About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Wednesday, May 22, 2013

Pesanan Mereka Untuk Anak Menantu

Assalamualaikum

Selama hampir 2 tahun setengah menjadi seorang isteri, insan yang paling rapat dan banyak bagi pesanan kat aku dalam melayari alam rumahtangga adalah mak.

Ma ada juga bagi pesanan tapi dalam bentuk general atau basic sahaja. Maksudnya pesanan biasa seperti kebanyakkan ibu2 lain pesan kat anak perempuan mereka.

Tapi mak aku memang pesan direct setepek punye. Mungkin sebab mak jenis outspoken berbanding ma yang lebih lembut.

Berkahwin dengan abah aku yang mempunyai perangai tegas, serius dan garang tapi dalam masa yang sama sangat mudah menangis....jarang kot nak ada pada kebanyakkan lelaki...pada pendapat aku la...

Mak memang jenis taat dan patuh dengan segala tutur kata abah. Tak pernah melawan, menjawab apatah lagi membangkang.

Ma aku pun sama...sangat lemah lembut, suara halus je...tak pernah tinggi suara pada abah, tak menjawab, tak membangkang, apa abah minta ma buat sehabis baik. Cuma jodoh mereka tak panjang...rezeki dan jodoh Allah yang pegang...ada hikmah semua itu..

Yang paling aku bersyukur, ma dan abah tak pernah saling memburukkan antara 1 sama lain, malah abah selalu cerita pasal ma kat kami, dan ma pun selalu bercerita kebaikan abah pada kami.

Tak de langsung perkara buruk yang keluar dari mulut ma dan abah mengenai kisah kehidupan mereka dahulu. 

Mak pula??? Memang tak de langsung rasa cemburu bila abah kongsi cerita ma dengan kami anak bernaak, malah cerita dikongsi bersama mak.

Alhamdulillah...aku bersyukur sebab dikurniakan ma, mak dan abah yang memiliki hati yang sangat baik, payah nak jumpa tapi memang ada :)

Dari segi perwatakan, ma lebih lembut dari segi tutur kata dan perbuatan. Gerak kerja ma lemah lembut dan perlahan..orang kata tak laju tak pelan la kalau buat kerja rumah.  Ma buat kerja jenis selesai 1 kerja baru beralih pada kerja seterusnya.

Tapi mak aku jenis laju tapi cekap buat kerja malah boleh buat 2 3 kerja dalam 1 masa. Sebab mak banyak pengalaman kerja masa muda remaja. Dari selembut kerja sampai sekasar kerja mak pernah buat sebelum kahwin dengan abah.

Ma pun banyak pengalaman kerja tapi ma banyak kerja kat pasaraya jadi salesgirl. Kerja lain ma tak pernah buat sebab ma kata kat Kuantan zaman dulu kerja pasaraya je la senang dapat. Plus ma ada SRP, senang la dapat kerja pasaraya. Gaji pun ok ma kata..dulu2 la..

Mak aku sekolah takat darjah 6 je sebab arwah tok dulu anak ramai pastu kerja kampung je...Mak aku bagi peluang kat adik2 dia belajar abis. Mak cite masa sekolah nak jadi nurse sampai pernah berlakon masa anugerah cemerlang jadi nurse, tu sebab ada watak nurse, kalo xde memang tak de nye nak join berlakon. Mak kata suka dengan pakaian nurse, putih bersih.

Sampai la sekarang, suka sangat berkawan dengan nurse. Mak kata kerja nurse kerja yang mulia, walaupun ramai yang kutuk nurse, tapi mak aku puji melambung sebab tak pernah pun sepanjang mak aku menggunakan khidmat nurse, kene mende2 tak elok....

Semua nurse jadi kawan mak aku sudahnye...
Kita layan orang elok, orang pun senang nak layan kita elok
Tu mak aku pesan la...

Tapi hajat mak tak sampai...tak pe tak de rezeki...jadi nurse untuk anak2 dan suami pun cukup hebat dah mak. Mak pernah keje kilang papan, kilang buat komputer, kilang elektrik, kilang besi, jadi pengasuh, jadi tukang masak kat restoran, kerani pejabat dan pekerja kedai kek.

Tapi kahwin dengan abah, terus tak kerja dah sebab abah tak suka isterinya bekerja. Sama la macam ma aku pun..kahwin je tak kerja la sudahnya.

