About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Wednesday, May 29, 2013

Mee Rebus Kuala Selangor

Assalamualaikum

Hari ni nak share la resipi Kuah Mee Rebus Kuala Selangor.
Sebab apa nama Kuala Selangor?

Sebab kat sini je aku jumpa kuah macam tu
Tempat lain tak de lak aku jumpa

Duk makan setiap minggu aku dapat catch up la pe bahan-bahan deme guna untuk buat kuah tu kan.

Bahan utama dia keledek oren tu.
Nak sedap guna yang saiz comel2 je
Manis gitu :)

Bahan - bahan utama : 
Keledek - direbus hingga lembut 
Ubi kentang - untuk pemekat - buang kulit dan rebus hingga lembut
Kemudian blend kan.

Bahan - bahan untuk kisar
Bawang besar
Bawang putih
Halia - aku bubuh banyak sikit sebab aku suka halia 
Lengkuas sikit
Udang kering
Cili kering

Semua bahan di atas di blend ye hingga hancur.

Kacang tanah - digoreng dahulu - buang kulit - blend separa halus

Bab buang kulit kacang tu mesti ramai yang malas kan
Tapi bab letak kacang tanah tu la yang buat kuah mee rebus ni spesel dari tempat lain.
Tapi kacang jangan banyak sangat.
Janji rasa kacang separu halus tu masa hirup kuah..
Nikmat betul :)

Cara masak : 
1. Panas minyak, tumis bahan - bahan untuk kisar tu sampai naik bau yang sangat wangi.

2. Kemudian masuk kacang separa halus yang dah diblend

3. Masak sampai naik minyak ye.

4. Kemudian masukkan keledek dan kentang yang diblend tadi

5. Reneh sampai menggelegak ye

6. Masuk gula melaka - aku guna 2 ketul


Ni la rupe gula melaka ye...2 ketul aku guna.

7. Masak sampai menggelegak pastu boleh la masuk perasa garam segala ya.
Kemudian boleh la tutup api dan siap untuk dihidangkan.

Biasa orang masak kuah mee rebus guna air rebusan daging kan.
Kadang-kadang ada yang guna isi daging masuk dalam kuah tu.

Tapi kat Kuala Selangor ni tak de, bahan penyedap deme kacang tumbuk tu la.
Memang sedap.
Rasa pedas2 manis gitu sebab guna gula melaka kan.
Pastu bila dalam mulut, sambil hirup kunyah kacang tumbuk
Perghhhh....nikmatnyeeeee :)

Kira kuah mee rebus ni orang yang tak makan udang ke, daging ke, ayam ke. boleh layan la sebab tak de guna bahan2 dari sumber2 yang disebutkan tu.

Suami aku mee berkuah ni memang dia tak layan.....melainkan mee rebus kat kuala selangor je.
Selain tu tak de nya dia nak makan - tak pernah pun!!

Kuah mee rebus deme pun sedikit coklat gelap dari mee rebus biasa kita tengok warna coklat cerah cam mee kari tu.

Bahan-bahan untuk mee semua orang tahu kan
Bantai la nak letak apa pun janji kome makan

Taugeh mentah, fishball, sotong ball, daun sup, bawang goreng, cili potong, air perahan limau kasturi
Jangan lupa telur rebus sebiji.
Cukup dah......:)

Jadi, boleh la nak try buat kalau buntu tak tahu nak makan apa petang2 kan.
Memang sedap tau :)

Last, pic mee rebus aku yang siap untuk disantap


Wallah!!!







As-salam 






Monday, May 27, 2013

Rindu Anak

Assalamualaikum

Alauddin masih dalam keadaan biasa. Mungkin dia ingat abah dia pergi kerja seperti biasa. Tapi bila tanya mana abah...dia akan pergi kat pintu dan panggil abah...abah..abah...

Malam tadi masa nak tido pandang lama kat tempat tido abah sebelah mama. 
Kebiasaan Alauddin, panjat badan mama bergolek kat sebelah abah sampai terselit rapat kat belakang badan abah.
Lepas tu bangun sergah abah konon nak terkejutkan abah.

Tapi malam tadi, panjat badan mama, bergolek langgar bantal peluk abah.
Bila bangun pandang bantal abah, panggil abah...

Masuk bilik pun, bila mama dah tutup pintu, mata Alauddin pandang pintu.
Tunggu abah masuk.
Sebab abah biasa sebelum masuk bilik mesti mandi dulu.

Jadi mama dan Alauddin akan masuk dulu dalam bilik, baru abah masuk.
Terkebil-kebil mata Alauddin tunggu abah tak masuk2.

Tengah malam suami call, cerita perihal seharian Alauddin tanpa abah.
Masih belum cari abah, keadaan dia seperti hari2 biasa. 
Cuma bila sebut abah, baru dia mencari.

Jadi suami kata jangan selalu tanya dia mana abah, kesian pula kalau dia tunggu abah tapi abah sebenarnya tak de pun.

Kesian abah, rindu sangat kat Alauddin.
Masa call suara sebak je.

Rakam video untuk Alauddin subuh tadi pun,air mata bertakung je.
Sebak rasa bila abah ngadu kat mama, abah tak fokus nak buat aktiviti.

Semua ingat kat Alauddin.
Penangan anak sulung la katakan :)

Lagi abah sedih bila minggu ni abah tak dapat balik sebab ada aktiviti luar.
Lagi 2 minggu la abah balik.
Sabar ye abah.

In shaa Allah, Alauddin ok :)

Abah jaga diri elok2 ye...kami tunggu abah balik lagi 2 minggu
Rindu abah juga :)

As-salam

Sunday, May 26, 2013

Masanya Dah Tiba :)

Assalamualaikum

Selepas subuh tadi en suami dah memulakan perjalanannya ke Johor. Aku tak tahu apa perasaan beliau tapi yang pasti riak mukanya seperti tak keruan.

Makin dekat hari nak pergi, makin kerap beliau tak lena tidur, tak selera nak makan, duk ulang cakap sedih nak tinggal anak bini....sabar ye...

Banyak kali juga la aku cakap jangan la terlalu risaukan kami. In shaa Allah semua di bawah jagaan Nya.
Pergilah sahaja dengan tenang. Ke sana kerana tugas, itu pun tuntutan yang perlu ditunaikan sebagai seorang pekerja.

Alauddin masih tidur ketika abahnya pergi. Barang dah siap sedia dalam kereta. Sekali lagi terpacul keluar perkataan yang selalu diulang-ulang.....sedih abah nak tinggal Alauddin....ye..memang sedih...aku yang dengar pun nak menitik air mata.

Dicium anak berulang kali...tapi risau si anak bangun sebab dia jenis suke menggeliat bila diganggu..

Petang semalam dah tuka siap2 tong gas baru...sebab tahu aku tak boleh angkat berat..tong gas lama masih ada isi tapi diletak tepi..sekurang2nya yang baru tahan berbulan2.

Diajar pasal elektrik. Kalau tetibe elektrik kene tendang, apa fius nak usik apa jangan usik, apa nak buat.....semua ditunjuk 1 persatu...risau dia..padahal aku dah tahu

Dipesan bawak kereta elok2, seelok keluar pagi dalam pukul 9 ke atas, kereta kurang....nak gerak senang...aku pernah usik dia...sayangnye ngan kereta...takut calar....aku senyum..

Tapi muka die serius...sangat serius..bukan pasal kereta...tapi pasal aku...kalau kereta sendiri calar..dia tak kesah kalau kereta orang??? Siapa nak berhadapan kalau bukan aku?? Siapa nak menjawab kalau bukan aku??? Kalau dia dekat tak pe, berdesup datang....ni jauh siapa nak tolong???? Kalau orang layan kasar, siapa nak tolong???

Ok.....aku silap bergurau dalam situasi yang sedang serius...memang dia risau...

Bertuahnya aku sebab kawasan sekeliling aku penuh dengan segala kemudahan. Bank ada, pasar malam ada 2 hari seminggu, speedmart ada, segala jenis kedai ada...tak perlu nak keluar sampai jalan besar...semua lalu ikut kawasan taman perumahan je...Alhamdulillah...mudah kat situ.

Kalau orang lain akan kata, ala....kami pun berjauhan juga, bertahun-tahun dah...tapi ok je...Alhamdulillah..

Memang la...kerana mereka itu sudah biasa....sudah kebal...sudah tabah melaluinya....tapi ketika kamu mula2 melaluinya dulu...pasti akan melalui perasaan yang hampir sama kan...

Tinggal isteri seorang pun sudah gundah gulana inikan pula sudah ada anak....bapa juga hatinya mudah tersentuh seperti seorang ibu..

Hakikatnya...kami memang tak pernah jauh, tak pernah pisah...

Berkursus sehari di luar pun kami berdua dibawa bersama. Ada yang memang dibiayai sepenuhnya ada yang suami keluar duit sendiri....asalkan dia bawa kami berdua.

Pernah beberapa kali aku kata pergilah, kami tinggal pun tak pe, bukan lama...semalam je kan...
Tapi dia tak nak....nak bawa juga anak bininya walaupun kami duk di bilik aje.....ye le...ada hotel dalam hutan...mana nak berjalannye pun. Duk je la diam2 dalam bilik nun....

Kerja malam pun ada tak balik rumah tapi die kurang risau sebab dia tahu dia ada dekat2 je...ada apa2 juz call nanti die balik..

Risau dia bukan apa....kami tinggal berdua...mak ayah masing2 jauh...makan 2 jam setengah perjalanan juga...setengah orang duduk suami isteri jauh pun masih ada keluarga yang dekat2....kadang2 1 kawasan...ada juga yang 1 taman perumahan...

Lebih best yang memang duduk dengan keluarga sendiri dari mula kawen. Jadi ada orang yang boleh tengok2 kan mereka. Segala mende boleh diuruskan beramai-ramai.

