About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Saturday, June 22, 2013

Bila Berdua Dengan Anak :)

Assalamualaikum

Weekend kembali lagi......tapi hanya menghabiskan masa bersama hero kecik sebab hero besar tak dapat balik minggu ni, sebab ada latihan bomba selama seminggu kat Pusat Latihan Bomba Kuala Kubu Baru.

Kira minggu depan baru la hero besar dapat balik ke pangkuan keluarga kejap.
Tapi minggu depan dapat balik 2 malam, sebab dia balik Jumaat malam tu ke Kuala then ahad petang baru balik IKWAS....

Lama la sikit kat rumah kan
Kalau tak tu, sampai Kuala tengah hari Sabtu, ahad petang dah balik IKWAS kan.

Semalam suami call bagi tahu, ari ni (sabtu) depa dapat pelepasan waktu, outing la budak2 student cakap kan, dari pukul 10 pagi sampai 10 malam.

Dia kata nak balik la jap ke Kuala.
Tapi kene balik semula ke IKWAS pukul 7 sebab last outing pukul 10 malam.

Aku kata cam penat je, sampai rumah pukul 2, pastu duk tot tet tot tet pukul 7 dah kene balik sana plak.
Pastu Ahad pagi dah nak kene gi latihan bomba plak.
Nanti badan tak fit, susah plak.

Dia pun pikir mende yang sama.
Lagipun ari ni depa kene wat check up kesihatan sebelum pegi latihan bomba tu, so aku kata tak pe la, standby badan tu untuk latihan bomba la.

Bukan lama pun, minggu depan dah dapat balik lama sikit, baru puas nak rehat apanya kan.
Pastu dia kata ok la.....

Pejam celik pejam celik minggu depan dah sebulan en. suami ni berkursus dan sebulan juga lah kami 2 beranak tinggal berdua...huhuhu

Nak kata terasa sangat "kehilangan" tu, tak de la pun sebabnya manjang whatsapp je ngan en. suami cuma jauh kat dasar hati mestilah rindu kan sebab berjauhan dengan suami sendiri.

Memang boleh kongsi cerita thru whatsapp tu kan, dah cam zaman bercinta dulu plak, tapi tetap tak sama cam kita boleh bercakap face to face....lebih real la orang kata.

Tapi tak pe, cabaran sebulan berjauhan kami dah dapat tempuhinya dengan jayanya...hoho...
Tinggal lagi 5 bulan 10 hari je lagi.

Excited nak tunggu bulan puasa sebab suami kata, bulan puasa dapat balik tiap2 minggu.
Ok la tu kan, walaupun hujung minggu je dapat jumpa, tapi still ada family time sebab hujung minggu suami tak de keje. ngadap anak bini je la.

Dari hujung minggu ada suami tapi suami kene keje plak...huhu...same je rasa
cam masa die belum pergi kursus tu la, ada program la, lawat kampung la, kes banjir la, parit sumbat la....aiiihhhhh....
Rasa hari sabtu ngan ahad sama je cam ari Isnin ngan selasa....gitu laaaaa

Kalau bulan puasa lak, masa die belum pergi kursus, banyak ikut program berbuka puasa, minggu pertama puasa je la dapat berbuka sama2 kat rumah pun.

Tapi tahun ni sebab suami berkursus, jadi dia tak terikat dengan urusan di pejabat so takkan ada orang akan panggil dia untuk attend program...hoho...

Khamis baru ni Wan datang dengan syikin, deme ke manjung ari selasa.
Tujuannya nak amik dapur murtabak ngan khemah sebab wan nak naiga 2 tapak masa bulan puasa nanti.

Jadi khamis deme nak balik kuantan tu, balik singgah kuala la.
Mudahkan rumah kat tengah2 perjalanan ni, boleh pakat singgah jap sebelum sembung perjalanan.

Asal deme nak balik petang khamis tu juga ke kuantan
Aku cakap tido semalam la, balik jumaat.

Jadi malam khamis tu, syikin nak makan satay plak, aku ajak pegi satay hut kat Tanjung Karang tu.
Memang popular satay ni, sedap gile....kuah ngan satay dia sama sedap
Tapi dia jual satay ayam je la, daging tak jual.

Satay die besar2, jual 70 sen dengan rm1.30.
Asalnya aku ajak tapau je, beli satay makan kat umah.

Lepas tu dalam perjalanan Alauddin tido plak
Aku cakap kita makn sini la, tapi bukan satay, makan nasi

Satay kita bungkus sikit, makan sini sikit.
Ok....semua set

Aku makan nasi goreng kampung,, wan makan nasi putih dengan sup tulang, syikin makan mihun tomyam.

Rasa masakan, biasa je la, rasa standard kedai makan, tapi bukanlah sedap gile...huhu
Orang kata boleh masuk tekak la rasa masakan dia tu.

Lepas tu order satay 30 cucuk untuk makan situ, then 40 cucuk untuk bungkus bawak balik rumah.
Beli yang 70 sen tu je, tu pun dah besar.
Deme bagi 3 cucuk satay rm1.30 sebagai kudap2an lepas makan nasi tu.

Makan yang besar tu memang puas la...gemuk gile
Itu 10 cucuk pun dah cukup kenyang kot

Balik rumah tu, masing2 dah kenyang sangat.
Apalagi, bentang tilam, semua pakat tido je kat depan tv tu, layan plak raja lawak 7 ulangan...

Sambil nyembang tak abis2, dari datang sampai esok nak balik, bising je rumah aku.
Alauddin suka sangat dengan ayah lang dia.

Alauddin lebih suka dan tertarik dengan orang lelaki berbanding perempuan.
Dia lebih suka main dan tegur atok manjung, atok puchong, opah dengan tok wan dia kurang mesra tapi dia kenal la.

Bila dengan ayah lang, dia yang ajak main, usik, ajak sembang, padahal tak berbutir pun.
Ayah lang jenis melayan....suka sangat la.

Ngan mak ngah ok juga, tapi bila ada ayah lang, dia pilih ayah lang...hohoho...