Jadi, kedua dua mak aku mempunyai kisah yang hampir sama dalam cara mereka menghadapi alam rumah tangga cuma sedikit berbeza mengikut pengalaman mereka dalam menjaga seorang lelaki yang sama.

Ma bersama abah ketika abah muda, dari zaman 20-an hingga pertengah 30-an. Jadi pengalaman ma adalah semasa mereka masih muda dalam melayari alam rumahtangga.

Mak pula bersama abah ketika sudah hampir ke usia 40-an. Ada beberapa sikap dan perangai abah yang sama tapi berubah mengikut peredaran usianya.

Jadi kedua-dua mak aku menggunakan pengalaman mereka itu dalam memberi pesanan kepada aku yang masih mentah dalam alam rumahtangga.

Abah juga banyak bagi pesanan tapi lebih menjurus kepada hak seorang suami sebab abah seorang lelaki sudah tentu abah pesan supaya aku taat pada suami kan, apa bole buat apa tak boleh buat.

Tapi mak aku bagi pesanan bagaimana nak jadi isteri yang taat pada suami bukan bila suami suruh taat baru nak taat.

Contoh kan masa aku dalam fasa bertunang, bila aku balik sekali sekala kat Manjung, nak keluar la berjalan ke gi mana2 mesti mak pesan dah bagi tahu nas kamu nak keluar? Dia tahu kamu nak keluar?

Ada sekali aku cakap masa tu keluar dengan mak abah la ke Lumut nak makan2 tepi laut, bila mak tanya cam tu, aku jawab la...kan kita keluar dengan mak abah, kene bagi tahu juga ke?

Mak aku tak jawab, tapi abah aku yang jawab, katanya.... biasakan diri tu minta izin nak keluar atau pegi mana2 masa sekarang ni, tak de la masa dah kahwin nanti jadi kebiasaan mula la susah nak ajar....
memang terus senyap la aku lepas tu.

Lepas tu masa aku minggu awal mengandung, suami terpaksa anta aku ke Manjung sebab rumah belum dapat masa tu, aku plak mabuk2, suami risau tak de orang nak tengok2 kan aku.

Masa aku call cakap kat mak pasal hal ni, mak tanya memang nas nak anta kamu ke atau kamu yang minta nas anta kamu ke mari?

Aku cakap kat mak nas suruh aku duk ngan mak abah sebab dia belum dapat rumah lepas tu mama pulak sibuk seharian kat kantin.

Baru mak abah aku lega sebab nas sendiri nak anta aku sebab risaukan aku. Mak pesan jangan susahkan suami semata-mata nak ikut kehendak kita, kalau kita sendiri boleh kawal situasi tu...

Ye la, time tu baru 3 bulan lebih kawin, duk plak asing2, aku kat Puchong suami kat Kuala Selangor.  Dalam duk cari rumah, dapat tahu peknen plak, awal2 mabuk, tu yang tak tentu arah tu. Tapi tak lama pun, 2 minggu je lepas tu dapat rumah, sambung mabuk kat rumah sendiri plak...huhu

Masa suami nak balik Kuala lepas hantar aku, abah sempat pesan, jangan risau, abah ngan mak akan jaga aisyah baik2, kamu kerja elok2, tenang je ye. Kamu izinkan dia ye duk dengan abah kejap sementara kome dapat rumah.

Suami aku plak sebak, dia jawab kalau ada rumah dia tak hantar aku balik sini sebab dia ada dan boleh jaga aku, tempat kerja bukan jauh pun. Tapi sebab dia jauh nak jenguk aku kat Puchong tambah plak letih weh nak ulang hari2 hampir 2 jam atas jalan, sampai rumah pukul 10 lebih, esok pagi pukul 6 pagi dah gerak pergi kerja....tak cukup rehat gayanya...tak sanggup aku nak tengok beliau begitu. Balik hujung minggu cukuplah...

Begitu juga masa aku tunggu masa nak bersalin...genap 9 bulan suami dah anta balik Manjung sebab aku ada GDM jadi kene ada susulan khas dengan hospital setiap 2 minggu. Suami juga ada kursus dan program sepanjang aku nak menunggu hari tu.

Sekali lagi suami minta kebenaran abah nak hantar aku balik Manjung dan minta jagakan aku sebab dia ada urusan kerja. Hujung mingggu dia balik jenguk aku.