Risaunya lebih di situ. Hanya sebab kami berdua dan anak yang masih kecik.

Bila lagi nak belajar berdikari kan...Teringat ma dulu...anak berderet-deret sebab umur kami hanya beza setahun sahaja...abah belayar masa kami kecik..6 bulan tak balik...bila balik anak dah cerdik..

Si wan masa kecik takut dengan orang. Bila jarang tengok abah, mula la nangis tak nak masa abah nak dukung. Apa la perasaan abah masa tu kan.

Balik belayar cuti 2 minggu je, lepas tu sambung belayar balik. Tinggal ma jaga kami 3 beradik masa tu....lagi la mencabar kan.

Kami hanya berpisah untuk 6 bulan sahaja...masih bole balik dalam tempoh berkursus, 2 3 minggu sekali balik la kejap. Ahad balik semula. Pejam celik pejam celik dah abis kursusnya.

Selesai kursus tu, kehidupan in shaa allah kembali seperti biasa.

Cuma sekarang keadaan makin mudah. Hidup lebih selesa. Ada beberapa urusan isteri kat rumah pun boleh selesaikan walaupun suami jauh.

Urusan segala mak nenek bil semua di hujung jari je, semua dah pakai smartphone, juz sediakan line tenet semua hal setel...tak yah panjat2 bangunan nak beratur bayar pun...memang mudah...

Cuma nak cucuk duit je kene gi bank...yang lain semua kat rumah boleh settle. Jadi, banyak urusan dah mudah dah...

In shaa allah ada keseronokan belajar berdikari ni. Yang dapat ilmu bukan orang lain...diri sendiri juga.

Mak ayah masing2 memang la risau...tapi mereka tu kan orang tua...perasaaan risau memang tak jauh dalam diri mereka....siapa tak sayang anak menantu cucu sendiri kome.....sayang bebeno...

Doa si suami diharapkan si anak tak de sakit2 yang merisaukan, urusan menjaga mudah, sihat walafiat hendaknya... isteri pula tak de perkara yang membebankan dan semua dipermudahkan.

Doa kami berdua diharapkan perjalanan jauh itu sentiasa dalam rahmat Allah, terpelihara segala-galanya...ketika pergi dan ketika balik...kursusnya juga dipermudahkan dalam segala hal....in shaa allah...amin..


As-salam

Thursday, May 23, 2013

Simple Tapi Seksi :)

Assalamualaikum

Teringin nak bergaya seksi persis model korea walaupun hanya untuk tatapan suami??

Pergghhhh!!! Cara tak ayat promo aku....hihi

Aku kan selalu berangan tau walaupun duduk rumah tapi pakaian dalam rumah mesti kene cantik juga.
Aku kat luar memang biasa je, tak de make up bagai.
Selalu sangat keluar tak berbedak pun...hoho

Aku suka tengok filem omputih yang wifenye kan buat kerja rumah, sibuk seharian layan anak, masak, basuh itu ini tapi masih dalam keadaan yang seksi...

Tapi bila keluar mana2 dia simple je, juz sarung pakaian casual simple, jalan dengan suami dan anak2.
Tapi kat dalam rumah dari cara mandi sampai la berpakaian memang tip top dan gojes.

Maksud cara mandi tu, time mandi selalu scrub badan, syampoo rambut, rendam badan dalam air wangi, lepas tu baru pakai baju seksi....
Perghhh...aura seksi terus datang.

Terpengaruh betul aku dengan life wanita sebegitu tau.
Rasa macam wanita tu ada sense of sensual yang sangat tinggi walaupun dia hanya duduk di rumah berkhidmat untuk suami dan anak-anak je
Tapi penampilan dia mengagumkan!!

Aku memang sedang mencari online shop yang ada menjual pakaian casual yang seksi tapi comel macam dalam filem tu...haha...
perlu ke mak esah mentioned "macam dalam filem" tuuu..adoiii

Cari punya cari jumpa la 1 online shop yang memang banyak gile pilihan dan design yang sangat2 meletops uolsss

Online shop ni dia menjual pakaian2 santai yang comel lote gitu tapi seksi tau.
Tergoda mak noks...huhu

Harus diingatkan juga ya, seksi hanya di rumah dan untuk suami sahaja.
Itu aku lah, orang lain aku tak tahu.
Bab aurat ni sendiri pikir la ye.

Nama fb die FEMME ELEGANT BOUTIQUE
atau website die www.fe.com.my

Aku ni kalau membeli suka try test dulu tengok cam mana kan
Walaupun masa duk usha2 tu rasa nak rembat 10 helai!!!! 
Semua gojes2, comel2, lawa2....geram je tengok tau.

Jadi setelah memilih hampir 1 hari setengah...haha...poyo kan
Aku beli dulu 2 helai skirt dan sehelai t-shirt


Ni skirt kembang, kain satin, lembut sangat dan sedap dipakai.
Agak seksi sebab jarang sikit dan paras peha.
Nak pakai tido sesuai, pakai siang pun boleh
Dia ada baju sama corak dengan skirt ni tapi jual berasingan, tapi aku tak perasan
Ingat nak beli baju die plak baru comel gitu...hahaha




Ni skirt ketat tapi kain bergetah
Pinggang dia sedap, tak ketat sangat
Kat tepi ada belah, so mudah untuk kita bergerak ketika melakukan kerja seharian dalam rumah.




Ni aku beli shirt dia je.
Butterfly sleevelass shirt namanya
Kain satin juga, sedap dipakai, dan sedikit jarang.
Yang penting ada aura seksi gitu....hahahaha




Masa sampai parcel ni. excited aku nak tengok rupe die
Adakah sama seperti dalam gamabr kan
Sekali depan mata lagi la cantik!!

Harga dia tak la mahal sangat, sedang elok je la dengan kualiti material dia tu.
Setiap sehelai harga tak sampai pun RM60.
Lepas tu kalau kita beli melebihi RM100 dapatlah free postage
Kan dah jimat kos pos :)

Aku pernah tanya suami aku pasal nak pakai baju macam ni
Pada mulanya dia kata janganlah, nanti ada orang datang rumah macam mana??

La......aku tanya balik pernah ke masa orang datang aku pakai terdedah???
Tak pernah kan....huhu
Risau sebenarnye dia ni

Lepas tu terus dia pesan siap2, jangan pakai macam ni plak masa dia tak de.
Hahaha....baik bos!!!

Rumah aku jarang orang datang, cuma orang pos barang je la yang hari2 datang.
Tapi aku dah tahu masa deme datang tu pukul berapa.
Jadi masa tunggu deme datang tu, aku tak de la pakai seksi meksi

Pakai siap-siap yang menutup aurat.
Mesti lah aku jaga aurat, sayang suami tak nak bagi dia berdosa kene tanggung dosa aurat aku.
Sama ada sengaja atau tak sengaja kan.
Kesian suami aku....huhu

Aku nak pakai pun time suami ada la
Sebelum suami balik kerja je atau masa balik lunch.
Malam tu seharusnya la....hahahaha!!

Jadi, kalau korang mencari2 pakaian simple untuk dipakai di rumah tapi nak seksi meksi sikit, boleh la usha website dieorg ni.
Service tip top, respond pun cepat.

Tapi bayar cepat la kalau nak orang process cepat kan...
Ni bayar pun lambat tapi sibuk tanya bila nak dapat barang...hoho
Ok...selingan je tu :)

Selamat mengusha la ye...
Pilih jangan tak pilih

Aku pun nak sambung pilih lagi ni...hoho
Nak tambah koleksi sikit2 je :)

As-salam





Wednesday, May 22, 2013

Pesanan Mereka Untuk Anak Menantu

Assalamualaikum

Selama hampir 2 tahun setengah menjadi seorang isteri, insan yang paling rapat dan banyak bagi pesanan kat aku dalam melayari alam rumahtangga adalah mak.

Ma ada juga bagi pesanan tapi dalam bentuk general atau basic sahaja. Maksudnya pesanan biasa seperti kebanyakkan ibu2 lain pesan kat anak perempuan mereka.

Tapi mak aku memang pesan direct setepek punye. Mungkin sebab mak jenis outspoken berbanding ma yang lebih lembut.

Berkahwin dengan abah aku yang mempunyai perangai tegas, serius dan garang tapi dalam masa yang sama sangat mudah menangis....jarang kot nak ada pada kebanyakkan lelaki...pada pendapat aku la...

Mak memang jenis taat dan patuh dengan segala tutur kata abah. Tak pernah melawan, menjawab apatah lagi membangkang.

Ma aku pun sama...sangat lemah lembut, suara halus je...tak pernah tinggi suara pada abah, tak menjawab, tak membangkang, apa abah minta ma buat sehabis baik. Cuma jodoh mereka tak panjang...rezeki dan jodoh Allah yang pegang...ada hikmah semua itu..

Yang paling aku bersyukur, ma dan abah tak pernah saling memburukkan antara 1 sama lain, malah abah selalu cerita pasal ma kat kami, dan ma pun selalu bercerita kebaikan abah pada kami.

Tak de langsung perkara buruk yang keluar dari mulut ma dan abah mengenai kisah kehidupan mereka dahulu. 

Mak pula??? Memang tak de langsung rasa cemburu bila abah kongsi cerita ma dengan kami anak bernaak, malah cerita dikongsi bersama mak.

Alhamdulillah...aku bersyukur sebab dikurniakan ma, mak dan abah yang memiliki hati yang sangat baik, payah nak jumpa tapi memang ada :)

Dari segi perwatakan, ma lebih lembut dari segi tutur kata dan perbuatan. Gerak kerja ma lemah lembut dan perlahan..orang kata tak laju tak pelan la kalau buat kerja rumah.  Ma buat kerja jenis selesai 1 kerja baru beralih pada kerja seterusnya.

