebab nak biasakan aku dengan jalan highway sebab highway Latar tak banyak kete
Jadi senang la orang yang baru nak mula bawak kete cam aku ni 

Tapi 3 hari ni ujan malam manjang sampai ke tengah malam
Ate, mananye nak bawak kete??
Sampai hari ni la tak jalan juga sesi belajo kete aku
huhuhu..

Kita tengok petang karang cam ne pulok ye
Kesian beliau tau

Aku pernah la bawak kejap kete tu tapi dekat sangat2 le pun
Tak rasa nak cam bawak kete

Tu yang beria beno dia nak ajar aku biasa bawak kete jauh
Ye lerrr...nanti nak balik rumah Manjung dan Puchong kan senang

Beliau tak de pulak di rumah time tu kan
Kang rindu mak abah, boleh la balik sendiri kan

Lagi 1, nak ajor Alauddin duduk dalam car seat die
Aku tak beli la car seat yang besar gabak tu

Tak de maunye dia nak duduk dalam tu
Aku beli yang de tempat duduk kecik pastu de tali keselamatan

Just masuk kaki je dalam sarung badan tu, klip kiri kanan.
Tak de rasa rimas sebab dia tak melekap kat badan kita


Cam ni la rupa dia...


Percubaan pertama berjaya la jugak die nak duk diam dalam tu.
Lebih kurang 20 minit dia diam je sepanjang abahnye bawak kereta.

Tapi lepas tu nak nyusu la pulak
So, kene usahakan letak air minum dia dalam bekas minum yang de straw

Memandangkan aku memang tak pernah ajar Alauddin berbotol bagai, jadi abahnye sudah membeli botol air yang de straw tu dan muat2 letak kat tepi pintu.

Cuma kene bancuh siap2 la sebelum nak bergerak tu
Mana la tahu nak berjalan jauh nanti kan
Tak de la dia nak memerap kat aku kalo dahaga apanye

Pastu kene standby roti or biskut untuk die ngunyah2 dalam kereta
Gitu la kekdahnye :)

Ok la, selamat berjaya la mak esah ye
Mak esah ok je...cume beliau la riso bebenonye punnnnn

Chaiyok!!! Chaiyaok!!!

As-salam :)











Wednesday, April 10, 2013

Perihal Pampers

Assalamualaikum

Ape dibuat tu kome??
Kali ni nak wat review la pasal pampers yang Alauddin guna sepanjang setahun 4 bulan ni haa..

Masa aku menjaga adik2 aku dulu, mak abah memang guna Pamper Comfort je..dari Ila sampai la yang paling kecik si Jannah ni ha...4 beradik ni guna pampers yang sama jenis je.

Jadi aku dah cam terbiasa dengan pampers comfort ni. Masa peknen pun aku sebut pampers ni. Skang dah jarang nak jumpa Pampers ni dah..

Kalau de pun kat kedai runcit je, kat mall aku tak jumpa lagi...kot aku yang tak pasan ke tak tahu la kan..


Ni rupe Pampers tu :)

Rata-rata mak ayah menitik beratkan harga sesuatu barang termasuk lah aku dan suami juga.

Bagi aku, kalau barang tu kualiti sama level dengan yang mahal tapi harga lebih murah dari yang mahal, memang aku pilih yang berkualiti tapi murah itu...sama la cam membeli pampers untuk my boy..

Masa peknen, aku tak gile membeli barang sangat tapi aku banyak borong rompers set dan beberapa helai baju plain putih je..sebab aku nak shopping beria selepas bersalin...

Jadi pampers juga tak de la beli beria, juz beli 1 beg je cap Drypes saiz S punye. 

 Ehsan : Google


Mula2 beli design ni la. Memang comel gilos..


Lepas tu beli lagi brand Drypers tapi design pampers warna biru pulak

Ehsan : Google


Alauddin pakai ok je, tak de masalah bocor, melecet, poo poo terkeluar ke tak de.
Then penyerapan cecair yang bagus.
Pampers tak meloyot even dari malam sampai pagi baru tukar.


Tapi yang kurang memuaskan aku adalah PELEKAT pampers ni aje yang serope tak yah buh pelekat.
Pantang tangan de minyak ke, bedak ke, kene pula jari kat tempat pelekat masa tengah pakai pampers tu kan, memang tak mau lekat dah la lepas tu.