Kiranya, dengan kedatangan deme berdua ni, Alauddin tak rasa sunyi la.
Ada kawan nak main.

Tapi sebab minggu ni tak de sape datang rumah aku, mama pun sibuk ada order dari cikgu untuk 100 orang makan, ada kenduri doa selamat, malam ni makannya.
Jadi tak dapat la datang.

Biasa masa suami tak kursus, kalau tak de hal amik stok ke apa kan, mesti keluar berjalan jugak, walaupun tak de apa nak dicari.

Sebab time hujung minggu la nak cuti memasak, nak makan luar, nak berjalannye pun kan.
Tapi skang dah tak boleh plak...nak berjalan tunggu minggu depan...kuikui..

Biasa sabtu ahad kalau berdua je dengan Alauddin, aku banyak melepak je ngan dia
Layan dia main, ajak sembang, memang masa kat dia 100%

Aku melayan biz pun guna phone je, tak de ngadap laptop melainkan die tido.
Dan keutamaan aku pada Alauddin la...

Sebabnya sabtu aku memang tak de wat pengeposan, ahad plak memang cuti, jadi aku tak de la kelam kabut nak packing apanya kan.

Juz bukak bil untuk yang dah bayar lepas tu isnin pagi nanti baru aku start packing.
Jadi masa aku banyak untuk layan Alauddin je la....best2 :)

Alauddin plak memang suka kalau dapat memerap....baring kat sebelah sambil kaki sebelah panggung aku pastu layan tv...

Aku kalau sabtu ahad ni layan masterchef marathon la jawabnye....tengok la ulangan tu...nasib tak de jemu...hoho

Malam tadi dah order cerita Oh Mak Ko kat Astro First konon nak layan ari ni ngan esok la, kene tengok movie kelakar baru best.

Ari ni puasa, jadi tak de sesi memasak la...
Duk sorang nak masak apa pun tak  reti sebab tekak aku je nak jaga pun.

Alauddin dengan makanan dia la
Tapi ari ni nak masak dia macaroni cream, tak pernah bagi makan so nak try tengok dia nak ke tak.

Hari ni plak ada pasar malam, so aku memang cuti memasak terus la, sampai esok
Makan berbuka dah tentu beli pastu aku memang suka beli makanan lebih simpan dalam peti then ahad nanti nak makan panaskan je la...
hahahahahahahahaha...

Kata makan sorang, apa de kesah
Aku selalu beli makanan berkuah la, cam laksa, mihun sup, mee udang ke
Jagung rebus memang wajib beli selasa ngan sabtu, tu stok kudapan
Kadang tu cucur meneram...makan time tengok tv

Pastu gi pasar malam biasa nak top up apa yang dah abis, selalunya cili api je la pun...yang lain tak bergerak pun sejak beli minggu lepas, nasib baik tak layu lagi sebab simpan dalam plastik elok kan.

Jadi, selamatlah berhujung minggu ye....
Semoga hujung minggu kome semua bermanfaat hendaknya :)

As-salam














Friday, June 14, 2013

Tipu Sana Tipu Sini

Assalamualaikum

Pernah dapat call dari somebody yang kata dia dari bahagian atau jabatan atau unit kat Bank Negara Malaysia?

Then sembang punye sembang tetibe minta no kad ATM kita??

Bila kita tanya kenapa, mula la bolak balik nak jawab??

Pernah kene cam tu tak??

Actually, kejadian ni jadi berbulan-bulan lepas, tapi dalam tahun ni juga la.
Bulan 2 tak silap aku.

Time tu suami ada kursus kat Cherating, Pahang.

Masa tu petang, suami dapat call dari seorang perempuan India, sebab dari cara dia cakap memang menunjukkan dia berbangsa India la.

Mula2 die perkenalkan diri dia sebagai pegawai apa ntah, dari Bank Negara Malaysia.

Sembang punye sembang, suami tanya apa masalah call dia.
Wanita ni tanya encik ada akaun dengan Maybank?
Suami cakap ada.
Saving ke current?
Suami cakap saving.

Then dia cakap nak buat kaji selidik berkaitan kad ATM Maybank
Agak pelik pula ayatnye sebab bukan orang Maybank yang call, memang pelik...hoho

Pastu dia minta kerjasama suami untuk bagi no pada kad ATM tu
Ala, no yang bercetak kat atas kad ATM tu kan

Yaaaaaaa.....tiba di sini suami memang terus cop minah ni tengah nak tipu woranggg
Jaga-jaga ya...

Suami : Apa u nak buat dengan no kad tu?
Itu wanita:  Nak buat semakan dengan Bank Negara
Suami :  Atas isu apa? 
Itu wanita :  Tak da apa encik, untuk semakan sahaja.
Suami :  Kenapa u tak call Maybank minta details saya? Kenapa minta kat saya? Segala urusan antara Bank Negara dengan bank, u kene call direct bank, bukan call saya.
Itu wanita : Encik, saya hanya minta no kad ATM sahaja, tak perlu call Maybank, hanya call encik saja.
Suami :  Kenapa tak perlu call Maybank?
Itu wanita : Sebab mereka takkan kasi, itu personal info customer mereka. 
Suami : So????????? u ingat i nak kasi personal info bank i kat orang yang tak de kene mengena dengan Maybank????????

Ok, sampai situ, itu wanita cakap
Tak pe la encik, nanti saya call encik semula ya
Terima kasih encik

Huk alohhh.....gitu plop

Dan memang itu wanita call lagi pada esok paginya
Minta mende yang sama tapi dengan cara mendesak pula.

Suami : Nama u apa? Kerja bahagian mana?
Itu wanita : Saya kerja dengan Bank Negara
Suami :  Saya tahu, bahagian apa? Unit apa?
Itu wanita : Itu tak penting encik, saya cuma tanya no kad ATM Maybank encik saja
Suami : Anything, u call the bank, i takkan bagi any info.
Terus off call.

Lepas tu tak de dah call apa2 sampai skang ni.
Apa motif sebenar itu wanita call ye?
Hanya semata-mata nak tahu no pada kad je ke???