Tapi mak aku jenis laju tapi cekap buat kerja malah boleh buat 2 3 kerja dalam 1 masa. Sebab mak banyak pengalaman kerja masa muda remaja. Dari selembut kerja sampai sekasar kerja mak pernah buat sebelum kahwin dengan abah.

Ma pun banyak pengalaman kerja tapi ma banyak kerja kat pasaraya jadi salesgirl. Kerja lain ma tak pernah buat sebab ma kata kat Kuantan zaman dulu kerja pasaraya je la senang dapat. Plus ma ada SRP, senang la dapat kerja pasaraya. Gaji pun ok ma kata..dulu2 la..

Mak aku sekolah takat darjah 6 je sebab arwah tok dulu anak ramai pastu kerja kampung je...Mak aku bagi peluang kat adik2 dia belajar abis. Mak cite masa sekolah nak jadi nurse sampai pernah berlakon masa anugerah cemerlang jadi nurse, tu sebab ada watak nurse, kalo xde memang tak de nye nak join berlakon. Mak kata suka dengan pakaian nurse, putih bersih.

Sampai la sekarang, suka sangat berkawan dengan nurse. Mak kata kerja nurse kerja yang mulia, walaupun ramai yang kutuk nurse, tapi mak aku puji melambung sebab tak pernah pun sepanjang mak aku menggunakan khidmat nurse, kene mende2 tak elok....

Semua nurse jadi kawan mak aku sudahnye...
Kita layan orang elok, orang pun senang nak layan kita elok
Tu mak aku pesan la...

Tapi hajat mak tak sampai...tak pe tak de rezeki...jadi nurse untuk anak2 dan suami pun cukup hebat dah mak. Mak pernah keje kilang papan, kilang buat komputer, kilang elektrik, kilang besi, jadi pengasuh, jadi tukang masak kat restoran, kerani pejabat dan pekerja kedai kek.

Tapi kahwin dengan abah, terus tak kerja dah sebab abah tak suka isterinya bekerja. Sama la macam ma aku pun..kahwin je tak kerja la sudahnya.

Jadi, kedua dua mak aku mempunyai kisah yang hampir sama dalam cara mereka menghadapi alam rumah tangga cuma sedikit berbeza mengikut pengalaman mereka dalam menjaga seorang lelaki yang sama.

Ma bersama abah ketika abah muda, dari zaman 20-an hingga pertengah 30-an. Jadi pengalaman ma adalah semasa mereka masih muda dalam melayari alam rumahtangga.

Mak pula bersama abah ketika sudah hampir ke usia 40-an. Ada beberapa sikap dan perangai abah yang sama tapi berubah mengikut peredaran usianya.

Jadi kedua-dua mak aku menggunakan pengalaman mereka itu dalam memberi pesanan kepada aku yang masih mentah dalam alam rumahtangga.

Abah juga banyak bagi pesanan tapi lebih menjurus kepada hak seorang suami sebab abah seorang lelaki sudah tentu abah pesan supaya aku taat pada suami kan, apa bole buat apa tak boleh buat.

Tapi mak aku bagi pesanan bagaimana nak jadi isteri yang taat pada suami bukan bila suami suruh taat baru nak taat.

Contoh kan masa aku dalam fasa bertunang, bila aku balik sekali sekala kat Manjung, nak keluar la berjalan ke gi mana2 mesti mak pesan dah bagi tahu nas kamu nak keluar? Dia tahu kamu nak keluar?

Ada sekali aku cakap masa tu keluar dengan mak abah la ke Lumut nak makan2 tepi laut, bila mak tanya cam tu, aku jawab la...kan kita keluar dengan mak abah, kene bagi tahu juga ke?

Mak aku tak jawab, tapi abah aku yang jawab, katanya.... biasakan diri tu minta izin nak keluar atau pegi mana2 masa sekarang ni, tak de la masa dah kahwin nanti jadi kebiasaan mula la susah nak ajar....
memang terus senyap la aku lepas tu.

Lepas tu masa aku minggu awal mengandung, suami terpaksa anta aku ke Manjung sebab rumah belum dapat masa tu, aku plak mabuk2, suami risau tak de orang nak tengok2 kan aku.

Masa aku call cakap kat mak pasal hal ni, mak tanya memang nas nak anta kamu ke atau kamu yang minta nas anta kamu ke mari?

Aku cakap kat mak nas suruh aku duk ngan mak abah sebab dia belum dapat rumah lepas tu mama pulak sibuk seharian kat kantin.

Baru mak abah aku lega sebab nas sendiri nak anta aku sebab risaukan aku. Mak pesan jangan susahkan suami semata-mata nak ikut kehendak kita, kalau kita sendiri boleh kawal situasi tu...

Ye la, time tu baru 3 bulan lebih kawin, duk plak asing2, aku kat Puchong suami kat Kuala Selangor.  Dalam duk cari rumah, dapat tahu peknen plak, awal2 mabuk, tu yang tak tentu arah tu. Tapi tak lama pun, 2 minggu je lepas tu dapat rumah, sambung mabuk kat rumah sendiri plak...huhu

Masa suami nak balik Kuala lepas hantar aku, abah sempat pesan, jangan risau, abah ngan mak akan jaga aisyah baik2, kamu kerja elok2, tenang je ye. Kamu izinkan dia ye duk dengan abah kejap sementara kome dapat rumah.

Suami aku plak sebak, dia jawab kalau ada rumah dia tak hantar aku balik sini sebab dia ada dan boleh jaga aku, tempat kerja bukan jauh pun. Tapi sebab dia jauh nak jenguk aku kat Puchong tambah plak letih weh nak ulang hari2 hampir 2 jam atas jalan, sampai rumah pukul 10 lebih, esok pagi pukul 6 pagi dah gerak pergi kerja....tak cukup rehat gayanya...tak sanggup aku nak tengok beliau begitu. Balik hujung minggu cukuplah...

Begitu juga masa aku tunggu masa nak bersalin...genap 9 bulan suami dah anta balik Manjung sebab aku ada GDM jadi kene ada susulan khas dengan hospital setiap 2 minggu. Suami juga ada kursus dan program sepanjang aku nak menunggu hari tu.

Sekali lagi suami minta kebenaran abah nak hantar aku balik Manjung dan minta jagakan aku sebab dia ada urusan kerja. Hujung mingggu dia balik jenguk aku.

Jadi urusan ke hospital dan KK, dengan abah la aku pergi. Setiap kali nak keluar, mak pesan dah mesej ke call nas cakap nak pergi check up ni..Bagi tahu dia dulu nak pergi mana2 walaupun dia tahu kamu memang kene pergi check up.

Biasanya memang aku bagitahu awal la sebab rajin sms call apakan, jadi aku kabo siap2.
Sama la juga masa dalam pantang nak amik darah Alauddin kat KK sebab jaundice, tak pernah lupa mak aku pesan bagi tahu suami walaupun nak keluar dengan abah sebab suami kamu hak dia lagi tinggi dari abah.

Abah aku pernah cakap, kalau suami tak izin, abah pun tak de hak nak bawak aku melainkan boleh bawa mudarat.

Pernah sekali aku kene ceramah sekejap dengan mak aku. Kisahnya minggu tu kami dah berjalan ke Kota Bharu selama 2 hari 1 malam. Pergi dan balik ikut Grik.

Paham2 je la jalan Grik tu mana rupanye, dengan bengkang bengkok berbukit bukau bagai, aku plak dalam 3 4 bulan peknen masa tu, mabuk pun ada lagi, duk muntah berkali-kali sebab pening.

Balik dari Kelantan, 2 hari lepas tu ke Penang pulak tapi dengan mama ada kenduri kawen. Aku awal2 surrender tak nak ikut sebab letih balik dari Kelantan tak abis lagi plus aku tak nak tempuh perjalanan jauh buat masa tu, udoh2 lerrr...

Jadi suami decide anta aku ke Manjung sebab dia kene gi ke Penang sekali sebab mama dan yang lain2 tak tahu jalan nak ke rumah pengantin...jadi harap kat suami je la.

Sampai Manjung malam, abah dan mak sambut kepulangan kami. Abah tanya memang nak anta aku ke mari atau sebab aku yang tak nak ikut? Sebab abah nampak kot riak muka aku macam tak berapa hepi je kan.

Suami cakap memang dia nak anta, balik penang dia amik, sebab dia tak sanggup tengok aku penat jalan jauh.

Padahal sebelum hari tu, aku dah call mak ngadu pasal hal ni, aku tak nak ikut sebab tak larat.
Tapi mak aku pesan ikut apa cakap nas, kalau dia minta ikut ke Penang, ikut la, nanti dia tahu la nak jaga kamu.

Kalau memang dia nak anta, tak pe la, tapi jangan kamu plak paksa2, nangis2 nak suruh dia anta.
Bila abah aku dengar perbualan kami melalui phone tu, aku dengar dengan jelas suara abah aku.

Tempat isteri bersama suami. Kene patuh tu.
Mak aku pun tukang sambung la ceramah tu.

Elok suami aku gerak tu, abah tanya macam2 la kat aku.
Sudahnya aku plak rasa berdosa.
Terus la call suami tanya betul ke dia redha aku tak ikut die.
Alhamdulillah...suami redha...siap cakap jangan pikir hal tu...tak de pe pun.

Mak dan abah memang pentingkan bab minta izin ni tak kira la nak buat apa pun.
Duduk serumah dengan mak ayah pun izin suami kene ada dalam segala hal.

Abah pesan suami tak boleh tahu hal isteri dari mulut orang lain, boleh timbul fitnah.
Suami tak boleh tahu perbuatan isteri selepas perkara dah jadi, boleh jatuh dosa.
Isteri tak boleh sembunyi sesuatu perkara dari pengetahuan suami boleh jatuh isteri derhaka.

Memang tersemat kuat dalam benak kepala aku pesan abah tu.

