About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Thursday, April 11, 2013

Ohhhh Beliau :)

Assalamualaikum

Bulan 5 ni suami akan masuk belajar selama 6 bulan, kat mana tak tahu lagi la tempatnya. 
Bukan belajar cam kat u tu, tapi ni kira syarat dalam skim kerja dia la, untuk dapat taraf tetap dalam kerajaan. 

Belajar untuk dapatkan Diploma Perkhidmatan Awam (DPA), dah selesai baru lengkap taraf tetap dia then baru boleh mula fikir selangkah ke hadapan, biasanya nak beli aset untuk keluarga sendiri la kan, contoh rumah...haa...cam tu la.

Atas sebab itu, beliau amatlah risau nak meninggalkan kami 2 beranak ni kat rumah.
Sebab sepanjang tempoh belajar beliau ni, jadual sangat pack dengan aktiviti kelas dan outdoor.

Memang boleh balik ke rumah, tapi ada masa yang ditetapkan, cam student u la kaedah dia.
Biasa 2 minggu sekali balik, dan kene balik semula ke kampus ikut waktu yang ditetapkan juga.
Memang life student la senang cerita kan

Katanya, kalau dia dapat kat INTAN KL nun, dia tak la risau sebab dekat je kan.
Nak balik 2 minggu sekali pun tak de masalah la.
Perjalanan pun tak amik masa lama.
Plus baju pun tak de la nak bawak banyak sekaligus cam nak pindah je.

Tapi yang merisaukan beliau adalah kalau dapat kampus jauh.
Contoh cam kat Kedah, Johor dan Terengganu.

Beliau cerita, cuti deme biasa ari sabtu dan ahad la, jarang ada aktiviti penuh kalau hujung minggu.
Kalau ada pun, persiapan untuk ke negeri lain untuk sesi kursus yang lain.

Contoh kan, beliau dapat kampus KL, tapi aktiviti air kene buat kat Kedah. So, ari sabtu dan ahad sebelum pergi tu deme dah kene ready barang, kelengkapan, stamina semua la.

Kiranya minggu tu dah tak de cuti la walaupun dalam tentatif tak de aktiviti apa2 sebab Ahad tu dah nak bergerak ke Kedah...

Pastu kat Kedah kene buat aktiviti selama 2 minggu katakan la...
Dah kat Kedah 2 minggu plak

Minggu balik ke KL dah letih lepas aktiviti air, jadi minggu cuti tu dijadikan minggu berehat
Pun tak sempat nak balik k rumah

Perjalanan pula makan masa setengah hari
Jadinya penat sahajalah beliau duk ulang alik begitu

Melainkan memang minggu tu tak de aktivit apa2 dan boleh la beliau balik menjenguk kami 2 beranak ini
Lebih kurang cam tu la pergerakan aktiviti beliau.

Jadi beliau amatlah risau kalau dapat kampus yang jauh sebab kene tinggal kami 2 beranak dalam tempoh yang lama.

Aku????

Buat masa ni tenang je la..
Tak de tenang apa pun, sebab aku selalu cakap, jangan la risau
Sebab kami tinggal kat kuarters cikgu, kuarter kerajaan, ramai orang, ada guard.

Risiko tu amatlah kurang kalau nak bandingkan duduk rumah teres berderet tu.
Janganlah risau bebeno...sebab bila dia risau, aku yang tak berapa nak riso pun ikut sama riso.

Yang paling dirisonye nak lepaskan aku buat kerja yang selama ni semua dia buat.
Sebab apa?

Sebab aku memang tak pernah keluar sendiri, bawak kete sendiri, ke klinik sendiri, ke Tesco sendiri, beli barang dapur sendiri, potong rambut sendiri, beli gas sendiri...

Semuaaaaaaaa beliau buatkan sampai aku langsung tak diberi kesempatan dan peluang untuk buat sendiri walaupun aku boleh buat sendiri.

Contoh ye......Ada 1 hari aku nak masak tapi terlupa yang bawang besar abis
Bawang pada aku adalah perkara penting dalam hal ehwal memasak ni
Tak de bawang mana rupenye nak masak

Jadi aku menelefon beliau untuk meminta kebenaran membeli bawang di kedai yang hanya memang dekat bebeno dengan kuarters aku ni.

Berjalan pun boleh, kalau naik basikal tak sampai 5 minti udoh sampai ke rumah balik.
Punye la dekat kedai runcit tu

Tapi apa jawapan beliau???
Tak payah la...nanti tengah hari abang balik beli bawang

Aku kabo nak masak untuk lunch, nanti beliau balik apa nak dimakan??
Beliau kabo tak yah masak lauk, goreng telur dadar je, dinner nanti baru masak lauk.

Nampak tak jawapan beliau???
Punye la tak nak kasi aku keluar beli bawang kat kedai yang paling dekat
Aku kabo boleh je pegi kejap, jalan dekat je pun....kejap je bukan lama...beli bawang je
Tapi beliau tak bagi juga sebab beliau akan belikan....

