About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Saturday, April 27, 2013

Rinduuuuu :)

Assalamualaikum

Masuk minggu ni, dah 3 minggu kami tak ke mana-mana.
Sebab utama adalah suami kene standby 24 hours atas tugasan pilihanraya untuk kawasan Tanjung Karang. 

Jadi 3 minggu juga lah kami hanya bertapa di rumah dan paling jauh pun kami ke AEON Rawang je.
Tu pun nak beli barang keperluan suami nak berkursus hujung bulan 5 nanti.

Dan 3 minggu jugalah aku tak balik ke Manjung atau ke Puchong.

Sudahnya, Tok Wan, Tok Din, Opah dan Atuk sudah merindui cucu deme nan sorang ni.

Setiap hari atok2 dan opahnya menelefon kabo deme rindu bebeno ngan cucu deme.
Berapa kali duk tanya minggu ni tak balik ke

Alauddin pula jenis memang payah nak cakap dalam telefon
Dia renung je telefon tu, senyap tak de kata apa

Kalau wat video call pun, tak de menguit...die renung je lepas tu sambung main...
Adoiii...kesian atuk2 dan opahnyeee...

Mama dan abah pula memang 3 minggu ni sibuk dengan hal sekolah deme
2 minggu lepas hari Sabtu dan Ahad ada order makanan untuk budak rombongan
Jadi mama tak dapat datang ke rumah kami

Minggu lepas pula nayli de larian amal hari sabtu
Pun tak dapat datang ke rumah kami juga

Dan minggu ni pula esoknya ada sekolah ganti lagi.
Apa yang kerap bebeno berganti sekolah tak tahu la aku

Sudahnya mama call tadi cakap rinduuuuuu sangat kat Alauddin
Tengok video Alauddin pun tak leh hilang rindu
Nak peluk cium baru lepas rindu....

Aku ajak suami balik Puchong atau Manjung tapi balik hari la, tak tido sana
Tapi suami tak boleh dan tak tahu ada masa untuk lari sekejap atau tak

Sebab macam2 urusan kerja dan aduan nak diselesaikan
Dan aku pun tak nak paksa sebab dia ada perkara penting yang nak diselesaikan

Suami kata Ahad nanti kita balik kejap jumpa mama tapi tak leh lama la
Ok, aku dah call mama bagi tahu

Punye la hepi mama nak jumpa cucunya.

Suami cakap Rabu ni cuti Hari Buruh, jadi suami minta aku call mama datang la hari rabu ke sini, bole tido semalam, jadilah dapat lepaskan rindu pada cucunya.

Kami memang jarang tak balik ke rumah keluarga masing2
Biasa kami balik selang seli

Minggu ni balik Puchong, minggu depan amik stok dan minggu ketiga balik Manjung
Begitulah kami pusing2 giliran keluarga masing2

Cam abah dan mak aku, sibuk berniaga terutama sabtu dan ahad
Jadi aku yang memang amat paham sangat tak nak paksa abah datang sabtu dan ahad 

Biasa abah datang ke sini hari khamis balik jumaat, sebab khamis dan jumaat tak meniaga.
Tapi suami la bekerja dan dia rasa sedikit bersalah sebab kurang bagi masa pada keluarga aku bila abah datang hari die kerja.

Suami kata abah datang la sabtu balik ahad, boleh kita jalan jauh sikit sebab dia cuti dan ada masa di rumah dan boleh bawa jenjalan
Tapi suami pun paham situasi abah :)

Syukur sebab semua keadaan ni ada tolak ansurnya
Kadang2 mak aku call, minggu ni balik mana, aku cakap balik Puchong
Minggu depan balik Manjung

Mak kata ok :)
Kim salam kat Kak Noor dan Pak Din ye (besannye le tu)

Bila mama call, balik mana minggu ni?
Balik Manjung
Mama kata, ok....kirim salam kat mak dan abah ye

Aku banyak berkomunikasi dengan mak dan mama dan suami memang jarang call mama dia
Selalunya aku la yang call tanya khabar, borak2, gosip2, dengan mama

Kalau nak apa2, nak tanya apa2, pun suami suh aku yang call dan aku hanya ceritakan apa yang aku borakkan dengan mama

Kadang2 suami tanya ada call mama tak?
Aku cakap ada...:)
Then dia tanya borak apa, de pe2 yang penting2 ke?

Selalunye borak orang pompuan je la punnnn...
Jadi dia tak amik port sangat

Sabarlah wahai atok2 dan opah ye, lagi  10 hari je pun nak mengundi dan selepas tu our time back to normal....boleh balik jenguk mak abah dan mama abah seperti biasa sebelum suami berangkat untuk kursus dia pula...

Adoiiiii....lepas ni giliran atok2 dan opah la pula bergilir2 datang ke rumah kami sebab risaukan aku nak bawak kete 2 beranak 2 jam setengah nak sampai ke Puchong dan Manjung...

Sudahnya deme yang buat keputusan bergilir hujung minggu ke Kuala Selangor...huhuhu

Semua cucu nan sorang punye pasaiiii

Ok la...
As-salam :)



No comments:

Post a Comment