Sama juga dalam bab masak makanan suami.
Mak memang pesan selalu makanan suami kene masak, jangan ajar sangat makan luar.
Kasih sayang rahmat rumah tangga dipupuk dari air tangan isteri, sebab setiap hujung jari isteri ada barakah yang Allah kurnia hanya pada isteri sahaja.

Jadi masaklah walaupun simple sahaja, janji untuk suami.

Aku kalau balik Manjung, lauk suami mak suruh aku masak.
Contoh ari tu lauk ayam, suami aku suka makan ayam masak sambal, mak masak lauk2 lain tapi ayam sambal aku yang masak.
Kalau lauk tempe, aku yang wat semua sampai siap.

Mak pesan walau kat rumah mak ke mak mertua ke, biar kita masak masakan suami kita sekurang-kurangnya apa yang masuk dalam perut suami ada bahagian isteri juga.

Kat rumah mertua, aku biasa masak nasi je la, sebab budaya mama dan mak lain. Mak jenis style kampung, mama plak jenis modern sikit masakannya...

Jadi aku masak nasi je la, lauk pauk aku tolong potong bahan2 dan kacau2 mana yang patut.

Masa aku dalam pantang, opah yang mengurut aku tu pun pesan juga kat aku.
Sebelum nak mula mengurut, opah tanya suami tahu kamu nak mengurut?

Aku cakap tahu opah, kenapa?
Opah pesan badan kita dari hujung rambut sampai hujung jari kaki semua hak suami.
Tak de orang lain boleh sentuh selain suami dan dengan izin dia juga.

Jadi opah nak tahu la sebelum opah sentuh badan kamu ni.
Suami kamu izinkan opah boleh la terus mengurut.

Sampai macam tu sekali pesanan orang tua2 dalam nak jaga hubungan suami isteri.
Sepanjang mengurut tu la opah pesan macam2.

Isteri kene jaga dalaman elok2, sebab semua tu hak suami.
Jangan ambil sambil lewa.
Dalam pantang kene pantang, mesti kene ikut, sebab kita jaga hak suami.

Bila suami bukak mulut tegur kekurangan kita, jangan melenting tak tentu pasal.
Tapi usaha untuk baiki kekurangan kita.

Yang paling bagi kesan kat aku opah pesan nak cantik tak perlu mahal2 macam orang sekarang.
Amal petua lama pun dah elok, dan cantik.

Opah siap ajar cara nak buat bedak sejuk sendiri, sebab katanya tak payah nak beli2 buang duit.
Nak rapat amalkan manjakani, beli kat kedai runcit pun ada, sepeket tahan berbulan, harga tak sampai 3 4 ringgit pun.

Rajin lagi cairkan manjakani tu, nampak pekat sikit, tutup api.
Suam2 rasa boleh pegang ngan jari, gentel2 jadi biji kecik, tunggu dia keras, jadi la pil manjakani,
Buat amalan harian makan 2 biji pagi 2 biji malam.

Nak kulit celah kangkang tak itam, amik manjakani, tumbuk sampai jadi halus, buat bedak kat kawasan yang gelap macam ketiak, pelipat dan celah peha tu.

Buat scrub juga, tenyeh masa mandi, rajin lagi amik daun2 yang orang buat mandi masa dalam pantang, gosok kat badan, boleh ilang daki, bau badan semua.

Semua petua orang lama dan bahan2 semulajadi je pun
Dah bole jaga 1 badan.
Tu opah ajar yang asas je.

Banyak lagi untuk naik seri muka, makan kelopak bunga mawar, nak segar dan bertenaga minum air rebusan sireh...macam2 la...

Tapi pesan2 mereka yang dulu makan garam dari kite ni memang banyak yang baik untuk kite ikut.
Aku suka sangat rujuk apa2 kat mak, ma dan mama.

Tak yah nak tanya kat orang lain dah, 3 wanita hebat ni pun dah cukup untuk aku jadi pedoman dalam melayari rumah tangga.

Aku jarang nak ada masalah dengan suami, mende biasa merajuk marah sikit2 adalah, mende remeh je pun.

Kadang2 masa mak call, aku tengah mood tak berapa baik, tercerita gak kat mak tapi tak cerita penuh la sebab mak pesan jangan cerita hal kurang manis dengan suami kat orang walaupun mak sendiri.

Sebab boleh jatuh air muka suami.
Tapi aku mengaku la, orang muda macm aku, yang pengalaman hidup takat hujung kuku ja, banyak wat silap kan.
Kene juga la ditegur.

Mak pesan hati tu kene didik jangan nak sentap sangat, jangan nak manja sangat, jangan nak sedih sangat bila suami terkasar sikit masa bercakap ke masa menegur ke.

Sebab mak kata suami penat berkerja, jangan tambah penat dia.
Kalau dia tak boleh tolong kita, jangan paksa dia tolong.
Kalau dia rasa nak tolong, tiba2 dia rajin, biar dia tolong, buat sama2
Jangan perli2, tak baik.
Hati suami kene jaga, sebab lelaki lagi senang tersentuh lebih2 lagi yang tegur mak atau isteri dia.

Kalau suami nak rehat, biar die rehat.
Apa yang aku belajar dari mak aku bila tengok cara mak handle kami adik beradik ialah
Bila abah balik kerja masa dulu dan meniaga masa skang, atau baru lepas buat kerja yang penat, abah nak berehat sekejap, atau nak tido sekejap..
mak memang suruh kami semua main senyap2, jangan buat bising, jangan jerit2, jangan gaduh2
sebab mak kata abah nak rehat, abah penat.

Jadi kami terdidik untuk hormat bila abah amik masa untuk berehat.
Mak pesan kene ajar anak2 macam tu, dari kecik lagi supaya dia tahu hormat hak dan masa orang lain.

Jadi, bila suami nak rehat, biarkan dia rehat.
Nanti dah elok, dah ilang letih, dah de tenaga balik, suami sendiri ada mood nak join anak bini.

Jangan suka nak menceceh kat mak ayah, sikit2 nak ngadu kat mak ayah, kalau suami tak suka perangai kita tu, silap2 berdosa pulak sebab kita memulakan perkara yang tidak disukai suami.

Mak pesan suami nak makan apa masak segera. Jangan bagi alasan.
Pernah suami nak makan cucur jagung masa balik Manjung, tu pun sebab nampak jagung kat dapur
Terus mak aku suruh aku masak.
Sebab suami nak makan....huhuhu

Tapi mak memang kental la
Pernah beberapa kali abah lapar tengah malam pukul 2 3 pagi, abah kejut mak nak makan nasi goreng kampung, mak bangun terus masak...siap tanak nasi dulu...hoho
Memang kental dan sabar betul

Mak pernah tanya ada ke tetiba nas lapar tetengah malam
Aku cakap tak de lagi cuma lapar time nak tido adalah
Selalu tido lambat la, pastu nak masuk tido tetibe lapar plak

Tapi selalu masak megi je sebab tu yang dia minta pun
Aku nak goreng nasi dia tak mau, kata nasi berat, nanti kenyang susah nak tido...pulak dah

Mak pesan tak elok biar suami tido dalam keadaan lapar...dia nak makan masak je ikut dia nak makan.

Aku memang selalu kongsi cerita dengan mak.
Nanti mak selit la pesanan dia.
Pesanan mak selalu buat aku terpikir banyak rupenye mende yang aku masih belum buat untuk suami aku walaupun mende tu mudah dan remeh je.

Tapi yang mak paling titik beratkan supaya rumah sentiasa kemas, diri mesti dalam keadaan kemas dan wangi dan bilik tidur mesti bersih.

3 bende tu mak pesan selalu, ingat selalu, cakap selalu.
Kalau kat Manjung, sementara nak tunggu suami sampai, mak suruh aku mandi siap2, kemas bilik lawa2.

Kat rumah aku pun mak pesan macam tu
Bilik tidur kene jaga, sarung tilam bantal semua rajin tukar
Jangan dah tergaru-garu baru nak tuka, jangan suami dah tegur baru nak tuka.
Rumah kene kemas selalu, jangan suami balik rumah macam kapal berperang.

Suami balik makanan siap ada atas meja.
Diri sendiri kene wangi, pakai baju lain, jangan pakai baju sama dari pagi bawak ke petang
Kalau malam, pakai seksi sikit.
Pakai baju tak de lengan pun cukup dah kalau jenis suami tak suka isteri lebih2 seksi macam abah aku..haha
Dia kata malu aaiihhhh....

Penampilan diri kene jaga, bulu2 yang patut tak yah bela, kasi buang, kasi licin.
Rambut kasi ikat ke, kasi sanggul ke, muka kasi segar.
Muka tak mau pucat, kalau memang jenis pucat, calit sikit apa2 kasi ada warna segar gitu :)

Aku memang suka la dengan segala pesanan orang tua aku.
Kalau balik jumpa mak, ma dan mama, memang ada je titipan pesanan untuk aku.

Semua mereka mengharapkan yang baik2 je dalam rumahtangga anak menantu mereka kan.
In shaa Allah....


Jodoh rezeki dugaan cabaran Allah yang pegang
Kita usaha je mana yang mampu dan terdaya.

As-salam

*biasalah kalau entry panjang macam ni, aku kan suka membebel...bebel kat blog sendiri tak pe, jangan bebel kat blog orang...huhu*








Monday, May 20, 2013

Cakap Berulang-Ulang

Assalamualaikum

Korang perasan tak kebanyakkan mak2 kita ni suka cakap atau tanya bende yang sama berulang-ulang?
Aku bukan takat perasan tapi selalu sangat mende ni berlaku dalam hidup aku.

Biasanya percakapan dan pertanyaan mereka berkisar pasal makanan, kesihatan, keselamatan, keadaan anak-anak mereka, kerisauan, kebimbangan, pesanan dan nasihat.