Jadi urusan ke hospital dan KK, dengan abah la aku pergi. Setiap kali nak keluar, mak pesan dah mesej ke call nas cakap nak pergi check up ni..Bagi tahu dia dulu nak pergi mana2 walaupun dia tahu kamu memang kene pergi check up.

Biasanya memang aku bagitahu awal la sebab rajin sms call apakan, jadi aku kabo siap2.
Sama la juga masa dalam pantang nak amik darah Alauddin kat KK sebab jaundice, tak pernah lupa mak aku pesan bagi tahu suami walaupun nak keluar dengan abah sebab suami kamu hak dia lagi tinggi dari abah.

Abah aku pernah cakap, kalau suami tak izin, abah pun tak de hak nak bawak aku melainkan boleh bawa mudarat.

Pernah sekali aku kene ceramah sekejap dengan mak aku. Kisahnya minggu tu kami dah berjalan ke Kota Bharu selama 2 hari 1 malam. Pergi dan balik ikut Grik.

Paham2 je la jalan Grik tu mana rupanye, dengan bengkang bengkok berbukit bukau bagai, aku plak dalam 3 4 bulan peknen masa tu, mabuk pun ada lagi, duk muntah berkali-kali sebab pening.

Balik dari Kelantan, 2 hari lepas tu ke Penang pulak tapi dengan mama ada kenduri kawen. Aku awal2 surrender tak nak ikut sebab letih balik dari Kelantan tak abis lagi plus aku tak nak tempuh perjalanan jauh buat masa tu, udoh2 lerrr...

Jadi suami decide anta aku ke Manjung sebab dia kene gi ke Penang sekali sebab mama dan yang lain2 tak tahu jalan nak ke rumah pengantin...jadi harap kat suami je la.

Sampai Manjung malam, abah dan mak sambut kepulangan kami. Abah tanya memang nak anta aku ke mari atau sebab aku yang tak nak ikut? Sebab abah nampak kot riak muka aku macam tak berapa hepi je kan.

Suami cakap memang dia nak anta, balik penang dia amik, sebab dia tak sanggup tengok aku penat jalan jauh.

Padahal sebelum hari tu, aku dah call mak ngadu pasal hal ni, aku tak nak ikut sebab tak larat.
Tapi mak aku pesan ikut apa cakap nas, kalau dia minta ikut ke Penang, ikut la, nanti dia tahu la nak jaga kamu.

Kalau memang dia nak anta, tak pe la, tapi jangan kamu plak paksa2, nangis2 nak suruh dia anta.
Bila abah aku dengar perbualan kami melalui phone tu, aku dengar dengan jelas suara abah aku.

Tempat isteri bersama suami. Kene patuh tu.
Mak aku pun tukang sambung la ceramah tu.

Elok suami aku gerak tu, abah tanya macam2 la kat aku.
Sudahnya aku plak rasa berdosa.
Terus la call suami tanya betul ke dia redha aku tak ikut die.
Alhamdulillah...suami redha...siap cakap jangan pikir hal tu...tak de pe pun.

Mak dan abah memang pentingkan bab minta izin ni tak kira la nak buat apa pun.
Duduk serumah dengan mak ayah pun izin suami kene ada dalam segala hal.

Abah pesan suami tak boleh tahu hal isteri dari mulut orang lain, boleh timbul fitnah.
Suami tak boleh tahu perbuatan isteri selepas perkara dah jadi, boleh jatuh dosa.
Isteri tak boleh sembunyi sesuatu perkara dari pengetahuan suami boleh jatuh isteri derhaka.

Memang tersemat kuat dalam benak kepala aku pesan abah tu.

Sama juga dalam bab masak makanan suami.
Mak memang pesan selalu makanan suami kene masak, jangan ajar sangat makan luar.
Kasih sayang rahmat rumah tangga dipupuk dari air tangan isteri, sebab setiap hujung jari isteri ada barakah yang Allah kurnia hanya pada isteri sahaja.

Jadi masaklah walaupun simple sahaja, janji untuk suami.

Aku kalau balik Manjung, lauk suami mak suruh aku masak.
Contoh ari tu lauk ayam, suami aku suka makan ayam masak sambal, mak masak lauk2 lain tapi ayam sambal aku yang masak.
Kalau lauk tempe, aku yang wat semua sampai siap.