Ok, itu cerita berbulan-bulan lepas.
Ni nak cerita kejadian baru juga, dalam 3 minggu lepas.

Mama dapat call dari seorang wanita bernama Marina, katanya bekerja di sebuah bank.
Then terus tanya no ic kat mama.

Nasib mama dalam mood rileks, mama tanya kenapa nak tahu ic saya.
Si Marina pun cerita lah alkisahnya...

Puan, saya nak sarankan supaya puan segera buat laporan polis sebab ada orang lain guna nama puan untuk buat pinjaman dengan bank.
Orang tu guna ic orang lain tapi nama puan.
Nanti lepas puan buat laporan polis, salinan laporan tu puan kene fax kat saya ye
Untuk rujukan saya.

Ok, untuk seorang wanita berusia 55 tahun seperti mama, senang cakap orang tua la kan, memang agak terbatas untuk berfikir lebih jauh malah untuk memproses dan memahami maklumat secanggih ini pun mama akan amik masa lebih.

Senang kata.....apa ke bende la minah ni cerita....tak paham aku.....
Gitu la perasaan mama kot

Kemudian, mama tanya, orang tu nak wat pinjaman apa?
Si marina cakap tak pasti saya pinjaman apa, tapi dia sedang dalam proses nak dapat kelulusan pinjaman puan.

Mama dah bahasakan dirinya "kak" dah...udah gaya nyembang plak.

Tapi kelebihan Si Marina ni adalah bercakap tanpa henti dan mama hanya mampu uhh aahh uuhh aahh mengiyakan apa yang dicakapkan.
Tapi ic mama masih belum diberitahu...
Selamat di situ :)

Sebelum mengakhiri perbualan, Si Marina tu mengingatkan buat laporan polis ari tu juga, nanti dia sms no fax pejabat dia.

Tak sampai seminit letak tepon, udoh masuk sms no fax deme....hebak dok???

Mama dah cuak dah masa tu
Mana tak cuaknyeeee....orang buat loan atas nama kita kome....tak naya ke???

Terus call suami, cerita keseluruhannya

Lepas tu suami tanya, nak buat loan apa?
Keje bank mana?

Mama cakap tak tahu, si Marina tak cakap loan apa, keje bank mana, mama tak tanya plak
Laju beno idie bercakap, tak sempat nak celah...
Ngadu mama...hoho

Mama tanya nak kene wat report ke?
Suami cakap nak report pasal apa?
Mama kata report pasal orang nak buat loan atas nama mama la
Suami cakap loan apa?
Bank apa?
Bila buat loan?

Lagipun guna nama mama, bukan guna ic mama
Lain la kalau ic mama tapi nama orang lain
Boleh la kita buat report 

Then suami minta mama call balik no tu tanya pasal info yang tak lengkap tu
Mama call then si marina tu kata skang dia tengah rehat, nanti dia call balik.

Then suami minta no phone si marina tu
Lepas tu datang kepelikan yang kedua, iaitu si marina call guna no handphone bukan no ofis seperti kebanyakkan officer bank lain guna.

Suami kan dia kalo mende2 cam ni call guna handphone no memang dia terus kata nak tipu orang.
Ada mende yang si marina ni tak tahu pasal mama, so suami nak try perangkap dia la.

Bila call, tanya la macam-macam
Tapi bila dia dengar suara suami, dia tanya, encik siapa
Suami cakap sy anak puan hashimah yang awak call tadi.

Terus lain bunyi suaranya, tak de dah petah macam masa call mama tadi.
Suami tanya boleh cerita balik apa sebenarnya yang jadi dan kenapa mak saya kene buat report.

Si marina ni pun cerita la macam mana die cerita kat mama.
Then suami tanya loan apa? Personal ke? Kereta ke?

Si marina kata tak tahu, then suami tanya abis tu cam ne awak kata ada orang wat loan guna nama mak saya tapi tak tahu loan apa?
Main serkap jarang ke apa??

Ok, si marina tak dapat jawab soalan tu, cume dia kata kene buat report juga
Then suami tanya lagi, lepas buat report, kenapa kene fax salinan report kat awak?
Awak nak buat apa dengan salinan tu?

Si marian cakap nak wat simpanan dia la sebagai tanda puan hashimah dah buat report tu.

Ok, suami tanya untuk confirmation.
Orang tu buat loan guna nama mak saya tapi ic orang lain??

Si marina jawab, ya encik.

Suami gelak je
Si marina tanya, kenapa gelak?

Kalau bukan ic mak saya, buat apa la mak saya terhegeh2 nak buat report polis???
Orang yang punye ic tu la yang kene buat report
Mak saya tak de isu apa pun
Nama je, bukan ic mak saya.

Marina kata ishhh...kene buat encik, nanti lulus loan tu, nama mak encik yang naik tau
Memang sah si marina nak main aci tipu kan

Suami cakap, untuk pengetahuan awak, nama mak saya tu dah blacklist kat bank negara dan memang tak lepas pun nak buat loan ke hape ke.

Jadi, pedulik la orang tu nak guna nama ke hape ke, kalau pun betul ic mak saya, memang tetap tak lepas sebab dah blacklist.

Ok......terdiam panjang kat talian phone tu

Kemudian suami cakap, ke awak yang nak ic mak saya sebab tu awak suruh mak saya fax salinan report tu kat awak??
Macam tu ke?

Ye la kat salinan report polis kan ada details pengreport semua termasuklah ic kan.

Suami tanya pejabat awak kat mana?
Kalau betul ada isu ni, saya nak selesai kat pejabat awak la, senang awak tunjuk bukti seperti yang awak ceritakan tu. 
Pejabat awak kat mana?
Boleh bagi no phone pejabat??

Then terus si marina kata, tak pe la kalau macam tu encik, terima kasih.
Macam tu je?????

Ok, kejadian suami call tu petang.
Malam tu suami call balik no tu

Nak tahu siapa yang angkat???
Seorang lelaki India

Suami cakap Marina ada?
Then lelaki ni cakap, siapa marina???

