About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Sunday, April 21, 2013

Perkara Baru Si Anak

Assalamualaikum

Hari ni nak kongsi perkembangan anak bujang aku.
Hujung bulan ni genap 1 tahun 5 bulan.

Ada beberapa perkara baru yang die belajar
Bila berborak banyak dia paham.

Waktu tido Alauddin tak de banyak yang berubah.
Aku dan suami memang akan pastikan Alauddin ada tido di siang hari, paling kurang 2 jam

Setakat ni memang Alauddin akan tidur sekali di waktu siang, belum lagi la dia berjaga dari pagi dia bangun tu sampai la malam nak tido.

Biasa tido waktu tengah hari, dalam pukul 12 lebih cam tu, kadang2 1 jam setengah, ada masanya sampai 3 jam, dalam kul 3 lebih dia bangun.

Tido malam dalam kul 10 lebih ke 11 dah mula ngantuk.
Setakat ni nak tidokan dia tak de masalah, senang kata mudahlah

Cuma orang dah ada akal ni, dah makin cerdik ni, de la sikit2 perangai ngengada dia nak manja2 ngan mama dan abah dia.

Tapi bila datang ngantuk, datang kat mama, nak nenen....tak lama lepas tu tido dah la..

Alauddin belum pernah berjaga sampai 1 2 3 pagi sebab nak main atau susah nak tido.
Kira senang la, waktu tido mak abah dia pun tak de lari sangat dari zaman tak de anak dulu.
Lebih kurang same je

Semalam aku jumpa 1 mende yang Alauddin baru belajar yang pastinya bukan dari aku.

Petang semalam pasang Upin Ipin, suami ada download cerita lain plak, tajuk Kuih Untuk Opah.
Dalam tu de cita Upin baca doa bukak puasa 

Alauddin baru pertama kali tengok cerita ni, sebab baru download semalam.
Masa dia tengok Upin tadah doa dan baca doa buka puasa tu, dia terus buat tangan cam tadah doa tu, siap sebut Aaa..aaahhh..aaa..aahhhh...

Sama bunyi bila dia dengar azan....mungkin maksud dia Allah la kot merujuk kepada takbir pertama masa azan baru mula.

Lama juga dia tadah tangan tu, sambil mata renung tapak tangan dia
Aku saje la panggil nama dia, dia wat tak reti je

Sikit lagi nak abis doa, dia la lerai tangan dia
Baru dia angkat muka dia padang kami

Aku dan suami saling pandang memandang

Suami pun rewind scene tu kat part baca doa tu
Sampai ke part Upin baca Bismillah, terus dia angkat tangan

Memang sah la dia tadah tangan baca doa tadi
Aku ingat aksi tu spontan kot lepas tu tak ingat dah nak buat cam ne
Tapi rupenye memang dia buat aksi tu

Rewind sekali lagi pun sama juga
Jenuh aku ingat aku tak de ajar dia tadah tangan untuk baca doa

Sebab time aku solat, dia memang tak kaco aku
Dia main je la mainan dia sambil mata duk jeling je apa aku buat

Kalau ajar Iqra' pun dia tak duk diam, dia jalan merata, pastu datang kat aku, sentuh pipi aku, jalan merata balik, sudahnya aku yang khatam Iqra' sengsorang.

Mungkin belum masanya lagi kan
Dan aku pun tak paksa dia duduk then dengar aku ajar

Jadi itu perkara baru la sebab baru semalam nampak dia buat...sebelum ni tak dak..haha

Selain tu banyak percakapan orang yang dia dah paham dengan lebih baik.
Bila tunjuk barang atau minta barang, dia paham apa yang diminta dan bagi kat abah or mana.

Contoh cam kasut, bola, buku, pen, nasi, air masak, tisu or kain lap, kalau air tumpah, dia tahu kene lap air tu.
Bila kita lap, dia minta nak lap juga

Dah kenal taman permainan dan mainan yang de muzik kat mall tu, masuk 50 sen ke singgit bergerak2 la mainan tu.

Kalau jumpa taman permainan, tunjuk ke arah taman tu, then bila lepaskan ke tanah berlari2 dia tuju gelongsor je, yang lain dia tak minat...hahaha

Tapi nasib bukan jenis meraung tak ingat kalau kita ajak dia balik ke hape kan
Bila kata ok dah, jom balik...jom balik..