Lepas tu, kalau ke klinik, lepas timbang berat tu memang aku angin je sebab memang tak maunye dah lekat pelekat tu.

Terus ilang gamnye...mana pegi aku pun tak tahu la..

PELEKAT je la yang tak bestnye....yang lain tip top kualiti die

Harga tak mahal mana, mampu milik la. Kalau time sale bole dapat bawah rm30 per bag. Paling murah aku pernah beli kat Mydin la, RM28 je.

Kalau time tak sale, harga dia pernah cecah sampai rm38. Lebih tu aku tak pernah jumpa lagi la setakat ni...huhu

Aku pun de selang seli guna Tesco Choice Baby Diapers

Ehsan : Google

Ha...ni la rupe pampers Tesco tu
Lama aku guna pampers ni

Yang Drypers aku guna masa keluar berjalan jauh atau ketika berada lama di luar cam shopping ke, jenjalan ke function mana2 kan..

Tapi pegi klinik aku pakai Tesco punye sebab masalah pelekat tu la...hahaha..

Kualiti dia????

Terbaik setanding Drypers
Alauddin pakai tak de melecet, tak de rashes, tak de bocor, tak de poo poo terkeluar even lasak duduk merangkak duduk merangkak...

Tapi dari segi tahan lama tu, Drypers lagi better la sebab Drypers tak de meloyot even berjam2 pakai, tapi Tesco ni dalam 4 jam aku dah tukar lain dah.
Sebab cepat nampak loyot dan kembung je gitu.

Tapi aku pakai untuk pakai harian waktu siang je
So, tak de masalah la...aku kan suri rumah sepenuh tenaga, xde masalah nak tukar pampers anak berapa jam sekali pun :)

Harga murah kalo time Tesco wat sale, tapi kalau tak sale, harga sama je dengan Drypers.
Kuantiti pampers pun sama juga.

Kendian kami laki bini terperasan de sale Pet Pet kat Tesco, beli 2 beg rm50. Jadi, rasa nak try la Pet Pet pula, tengok cam ne kan.

Ehsan : Google

Harga tak jauh dengan Drypers juga. Kadang Drypers murah 5 6 hengget, kadang Pet Pet murah 5 6 hengget...main harga je deme berdua ni

Tapi kalau time sale memang berbaloi la beli. Paling murah pernah dapat pun RM28/bag. 
Kalau time tak sale, harga mencanak naik sampai rm39.
Serupa la cam Drypers.
Kan aku kata...deme berdua ni berlawan harga :)

Kualiti Pet Pet pun bagus juga.
Bagus sikit dari Drypers pada aku la sebab pelekat jenis boleh laras dengan mudah, bukak banyak kali gam masih kuat. 
Lepas tu penyerapan pun bagus.
Pun tahan lama cam dyrpers juga.
Pakai malam tak yah risau nak bangun tuka pampers ke hape ke kan

Jadi aku stop kejap beli Drypers, focus Pet Pet je dah..

Tapi beberapa bulan kebelakangan ni aku perasan Dryper Wee Wee Dry cam de design baru dan pelekat yang baru. Aku tengok de sale kat Mydin, aku beli la sepeket sebab murah kan.

Balik rumah aku bukak tengok warna pampers pun lain dah, warna hijau biru, pastu kat pinggang pun lain dah, pelekat dia cam Pet Pet punye style.

Memang terbaik la pelekat baru ni, sebijik hebat cam Pet Pet punye.
Kiranya dari segi kualiti, Drypers dan Pet Pet dah sama level la

Jadinya, mulai saat itu, kami laki bini kalau membeli pampers, juz usha Pet Pet ngan Drypers, mana murah itu kami borong...hohoho..

Ehsan : Website drypers

Design baru dengan pelekat baru.
Kualiti lebih baik dengan harga mampu milik.

Lepas tu, bulan lepas kat Tesco ada wat sale pampers Huggies Dry
Murah je weh, 2 pek RM50
Suami kata jom kite try test
Hihihi...aku ok je

Ehsan : Google

Kualiti dia jatuh no.4 la antara Pet Pet dan Drypers dan Tesco Choice.
Sebab pada aku, pampers dia cepat meloyot bila penuh walaupun dalam 2 jam pakai je.