Then suami cakap ntah la, dia yang kata ada kes orang guna nama orang lain untuk buat loan, tu yang saya nak tanya dia ni.

Terus lelaki ni cakap....oooo...marina tu...dia sudah balik la
Suami tanya, abis tu, ni no siapa?
U kat mana?

I kat pejabat
Handphone ni memang marina tinggal di pejabat untuk urusan pejabat sahaja.

Suami tanya, pejabat kat mana, dia jawab PJ
Bank mana ni?
Lelaki ni jawab, ada la 1 bank kat PJ tu..

Suami malas nak tanya, dia pesan...
Nanti minta marina call semula puan hashimah untuk confirm pasal isu ni ye.
Terima kasih

Tapi sampai la ke hari ni, tak de langsung call dari si marina nyeeeee
Kira apa ye isu tu??

Ok, ada cite lagi ni
Pasal abah aku plak

Mesti korang biasa kan dapat sms dari Power Root kata menang sekian2 wang tunai, tapi kene bagi akaun no kan???

Ataupun sms yang kata simkad kita ni simkad bertuah, terpilih menang wang tunai sekian2 ringgit kan.
Tapi yang pelik tu deme anta sms guna no handphone.

Jadi, abah ada la dapat sms cam tu, banyak kali juga.
Tapi kali ni abah nak try plak call no tu tengok reaksi cam ne.

Bila orang tu angkat, lelaki melayu, abah cakap la pasal memang duit RM30k tu, terus lelaki tu kata
Ya, betul encik memang RM30k dari Power Root

Laju je lelaki tu tanya, ada akaun maybank tak?
Abah cakap ada.
Lelaki tu kata, sms dia no akaun tu, nanti dia nak bank in duit RM30k masuk akaun je.

Abah pun cakap, ok kejap lagi saya sms ye.

Abah bagi no akaun mak aku sebab akaun maybank mak dah lama tak aktif pun.
Maybank pun dah anta surat sekali penyata terakhir akaun suruh aktifkan akaun kat cawangan terdekat.

Lepas sms tu, tunggu dalam beberapa minit, orang tu call abah balik.
Dia tanya, encik, dalam akaun ni memang ada RM1.38 sen sahaja ke????

Abah cakap, aah encik, tu akaun isteri saya, dah lama dah tak guna akaun tu.
Kenapa ye encik?

Terus orang tu letak phone
Hahahahahahahahaha

Siapakah dia yang hebat sangat ni siap boleh cek baki akhir akaun orang??????
Jeng...jeng...jeng....

Zaman sekarang terlalu ramai orang yang hebat pandai tapi ramai juga yang salah guna kehebatan dan kepandaian yang dianugerahkan.

Jadi, bila dapat sms, call atau email dari somebody yang kita rasa ragu2, kene minta bukti yang betul2 kita yakin dia dari pihak yang baik, bukan orang jahat yang sedang menjerat mangsa.

Tanya banyak pun tak pe, at least kita dapat rasa orang tu betul ke tak betul.
Tapi kalau memang kita nak terkena juga walaupun dah berjaga-jaga, tu salah satu ujian Allah nak test kat kita.

Teringat aku 1 kisah masa aku berniaga dengan si wan kat pasar malam Sungai Wangi, Ayer Tawar.
Masa tu petang nak ke Maghrib, ada sorang lelaki cina dalam baya abah, datang bawak buah sukun 2 biji, sedang2 besar dia.

Kami berniaga berdua je masa tu.
Abah kat umah, tak niaga.

Uncle ni cakap kat kami berdua, abah aku ada pesan buah sukun ni kat dia, minta suruh anta kat kami.
Aku pun tanya, bila abah saya cakap?? Tak de pun abah pesan kat kami apa2?

Uncle ni cakap, ada....dia lupa mau pesan sama awak.
Ni kasi angkat la.

Wan terus tanya, berapa ni?
Uncle tu kata, RM5 saja.

Wan terus bayar RM5, tak sempat aku nak kata apa.
Wan kata betul la kot kan

Bila kami balik rumah, tunjuk kat abah, then cerita kat abah
Abah kata, mana ada abah pesan beli sukun ke apa
Abah pun tak kenal cina jual sukun ke apa

Pulak dah......bila abah tanya berapa 2 biji ni
Wan kata RM5, abah kata sah dah kene tipu
Mahal beno 2 biji RM5 tu

Beli 3 biji pun tak sampai RM2 abah kata
Abah kata, napa tak call abah tanya dulu??
Aku pun tak terpikir...huhuhu
Abah nak cakap apa, dah beli pun

Tapi memang kene tipu hidup2 la kan
Hebat tak orang menipu??

Huhuhuhu...tak pe la...cerita lama dah tu

Jadi, zaman serba canggih ni lagi banyak taktik nak menipu orang kan
Macam-macam cara boleh guna.
Yang penting kene berhati-hati ye

Selamat berhati-hati semua
Termasuklah aku :)

As-salam


















Tuesday, June 11, 2013

Kisah Minggu Lepas

Assalamualaikum

Minggu lepas minggu yang agak sibuk tapi seronok untuk aku dan Alauddin. Jadi, aku cerita ssecara keseluruhan je la apa yang berlaku sepanjang minggu lepas ye.

Alhamdulillah..selesai sudah majlis yang dirancang untuk minggu ini. Semua berjalan dengan baik dan lancar.

Aku balik ke Manjung hari Selasa, abah mak adik2 semua datang amik. Sebelum tu aku selesaikan segala barang yang nak dipos kepada customer sebab mereka dah buat bayaran plus barang memang ready stock.

Mana yang tak de barang dan dah bayar je aku mula pos Isnin selepas aku balik dari Manjung tu.

Rezeki Allah nak bagi pada hari Selasa tu, order masuk mencurah-curah...dan payment semua dibuat pada waktu itu juga....Alhamdulillah....

Hari Selasa tu juga aku menunggu barang2 dari supplier sampai ada aku. Biasa pukul 10 pagi dah anta kat rumah, tapi hari tu lambat plak sampai dari skynet. Dekat pukul 12 baru sampai.

