About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Wednesday, May 1, 2013

Terharu dan Risau

Assalamualaikum

Tak tahu nak kata terharu ke hape perasaan aku ni selepas mendengar bait2 kata yang keluar dari mulut suami. Perghhhhh...ayat poyo!!

Suami aku ni dah start counting days la nak berkursus pun
Gaya cam nak gi berperang nunnn...

Risau nak berjauhan anak bini katanya
Terutama ngan anak la, sebab anak kecik lagi kan
Manja ngan abah pula tu

Baru ni beliau gi taklimat pasal kursus tu
Balik tu beliau cerita la pasal taklimat die tu

Yang pasti cuti raya tak lama katanya, cuti ikut kalendar je, 3 hari je kot tak silap aku
Beliau kata tak dapat la nak amik cuti sebelum raya dan selepas raya cam tahun2 lepas.

Tak pe la, sebab tahun ni raya Manjung je, tak de ke mana pun
Mama pun balik Ipoh umah Mak Cu, so boleh la kita berkumpul kat Manjung je ramai2 :)

Lepas tu beliau cerita pasal wanita yang bf anak
Kesian anak2 dieorg kata beliau

Sebab beliau paham kalo anak susu badan, memanglah rapat dengan mak sebab susu kat mak kan
Lepas tu yang mak2 ni plak cam ne nak handle susu dieorg sebab anak tak de dekat nak bagi susu

Tapi suami cakap pihak sana ada sediakan freezer untuk simpan stok susu mereka
Sampai masa balik nanti boleh la bawak balik ke rumah untuk stok kemudian pula

Tapi suami cerita dengan penuh perasaan, sedih dia kata
Cam ne anak nak jauh dengan mak

Dia yang bapak pun sedih nak jauh ngan anak, ni plak mak yang memang dari celik si anak sampai pejam masa lebih dengan anak.

Tetibe je suami aku cakap
Nasib baik ayang tak keje PTD cam abang, kalau tak kesian Alauddin....pulak dahhhh
(macam lah kalau dapat PTD tu beliau bagi aku kerja kan!!...hihi)

Lepas tu beliau cerita lagi
Pegawai yang bagi taklimat tu cakap

Pada bapa yang rapat ngan anak, bolehlah cuba kurangkan manja dengan anak, supaya nanti tak de la merengek2, demam sebab bapak nak pergi jauh

Yang ni aku duk pikir pelik
Apa hal plak
Tak de kene mengena lahhh

Ada ajar orang suh jauh ngan anak
Dah la memang nak pegi keje lama, pastu masa yang ada ni nak suh jauh2 plak

Mungkin la pegawai tu cakap lain, tapi suami aku ni cerita pendek je, amik mana penting la

Tapi yang ni suami aku pun tak sanggup nak buat
Hahahaha...sebab memang anak manja ngan dia

Dia pun skang asyik duk gomol Alauddin je sambil duk cakap 
Nanti rindu abah kat Alauddin, kalau rindu cam ne nak gomol, Alauddin jauhhhh

Mula la nak menitik air mata aku kan
Hadoiiiii...feeling lebih aku ni

Petang2 kalau balik awal sebelum nak kuar balik malamnya, bawak Alauddin main kat taman bawah rumah ni
Memang layan abis la anak tu

Lepas tu, duk wat muka sedih, 
Nanti besday aku bulan 6 ni, dia jauh la nak sambut, nak wish

Aduhhh..saje bikin drama la 
Padahal bukan sambut beria pun, kami biasa wish je

Aku cakap tak de pe la...mesej je pun ok
Aku bukan jenis mengharap yang bukan2...aku jenis simple lagi mudah :)

Pastu anniversary pun tak abis kursus lagi, sebab abis minggu pertama bulan 12
Kiranya besday Alauddin pun abah tak dapat wish

Kira nanti bulan 12 nanti la baru pikir nak buat apa untuk Alauddin 
Lambat pun tak pe, sebab tak penting pun mende2 cam tu

Pergi dan balik dengan selamat sudah cukup :)

Aku memang pesan selalu, kalau ada aktiviti yang rasa tak mampu nak buat, jangan buat
Bagi tahu pegawai bertugas apa kelemahan kita, jangan paksa diri nak buat

Memang ada kes sampai bawa kepada kematian semasa kursus ni, tapi kes terpencil la
Tapi aku tetap la risau sebab ada aktivitinya yang lasak ala2 tentera
Kalau orang yang memang tak biasa, memang susah la dia nak buat aktiviti tu

Sebabnya suami aku memang tak pandai berenang
Dia ada sejarah buruk dengan air masa dia kecil, hampir lemas cerita mama
Jadi dia memang takut air

Mandi biasa kat pantai ke air terjun tu tak de la takut
Tapi bila masuk bab kene berenang, kene berendam dalam air
Kene lalu kat air deras hanya bergantung pada tali
Aktiviti air yang lasak cam ni dia tak biasa
Dan dia memang ada perasaan takut

Teringat aku masa tengah menunggu hari untuk bersalinkan Alauddin
Dia berkursus kat Kedah seminggu

De 1 hari tu die mesej cakap ada aktiviti air, buat kat sungai, air deras
Walaupun hanya mesej, tapi aku tahu dia dah mula rasa takut

Aku pesan pegang tali jangan lepas dan jangan bagi orang paut badan kita
Sebab aktiviti deme ni beramai-ramai dalam air

Jadi mesti la ada sesi paut memaut kalau yang jenis cuak tak ingat dunia
Yang penting jangan lepas tali, tu je

Sebelum giliran die, mesej lagi cakap paras air takat dagu, sebab dia tengok kawan dia, selepas tu giliran group dia plak
Dia cakap dia takut, dia suh aku doa untuk dia

Nampak tak ketakutan dia cam ne
Suami aku jenis kental, tegas, muka garang, serius, tapi bila dia kata dia takut
Memang dia betul2 takut

Aku pesan mende yang sama, kene rileks
Dah selesai nanti mesej kabo dia ok

Memang dia ok, tapi dia cakap tertelan air sungai sebab air laju dan paras dagu bila bergerak2 tu yang tertelan air
Ye la, dia tak de basic berenang, so tak pandai nak kawal kaki dan lonjak untuk elak air masuk mulut even kita tengah berdiri

Tu sebab aku risau sangat
Bab aktiviti air aku risau
Aktiviti darat aku tak risau sangat sebab die bekas atlet, jadi stamina dia in shaa Allah fit untuk aktiviti macam tu
Semoga dipermudahkan

Ok la..malam ni tido berdua je dengan Alauddin, sebab abah kene standby kat ofis untuk kes aduan pilihanraya

Maklumlah, lagi dekat nak mengundi, lagi banyak la ceramahnye, kes gaduhnye, kes gantung bendera salah parti la, macam2 la yang pelik2nye 

Tempat lain tak de kot, kat Malaysia je aku rasa pesen nak gantung bendera kat kira tempat
Janji GANTUNG!!

Beliau dah tak sabar nak cepat abis mengundi ni, nak kembali kepada rutin harian beliau sebelum ni..
hohohoho

As-salam :)













No comments:

Post a Comment