Mak pesan walau kat rumah mak ke mak mertua ke, biar kita masak masakan suami kita sekurang-kurangnya apa yang masuk dalam perut suami ada bahagian isteri juga.

Kat rumah mertua, aku biasa masak nasi je la, sebab budaya mama dan mak lain. Mak jenis style kampung, mama plak jenis modern sikit masakannya...

Jadi aku masak nasi je la, lauk pauk aku tolong potong bahan2 dan kacau2 mana yang patut.

Masa aku dalam pantang, opah yang mengurut aku tu pun pesan juga kat aku.
Sebelum nak mula mengurut, opah tanya suami tahu kamu nak mengurut?

Aku cakap tahu opah, kenapa?
Opah pesan badan kita dari hujung rambut sampai hujung jari kaki semua hak suami.
Tak de orang lain boleh sentuh selain suami dan dengan izin dia juga.

Jadi opah nak tahu la sebelum opah sentuh badan kamu ni.
Suami kamu izinkan opah boleh la terus mengurut.

Sampai macam tu sekali pesanan orang tua2 dalam nak jaga hubungan suami isteri.
Sepanjang mengurut tu la opah pesan macam2.

Isteri kene jaga dalaman elok2, sebab semua tu hak suami.
Jangan ambil sambil lewa.
Dalam pantang kene pantang, mesti kene ikut, sebab kita jaga hak suami.

Bila suami bukak mulut tegur kekurangan kita, jangan melenting tak tentu pasal.
Tapi usaha untuk baiki kekurangan kita.

Yang paling bagi kesan kat aku opah pesan nak cantik tak perlu mahal2 macam orang sekarang.
Amal petua lama pun dah elok, dan cantik.

Opah siap ajar cara nak buat bedak sejuk sendiri, sebab katanya tak payah nak beli2 buang duit.
Nak rapat amalkan manjakani, beli kat kedai runcit pun ada, sepeket tahan berbulan, harga tak sampai 3 4 ringgit pun.

Rajin lagi cairkan manjakani tu, nampak pekat sikit, tutup api.
Suam2 rasa boleh pegang ngan jari, gentel2 jadi biji kecik, tunggu dia keras, jadi la pil manjakani,
Buat amalan harian makan 2 biji pagi 2 biji malam.

Nak kulit celah kangkang tak itam, amik manjakani, tumbuk sampai jadi halus, buat bedak kat kawasan yang gelap macam ketiak, pelipat dan celah peha tu.

Buat scrub juga, tenyeh masa mandi, rajin lagi amik daun2 yang orang buat mandi masa dalam pantang, gosok kat badan, boleh ilang daki, bau badan semua.

Semua petua orang lama dan bahan2 semulajadi je pun
Dah bole jaga 1 badan.
Tu opah ajar yang asas je.

Banyak lagi untuk naik seri muka, makan kelopak bunga mawar, nak segar dan bertenaga minum air rebusan sireh...macam2 la...

Tapi pesan2 mereka yang dulu makan garam dari kite ni memang banyak yang baik untuk kite ikut.
Aku suka sangat rujuk apa2 kat mak, ma dan mama.

Tak yah nak tanya kat orang lain dah, 3 wanita hebat ni pun dah cukup untuk aku jadi pedoman dalam melayari rumah tangga.

Aku jarang nak ada masalah dengan suami, mende biasa merajuk marah sikit2 adalah, mende remeh je pun.

Kadang2 masa mak call, aku tengah mood tak berapa baik, tercerita gak kat mak tapi tak cerita penuh la sebab mak pesan jangan cerita hal kurang manis dengan suami kat orang walaupun mak sendiri.

Sebab boleh jatuh air muka suami.
Tapi aku mengaku la, orang muda macm aku, yang pengalaman hidup takat hujung kuku ja, banyak wat silap kan.
Kene juga la ditegur.

Mak pesan hati tu kene didik jangan nak sentap sangat, jangan nak manja sangat, jangan nak sedih sangat bila suami terkasar sikit masa bercakap ke masa menegur ke.

Sebab mak kata suami penat berkerja, jangan tambah penat dia.
Kalau dia tak boleh tolong kita, jangan paksa dia tolong.
Kalau dia rasa nak tolong, tiba2 dia rajin, biar dia tolong, buat sama2
Jangan perli2, tak baik.
Hati suami kene jaga, sebab lelaki lagi senang tersentuh lebih2 lagi yang tegur mak atau isteri dia.

