About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Wednesday, April 3, 2013

Ambil Wudhuk Cara Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum

Perasan tak selepas azan Asar kat tv al-hijrah, ada tazkirah Asar oleh Ustaz yang muka ala2 arwah Ustaz Asri vokalis Rabbani tu. Adik arwah mungkin....

Tadi lepas tazkirah Asar tu, de Ustaz Arab cerita pasal cara ambil wudhuk cara Rasulullah S.A.W.
Tengok cara Ustaz ni amik wudhuk, memang banyak rupenye perkara-perkara sunat dan makruh yang aku baru tahu. 

Mula2 berkaitan dengan niat berwudhuk.
Sunat niat dan mengambil wudhuk mengadap kiblat.

Wudhuk bermula dengan Bismillah
Rasulullah bersabda, Tak lengkap sesuatu perkara tanpa dimulakan dengan bacaan Bismillah.

Kemudian niat wudhuk ketika membasuh pergelangan tangan, mula2 kene air kat tangan tu.
Bukak air, sambil air kene kat pergelangan tangan kita, bole la niat wudhuk dah.
Niat sini yang bacaan lafaz tu.

Lepas tu bersiwak. Ustaz ni bersiwak dengan kayu sugi, dia cakap sunnah Nabi bersiwak dari kanan ke kiri sebanyak 3 kali.
Ini sunnah Rasulullah S.A.W.

Kalau kita ni mungkin gosok gigi la sebelum amik wudhuk tu. Sebab rongga mulut kene bersih seelok-eloknya.

Lepas tu, berkumur sebanyak 3 kali juga. 
Berkumur juga ada cara yang betulnya.

Mulakan dengan menadah air di telapak tangan, masuk air ke mulut dengan kedudukan takungan air tinggi di bibir atas, kemudian berkumur
Lebihan air di tangan tu dibiarkan alir ke dagu dan jatuh ke bawah.

Kalau ada janggut cam pak arab tu, air masuk ke mulut, baki air dibiarkan mengalir ke bawah sambil jari melurut dari dagu ke janggut dan ke bawahnya.

Disunatkan berkumur dengan kuat, bukan buat bunyi kumur yang kuat, tapi tenaga berkumur yang kuat supaya air masuk di celah2 gigi dan kawasan keseluruhan mulut, supaya lebih bersih.
Ini juga sunnah Rasulullah S.A.W.

Kemudian membasuh pergelangan tangan.

Cuci celahan jari dengan menggosokkan setiap jari hingga ke pergelangan tangan. 
Kalau ada cincin WAJIB alirkan air di celahan jari
SEELOKNYA cincin dicabut ketika berwudhuk.
Supaya air rata terkena pada bahagian anggota yang wajib berwudhuk.
Ini juga sunnah Rasulullah S.A.W.

Kemudian membasuh muka sebanyak 3 kali.
Ustaz ni tekankan perbezaan sapu muka dan basuh muka.

Sapu muka kita hanya alirkan air ke kawasan muka.
Tapi basuh muka kita cuci kawasan muka dari kotoran lain.

Kawasan muka adalah dari telinga kanan ke telinga kiri dan dari ubun-ubun sehingga ke bawah dagu.
Itu bahagian muka yang Rasulullah ajarkan dalam berwudhuk.

Air perlu kene pada keseluruhan kawasan muka sebab anggota wajib wudhuk wajib kene air.
Masa basuh muka, ratakan air dari atas ke bawah dengan cara menggosok muka dari bahagian dahi, lurut ke mata pipi, hidung, bibir dan dagu.

Ulangkan perkara yang sama sebanyak 3 kali.
Bagi yang pakai make up walaupun selapis bedak, perlu cuci muka sebersihnya sebelum mengambil wudhuk dan pastikan air memang kene pada lapisan kulit.

Kenapa penting membasuh muka dengan sebaik-baiknya?
Rasulullah bersabda, Di akhirat nanti golongan dari umat Nabi Muhammad memiliki cahaya di mukanya kesan dari air wudhuk.

Bagaimana kalau ada jambang atau orang panggil side burn?
Pun perlu dibasuh dengan air, dalan erti kata perlu ratakan air termasuk jambang, misai, side burn dan segala bulu yang ada di kawasan muka.

Sebab apa??
Sebab kawasan muka adalah dari telinga kanan ke telinga kiri dan dari ubun-ubun sehingga ke bawah dagu.

Perkara MAKRUH dalam membasuh muka, adalah menampar muka.
Maksud menampar muka adalah dah tadah air kat tangan, bawak air ke muka dengan cara menampar perlahan muka kita.
Itu MAKRUH kata Ustaz ni sebab Nabi tak ajar buat cam tu.

Ok, selesai bab muka.
Skang masuk bab basuh tangan.

