About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Sunday, April 7, 2013

Tetibe Demam Panas

Assalamualaikum
Perkara yang paling mak bapak risau sekali bab anak ni kan, kalo anak demam..Memang risau tak tahu nak cakap la kan.
Perasaan ni sama la juga dengan aku pun.
Alauddin memang jarang sakit..Alhamdulillah..
Tapi 2 minggu lepas Alauddin kene demam panas secara tiba-tiba.
Kami laki bini memang pelik sebab secara tiba-tiba Alauddin demam.
Tapi aku memang perasan, petang dalam kul 6 lebih Alauddin ada tengok iklan twisties yang kuar badut terkejutkan orang tetibe tu.
Part mula2 yang kuar menatang apa ntah kuning2 kat belakang plastik kepok tu, dia diam je la.
Tapi bila tetibe kuar badut depan skrin tv, menggelupur la Alauddin lari ketakutan!!
Nasib la aku ni tak jauh dari dia, ada la 5 6 langkah je.
Nasib baik juga Alauddin bukan kat depan tv...jarak dia dengan tv dalam 2 kali depa aku.
Tapi yang kesian tu cara dia nak sampai kat aku.
Sambil suara dia jerit takut, dia berlari.
Dah la tengah terkejut, takut pulak tu, berterabur kaki dia aku tengok nak sampai kat aku tu.
Dah sampai terus peluk aku kuat-kuat.
Tekap muka kat badan aku.
Jantung aku berdegup cam orang baru lepas berlari 100m je gayanya
Terperanjat aku dengo dia menjerit tetibe.
Lepas tu memang alert la aku dengan iklan tu.
Bukan aku je, suami aku pun sama.
Tido malam tu, aku perasan masa Alauddin merengek tengah2 malam, aku bagi susu, dia tak mau nyusu sambil mengiring.
Dia bangun landing badan dia atas badan aku, baru dia menyusu.
Selalu kalau siang2 time dia jaga tu memang rupe tu la dia nyusu.
Kalau nak tido atau masa tido dia nyusu sambil mengiring la.
Bila dia landing tu, aku rasa badan dia panas dari biasa.
Aku tengok jam pukul 4 pagi.
Bila dah tahu tu, tido aku memang tak lena mana la sebab aku nak pantau panas dia tu.
Dah la aku ni jenis penakut punye mak.
Tapi pagi tu, badan die tak panas sangat pula.
Aku cek suhu 38.
Aku cerita kat abahnye, memang suami aku kata rasa panas die tu.
Aku cerita sekali pasal dia takut iklan badut twisties tu.
Suami aku cakap demam terkejut kot sebab tetibe je.
Kebiasaan aku, kalau nak demam atau badan rasa tak sedap, ubatnya mandi je le.
Adik2 aku dulu pun mak aku ajar rupe tu.
Kerap mandi tapi jangan lama beno kang boleh jadi gigil walaupun badan panas.
Pastu masa basuh kepala tu, tekap2 air kat kepala bagi panas tu keluar.
Cam tu la aku buat kat Alauddin pun.
Pagi tu, aku mandikan Alauddin macam biasa tapi tak lama la dan tekapkan air kat kepala dia.
Memang turun suhu dia ke paras normal.
Lepas tu pakai pampers je la manjang pun.
Sebab nak bagi panas tu tak terperap je dalam baju kan.
Cuma yang bagusnya, dia tak meragam walaupun demam.
Elok je main cuma kadang2 tu nak kite depan mata dia atau nak meriba tapi tak de merengek atau meragam la.
Aku memang kerap mandikan dia, dekat 5 kali sehari aku mandikan.
Petang sikit dia dah start ligat dia balik, berlari ke sana ke mari, menari kalau dengar lagu, tak duduk diam la senang kata.
Tapi badan masih rasa suam, dedor kata orang tua kan.
Aku masih pakaikan dia pampers je.
Malam tu, dalam pukul 10, aku rasa badan dia panas balik.
Alauddin pun nenyusu sambil memerap kat aku la tu.
Aku cek suhu, aiyakkkk
39.5....kejap betul naik suhunya.
Aku memang dah riso tahap babeng dah
Aku ajak suami gi klinik jap tengok demam dia.
Suami aku memang terkejut le sebab 39 tu memang dah panas la
Demam ni bila panas lebih yang kite risokan kot kene sawan je le..
Kalau dah kene sekali, kebarangkalian nak kene kemudiannya adalah tinggi.
Lap2 badan, tapi aku kerap cek suhu dia.
Aku guna yang letak kat dahi tu
cepat sikit dapat bacaan dari yang letak kat celah ketiak
Pukul 11 malam, pegi klinik la sudahnye.
Tapi sampai kilinik, badannye balik suam, cam dedar je
Suami aku cerita abis la kat doc pasal suhu naik turunnya tu
Doc cek suhu 37.8
Doc cek jantung, ok katanya
Doc cek telinga, pun ok...
Doc pesan kalau demam panas, bila cek telinga ada najis yang cair bertakung atau meleleh, mungkin masalah taik telinga tersumbat dalam telinga dan boleh sebabkan demam panas juga.
Doc cek dalam mulut Alauddin, de tonsil katanya.
Tapi tak teruk, cuma baru nak jadi
Doc kata ada kesan merah kat anak tekak
Yang lain ok
Doc kata kalau tonsil memang kebanyakkan budak atau orang dewasa akan demam tapi ada juga yang tak demam.
Tapi kalau demam tu bagus sebab bagi petanda daripada de tonsil tapi tak demam so kita tak tahu yang kita ada tonsil.
Aku kan mak yang penakut, abis aku tanya bukan2 kat doc tu.
Aku cakap teruk ke tonsil anak saya doc.
Doc kata tak teruk, sebab baru nak jadi lepas tu bukan tonsil yang bahaya cam kat yang kita selalu dengar tu.
Ni masih terkawal dan boleh diubati.
Makan ubat dah boleh ilang...kata doc
Doc cakap de selesema ke, batuk ke, aku cakap tak de.
Doc kata biasanya, selepas demam tonsil, akan datang demam selesema atau batuk.
Jadi doc bagi ubat demam, batuk selesema dan antibiotik.
Tapi ubat batuk selesema tu doc kata kalau ada selesema atau batuk baru bagi.
Kalau tak de, tak perlu bagi.
Yang penting antibiotik dan demam kene bagi la.
Alauddin ni apa doc tu buatt kat dia, diam je.