Jadinya, bila beliau tak de untuk pegi belajar ni, beliau sendiri pula yang riso terlebih sebab takut aku tak boleh buat apa yang beliau buat.
Maklumlah semua beliau sediakan

Padahal aku ni boleh je buat 
Sebabnya masa bujang aku buat semua sendiri juga
In shaa Allah, boleh juga buat dengan anak nan sorang ni

Tapi beliau tetap beliau

Nak perginya hujung bulan 5, tapi barang2 dapur udah siap lengkap
Gas baru dah siap 1 tong

Barang2 kering dah ready, de yang berguni, berkotak, berpaket, berbotol...abis disiapkannya
Cuma yang basah je la kene beli kendian, cam ayam daging ikan, sayur bagainya..

Barang rupe itu bukan boleh buat stok lama pun
Paling lama pun seminggu boleh la
Lepas seminggu tu rasa pun dah lain macam walaupun simpan dalam bekas bertutup
Tak de rasa fresh la

Nasib le Selasa dan Sabtu de pasar malam kat area kawasan aku ni
Ala....sebelah kedai runcit yang aku kabo tadi lerrrr

Beliau tak de nanti, memang aku beli kat paso je le kalau tak de barang basah nanti kan
Tapi harga lain sikit la
Kene  juga ke Tesco kot nak nambah yang lain2 kan

Biasa beli barang basah kat Tesco, dekat je pun tapi kene bawak kete la
Tu pun dia risau juga sebab aku tak pernah bawak kete

Ade le sekali je bawak ke klinik masa peknen dulu 2 tahun lepas
Lepas tu tak de dah la

Masa tu bawak manual, memang debor la rasa
Memang tak dapat nak elak dan celah masa dah, sebab beliau de meeting kat Shah Alam dan last minit pulak baru dapat tahu nye.

Aku bawak ok je le walaupun slow alam, bawak jalan dalam kawasan taman je pun...tak de la ape pun
Kalau selisih pun banyak ngan basikal bebudak sekolah je

Tu pun duk call banyak kali, naik kete kene kabo, nak gerak kene kabo, dah sampai klinik kene kabo, nak naik kete balik ke rumah kene kabo, dah park kat rumak pun kene kabo...

Sampai la aku masuk dengan selamat dalam rumah baru la beliau tenang meneruskan aktiviti kerja beliau.

Ate....macam ne skang ni???

Sebab risau aku ni bawak manual, aku memang terkial2 bawal manual..haha
Beliau telah menjual kereta lama beliau ketika belajar dulu
Kami panggil kete kenganan sebab masa tengah hangat bercinta beliau beli

Jadi beliau amik kereta lain yang berenjin auto
Untuk aku senang nak bawak dan tak de rasa debor dan takut2

Udoh beli dari tahun lepas, tapi sampai skang haram tak pernah bawak pun!!!
Ate...ape gunenye dibeli????

Mula la dalam bulan ni kata kene belajar bawak kete tu jugak
Tapi sebabkan bulan ni sibuk dengan pilihanraya dan sukan beliau, masa pun payah nak curi

Balik keroje udoh pukul 6 lebih, lepas tu nak bawak kete pulok
Takat mana je boleh bawak pun dalam masa sebelum nak ke maghrib tu

Beliau kata kita bawak malam sampai Jusco Rawang
45 minti perjalanan dari rumah aku

Pada aku jauh la tu 
Tapi beliau nak ke sana sebab nak biasakan aku dengan jalan highway sebab highway Latar tak banyak kete
Jadi senang la orang yang baru nak mula bawak kete cam aku ni 

Tapi 3 hari ni ujan malam manjang sampai ke tengah malam
Ate, mananye nak bawak kete??
Sampai hari ni la tak jalan juga sesi belajo kete aku
huhuhu..

Kita tengok petang karang cam ne pulok ye
Kesian beliau tau

Aku pernah la bawak kejap kete tu tapi dekat sangat2 le pun
Tak rasa nak cam bawak kete

Tu yang beria beno dia nak ajar aku biasa bawak kete jauh
Ye lerrr...nanti nak balik rumah Manjung dan Puchong kan senang

Beliau tak de pulak di rumah time tu kan
Kang rindu mak abah, boleh la balik sendiri kan

Lagi 1, nak ajor Alauddin duduk dalam car seat die
Aku tak beli la car seat yang besar gabak tu

Tak de maunye dia nak duduk dalam tu
Aku beli yang de tempat duduk kecik pastu de tali keselamatan

Just masuk kaki je dalam sarung badan tu, klip kiri kanan.
Tak de rasa rimas sebab dia tak melekap kat badan kita


Cam ni la rupa dia...


Percubaan pertama berjaya la jugak die nak duk diam dalam tu.
Lebih kurang 20 minit dia diam je sepanjang abahnye bawak kereta.

Tapi lepas tu nak nyusu la pulak
So, kene usahakan letak air minum dia dalam bekas minum yang de straw

Memandangkan aku memang tak pernah ajar Alauddin berbotol bagai, jadi abahnye sudah membeli botol air yang de straw tu dan muat2 letak kat tepi pintu.

Cuma kene bancuh siap2 la sebelum nak bergerak tu
Mana la tahu nak berjalan jauh nanti kan
Tak de la dia nak memerap kat aku kalo dahaga apanye

Pastu kene standby roti or biskut untuk die ngunyah2 dalam kereta
Gitu la kekdahnye :)

Ok la, selamat berjaya la mak esah ye
Mak esah ok je...cume beliau la riso bebenonye punnnnn

Chaiyok!!! Chaiyaok!!!

As-salam :)











No comments:

Post a Comment