Barang pos guna kangaroo dah sampai pukul 10 pagi tu...sudahnya pukul 1 juga baru kami gerak balik Manjung selepas sesi pos barang kat Poslaju dan Gdex xpress.

Nasib la abah aku ada van, mudah la nak angkut barang2 pos aku tu....kalau de kete, memang tak lepas la...jenuh kene angkut 2 kali la jawabnye....kira kami gerak sekali harung terus...selesaiiii

Sampai Manjung dalam pukul 4 petang cam tu. Pukul 6 keluar plak nak gi Lekir Batu 7 nak pilih kambing untuk disembelih.

Aku berurusan 3 minggu sebelumnya, dan ownernya minta aku datang dengan abah aku untuk tengok kawasan dia ternak kambing sebab lebih puas hati la.

Kami sampai sedang elok la, sebab ada owner dan tukang sembelih sekali. Senang la nak tanya apa2 kan. Lepas tu abah angkat akad sebagai wakil suami aku yang tak de masa tu, untuk mewakilkan tukang sembelih menyembelihkan kambing untuk Aqiqah Alauddin.

Kambing pun memang puas hati, sangat gemuk dan sihat walafiat. Puas hati la selepas melawat kawasan dan memilih kambing yang dikehendaki.

Memasak juga aku serahkan kepada pakcik yang menyembelih kambing, sebab dia yang uruskan dengan catering yang bertanggungjawab. Mama dan mak tak pakar dan tak pernah masak kambing.

Selesai urusan Aqiqah Alauddin.

Sebelum balik ke rumah petang tu, singgah jap beli bunga telur, paper bag dan riben untuk urusan goodies. Tema warna hijau epal, dah jumpa apa dicari balik ke rumah.

Malam tu aku saje nak belanja abah mak adik2 makan. Mak nak masak memang tak la sebab aku tahu mak penat dah, dari pagi sampai petang kan.

Jadi kami makan kat kedai makan kat area depan taman aku je, ada kedai makan buat kat kawasan rumah, jual yong tau fu dan makanan bergoreng yang lain. Adik2 aku panggil manjung corner sebab rumah die corner lot.

Yong tau fu ni memang aku kenal rapat dari kecik lagi sebab sama2 niaga kat pasar malam...makin lama makin besar bisnes deme....perniagaan keluarga katakan...murah rezeki deme.

Aku kalau balik manjung memang pekena yong tau fu je...tak de yong tau fu paling sedap pernah aku makan selain kat manjung tu je. Sebab sup die dari tulang lembu yang sangat besar..berapa kali rebus aku pun tak tahu la..

Hari Rabu sesi siapkan goodies. Aku letak mashmallow dalam jar kaca tu, aku ingat 3 kg cukup la untuk  100 botol, sekali tak cukup sebab jar tu agak besar saiznya.

Jadi, aku dah minta tokey mashmallow tu pos ke Manjung lagi 3kg, dan sampai pada hari Selasa petang, so rabu dah boleh packing.

Tengah hari Rabu tu sampai plak sticker dan buku doa dan zikir juga order online. Cover bercetak ikut design pilihan kita, dan aku cam biasa simple je pilihannya :)

Sticker aku tampal kat atas tutup botol. Aku tak tampal kat badan botol sebab nak tonjolkan warna warni masmallow tu. Sticker aku pilih yang transparent black and white.

Jadi, Rabu tu dah siap hampir keseluruhan goodies la, letak siap semua dalam paper bag. Cuma tunggu cupcakes dari kak faez je.


fb kak faez FAEZ HOMEBAKER

Cupcakes ni aku order dengan kak faez. Senang berurusan dan peramah.
Kak Faez anta cupcakes Khamis malam pukul 11 lebih sebab suaminya balik lewat malam tu so lewat la kak faez keluar hantar cupcakes kat aku.

Wangi dan cantik sangat cupcakes nya..kak faez pun baik sangat. Memang puas hati dan kak faez bagi diskaun sebab order time cuti sekolah...Alhamdulillah...semoga bertambah murah rezeki kak faez sekeluarga.

Sampai je cupcakes terus buat last packing untuk goodies. Siap dah urusan goodies untuk majlis tersebut.

Tapi aku tak kesah, sebab malam tu pun memang kami tido lewat sebab abah selesaikan urusan deco dan kemas rumah apa yang patut.


Ni rupe buku doa yang aku tempah tu, simple je 
Fb dia IXORRA BAZAR DOOR GIFT
Senang berurusan, fast response, service cepat dan mesra pelanggan gitu
Tapi order aku kira urgent sebab tempah seminggu sebelum majlis, so ada cas sikit la.
Seeloknya 3 minggu sebelum majlis kene buat tempahan.

Tu sebab aku kata service diaorang bagus, walaupun urgent tetap boleh sampai sedang cantik je 2 hari sebelum majlis berlangsung.



Ni rupa transparent sticker yang aku tampal kat atas botol tu
Juga tempah dengan IXORRA BAZAR DOOR GIFT



Ni rupa botol tu setelah diletakkan mashmallow di dalamnya.
Aku pilih banyak saiz dan rupa, saje nak bagi colourful.


Hiasan untuk khatam pun simple je. Semua mak guna barang2 aku kawin dulu.
Tirai belakang mak guna kain tirai bilik tidur pengantin aku dulu, baju bebudak ni warna hijau lumut cam tu, tirai warna krim dan kain kiri kanan warna coklat.
Memang naik la warna dia.

Bantal kecil 2 biji pun mak guna bantal hiasan aku kawin. Cuma mak tambah bunga hiasan plastik kat kain tirai krim tu.

Alas duduk deme pun guna alas duduk aku masa bertunang dulu. Cuma mak nak nampak tinggi sikit, mak lapik dengan tilam separa nipis.

Kebanyakan kata simple tapi cantik, yang kembang sape???
Mak aku la, sebab semua mak buat sendiri...huhu :)

Alhamdulillah...mudah je urusan walaupun semua buat sendiri, tak sewa ke, pinjam ke, semua barang sendiri termasuklah bunga pahar. Masa kawin aku beli 2 biji, so bergunalah pada masa ini.