Yang Rasulullah ajar adalah alirkan air dari pergelangan tangan bawa hingga ke siku.
Bukan dari siku turun ke bawah, ke pergelangan tangan.

Ustaz ni tekankan ramai orang buat silap di sini.
Hulur tangan kat air, alirkan air dari siku turun ke bawah, itu silap dan salah.

Bawak air dari hujung jari hantu turun hingga ke siku, alirkan sebanyak 3 kali. 
Sambil alirkan air, lurut dan gosokkan kawasan tangan untuk buang kotoran yang tak dapat dilihat dengan mata kasar.

Seeloknya dilebihkan sehingga separuh tangan antara lengan dan pangkal ketiak. 
Separuh tu maksud die dari lengan hingga paras ketiak tu, basuh lebih sikit dari lengan atau separuh antara lengan ke atas hingga pangkal ketiak.
Yang ni sunat je.

Kemudian membasuh rambut sebanyak 3 kali.

Cara membasuh rambut dengan betul,
Basahkan tangan dengan air.
Letakkan kedua-dua belah ibu jari kat dahi sebelah kanan dan kiri.
Ala...tempat kita letak koyok kalau sakit kepala tu kan

Letak ibu jari kat situ, kemudian 4 jari lain di bawak dari dahi ke belakang, buat 3 kali.
Itu juga sunat dan cara Rasulullah membasuh rambut.

Kalau dah basuh sedikit rambut dari bahagian depan pun sudah memadai.
Tapi Ustaz ni nak kita ikut cara Rasulullah ambil wudhuk sebab kita umat Nabi Muhammad S.A.W.

Kemudian membasuh telinga sebanyak 3 kali.

Cara membasuh telinga dengan betul begini.

Ibu jari letakkan di belakang telinga.
Jari telunjuk di letakkan di cuping telinga.

Basuh tangan dengan air, kemudian letak ibu jari dan jari telunjuk seperti di atas.
Ibu jari di bawa dari bawah ke atas telinga.
Jari telunjuk di bawa dari cuping masuk ke dalam kawasana telinga yang berliku tu, sehingga ke atas.

Ada orang liku telinga dia tak berselirat, senang la nak ratakan air sebab tak banyak bengkang bengkok, tapi yang jenis berselirat dan banyak bengkang bengkok cam aku ni, kene ratakan air sebaiknya la supaya keseluruhan telinga terkena air.

Lepas buat 3 kali tu, jari kelingking di masukkan ke dalam lubang telinga, dipusingkan sekejap, dan diulang sebanyak 3 kali.
Lepas tu baru la selesai bab membasuh telinga.

Rata-rata Ustaz ni kata bab membasuh telinga ramai yang amik mudah.
Sebab bahagian paling kecik dalam anggota wajib wudhuk. 
Ada yang sekadar lalu air tapi tak cuci telinga macam Rasulullah ajar.

Jadi lepas ni bole la betulkan dan praktikkan ajaran Rasulullah ni kan :)

Kemudian membasuh kaki.

Cara membasuh kaki pula begini.
Ratakan air dari hujung jari kaki bawak ke tumit.
Ustaz ni tekankan pada yang ada tumit merekah, tumit kering atau tumit jenis pecah2 tu, gosok dengan kerap kat bahagian tumit 
supaya nak bagi bersih dari kotoran yang boleh menyelit kat celah rekahan dan pecahan tumit tu.

Gosok dan ratakan air sebanyak 3 kali.
Kemudian seperti membasuh tangan tadi, disunatkan melebihkan basuh sehingga ke separuh betis.
Rata dan gosokkan air ke separuh betis dengan sebaiknya.

Rasulullah bersabda, Allah S.W.T akan menyarungkan perhiasan pada anggota yang berwudhuk.

Berdasarkan hadith tersebut, disunatkan melebihkan air ke anggota yang dekat dengan anggota wajib wudhuk, sebab tu sunnah Rasulullah S.A.W.

Kemudian dalam keadaan masih mengadap kiblat, sudahi wudhuk dengan bacaan doa sesudah wudhuk.

Begitulah cara yang diajarkan oleh Rasulullah yang ditunjukkan oleh Ustaz arab ni...
Ustaz ni pesan, dalam setiap apa yang kita lakukan, perlu sentiasa ingat hadith dan sunnah Rasulullah S.A.W

Jadi, bila kita lakukan sesuatu, dalam apa2 ibadah pun, kita tak akan lupa untuk buat yang sunat apatah lagi yang wajib.

Rasa lebih mudah sebab tunjuk depan mata dan lihat live amik wudhuk.
Ada banyak yang kurang dalam bab ambil wudhuk aku ni.

Dah belajar bebeno, baru la paham pun.
Lepas ni boleh la perbaiki bersama-sama ye

As-salam :)








No comments:

Post a Comment