Hidup aku dikelilingi oleh 3 orang mak.
Mak kandung aku (ma) , mak Ju (mak yang jaga aku) - mak dan mak mertua (mama)

Setiap mereka ni mempunyai perwatakan yang berbeza tapi bab cakap dan tanya berulang-ulang tu adalah sama, memang serupa je mak2 aku 3 orang ni.

Kalau kami bergerak balik rumah mak ayah kan, tak kira la ke Kuantan ke, Manjung ke atau Puchong, sepanjang jalan tu la duk call dan sms tanya kat mana dah, jauh lagi ke, siap pesan memesan bawak slow, jangan laju, singgah mana2....dan sebagainya.

Suami aku tak terlibat langsung sebab dia bagi kat aku semua suruh melayan walaupun mak dia sendiri.
Dia jawab mana penting je, yang lain aku la layan boraknye...gitu

Mak kandung dan mak yang jaga aku dari kami kecik sampai la ke beso perwatakan tu masih sama.
Kalau pesan suruh makan tu, berkali-kali dikabonye.

Ma aku bila suruh makan, akan disuruh berkali-kali.
Kadang-kadang kita cakap kejap ma, kenyang lagi
Nanti ma akan cakap, nanti makan ye
Lepas tu, jangan lupa makan ye
Ada nasi lauk atas meja tu

Nanti kejap lagi ma ulang tanya balik, dah makan ke?
Bila nak makan?

Kalau memasak kat dapur, pun duk tanya dan cakap mende yang sama
Dah letak garam kan tadi??
Cube Long rasa, sedap tak, de rasa garam??
Elok tak nasi ni?
Ni bahan nak numis ye, ma letak sini
Nanti jangan lupa bahan ni
Dah letak sini ye

Kadang-kadang kami gelak je la
Ma pun sengih je....
Selalu ma cakap tak ingat pulak dah tanya tadi.

Serupa la mak aku pun
Kalau mak nak gi meniaga dengan abah, pesanannya sikit je tapi sebab duk ulang2 jadi banyak pulak.

Nanti kemas rumah
Pukul 7 dah masuk rumah mandi, kunci pintu tingkap segala.
Makanan ade atas meja tu
Nasi dalam periuk warna biru
Lauk tu sambalnya sikit, tak cukup cili kering, bahagi sikit sorang, jangan berebut
Jangan lupa mengaji
Nanti kalau lapo ada duit bawah ketas kat dapur tu

Dari mak lepas siap mandi, pakai baju, lalu lalang angkat barang depan kami tu je la pesanan duk ulang.
Aku biasa jawab aah, ok mak...aah...ye...ok..

Tapi adik2 aku ni nama pun bebudak kan
Ngomel la tanye ngapa mak cakap banyak kali
Kak long kan dah cakap aah, ok...kak long paham la mak

hahahahaha.....dalam nada melawak je
bukan kurang ajar ye

Nanti mak aku cakap lah, nanti kalo kak long lupa, kome ada boleh ngingatkan
Tu yang cakap banyak kali tak nak bagi lupe.

Mama pun sama pesennye juga.
Kalau mengadu atau bercerita, mesti ada sesi ulangan.
Biasa pasal adik beradik mama, masalah pekerja, urusan kantin, hal anak-anak.

Lepas tu kalau bagi pesanan pun serupa la juga.
Duk ingatkan kita banyak kali.

Teringat aku masa menunggu kelahiran Alauddin dari masuk wad sampai la keluar wad.
3 orang mak duk gilir2 call aku tanya perkembangan aku
Pesanan jangan cakap la, macam-macam pesan dek deme.

Lepas bersalin, duk wad pun mama dan ma duk call tanya kesihatan aku dan Alauddin macam mana.
Jaga dalam pantang pun mama dan mak gilir-gilir.

Menjaga Alauddin pun sama-sama.
Tak de terlebih terkurang, pesan macam2 kat aku sebab mereka orang tua yang lebih dulu jadi mak dari aku.

Sudahnya, perangai cakap dan tanya berulang tu terpalit kat aku pulak.
Kalau tanya kat suami tu, suami dah jawab pun, sat gi tanya lagi nak kepastian.

Lepas tu kalau cakap ngan Alauddin pun berulang-ulang, orang tua kata nak ngajar anak paham.

Aku sebenarnya tak perasan pun perkara ni.
Sampai lah suami aku tegur.

Dia tanya aku perasan tak aku suka tanya dan cakap perkara sama berulang kali.
Aku tanya balik, ye ke


Jadinya, bila ada masa aku mengulang soalan dan pernyataan, suami akan cakap
Haaa...tu cakap berulang-ulang
Perasan tak??

Baru la aku perasan
Dan terus aku teringat kat 3 orang mak aku.

Aku tanya suami, abang rimas ke
Suami cakap, tak de rimas apa pun
Cuma dia ingat aku yang tak perasan apa yang aku tanya
Kot2 lupa ke,
Tu yang tanya banyak kali.

Aku cakap balik
Kadang-kadang bila suami atau adik2 aku jawab pendek, aku rasa macam tak cukup jawapan tu
Dan aku tanya lagi

Kadang-kadang, kalo pesan apa-apa, mesti ulang 2 3 kali padahal suami dan adik2 aku dah paham pun
Siap cakap lagi
Yeeeeeeee....
Panjang ye deme tanda paham bebeno lerrr..
Usoh le diulang-ulang

Tapi kini suami dan adik2 aku dah paham
Kadang2 suami tahu aku akan ulang cakap dan soalan, dia bagi jawapan penuh tanpa ada soalan atau percakapan yang berulang
Demi kepuasan hati aku juga la...

Rupe-rupenye, ramai juga kawan2 aku yang berubah jadi begitu.
Semua kerana mereka sudah bergelar seorang ibu.

Aku simpulkan anugerah ibu yang kita sandang ni, memang akan melahirkan 1000 macam perasaan dalam diri kita tanpa kita sendiri sedari.

Kadang-kadang apa yang kita buat itu sebab utama adalah untuk anak-anak dan suami sahaja.
Kita tanya berkali-kali sebab nak kepastian, supaya risau dan bimbang dalam hati ni tidak kekal lama.

Kadang-kadang kita pesan berkali-kali supaya anak-anak dan suami ingat dan tahu yang kita sedang memikirkan mereka.

Kadang-kadang kita cakap ulang-ulang sebab nak pastikan mereka buat apa yang kita pesan untuk memudahkan mereka juga.

Kita nak pastikan mereka tidak lapar, mereka selesa, mereka suka, mereka sihat, mereka rasa selamat, mereka rasa seronok, rasa tenang....semua laaaa

Sebab perasaan mereka menentukan perasaan kita para ibu ni

Seronok mereka, seronok la kita, bahagia mereka bahagia la kita, tenang mereka tenang lah kita.
Begitulah juga perasaan mak2 kita.

Dah jadi mak barulah tahu semua perasaan tu kan
Yang penting bersyukur sebab diberi kesempatan oleh Allah Taala untuk menjadi seorang ibu
Alhamdulillah.

As-salam :)







Friday, May 17, 2013

3 Geraham

Assalamualaikum

Malam tadi masa tengah main dengan Alauddin, baru la terperasan yang gigi geraham hero aku ni dah naik 3 batang.

Tu pun sebab dia gelak punya la luas, kebetulan sambil baring, tu yang nampak jelas je putih kat atas tu Punye la beso gerahamnye...huhu

Suami aku kat luar bilik, terus aku jerit panggil dia...excited mak nak!!

Terus dia tanya, nape???
Aku cakap Alauddin dah tumbuh 3 batang geraham la...tak sedar pun bila tumbuh..

Aku punye la meraba, mengorek mulut Alauddin nak tahu ada berapa ketul yang naik.

Alauddin ni plak dah tahu bila suruh tunjuk gigi, mesti dia katup
Bila abah dia kata, tengok gigi.....dia katup rapat2 sebab dia tahu kami suka kira gigi dia...hahaha
Dah la kira, siap jungkit bibir nak tengok kot ada gigi baru nak tumbuh
Tu yang dia paham sangat sampai tak nak bagi orang tengok gigi dia

Setelah bersilat beberapa minit, dapatlah aku simpulkan bahawa ada 3 batang gigi geraham yang dah tumbuh sempurna.
Punye la tak perasan bila tumbuh gigi gerahamnyeeee

Tapi aku memang musykil la sebab lama beno giginye tak tumbuh selepas 8 gigi yang sedia ada tu.
Aku ingat naik kat sebelah yang dah tumbuh ke atas ke

Rupenya naik geraham
Belah kiri atas bawah dan belah kanan kat bawah je
Yang atas aku raba gusi cam bengkak sikit, coming soon la tu

Tapi gigi depan belah bawah, nampak cam nak naik lagi 2 batang, kira 3 lagi sedang menuju puncak la nampaknya

Alhamdulillah, tak de demam apa pun
Mungkin sebab tu la aku tak pasan gigi gerahamnya tumbuh

Aku rasa mungkin serentak tumbuhnya atau dekat2 waktunya sebab sama beso je 3 3 gigi tu
Syukur tak demam, ada kawan2 aku pesan anak nak tumbuh geraham boleh demam, nak pulak kalau naik 2 3 serentak

Sebab mereka ada yang melaluinya terlebih dahulu kan, jadi aku jadikan panduan la.