Kalau dia tak nak pun, dia geleng je, pastu berlari2 la ke sana ke mari
Bila angkat tak de la nangis kuat2, juz cebek2 je bajet sedih....huhu

Ada juga ketika dia nangis, tapi sekejap sangat la, orang kata wat penat tenaga je nangis nakkk..hihi
Sebab senang nak pujuk dan mudah lupa perkara silam 
Cam tu la kot Alauddin ni

Jenuh juga aku bayang kalo Alauddin jenis nangis meraung2
Adik bongsu aku dulu jenuh nak berpujuk....huhu...
Dah sampai rumah pun duk nangis lagi teringat kan taman permainan dia

Abah aku de bawak Alauddin naik moto, bawak la ke taman kat kawasan rumah kami tu.
Lepas tu ajak la main
Tak lama lepas tu ajak la balik

Elok je dia pimpin tangan atuknya balik
Mungkin sebab nak naik moto kot tu yang tenang ke bila atok ajak balik
Sebab naik moto lagi best dari main kat taman
Hahaha...gitu la gamaknya

Abah aku kata lain beno anak kamu ni, diam je tak berkutik langsung, bawak la ke mana pun, senyap je
Baik bebeno pun

Haaaaa....harapnye begitulah atuknye yeee...
Kot dapat tang adiknye terbalik kot dengan si abang
Kene makan jamu lebih sikit la aku nak lebih tenaga menjaga anak2
hahaha

Baik ni maksud bukan nak puji anak lebih2, tapi maksud baik tu tak banyak ragam
Kadang2 aku pun terpikir juga lain beno jaga Alauddin ni
Senang dalam banyak hal

Ye la, aku kan dari darjah 6 dah kene jaga adik kecik, berderet plak deme nye
Darjah 6 mak dah ajar suap adik makan nestum

Lepas tu sekolah menengah plak, dapat adik lagi, mak ajar mandikan adik pula, tapi bukan masa dalam pantang, dalam 3 4 bulan baru aku mandikan.

Pastu dapat adik lagi, yang no 8 dan no 9 memang aku jaga dari dalam pantang lagi.
Sampaikan kalau mak aku keluar ke mana-mana, memang adik2 aku tinggal dengan aku je, sampai la mak aku balik.

Memang aku jaga adik aku macam aku jaga anak aku la.
Cuma tido malam dan susu bagi kat mak aku la
Sebab adik2 aku semua susu badan.

Jadi, bila 4 orang adik sendiri aku merasa jaga, macam2 kerenah la aku hadap. 
Macam mak 4 orang anak la gayanya, nak pula semua boleh kata dekat2, beza 2  3 tahun je

Maku aku pun pernah cakap kat adik-adik aku, bila adik2 aku cam nak menjawab dengan aku, cam ada niat nak melawan aku ke, bukan la kurang ajar ke apa, cuma budak2 kan dia nak bela diri dia tapi dengan cara dia la..

Mak aku duk ulang ayat ni je
Kome jangan nak melawan kak long kome, kak long jaga kome dari kecik tahu, basuh berak kencing hape semua kak long kamu...jangan nak melawan sangat...

Haaa...lebih kurang cam tu la bebel mak aku
Tersentuh hati aku bila mak cakap cam tu

Padahal aku ni pun memang la suka ngusik adik2 aku ni, bergurau sikit lama2 jadi la gaduhnye...gaduh adik beradik
Tapi kenyataannya, deme memang lebih rapat dengan aku.

Jauh beno merepeknye aku ni
Berbalik pada Alauddin semula ye

Bab makan tak de masalah
Makanan kegemaran Alauddin terkini nasi dan ikan berkuah

Kalau lawan telur mata kerbau, dia makan juga tapi tak selera macam makan ikan
Suka ikan agaknye Alauddin ni

Bila aku gaul isi ikan dengan nasi, letak sawi ke, bayam ke, sayur berdaun hijau ni la, laju je dia makan
Kentang die agak kurang sikit, makan 2 3 ketul, lepas tu tak nak dah

Kadang2 aku masak ikan berkuah, masak stim ke, masak rebus ke, masak singgang ke
Ikan tu kan dah memang dah ada rasa manis kan
Letak bawang, halia, black pepper, halba, sikit2 dah jadi le 

Memang selera sungguh
Nasi ceduk 1 senduk penuh, memang habis la dia makan

Ikan biasa aku guna tenggiri, kembong, ikan merah, mabong, ikan baisa2 je la pun
Lagipun Alauddin tak de alahan, so mudahlah aku nak pilih ikan untuk dia.

Ok la...tu je la nak kongsi
Lain kali berborak lagi ye

As-salam :)




No comments:

Post a Comment