Aku perasan, bila Alauddin tengah duduk tengok tv ke, main ke kan, 
pastu pampers penuh, terbonjol je kat depan tu.
Alauddin siap tepuk2 lagi bonjolan pampers tu 

Jadi cam mengganggu Alauddin nak main je.
Kalau time aliran banyak memang kene kerap tukar pampers.
Sebab meloyot tu la.

Lepas tu, Alauddin pakai saiz M, Drypers, Pet Pet dan Tesco Choice memang sedang elok saiz M tu ngan dia.
Penuh tutup punggung dan getah kat celah kangkang tu pun elok terletak.

Tapi Huggies Dry ni, saiz M dia cam kecik sikit dan pendek. Tapi getah pinggang lebar.
Masa nak guna pelekat tu, pelekat kanan dan kiri bertemu 
menandakan getah pinggang belakang dia agak panjang la.

Dah la Alauddin ni jenis kecik je orangnye, tapi sedang elok la cuma getah pinggang depan pendek sikit dari getah pinggang belakang.

Masa pakai tu, kene tarik getah depan betul2 tutup sampai sisi perut dia baru gam sebab nanti kan kalau tak tarik betul2, lepas gam tu, getah pinggang depan boleh terkeluar ikut bawah pelekat tu.

Pastu getah kat celah kangkang tu pun pendek sikit, sebab aku boleh nampak kulit celah kangkang Alauddin. Kira tak penuh cam pampers sama saiz yang lain.

Mungkin Alauddin kene pakai saiz L kot Huggies Dry ni tapi lagi longgar la bahagian pinggang dia.

Bab penyerapan ok, elok je, tak de bocor, tak de poo poo terkeluar, yang lain2 tu semua ok la. 
cuma bab meloyot tu dan bila kita bukak pampers nak ganti pampers baru tu kan
kita boleh nampak pampers tu warna kuning jernih sebab warna air kencing kat kain pampers tu
Lepas tu berat pampers tu.
Memang terasa berat dia.

Jadi aku memang kerap tukar bila pakai pampers Huggies ni sebab cepat rasa berat
Kesian Alauddin angkut pampers berat..hihi..

Tapi lepas ni memang aku tak beli dah la pampers Huggies Dry ni sebab tak memenuhi kehendak dan selera aku.

Tapi sebab dah amik 4 pek saiz M, so kene gunakan dulu.
Kiranya skang guna pampers Huggies la.
Guna harian je pun
Kalau keluar baru pakai Drypers.


Stok pampers skang ada 8 pek yang belum guna
3 pek Huggies Dry, 3 pek Pet Pet dan 2 pek Drypers.

Tapi first choice aku tetap Pet Pet dan Drypers la, either 1 :)
Dan aku rasa 2 brand ni memang popular di kalangan mak2 dan pak2 skang kan.

Ok, tu je la kot pandangan aku terhadap pampers yang aku gunakan pada anak aku.
Pilihan pada mak bapak masing2 kan
Terpulang nak guna yang mana dan cap apa

Yang penting TAK PERLU pertikaikan kalau parents lain guna yang murah dan affordable tapi ko guna yang konon mahal dan lebih bagus dari orang lain.

Pampers je pun mak jemah....!!

Mana tahu dia guna barang murah dan mampu milik je, tapi de simpanan ribu riban kennnn???
Belum masuk lagi pelaburan EMAS uuoolssss!!

Tapi dia tak canang la kat orang kan
Diam2 sudehhhh...
Huhuhu..

Owwhhhhhh...ada 1 lagi kisah pampers mak esah nak share.
Mak esah baca kat group mak2 yang bersepah kat fb tu kan..
Mak esah tak kepochi kat situ, tapi juz baca komen2 orang je la kan...

Kebanyakkan  mak2 kat situ guna brand2 yang mak esah story kat atas nun

Ada la 4 5  orang mak2 kan bila sebut pakai pampers tersebut kan, katanya....ala...leceh la..nak tukar kerap2...pakai je yang mahal senang...

Kalau malam memang la tak de sape kot yang rajin bebeno nak bangun tuko pampers anak ye dokkk???
Bancuh susu pun de yang harap laki kan...huhu

Tapi kalau siang mak esah tak de masalah nak tuka berapa jam sekali pun sebab mak esah kan 
DUK UMAH AJERRRR...
De masa uollssss nak tuko pampers anak...huhu

Kalau ayat arwah opah aku "Asal wat keroje je maleh, tapi kalau menyongket laju je!!!"

Ok la...banyak bebel daaaaa..


As-salam :)