Alauddin dah berlari, laju sungguh
Aku kalau tengok dia berlari, kaki brsilang2 nak cepat, udoh rupe nak terbang pun ada :)

Beli basikal baru untuk dia, sebab ingat nak bawak dia jalan2 petang2 tu kan
Basikal tu ada tempat kayuh, ada tempat tolak kat belakang, ada tempat letak kaki, ada bakul dan paling penting ada bunyi, macam2 bunyi
Kira puas hati la membelinya

Punya la lama survey mende alah ni
Aku jumpa kat fb Adinda Boutique 
Dia jual murah gile dari yang aku survey
RM120 aje!!!
Kos pos rm16, so RM136 semuanya

Aku jumpa paling murah RM180 je tu pun kat Jusco.
Nyaris dah nak beli, tapi suami kata nanti dulu, cari kat online plak

Sekali memang rezeki Alauddin la kan
Hari tu jumpa ari tu juga aku bayar, terus pos...hohoho

Skang pagi2 aku buang sampai dalam pukul 10 cam tu
Aku heret la sekali basikal dia ni

Sambil angkut sampah tu, aku tolak la basikal dia
Tak berat basikalnya, mudah je tolak

Dia nak kayuh jauh, tak sampai lagi, cecah hujung jari je
Tapi tempat letak kaki tu boleh cabut, nanti besar sikit, boleh la ajar kayuh basikal plak

Sambil nak sampai ke tempat buang sampah tu, sepanjang jalan la macam2 bunyi dia tekan.
Bunyi siren la, bunyi hon la, bunyi binatang la...adoiii

Tak pe, jangan riso ye Alauddin
Mak ko bukan stok pemalu tak bertempat ye nakkk
Mak ko tak kesah punye orang

Bukan ko main mercun pong pang pong pang....itu memang memekak...
HAHAHAHAHA

Bunyi pun tak kuat mana sebenarnye 
Kalau dalam rumah memang la kuat sebab ruang yang terhad...gitu :)


Kuning warnenyeeeee
Weeee


Sekarang Alauddin bila layan Upin Ipin, sudah pandai menghayati dengan penuh perasaan.
Ada scene Upin menangis, dengan dia sekali menangis

Kadang aku tengah sibuk kat dapur, dia datang nangis2 sambil tarik tangan aku tunjuk cite upin ipin tu.
Jenuh la aku nak mujuk, tapi nangis tak beria la, cuma nak pujuk bagi dia sambung layan cite tu je

Kadang2 bila upin ipin tu kene marah dengan opah ke kak ros kan, dengan dia2 sekali tersentap
Merajuk konon, cebek je muka tu

Bila aku panggil nama dia, mula la terlentok la, mulut mengomel cam mengadu la konon
Punye la menghayati citenye pun

Pastu kalau upin ipin dengan kawan2 nye gelak ke, lompat ke, main ke, sakan lak dia gelak
Sampai terbaring2 dia layan gelak deme2 tu

Kadang2 dia jerit2 suka..abis galak la tu
Banyak ragam dah skang :)

Alauddin suka letak mainan dia dalam box basikal kecik dia
Kadang2 barang2 aku pun dia letak sekali dalam box

Kalkulator la, pen la, buku note la, handphone la, cawan la, tupperware la, macam2 la mende yang die bole angkut buat main.

Tapi bila aku duk mencari, dia tahu plak tu
Bila die tengok aku tercari-cari barang kan, laju je dia pegi kat box basikal dia, 
pastu dia panggil aku tunjuk la segala mende tu

Semua ada dalam tu....adoiii
Tapi paham plak tu mak nye sedang mencari barang...hahahaha
Sabar je la :)

Ok la...nak masak laksa la petang ni
Tengok bunga kantan ngan daun kesum dalam peti, laju je aku nak buat laksa
Hihihi


As-salam :)








Friday, May 10, 2013

Sembelit

Assalamualaikum

Cakap pasal anak sembelit, Alhamdulillah, aku belum pernah lagi hadapi la.
So far, poo poo Alauddin tak de masalah.

Ada beberapa amalan yang aku buat dalam pastikan Alauddin tak alami sembelit ni.
Antaranya:

1. Yogurt
Alauddin diperkenalkan dengan yogurt since umur dia 8 bulan lagi.
Kalau kita refer carta pemakanan untuk bayi, yogurt sesuai diperkenalkan pada usia 8 bulan dan ke atas.
Penerimaan Alauddin terhadap yogurt sangat bagus, dan yogurt adalah antara makanan kegemaran dia.

Aku suap yogurt setiap hari dengan kuantiti 6 sudu besar untuk sekali makan la.
Biasa bagi pagi dalam pukul 10 lebih macam tu

Yogurt ni melancarkan penghadaman dan pembuangan, bukan bayi je, orang besar pun elok amalkan makan yogurt untuk sistem penghadaman dan pembuangan.

2. Buah-buahan
Pisang dan betik adalah buah wajib ada kat rumah.
Dua buah ni memang diterima dengan baik sekali oleh Alauddin
Biasa aku bagi buah ni time bagi yogurt
Potong dadu campur dengan yogurt

Kadang2 terlupa nak letak buah dalam yogurt, aku bagi la sebelum makan nasi atau lunch.
Tapi buah memang perlu makan sehari sekali juga

3. Sayur-sayuran
Aku kadang2 potong halus tomato tu bagi dia makan.
Tomato amik yang warna merah menyala, tak de la masam sangat
Memang Alauddin ni suka mende masam2 kot
Elok je dia ratah tomato tu

Dalam nasi dia pun memang selalu aku letak sawi tak kira la batang putih, batang hijau, sawi siew pak choi (bantai je eja ni), ala...sawi kontot tu.

Sawi tu aku carik sedang2 je, wat sup telur letak sawi biasanya
Kalau tak de sawi, aku ganti bayam.

Sayur berdaun hijau ni baik untuk kita sebab mengandungi serat yang tinggi ye
Jadi, elok la untuk penghadaman.

Lagi 1 tempe.
Setiap hari aku akan goreng tempe potong panjang2 buat kudap-kudapan untuk Alauddin.
Tempe adalah sumber terbaik prebiotik dan yogurt sumber terbaik probiotik.
Ianya membantu menghasilkan, dan mengekalkan bakteria baik disamping membunuh bakteria jahat untuk kesihatan dalaman.

1 keping tempe sehari.
Duk kuala selangor tempe bukan 1 masalah la :)

4. Air masak
Yang ni paling aku titik beratkan
Air masak atau air putih tu la kan
Alauddin kuat minum air masak

Kalau dia aktif main, lari2 1 rumah
Bila dia penat tu, die akan panggil aku tunjuk tong air masak
Tanda dia dahaga nak air

Aku tak de sukat air masak sebab tak guna botol susu
Jadi biasa guna cawan plastik je
Sekali minum separuh air dalam cawan abis

Sambil minum tu tercungap2
Letih main la tu

Pastu sambung balik
Tapi air masak memang peneman dia sama ada kat rumah atau keluar ke mana2

Semua orang tau kan air masak tu air paling bagus dalam dunia ni termasuk la untuk sistem penghadaman dan pembuangan yang lebih lancar.

Tu je la 4 amalan aku untuk elak Alauddin sembelit atau susah nak buang air besar.
Alauddin jenis membuang setiap hari.
Biasanya dalam tengah hari la

Belum pernah lagi Alauddin tak membuang lebih dari 2 hari.
Kalau hari ni dia tak poo poo, esok pagi mesti die akan poo poo
Jadi, kekerapan dia poo poo adalah setiap hari pada kiraan julat dia

Bab meneran tak de la sampai merah2 muka
Tapi ada la aksi meneran...huhuhu

Aku tak terlalu bergantung dengan supplement atau vitamin untuk kanak2 tapi aku suka amalkan yang nature sahaja sebab kesihatan Alauddin berada dalam keadaan yang baik dan tak memerlukan aku untuk mencari alternative lain selain amalan secara semulajadi.

Setakat ni Alhamdulillah, bila nampak duk bersin kerap je tapi tak selesema aku terus suap yogurt, memang nampak lain la beberapa jam selepas tu
Bersin tak berlarutan, sebab aku risau kot selesema nak datang.

Ilmu semua ni aku dapat hasil join 1 group dalam fb tu yang fokus utama group itu ditubuhkan untuk menggalakkan ibu2 menggunakan sumber semulajadi dan organik yang ada di sekeliling kita.

Memang bagus la group ni, banyak sangat ilmu yang jarang kita nak amik tahu :)
Boleh join kat Laman Kesihatan Ibu Bayi dan Anak-Anak

As-salam :)





Saturday, May 4, 2013

U.S.A.H.A

Assalamualaikum

Dalam nak mencapai apa sekalipun, USAHA tu WAJIB ada pada setiap insan yang nak berjaya.
Tanpa USAHA, apa yang dirancang sukar untuk dilaksanakan malah ada yang langsung tak menjadi.

Hebak dok ayat pembukaan ambo???
Ini kalilah!!!
Hahahaha...ini bukan politik ye :)

Ada beberapa insan yang rajin inbox dan email aku tanya pasal perniagaan.
Padahal aku bukan businesswoman hebat tara mana punnn

Bisnes dah la kecik je, tak de orang tahu sangat pun kalau nak dibandingkan dengan businesswoman hebat di luar sana.
Sangat jauh beza, aku ni cam cacing halus kurus kering yang selalu kita jumpa dalam bilik air tu je

Ada yang tanya cam mana nak bagi orang tahu kita berniaga barang
Ada yang tanya cam na nak buat page yang orang like beribu riban
Ada juga yang tanya cam mana nak start berniaga ni
Boleh ajar step by step x?

Bila orang aju soalan macam ni, aku memang langsung tak reti nak jawab
Sebab apa??

Sebab aku tak tahu nak cerita mula kot mana
Plus perniagaan ni berbeza mengikut produk yang kita niagakan.

Yang penting basic perniagaan kene tahu dan perlu amik tahu
Apa basic perniagaan?

Produk
 mesti kaji, cari info, amik tahu berkaitan produk yang dijual.
Lagi hebat kalau mahir dengan produk tersebut
Jadi bila orang tanya, jawab pun dengan penuh keyakinan

Walaupun ada peniaga yang menjalankan perniagaan secara dropship,tapi anda pun perlu amik tahu berkaitan barang tersebut.
Jangan main jual je, lepas tu bila customer tanya, baru terhegeh2 nak tanya supplier

Diri anda sendiri kene ada usaha untuk cari info
Sekarang ni semua info ada kat mana2
Sama ada rajin mencari atau tak je

Yang penting jangan terlalu bergantung dengan maklumat dari supplier semata-mata.
Ini yang aku memang tekankan pada orang yang nak dropship dengan aku.

