About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Saturday, April 20, 2013

Kualiti Masa Bersama Tersayang

Assalamualaikum

Alauddin ada masa die memang manja dnegan abahnya. Sampaikan bila suami suruh pergi kat aku, dia akan geleng sambil terlentuk manja kat bahu abahnye.

Time dia nak dengan abahnya, dia hanya nak dengan abahnye je. Ajak abah main, nak biskut ke air minta kat abah, tarik tangan abah bawak kat tempat air masak.

Kadang-kadang kalau aku dan suami makan nasi, pada awalnya aku yang suap dia nasi, tapi tengok abah nye duk bersila sebelah aku, dan2 tu dia akan makan bersuap dengan abah die.

Bila aku panggil nak suap nasi, dia akan geleng dan nganga mulut kat abah minta suap...begitulah manjanya die dengan abah dia.

Bab mandi pula, suami balik kerja, bukak baju je Alauddin dah tarik tangan abah bawak ke bilik air. Sebab pahaman Alauddin abah bukak baju mesti nak mandi.

Alauddin suka mandi dengan abah dia. Bukanlah dia tak suka mandi dengan aku, tapi dengan abah boleh main air lama2, plus ada mainan sekali.

Abahnya bukak air tadah dalam baldi, mencurah2 air tu, Alauddin ceduk air guna cebuk kecik die, siram kat badan....lepas tu tersengih2, terjerit2 galak...abis seronok la tu

Kadang2 suami tadah air dalam bath tub Alauddin, ngam2 paras dada Alauddin, berendam la dia, Suka sangat la sebab suami lambak mainan dalam bath tub tu.

Dekat setengah jam la duk main air je.

Kalau dengan aku, tak boleh la mandi lama cam tu. Sebab aku nak kene buat kerja rumah yang lain2 pula. Jadi mandi seperti biasa je la.

Suami aku kerjanya ada kalanya tak tentu masa. Tapi bersyukur la sebab dia kerja ikut ofis hour cuma ada ketika dia kene standby untuk sebarang perkara sebab itu nature dan skop kerja dia.

Ada ketika, suami keluar keje pagi, pukul 10 malam baru balik. Kadang2 balik Alauddin dah tidur pun. 
Alauddin pula ada masanya dia bangun pukul 7 lebih, 8 lebih, kadang2 abah dia baru keluar rumah pergi kerja, dia baru bangun.

Jadi ada harinya yang abah dan anak ini tak berjumpa, tak bercakap, tak bermain, tak bergurau, tak bergomol dan macam2 aktiviti abah dan anak yang tak dapat dilakukan.

Kadang2 meleret hingga 4 5 hari, termasuk sabtu dan ahad.

Ada juga ketika suami pulang ke rumah waktu lunch tapi Alauddin tengah tido. Jadi si abah dapat tengok muka anak tapi si anak tak dapat tengok muka abah.

Ada masanya, bila suami penat kerja, selalunya dia penat sebab seharian kerja di luar, bukan di ofis, bila balik memang dia perlukan rehat.

Kadang2 selepas mandi makan semua, dia terus akan baring dan memang tak lama lepas tu akan terlelap. Tapi Alauddin masih belum tidur.

Ada masa Alauddin nak main dengan abah, tapi abah die letih, jadi suami akan layan Alauddin sambil tengok Upin Ipin kat tab.

Tapi biasanye, abah dia dah ke bulan bintang dah, tapi Alauddin ralit lagi layan Upin Ipin dia.
Keadaan ni memang aku paham, bila badan dan otak penat, memang kene rehat.

Jadi, kat situ pun aktiviti abah dan anak dah kurang, ada masanya tak de langsung.

Pernah beberapa kali, suami cakap dia macam lama tak peluk, cium, gomol, main kejar2 dengan anak bujang dia, padahal baru 2 hari die sibuk dengan kerja dia.

Jadi, melihat pada keadaan ini, bila hujung minggu yang suami memang tak de urusan kerja, aku akan usahakan suami banyak masa dengan Alauddin.

Dalam masa yang sama, aku nak Alauddin rasa balance antara mama dan abah dia. Hujung minggu kalau tak de apa2 hal, tak balik Manjung atau Puchong, kerja rumah aku akan siap secepat mungkin, masak pun awal siap.

Lepas siap semua, dalam tengah hari aku dah bole rehat. Sementara aku siapkan kerja, suami akan layan Alauddin, dari mandi, main, makan sampai la aku siap kerja rumah.

Bila dah tengah hari, sementara nak tunggu Alauddin mengantuk, kami akan main, gomol, guling, bertiga. 