Kalau suami nak rehat, biar die rehat.
Apa yang aku belajar dari mak aku bila tengok cara mak handle kami adik beradik ialah
Bila abah balik kerja masa dulu dan meniaga masa skang, atau baru lepas buat kerja yang penat, abah nak berehat sekejap, atau nak tido sekejap..
mak memang suruh kami semua main senyap2, jangan buat bising, jangan jerit2, jangan gaduh2
sebab mak kata abah nak rehat, abah penat.

Jadi kami terdidik untuk hormat bila abah amik masa untuk berehat.
Mak pesan kene ajar anak2 macam tu, dari kecik lagi supaya dia tahu hormat hak dan masa orang lain.

Jadi, bila suami nak rehat, biarkan dia rehat.
Nanti dah elok, dah ilang letih, dah de tenaga balik, suami sendiri ada mood nak join anak bini.

Jangan suka nak menceceh kat mak ayah, sikit2 nak ngadu kat mak ayah, kalau suami tak suka perangai kita tu, silap2 berdosa pulak sebab kita memulakan perkara yang tidak disukai suami.

Mak pesan suami nak makan apa masak segera. Jangan bagi alasan.
Pernah suami nak makan cucur jagung masa balik Manjung, tu pun sebab nampak jagung kat dapur
Terus mak aku suruh aku masak.
Sebab suami nak makan....huhuhu

Tapi mak memang kental la
Pernah beberapa kali abah lapar tengah malam pukul 2 3 pagi, abah kejut mak nak makan nasi goreng kampung, mak bangun terus masak...siap tanak nasi dulu...hoho
Memang kental dan sabar betul

Mak pernah tanya ada ke tetiba nas lapar tetengah malam
Aku cakap tak de lagi cuma lapar time nak tido adalah
Selalu tido lambat la, pastu nak masuk tido tetibe lapar plak

Tapi selalu masak megi je sebab tu yang dia minta pun
Aku nak goreng nasi dia tak mau, kata nasi berat, nanti kenyang susah nak tido...pulak dah

Mak pesan tak elok biar suami tido dalam keadaan lapar...dia nak makan masak je ikut dia nak makan.

Aku memang selalu kongsi cerita dengan mak.
Nanti mak selit la pesanan dia.
Pesanan mak selalu buat aku terpikir banyak rupenye mende yang aku masih belum buat untuk suami aku walaupun mende tu mudah dan remeh je.

Tapi yang mak paling titik beratkan supaya rumah sentiasa kemas, diri mesti dalam keadaan kemas dan wangi dan bilik tidur mesti bersih.

3 bende tu mak pesan selalu, ingat selalu, cakap selalu.
Kalau kat Manjung, sementara nak tunggu suami sampai, mak suruh aku mandi siap2, kemas bilik lawa2.

Kat rumah aku pun mak pesan macam tu
Bilik tidur kene jaga, sarung tilam bantal semua rajin tukar
Jangan dah tergaru-garu baru nak tuka, jangan suami dah tegur baru nak tuka.
Rumah kene kemas selalu, jangan suami balik rumah macam kapal berperang.

Suami balik makanan siap ada atas meja.
Diri sendiri kene wangi, pakai baju lain, jangan pakai baju sama dari pagi bawak ke petang
Kalau malam, pakai seksi sikit.
Pakai baju tak de lengan pun cukup dah kalau jenis suami tak suka isteri lebih2 seksi macam abah aku..haha
Dia kata malu aaiihhhh....

Penampilan diri kene jaga, bulu2 yang patut tak yah bela, kasi buang, kasi licin.
Rambut kasi ikat ke, kasi sanggul ke, muka kasi segar.
Muka tak mau pucat, kalau memang jenis pucat, calit sikit apa2 kasi ada warna segar gitu :)

Aku memang suka la dengan segala pesanan orang tua aku.
Kalau balik jumpa mak, ma dan mama, memang ada je titipan pesanan untuk aku.

Semua mereka mengharapkan yang baik2 je dalam rumahtangga anak menantu mereka kan.
In shaa Allah....


Jodoh rezeki dugaan cabaran Allah yang pegang
Kita usaha je mana yang mampu dan terdaya.

As-salam

*biasalah kalau entry panjang macam ni, aku kan suka membebel...bebel kat blog sendiri tak pe, jangan bebel kat blog orang...huhu*








No comments:

Post a Comment