Masa kawin aku banyak beli barang sendiri, mak kata bagus juga, bila nak guna senang dah.

Mama dan famili sampai kat Manjung time dekat maghrib. Petang Khamis mak dah siap rebus telur untuk 60 biji. Yang lain aku siapkan.

 Alauddin dari kat Kuala Selangor sampai la ke Manjung mak2 sedara dan pak sedara duk layan die.
Bergilir2 la deme dukung die bila time dia nak manja2 tu kan.

Malam tu juga sesi memasak dah mula dah.
Mak plan nak buat nasi putih lauk ayam masak merah, kari daging dan kentang, gulai tempoyak ikan patin, tempoyak masak, ulam temu dan sambal belacan.

Jadi ayam dah goreng siap malam tu, daging dah rebus siap. Mama masak kari daging dan ayam merah. Mak masak lauk tempoyak, sambal masak tempoyak dan sambal belacan.

Mama dan mak bangun pukul 5 pagi untuk mula sesi masak. Selesai semua dalam jam 8 pagi.

Sesi mengemas pun abah dah uruskan. Nasib lah kami ni orang berniaga, jadi khemah dan meja lipat tu memang dah ada. Juz susun atur je..Jadi tak yah nak susah payah sewa khemah kerusi meja bagai...:-)

PA system pun abah dah sediakan, sebab adik aku Akmal dan Haziqah nak khatam. Dah jimat lagi untuk kos PA system...

Masakan kurma kambing tiba dalam jam 10.30 pagi cam tu, siap tukar bekas semua, selesai dah la.

Dalam pukul 10 cam tu rombongan marhaban dah tiba sikit demi sikit. Ustazah tiba dalam pukul 10.30 macam tu. Ustazah sampai je terus mula kan sesi marhaban.

Selepas tu baru mulakan bacaan Khatam. Macam biasa mula bacaan surah Ad-Dhuha sampai Al-Ikhlas. Sesi berjalan baik dan Alhamdulillah, adik2 lancar je baca, 2 3 hari duk ulang alik rumah ustazah nak bagi bacaan betul.

Apapun, aku suka suara Haziqah, sedap dia baca Quran. Memang dalam  ramai2 kami ni, Haziqah agak lembut dan sebutan dia pun sangat tepat, Ustazah pun kata jadi Qariah elok ni...Alhamdulillah...bahagian dia :)

Habis khatam, mula sesi doa untuk Aqiqah Alauddin....Memang sayu je aku dengar bacaan doa untuk Alauddin. Ustazah plak memang baca dengan penuh tawadhuk, memang menyentap jiwa aku la.

Habis sesi kaum wanita, kaum lelaki amik alih. Abah buat majlis tahlil untuk arwah keluarga yang dah tiada.

Selesai semuanya pada jam 11.30 pagi, jadi sesi bersantap pun bermula la.

Tetamu yang datang sedang elok je, ngam2 dengan makanan yang ada. Kawan2 adik2 aku ramai datang, Alhamdulillah....

Jiran sekeliling dan kawan2 lama mak pakat datang semua biasa la, time majlis cam ni la dapat berkumpul balik...seronok mak dapat jumpa kawan2 dia.

Alhamdulillah, sampai tengah hari tu selesai la majlis khatam Quran dan Aqiqah Alauddin.
Alauddin pun ok, tak de meragam.
Gilir2 mak cu, mak su, mak teh dan ayah uda dia layan dia.

Meh layan gambar sepanjang majlis berlangsung ye
Maaf la pada kualiti gambar ye






Itu aje la gambo yang dapat diselamatkan.
Yang lain abis gegar la, kabur la, ada yang rupa orang bila tangkap cam singa laut plak sebab banyak tangan parkinson yang nangkapnyaaaa...

Gambo atas ni semua aku yang tangkap, bila Alauddin nak tido, aku bagi kat adik2 aku termasuk la makcik marhaban sorang tu suka bebeno tangkap gambo tapi gegar abis semua gambo yang ditangkapnya..

Tapi tak pe la, janji makcik suka dan bahagia ye makcik...
Katanya camera dia tertinggal kat rumah, sibuk bersiap terlupa kat camera.

Bila tengok camera aku, terus kata
Ehhhh....sebijik cam camera makcik yang tertinggal kat rumah tu
Sama la, warna pun sama
Makcik nak pinjam jap ye nak tangkap gambo...

Balun je la makcik.....teman redha je...:)

Hari Jumaat tu aku tunggu call dari suami mengatakan dia akan balik jumaat malam atau sabtu pagi.
Sebab kalau jumaat malam dia balik, aku balik petang jumaat tu jugak la.

Suami inform dia balik sabtu pagi, jadi kami bertolak pagi sabtu la ke Kuala Selangor.

Suami dari Johor lebih kurang 4 jam, kami lebih kurang 2 jam setengah, so kami gerak pukul 9 lebih, suami gerak pukul 8 pagi cam tu.

Kami sampai Kuala Selangor dalam pukul 12 cam tu, tanya suami kat mana, dia dah kat Jeram, dalam 20 minit dah sampai.

Kira sedang cantik la kami sama2 sampai kan.
Masa suami masuk rumah tu, Alauddin suka sangat, tapi malu2 dengan abah, tapi nak duduk atas riba abah...:)

Suami planning nak gi amik stok barang yang besar petang sabtu tu sebab barang besar kalau pos rugi kat kos pos, contoh cam portable rocker dan jumperoo.

So, petang tu kami angkut 20 rocker dan 10 jumperoo sumbat dalam alza. Alhamdulillah, memang muat dan suami memang pandai bab susun atur barang dalam kereta...

Balance 10 jumperoo dan 10 rocker minta supplier simpan dulu sampai kami boleh datang amik...yang penting bayaran dah buat, so aku tak risau.

Kalau urgent nanti dan stok kat tangan aku pun habis, supplier boleh tolong poskan kat customer aku...Alhamdulillah....dipermudahkan urusan kat situ.