Hujung minggu yang suami memang tak de urusan kerja, kebanyakkan masa Alauddin dengan abah dia. Sabtu dan Ahad memang suami akan uruskan Alauddin kecuali bab pakai baju sebab suami agak kekok bab nak pakai baju anak.

Yang tu aku lah yang buat :)

Suami pun selalu pesan, since Alauddin dah pandai main itu ini, ada masa kalau aku sibuk dengan kerja harian dan bisnes, berenti sekejap untuk layan Alauddin main.

Alauddin bila nak main, ada masanya dia ajak kita main sekali. Tapi adakalanya aku akan cakap Alauddin main la kejap, mama nak buat kerja sikit.

Lepas tu aku lambak lagi mainan bagi dia ralit. Tapi Alauddin tetap pot pet pot pet versi dia, konon maksud die jom la mama...kita main sama....berulang-ulang omelan si kecik.

Bila tengok mama dia buat je kerja tak berenti pun nak main dengan dia, dia akan pergi dengan sendirinya kat mainan dia yang aku lambak tadi.

Main lah dia sengsorang sampai la aku ke depan layan dia balik.

Kadang2 memang aku rasa sayu je bila tengok Alauddin jalan ke ruang tamu selepas usaha pujuk mama main sama tak menjadi sebab mama sibuk masak kat dapur.

Tapi sambil masak ke, buat kerja ke aku layan sembang la dengan Alauddin, tak nak bagi dia rasa diri dia sorang je dalam rumah tu, tak nak bagi dia rasa sunyi, rasa sengsorang la senang cakap.

Bila kita layan borak, dengan Alauddin yang memang mulut ringan dengan mama dia ni, dia tak de la rasa mama dia ni pentingkan kerja dari dia.

At least dia tahu mama dia ada kat sekitar dia walaupun tak main sama. Suami pun cakap hal yang sama la. Dia tak nak Alauddin rasa kita tak layan dia sebab sibuk.

Aku de baca juga pasal ni, artikel tu kata ibu bapa kene create suasana ceria dan saling berhubung antara satu sama lain, dan skill sosial anak2 bermula dari rumah.

Walaupun kita tengah ralit ngadap laptop, buat kerja atau layari internet. atau sibuk dengan aktiviti harian di rumah, perhubungan antara anak kene ada juga.

Anak2 belajar bersosial dari rumah juga. Kalau suasana jenis senyap sunyi, masing2 buat kerja, anak pot pet pot pet pun sorang2 je, tak de layan atau sampuk sembang sekali, development skill anak2 dalam bersosial juga tidak berkembang baik.

Terutama pada anak-anak yang sedang nak membesar, yang sedang rancak mengenal dunia persekitaran dia, yang baru dapat akal, baru nak mula menyebut perkataan, semua perkara ni menyumbang kepada keupayaan mereka untuk mencapai sesuatu dalam fasa perkembangan mereka.

Kalau bagi ngadap tab sahaja tanpa ada perhubungan dan komunikasi dua hala, perkembangan sosial mereka juga boeh terganggu.

Ok, berbalik kepada kisah aku tadi ye.

Jadi aku sebenarnya nak menjaga kualiti masa antara suami aku dan Alauddin. Walaupun suami sibuk dengan kerja dia yang ada masanya tak tentu masa, tapi sekurang-kurangnya Alauddin rasa abah dia ada dengan dia. 

Alauddin rasa kehadiran abah dia walaupun abah tak de pun kat rumah masa tu. Bila sebut mana abah, dia tahu mana nak cari abah dia.

Kalau tak pergi kat pintu, dia pergi masuk bilik tidur kami, tak pun die intai bilik air....sambil panggil abah...abah...abah...

Nak pergi kursus pun suami duk risau Alauddin. Takut saling merindu plak mereka berdua. Jangan risau ye suamiku, video call kan ada...call je la kami :)

Tapi dekat nak pilihanraya ni suami lagi sibuk. Keluar subuh, tengah malam baru balik, siap kata nanti kalau tak sempat balik rumah, dia tumpang lelap kat pejabat je la sebab ramai staff dia tido ofis je.

Tugas mereka memerlukan mereka bersedia 24 jam. Aku pun dah terasa bahang kesibukan suami aku walaupun baru bermula 3 hari ni.

Sebab suami rasa dia sibuk bebeno sampai 5 Mei nanti, dia nak mohon cuti rehat 6 Mei nanti dan mungkin lebih kot...nak tebus masa yang hilang bersama keluarga sebab menjalankan tanggungjawab pada tugas dia.

In shaa Allah :)

Ok la...lain kali sembang lagi ye..

As-salam :)

No comments:

Post a Comment