Suami aku pula heran sebab diam baik je masa doc periksa jantung, cek telinga, cek tekak.
Tak de menguit pun.

Balik rumah ready nak bagi ubat je la.
Bagi ubat pun senang Alauddin ni.

Picit je ubat dalam 3 kali suap, elok je die telan.
Agaknya jarang bebeno makan ubat, dia ingat cekelat kotnye
Tapi ubatnya memang manis pun, hujung2 baru rasa pahit sikit.

Tapi Alauddin tetap Alauddin.
Main je la manjang walaupun dah tengah malam.
Serupa orang tak demam.

Tak lama lepas tu tido la dia.
Malam tu tido nyenyak je, cuma hek hek nak susu je

Pagi tu bangun tu terus segar, terjerit panggil abah dia, tersengih2
Aku cek suhu dah 37 je
Kira normal suhu dia la.

Alhamdulillah...lepas tu memang dah sihat seperti biasa la.
Lega dah hati aku

Memang la dia demam dalam sehari je, tapi tu pun aku dah cuak, dah risau dah.

Ni la pun pertama kali dia kene demam panas yang tinggi cam tu.
Selalu tu cam nak demam, tapi tak jadi, tu pun kalau balik berjalan mana2...
Agaknye sejuk panas kot

Tapi yang pentingnya, kene kerap mandi nak2 plak cuaca sekarang ni
Plus kene banyak minum air masak

Cam tu la juga aku train Alauddin
Memang air masak tu dah cam air susu dah untuk Alauddin
Time dia demam lagi kerap aku bagi air masak

Nasib Alauddin jenis cam abah dia, suka air masak
Dan kalau ibu yang breastfeed anak, lagi kerap bagi anak susu, lagi cepat proses penyembuhan dia.

Pasal iklan twisties tu, memang dia dah tahu.
Dan aku pun akan pusingkan dia membelakangkan tv kalau kuar iklan tu

Skang ni lama dah aku tak nampak iklan tu
Dah kuar iklan baru plak yang de mak, ayah, adik, nenek rupe badut mana ntah, yang bawak awek die jumpe famili die tu.

Nasibla Alauddin bukan takut badut, dia cuma takut iklan tu je
Badut lain yang die tengok, elok je, tak de pula takut.

Kiranya tak de trauma dalam diri die tu
Mana la tahu kot terserempak ngan badut kat luar ke kan
Idok le die takut

Ok la..tu je nak kongsi pun

As-salam :)



No comments:

Post a Comment