Mama dan abah ikut sekali kami pergi amik barang. Selesai amik barang, malam malam kat Marrybrown, then kami berpisah kat situ.

Mama balik ke Puchong dan kami balik ke Kuala Selangor.
Mama banyak tolong mudahkan urusan aku, seronok dapat mak mertua macam mama.
Mudah bawak bincang dan tak berkira dalam segala hal.
Sampai aku tak rasa mama tu mak mertua aku.
Dah macam mak aku dah..
Takut nak kecikkan hati mama sebab mama baik :)

Balik rumah plak, nak kene angkut semua barang2 bawak masuk rumah.
Suami seperti biasa, suruh aku naik dengan Alauddin je, tak yah gendong barang walaupun ringan je pun dan aku mampu nak bawa.
Contoh beg tangan aku...tapi tak yah...suruh aku naik rumah dulu.

Kesian suami, penat2 balik jauh masih ada kudrat nak tolong isteri sebab tak nak isteri susah tak de stok kat tangan. Malam tu angkat stok semua bawak naik rumah tingkat 1, berpeluh2.
Tak de kata boleh diluahkan atas sikap ikhsan suami :)
Syukur Alhamdulillah

Berkat biz aku atas sebab redha suami...Alhamdulillah...

Ok la..tu je pun aktiviti hujung minggu lepas aku...simple tapi ada makna pada aku...seronok dan puas sangat.

Suami pun dah kembali ke Johor petang ahad tu, hope 2 minggu lagi dia akan balik.

Kembali merintih betapa rindunya dia pada anak bujang nan sorang dan betapa dia berharap dia tabah menghadapi kursus tersebut sebab rindu anak bini.

Walau hati tak suka, tapi kene lalui sebab itu tanggungjawab die pada kerja yang dipilihnya.

As-salam

Monday, June 3, 2013

Usia Makin Bertambah, Kulit Makin Berkedut :)

Assalamualaikum

Selamat hari lahir untuk diri sendiri...selamat!!!
In shaa Allah tahun depan masih merasa la nak sambut hari lahir dengan angka 2 di depan.

Tahun lagi 1 dah masuk 3 series dah.....omaiiiii...huhu

Belek muka depan ceromin.
Usha rapat kat kulit muka tu kan

Kecikkan mata sikit
Perhatikan kulit bawah mata
Ada nampak sikit walaupun halus

Senyum semanis habis
Usha plak sekeliling bibir
Alhamdulillah....tak nampak garisan tu

Apa mende yang aku usha???
Garis kedutan la

Usia nak injak 30 ni kulit pun dah nampak tanda2 nak berumur.
Akan nampak juga walaupun garis2 halus je

Aku ni dah ada la tanda2 tu
Halus je berbirat tapi kene tengok dekat la.

Pakai la amende pun kulit manusia ni tetap nampak kesan bila sampai masa dia.
Orang kata kulit halus mulus walaupun dah 40-an

Memang la...muka halus je...
Cuba tengok tapak tangan
Tak kasar rupe pegang sabut kelapa je

Ada orang muda lagi, tapi kulit tangan macam orang keje bancuh simen.
Berkedut-kedut.

Ada orang kulit badan halus mulus je
Tapi kulit muka...
Mak aiii...cam kulit kerbau.....
Gitulahhhh...

Walau macam mana pun tetap akan berubah juga rupa kulit kita bila sampai masa dia.
Cuma lambat dan cepat je la.

Ada orang makan macam2 tapi rupe dia cam tu gak
Ada orang amal petua orang tua2 je, tapi berseri-seri je

Ada juga pakai mahai beribu hasil sama gak cam tak pakai apa2
Ada orang tak pakai apa pun, wap muka dengan air tanak nasi tu je
Tapi cantik halus je

Tapi ada juga orang pakai yang standard artis pakai, lawa gile ko....
Kalau duk sebelah Che Ta, memang jeling tak abis la dia kan sebab sama lawa ngan dia.

Ada orang pakai la apa pun, muka abis rosak sebab semua tak sesuai dengan dia.
Tak naik jerawat, naik jeragat.
Tak pun kulit makin minyak, tak pun kulit lagi kering kontang kusam semua

Banyak kerenah la bab jaga kulit muka ni kan
Tapi ramai orang jaga kulit muka la kan
Sebab yang banyak terdedah muka la.

Teringat masa aku belajar dulu kan, ngan kengakawan semua
Bila tengok artis lawa gile kan
Puji muka dulu

Gila licin artis ni
Perghhh...pinkish ar pipi die..
Seksi bibir die weh...

Mata pun merayap la tengok kecantikan artis tu kan

Sekali perasan kat kulit tangan dia....
La....awat menggerutu ni??
Awat nampak kasar??
Awat nampak kedut2 ???

Tengok kat area leher
La....cekungnyeee
Nampak plak tulang leher (tanda2 usia makin meningkat)

Sekali usha umur dia....
La......dah 30 plus plus ke..
Patut la kulit macam tu

Begitula kesudahan kami bila baca surat khabar B-POP masa time belajar dulu.

Kesimpulannya, apa2 pun kulit kita tetap akan tunjuk signal berumur dan makin berusia seiring dengan penambahan angka kita.

Tak tunjuk kat muka, dia tunjuk kat badan, kat tangan, kat peha, kat tumit, kat betis, kat leher, kat telinga, kat mata, kat jari, kat perut, dan kat semua bahagian badan kita.

Kita cuma boleh melambatkan dan mengurangkan proses penuaan melalui amalan penjagaan dari muka hingga keseluruhan badan serta amalan pemakanan yang seimbang.

Tetapi kita tak boleh nak menghilangkan fasa dan proses penuaan tu secara total.

Semua orang akan melalui proses penuaan, proses pengedutan, proses garis melingkar tanpa sempadan,  dan proses peningkatan berat badan secara melampau, bila usia makin menginjak.

Sama ada kita melalui kesemua proses itu, atau kita hanya melalui 1 2 proses sahaja, akan tapi kita tetap akan melaluinya juga.

