About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Monday, May 20, 2013

Cakap Berulang-Ulang

Assalamualaikum

Korang perasan tak kebanyakkan mak2 kita ni suka cakap atau tanya bende yang sama berulang-ulang?
Aku bukan takat perasan tapi selalu sangat mende ni berlaku dalam hidup aku.

Biasanya percakapan dan pertanyaan mereka berkisar pasal makanan, kesihatan, keselamatan, keadaan anak-anak mereka, kerisauan, kebimbangan, pesanan dan nasihat.

Hidup aku dikelilingi oleh 3 orang mak.
Mak kandung aku (ma) , mak Ju (mak yang jaga aku) - mak dan mak mertua (mama)

Setiap mereka ni mempunyai perwatakan yang berbeza tapi bab cakap dan tanya berulang-ulang tu adalah sama, memang serupa je mak2 aku 3 orang ni.

Kalau kami bergerak balik rumah mak ayah kan, tak kira la ke Kuantan ke, Manjung ke atau Puchong, sepanjang jalan tu la duk call dan sms tanya kat mana dah, jauh lagi ke, siap pesan memesan bawak slow, jangan laju, singgah mana2....dan sebagainya.

Suami aku tak terlibat langsung sebab dia bagi kat aku semua suruh melayan walaupun mak dia sendiri.
Dia jawab mana penting je, yang lain aku la layan boraknye...gitu

Mak kandung dan mak yang jaga aku dari kami kecik sampai la ke beso perwatakan tu masih sama.
Kalau pesan suruh makan tu, berkali-kali dikabonye.

Ma aku bila suruh makan, akan disuruh berkali-kali.
Kadang-kadang kita cakap kejap ma, kenyang lagi
Nanti ma akan cakap, nanti makan ye
Lepas tu, jangan lupa makan ye
Ada nasi lauk atas meja tu

Nanti kejap lagi ma ulang tanya balik, dah makan ke?
Bila nak makan?

Kalau memasak kat dapur, pun duk tanya dan cakap mende yang sama
Dah letak garam kan tadi??
Cube Long rasa, sedap tak, de rasa garam??
Elok tak nasi ni?
Ni bahan nak numis ye, ma letak sini
Nanti jangan lupa bahan ni
Dah letak sini ye

Kadang-kadang kami gelak je la
Ma pun sengih je....
Selalu ma cakap tak ingat pulak dah tanya tadi.

Serupa la mak aku pun
Kalau mak nak gi meniaga dengan abah, pesanannya sikit je tapi sebab duk ulang2 jadi banyak pulak.

Nanti kemas rumah
Pukul 7 dah masuk rumah mandi, kunci pintu tingkap segala.
Makanan ade atas meja tu
Nasi dalam periuk warna biru
Lauk tu sambalnya sikit, tak cukup cili kering, bahagi sikit sorang, jangan berebut
Jangan lupa mengaji
Nanti kalau lapo ada duit bawah ketas kat dapur tu

Dari mak lepas siap mandi, pakai baju, lalu lalang angkat barang depan kami tu je la pesanan duk ulang.
Aku biasa jawab aah, ok mak...aah...ye...ok..

Tapi adik2 aku ni nama pun bebudak kan
Ngomel la tanye ngapa mak cakap banyak kali
Kak long kan dah cakap aah, ok...kak long paham la mak

hahahahaha.....dalam nada melawak je
bukan kurang ajar ye

Nanti mak aku cakap lah, nanti kalo kak long lupa, kome ada boleh ngingatkan
Tu yang cakap banyak kali tak nak bagi lupe.

Mama pun sama pesennye juga.
Kalau mengadu atau bercerita, mesti ada sesi ulangan.
Biasa pasal adik beradik mama, masalah pekerja, urusan kantin, hal anak-anak.

Lepas tu kalau bagi pesanan pun serupa la juga.
Duk ingatkan kita banyak kali.

Teringat aku masa menunggu kelahiran Alauddin dari masuk wad sampai la keluar wad.
3 orang mak duk gilir2 call aku tanya perkembangan aku
Pesanan jangan cakap la, macam-macam pesan dek deme.

Lepas bersalin, duk wad pun mama dan ma duk call tanya kesihatan aku dan Alauddin macam mana.
Jaga dalam pantang pun mama dan mak gilir-gilir.

Menjaga Alauddin pun sama-sama.
Tak de terlebih terkurang, pesan macam2 kat aku sebab mereka orang tua yang lebih dulu jadi mak dari aku.

Sudahnya, perangai cakap dan tanya berulang tu terpalit kat aku pulak.
Kalau tanya kat suami tu, suami dah jawab pun, sat gi tanya lagi nak kepastian.

Lepas tu kalau cakap ngan Alauddin pun berulang-ulang, orang tua kata nak ngajar anak paham.

Aku sebenarnya tak perasan pun perkara ni.
Sampai lah suami aku tegur.

Dia tanya aku perasan tak aku suka tanya dan cakap perkara sama berulang kali.
Aku tanya balik, ye ke


Jadinya, bila ada masa aku mengulang soalan dan pernyataan, suami akan cakap
Haaa...tu cakap berulang-ulang
Perasan tak??

Baru la aku perasan
Dan terus aku teringat kat 3 orang mak aku.

Aku tanya suami, abang rimas ke
Suami cakap, tak de rimas apa pun
Cuma dia ingat aku yang tak perasan apa yang aku tanya
Kot2 lupa ke,
Tu yang tanya banyak kali.

Aku cakap balik
Kadang-kadang bila suami atau adik2 aku jawab pendek, aku rasa macam tak cukup jawapan tu
Dan aku tanya lagi

Kadang-kadang, kalo pesan apa-apa, mesti ulang 2 3 kali padahal suami dan adik2 aku dah paham pun
Siap cakap lagi
Yeeeeeeee....
Panjang ye deme tanda paham bebeno lerrr..
Usoh le diulang-ulang

Tapi kini suami dan adik2 aku dah paham
Kadang2 suami tahu aku akan ulang cakap dan soalan, dia bagi jawapan penuh tanpa ada soalan atau percakapan yang berulang
Demi kepuasan hati aku juga la...

Rupe-rupenye, ramai juga kawan2 aku yang berubah jadi begitu.
Semua kerana mereka sudah bergelar seorang ibu.

Aku simpulkan anugerah ibu yang kita sandang ni, memang akan melahirkan 1000 macam perasaan dalam diri kita tanpa kita sendiri sedari.

Kadang-kadang apa yang kita buat itu sebab utama adalah untuk anak-anak dan suami sahaja.
Kita tanya berkali-kali sebab nak kepastian, supaya risau dan bimbang dalam hati ni tidak kekal lama.

Kadang-kadang kita pesan berkali-kali supaya anak-anak dan suami ingat dan tahu yang kita sedang memikirkan mereka.

Kadang-kadang kita cakap ulang-ulang sebab nak pastikan mereka buat apa yang kita pesan untuk memudahkan mereka juga.

Kita nak pastikan mereka tidak lapar, mereka selesa, mereka suka, mereka sihat, mereka rasa selamat, mereka rasa seronok, rasa tenang....semua laaaa

Sebab perasaan mereka menentukan perasaan kita para ibu ni

Seronok mereka, seronok la kita, bahagia mereka bahagia la kita, tenang mereka tenang lah kita.
Begitulah juga perasaan mak2 kita.

Dah jadi mak barulah tahu semua perasaan tu kan
Yang penting bersyukur sebab diberi kesempatan oleh Allah Taala untuk menjadi seorang ibu
Alhamdulillah.

As-salam :)







No comments:

Post a Comment