Semua mende boleh google
Semua mende ada kat dalam internet
Taip dan search sahaja
Mudah kan :)

Aku pun semua search sendiri kat internet je
Aku cuma amik nama barang kat supplier, search kat google
Then copy paste dalam 1 file khas pasal info produk yang aku niaga

Aku baca kasi paham fungsi, pattern, warna, kelemahan, kebaikan, kelebihan. cam ne nak guna, guna bateri ke tak, ada include bateri siap ke tak..
Semua mende aku cari sendiri dan baca sendiri

Aku cari info dulu baru start nak niaga
Dah tahu separuh, masuk barang baru, cari info baru plak
Lama2 akan mahir la pasal sesuatu tu.

Kemudian bab perkhidmatan yang ditawarkan pada customer.
Jawab sehabis baik pada pertanyaan customer

Jenis aku adalah berterus terang, tak de istilah nak jaga hati customer semata-mata sebab barang tak de, tapi takut customer lari cari penjual lain.
Itu bukan aku lah

Contoh cam ni
Kalau barang yang customer nak tapi kat aku tak de ready stock, aku akan cakap terus terang barang tak de dan kene tunggu aku order then sampai kat aku baru aku leh pos.

Kalau supplier kata barang tu tak sure sampai bila, kadang2 delay shipping dari China nun, kadang2 supplier baru order dari China, so amik masa untuk cukup order then pihak supplier China akan pos once dah cukup order.

Semua tu menyumbang pada bila stok akan sampai ke Malaysia
Jadi bila supplier sendiri tak sure bila akan sampai, memang tak de nye lah aku nak kabo barang akan sampai dalam waktu terdekat.

Aku akan cakap, bila dah ready stock kat supplier, baru aku inform semula
Itu lebih mudah, dari aku berjanji kononnya lagi seminggu sampai, sekali dah seminggu barang tak sampai pun, tapi orang duk tanya aku saban hari.

Kadang-kadang ada sesetengah buyer ni, bila kita dan bagi sekian2 hari akan sampai, deme memang akan sentiasa bertanya tanpa jemu la.
Yang jemunya aku la nak kabo mende yang sama :)

Bila customer cakap, kalau saya search lain seller, then dia ada barang tu, saya beli kat dia bole?
Aku kabo boleh, tak de masalah
Sebab aku tak ikat customer
Jadi, janganlah risau

Mungkin deme nak guna cepat barang tu kan
Jadi tak de salahnya kalau deme nak beli pada orang lain

Kalau deme kata nak tunggu juga sampai barang ada kat aku, aku tak larang pun
Cuma aku akan contact semula bila barang dah sampai
Maknanya aku akan inform kemudian.
Tapi tak de janji spesifik bila akan sampai.

Sama juga bila orang tanya kualiti barang yang dibeli kat aku
Kene paham ye barang semua mari dari China
Tapi tak semua mempunyai kualiti yang sama.

Jenis aku kalau bab pakaian memang aku akan rasa kain dia
Kalau keras aku kata keras, kalau lembut, aku kata lembut

Cotton, panas atau menyerap peluh, meregang tak, turun warna tak, tebal ke nipis ke, semua aku kabo bile deme tanya
Tak de nya aku nak sorok kabo kualiti dia standard A kalau realiti die standard C.

Lagi 1 yang paling kene rajin belajar cari ilmu.
Tak kira la ilmu pasal barang atau cara nak tingkatkan perniagaan.

Marketing strategy kene ada
Semua tu kene ada ilmu

Ilmu tak de nye datang bergolek
Dan tolong la jangan makan suap je

Nak bertanya tu bole, tapi soalan yang cerdik
Kalau setakat bertanya cam ne nak majukan bisnes dan nak minta 1 per 1 idea
memang tak dapat la

Orang lain berusaha babe nak dapatkan sesuatu ilmu.
Banyak masa digunakan untuk cari info

Takkan orang lain tanya juz bagi cam tu je?
Kalau tak de usaha memang tak lama la ilmu tu ada kat kita

Aku boleh bagi guideline je la
Kalau nak sebijik sejibot aku pun tak bagi

Semua ni melalui proses pembelajaran
Jangan mudah label orang sombong tanpa usul periksa jika ianya bukan asal dari kamu sendiri.

Pernah tau jadi 3 kes, lebih kurang sama je la pun, beza sikit2 je la

Ketiga-tiga ni baru nak mula berniaga
Asalnya customer aku la
Lepas tu rasa nak berbisnes plak

Sebab pernah berhubungan, deme tanya lah aku pasal mana nak cari stok
Aku pun bagi la tempat aku dapatkan stok

Yang sorang ni, lepas aku bagitahu mana aku amik stok, tanya plak nama supplier atau kedai aku amik stok tu.
Aku bagi tahu lagi

Lepas tu tanya plak berapa harga aku dapat?
Boleh tak dia dapat harga tu?

Masuk soalan ni, aku dah rasa tak seronok
Aku cakap terus terang je

Bertuah awak dapat info pasal mana nak cari supplier, saya dulu semua usaha sendiri tau tak de tanya2 orang.
Usaha tawaf 1 kawasan tu cari supplier yang boleh bagi harga terbaik
Nak tahu dapat harga apa, usaha lah pegi sana, jumpa supplier, bincang harga semua.
Baru la tahu dapat berapa, duk tanya orang je sampai bila nak tahu.

Lagi sorang plak, dah tahu kat mana dan supplier apa
Boleh plak dia ayat aku suh aku yang ayat supplier untuk dia
Nak bagi dia dapat harga sama cam aku

Ni 1 lagi stok pemalas!!
Dah makan suap, nak dapat duit pun nak bersuap

Selamba dia je suh aku yang deal untuk dia
Aku pun tak suruh orang deal untuk aku,
SEMUA usaha sendiri hanya dibantu oleh suami sahaja.

Tak de gegeh nak suruh orang lain deal atas sebab nak dapat harga orang lain
Malu la sikit bila minta tolong orang
Tolong yang relevan logik la
Bukan yang buang masa orang je

Apa yang penting???
USAHA

Yang lagi sorang plak, minta no phone supplier
Aku ni memang tak de nak pikir apa la..
Tak de la rasa takut ke, kang de pesaing ke
Tak de pikir apa2 pun

Lantak la sapa2 nak berniaga, bukan orang lain
Bangsa sendiri gak
Janji jujur dan amanah sudahlah kan

Pastu dia pi call supplier
Dong dag dong dang
Dia text aku balik

Dia kata apsal dia tak dapat harga murah pun
Dia kata harga mahal juga

Sebab dia banding dengan harga barang yang aku jual
Dia kata barang aku jual murah, untung berapa je kalau kira dari harga supplier bagi

Aku bagi pencerahan kat dia balik
Untung sapa control?
Harga sapa control?

Kita la kan
Ko nak untung berapa?
Banyak?
Naik la harga ikut untung ko nak

Nak sikit?
Buat la takat mana ko nak untung
Apa susah sangat

Peliknya orang kita, suka banding harga dengan orang lain
Bila orang tu jual murah, pun nak ikut jual murah

Padahal kita bukan tahu berapa harga kos dia dapat
Kita bukan tahu kos pos dia berapa
Lepas tu gaduh untung tak banyak mana
Merungut plak tu

Padahal kawan tu memang niaga untung ala kadar je tapi die puas hati dan bersyukur je
Kita yang nak ikut orang ni yang duk kalut tak puas hati dengan apa yang kita dapat.

Cam aku, memang aku dah kaji abis dah harga yang aku bagi
Amik untung ikut yang sepatutnya je

Aku tak kejar untung sangat, kadang2 tu aku bagi free je la mana yang rasa aku boleh bagi free
Antaranya kalau beli banyak

Kadang2 suami tanya, tak rugi bagi free barang tu
Aku cakap tak rugi, sebab kalau kira untung keseluruhan barang si minah ni beli, masih ada lagi.

Aku suka pandang macam tu
Mungkin sebab terbiasa dalam perniagaan abah aku

Abah jenis mudah dalam berniaga
Sebab asyik duk berkepit dengan abah je, cara tu banyak belajar dari abah melalui pengalaman dan pemerhatian aku.

Jenis aku kalau memang aku boleh bagi murah, aku memang bagi murah.
Tapi bila harga tu dah murah, minta murah lagi, aku akan say sorry awal2.

Sebab bila murah sangat, kos aku nak pusing balik boleh terganggu
Jadi pembeli pun kene ada tolak ansur

Lagi 1 bab pengeposan barang
Aku dah cuba banyak courier

Tapi paling puas hati poslaju dan gdex xpress
Yang lain bukan tak elok, cuma service terbaik aku dapat dari 2 ni aje

Lebih mudah jadi ahli, sebab kebaikan dia kita yang rasa
Plus lebih mudah nak buat komplen sebab kita berdaftar dengan deme

Nak cari courier service pun kene ada USAHA juga
Bukan bertanya nonong je kat orang

Aku tak kesah nak kabo service cam ne, berapa cas, nak jadi ahli cam ne
Memang aku kongsi semua tu

Tapi kome kene juga la pergi bertanya terus pada mereka, supaya info yang kome dapat lebih jelas dan lebih paham
Lain kawasan lain service ye

Ada yang rungut kat aku
Kak, saya jadi ahli poslaju, tak dapat pun form ngan platik berlambak2? Sikit je dia bagi....
Kak, saya jadi ahli, tak dapat pun harga istimewa?

