About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Thursday, April 25, 2013

Tolonglah!!

Assalamualaikum

Antara topik bualan beberapa hari ini adalah pasal peknen. Pas sorang sorang kawan aku peknen.
Masalahnye yang peknen tu deme kan
Tapi mesti nak suruh orang join sekaki kan...

Adoiiii....rileks babe
Kome gerak dulu...sampai masa aku follow ye :)

Mana tahu tetibe Allah bagi rezeki kembar  ke, kan dah sama level ngan kome yang tengah peknen tu.
Aminnn...sape tak nak rezeki kembar ye dokkk :)

Bila dah nyembang2 tu kan, ada la 2 3 orang duk tanya pasal aku

Anak ko nyusu badan lagi ke?
Aah...
Banyak lagi eh susu ko?
Alhamdulillah...
Anak ko tak makan?
Makan dia selera je
Ohhhh....larat eh ko ni...anak dah setahun setengah pun nyusu lagi...

Kalo aku malas la, renyah je
Sikit2 nak susu...
Bagi susu tepung senang je, bancuh dalam botol pastu bagi, pandai la dia minum sendiri

Sampai situ aku dah terkedu
Apa yang tak larat???
Apa yang renyah??
Apa yang senang???

Bf ni aku dah lalui hampir setahun setengah, dan aku masih sedang menikmatinya
Malah berdoa setiap hari semoga sentiasa ada rezeki untuk anak-anak aku.

Tapi aku malas nak balas panjang2 sebab bab ni susah nak dijelaskan walaupun dah masuk macam2 zaman dah..
Masing2 punya pilihan dan kehendak...

Kalau yang Allah kurniakan rezeki yang kurang dalam bab bf ni, memang la aku tak nak komen atau kata apa, sebab ni rezeki, bukan kuasa manusia nak kawal dan tentukan.

Tapi kalau memang Allah dah bagi rezeki melimpah ruah dalam bab bf ni tapi memilih untuk tidak melakukannya sebab renyah, susah, nak senang je, dan macam2 alasan untuk kepentingan diri sendiri.......

TOLONGLAH JANGAN pertikaikan ibu2 bf yang lain
dengan memberi cadangan yang bukan2 dan pernyataan yang mengjengkelkan.

Plus STOP kata bf itu menyusahkan JIKA kamu sendiri pun tak sokong susu ibu itu sendiri.

Just follow je apa yang kamu dah pilih untuk diri kamu dan anak kamu ya :)

Aku selesa begini dan TIDAK rasa menyusahkan walau sedikit pun
In shaa Allah aku memohon rezeki dalam bf ni sentiasa ada untuk anak-anak aku yang akan datang.

As-salam :)






No comments:

Post a Comment