Tu pentingnya bertanya
Kalau tak bertanya, mana la orang courier tu nak tahu

Deme pun nak kene tahu, kita ni hari2 ke buat pengeposan?
Hari2 ke barang banyak?
Kalau sehari 10 barang, 10 plastik nak guna, baru la dieorang boleh bajet nak bagi plastik banyak mana

Dari bil bulanan dah tahu kekerapan kita pos dan dari situ dieorang akan tahu berapa nak pack kan plastik dan form untuk kita.

Memang ada courier office yang strict bab2 plastik dan form ni
Ada yang kata kedekut
Tapi tempat aku Alhamdulillah, baik semua staffnye

Tu sebab aku kata lain cawangan lain service
Tak rugi pun pergi ke sana dan bertanya sehabisnya untuk kepuasan diri sendiri :)

Ok la...cukup lah nak share sampai sini je
Lain kali la sharing meringnye ye

Minta maaf kalau ada yang terasa hati dengan penggunaan ayat aku sebab aku memang tak reti nak guna ayat manis dalam menyampaikan sesuatu
Aku suka terus terang je

Sebab utama aku risau orang tak dapat point aku bila aku guna bahasa menusuk kalbu ni
Jadi minta maaf ye semua

Daaa...

As-salam :)

























Thursday, May 2, 2013

Rezeki Yang Hilang

Assalamualaikum

Pernah tak berhadapan dengan situasi begini:

Ada sorang manusia, beli barang secara order dahulu, kemudian bayar, then baru dapat barang,
Sama ada guna pos atau self collect

Lepas tu sekali kene tipu daaaa..
peniaga tu makan duit pembeli tadi tu
Lepas tu senyap tanpa khabar berita.

Marah?? Melenting??Nak mengamuk??
Dah tentu la, menggelegak je rasa dalam hati tu kan
Sebab apa??? Sebab duit sendiri kene curikkk

Pastu mesti ada dialog cam ni kan
Memang aku tak halalkan duit aku tu 1 sen pun!!
Haram lah dia makan duit aku
Tak halal dunia akhirat

Haaa...lebih kurang cam tu la pengakhiran situasi di atas.

Semalam dengar Astro Oasis pasal Usahawan Islam
Bersama Prof Dr. Muhaya

Aku suka prof ni bukan apa, ayat dia pedas dan lantang bila bercakap
Setiap bait patah yang keluar memang akan kene setepek kat batang hidung sesapa pun yang mendengarnya.
Sebab prof ni suka bagi contoh perkara yang betul dan sentiasa berlaku kat sekeliling kita.

Ada seorang pendengar ceramah prof ni tanya la pasal penipuan dalam memberi barang.
Sama ada peniaga tipu pembeli
Atau pembeli tipu penjual
Atau ahli perniagaan yang ditipu oleh ahli kongsi dalam perniagaan.

Respond prof pada soalan ni mudah je

Apabila tahu diri ditipu, pertama sekali istighfar dan bersyukur atas takdir yang Allah yang tentukan.
Istighfar kenapa?
Sebab nak elak syaitan tu lebih kuasai kita dari iman dan aqal kita.

Bila syaitan dah kuasai hati kita, tu yang jadi maki hamun dan carut mencarut untuk lampiaskan kemarahan atas penipuan tadi.

Bersyukur sebab apa?
Sebab sekurang-kurangnya Allah dah jalankan takdir kita dengan sebaiknya
Dan Allah juga dah jauhkan kite dengan hasil rezeki yang tidak halal dari kita

Aku suka dengan kata2 Prof Dr. Muhaya ni berkaitan rezeki yang halal

Katanya :
Kalau Allah dah tentukan rezeki itu halal dan suci untuk kita, memang akan jadi hak kita dan kita boleh gunakannya tanpa ada halangan.

Tapi kalau masa kita gunakan rezeki yang Allah bagi, ada halangan seperti hilang, tercicir, duit terkoyak, duit tak laku, kene tipu, orang amik duit kita dan sebagainya
Tu tanda Allah nak jauhkan kita dari menggunakan duit yang tidak halal sumber asalnya

Atau
 Mungkin duit itu memang bukan hak milik kita, tapi hak milik orang lain tapi kita tak tunaikan hak itu, atas sebab lupa, malas nak amik tahu, tak ingat nak amik tahu, atau memang tak pernah pikir pasal orang lain yang memerlukan.

Kadang-kadang kita lupa bayar zakat, atau tak pernah bayar zakat,
Kadang-kadang kita jarang buat amal jariah, bersedekah pun berkira nak bagi berapa.
Bawak duit ngam2 je kalau ke masjid sebab tahu ada tabung akan bergerak dari 1 orang ke 1 orang yang lain.

Dan banyak lagi sebab2 yang membuatkan rezeki kita belum sampai tahap halal dan suci dan memang betul rezeki kita.

Kita kene ingat juga, semua atas bumi ni hak milik Allah termasuklah diri kita sendiri.
Jadi rezeki yang diberi juga hak milik Allah sepenuhnya

Sebab hak milik Allah la, Dia berhak untuk bagi dan ambil dengan apa cara sekalipun mengikut tahap keimanan seseorang manusia itu.
Tak de sape pun tahu cara rezeki Dia nak bagi dan ambil semula.

Bila Prof ulas pasal orang yang bila kene musibah macam ni
Maki hamun, carut mencarut, kemudian cakap
Tak halal duit tu untuk orang yang ambil duit dia
Aku suka sebab memang sentap kalau kamu semua dengar

Prof cakap,
Kenapa nak halal haramkan rezeki yang memang datang dari Allah??
Kita tak de hak nak haramkan duit yang telah dicuri oleh orang lain
Atau kita ditipu kemudian nak haramkan duit tersebut

Sebab datang rezeki dan duit tu dari mana?
Prof ni mengajar kita semua redha bila kene musibah kehilangan duit
Kalau memang betul hak kita, dia akan tetap jadi hak kita.

Andai kata bukan hak kita, kalau Allah jauhkan atau hilangkan ia dari kita, kene redha la
Sebab memang bukan rezeki kita.

Bila kita suka2 nak halal haramkan rezeki yang datangnya dari Allah, tu tanda diri dan hati kita sombong dengan rezeki yang ada.
Sombong kita tak bertempat.
Baru Allah bagi sedikit, hilang pula, kemudian nak haramkan pula.

Memang Allah dah tetapkan hukuman orang yang mencuri dan si pencuri tu memang terang2 dah melakukan dosa.
Jadi siapa yang berkuasa dalam menjalankan hukuman?
Dah tentulah Allah jua

Jadi tak perlulah kia manusia nak hukum manusia lain hanya sebab dia ambil duit kita
Sebab kita dah de penghukum yang Maha Adil
Hanya perlu redha dan berusaha lagi untuk dapat rezeki yang benar2 halal dan suci.

Seronok dengar ceramah cam ni sebenarnya
Aku suka penceramah yang telus dan tidak teragak-agak bila bercakap
Tak de nak tapis2 kalau nak cakap
Bagi contoh pun yang memang realiti jadi dalam masyarakat kita

Ok, nak share 1 cerita yang jadi minggu lepas

Kami pergi ke Sungai Buloh, nak tukar radio kereta.
Buat kat kedai cina.

Dalam sejam juga menunggu semua mende tu siap
Sebelum keluar rumah, aku de letak duit RM50 dalam poket seluar jeans belah kiri.

Lepas tu, handset plak aku letak kat poket kiri juga.
Sementara nak tunggu siap tu, kami ke hulu ke hilir la sambil jenguk2 cina2 ni wat keje.

Dah siap pasang semua, masa duk test radio tu, aku pun ada sekali la nak tengok deme test radio tu.
Lepas tu kat tapak kasut aku terasa cam licin2 gitu

Aku pun jenguk ke bawah, sekali de duit RM50 berlipat elok je kat atas lantai.
Terus aku teringat

Eh, ni duit sape plak?
Duit aku ke?

Masa tu aku berdiri dekat je dengan cina yang tengah test radio tu.
Belakang dia je pun

Lepas tu aku cek dalam poket kiri aku
Ehh....kosong plak
Aku cek belah kanan plak
Pun kosong juga

Lama juga aku nak buat keputusan tu duit sape
Padahal cina yang test radio tu duk berapa kali lalu depan aku
Sebab nak cek apa tah kat belakang kereta.

Tapi aku duk pacak gak kat situ
Abis cek aku pun tunduk amik duit tu, bukak lipatan tengok memang RM50

Memang aku ingat kami tak de singgah mana2 pun lepas kuar dari rumah walaupun untuk mengisi minyak.
Kami terus ke kedai cina ni.

Tapi jantung aku debar punye lah kuat
Sebab aku terkejut duit tu jatuh ntah masa bila,
Memang tak de tertutup dengan kertas apa pun,
Lipatan memang nampak RM50
Lepas tu kat tempat lalu lalang orang
Dan kedai cina tu bukan besar mana pun

Tapi tak de sapa perasan!!
Dan aku plak yang perasan

Syukurnye aku masa tu tak tahu la nak cakap cam ne
Lebih kepada tak sangka sebenarnya
Mungkin duk kuar masuk handphone, duit tu keluar sekali tapi tak perasan.

Pada fikiran aku, gaya cam tu kalau kat tempat lain mungkin hilang teruslah kan
Tapi memang duit tu rezeki aku la kot
Walaupun nilainya hanya RM50 je (pada sesetengah orang la)

Elok je siap semua tu, dalam kereta baru aku cerita kat suami aku pasal ni
Suami aku pun terkejut sebab dia pun bajet mesti hilang kalau duit jatuh dan orang lain perasan duit tu.

Alhamdulillah....masih ada rezeki untuk kami sekeluarga la maksudnya :)

Ok la....nak wat triffle plak memalam ni
Semalam nak buat, tapi tepung kastard tak de

Tadi dah beli, haruslah buat malam ni juga kannnn
Mende senang ni aku suka la nak buat...hohoho

As-salam :)