Cuma masanya sahaja berbeza-beza.

Yang penting, rawat kulit muka dengan senyuman, jangan stress, jangan hasad dengki, sentiasa gembira dengan kehidupan dan paling penting bersyukur.

Ok, nak lompat tang lain plak
Hahahaha

Bulan ni ramai orang berebut nak berpuasa kan.
Nak ganti puasa la
Nak tambah amalan puasa sunat la
Ramai orang berebut2 nak ganjaran Allah Taala kan
Alhamdulillah

Aku pun sama la
Cuma niat aku memang nak ganti puasa selepas suami pegi kursus.

Antara sebab dia, suami tak de la
Nak puasa tu mudah, minta izin dia je

Tapi puasa ganti aku tak banyak pun.
5 hari je.
Kira mudah la nak lakukan tu.

Puasa start ari ni, amik berkat hari Isnin.
Bersahur pukul 5.25 macam tu.

Makan nasi impit dengan kuah kacang je
Kuah kacang pun yang juz tambah air panas je
Aku beli yang segera kat pakcik yang jual pecal kuah kacang kat pasar malam.
Memang sedap gilerrr..
Berselera je makan pepagi subuh tu kan

Berbuka pun lauk simple je sebab makan sorang kan
Aku masak asam pedas ikan pari
Air teh hijau laici.

Alhamdulillah, dipermudahkan urusan berpuasa ari ni
Alauddin pun dapat menyusu seperti biasa.
Aku pun tak de rasa penat atau terlalu lapar.

Aktiviti menyusu Alauddin masih seperti dulu
Suka mengempeng dengan mama dia
Selepas menyusu dia akan sendawa, maksudnya dia kenyang la.

Aku risau kalau air susu berkurangan
Dan berpuasa ni memberi persediaan la pada aku untuk menempuh Ramadhan nanti.

Alauddin walaupun dah makan nasi, tetap nak menyusu.
Dah setahun setengah tapi habit menyusu dia masih sama seperti dahulu.
Alhamdulillah :)

Ok la...bubbyeeee

As-salam :)









Saturday, June 1, 2013

Kenangan dan Majlis Yang Bakal Berlangsung

 Assalamualaikum

Dah 6 hari berdua dengan Alauddin je.
Alhamdulillah, aktiviti harian berjalan seperti biasa.

Alauddin pun tak de masalah, menjaganya seperti biasa.

Cuma, dia tak mau duduk dalam car seat dia masa aku bawak kereta.
Jadi aku meriba je la semasa memandu.

Tak pernah hayat aku bawa kereta sambil meriba.
Nasib kereta auto, tak de la masalah pegang stereng sebelah je
Kalau manual, memang tobat la aku nak bawak kete kan.

Alauddin suka duk kat seat kecik kat tengah2 tu, tapi tak de tali keselamatan nak tahan die dari bergerak ke depan time break ke apa kan.

Tapi kalau setakat bawak sekitar kawasan aku in shaa Allah xde masalah la.
Cuma sebelah tangan kene pegang badan dia.

Kene lebih praktis lagi sebenarnya.
Tu je :)

Alhamdulillah, Allah permudahkan aku untuk bergerak ke mana-mana, walaupun beberapa masalah kecil tapi dapat diatasi.

Minggu depan mak abah buat majlis khatam Quran. Abah ajak buat aqiqah Alauddin sekali.
Abah dan mak jenis simple je, bukan jenis beria sangat.

Tak de persiapan hebat2, semua biasa2 dan hanya mahu majlis berjalan sebaiknya sahaja.
Adik2 semua dah khatam Quran, tinggal si bongsu Jannah je lagi.

Ustazah yang mengajar adik2 aku ni rumah dia kat hujung taman kami je.
Tapi agak sibuk sikit sebab ada kumpulan marhaban sendiri.

Kadang2 ada harinya adik2 aku tak mengaji sebab ustazah ada hal lain.
Anak2 usatzah ni semua belajar kat asrama.
Jadi bila cuti sekolah, ustazah tak ajar mengaji sebab nak luangkan masa dengan anak2 dia.

Ustazah pun jenis bukan ajar nak cepat.
Memang sekali mengaji 1 - 2 muka surat sahaja.
Sebab ustazah ni ustazah tajwid.

Selagi bacaan tak betul, memang dia takkan ubah ke helaian seterusnya.
Ada tu sampai seminggu kat helaian yang sama je.
Ustazah yang garang kata mereka.

Tapi bagus la macam tu.
Kalau dengar adik2 aku baca, dah bunyi slang arab pun ada
Sebab ustazah ni memang jaga sebutan huruf dan ayat.

Aku dulu masa nak wat khatam quran time nikah, belajar dengan ustazah ni juga.
Sebab ustazah ni yang lead aku masa khatam tu.
Memang bagus cara dia mengajar.

Tapi sekarang kan orang guna Iqra je untuk asas mengaji kan.
Aku dulu guna muqaddam.
Lama la nak naik Quran.

Ingat lagi, masa kecik, kerja abah navy, jadi pindah randah tu memang dah jadi makanan kami la.
Masa belum tadika, kami duduk Balok, Kuantan.
Mengaji dengan ustazah pakai purdah, suami dia pun ustaz gak.

Masa tu dah naik Quran dah pun.
Sama la ngan Syikin.
Kami 2 beradik umur beza setahun je, so memang berdua je la ke mana-mana pun.

Masa darjah 2 kami tinggal dengan opah.
Mengaji dengan arwah opah pula.
Mula la balik dengan muqaddam.

Tapi sebab dah kenal huruf, arwah opah suruh mula kat surah Fatihah tu je.
Arwah opah garang, kalau salah baca opah cubit tangan kami.
Huhuhuhu.....

Syikin ngan wan selalu kene, aku tak pernah kene...:)
Masa tu aku darjah 2, syikin darjah 1 dan wan 5 tahun.

Tapi masa duk kampung dengan opah, aku sekolah pagi dan petang.
Pagi sekolah biasa la.
Petang sekolah agama.
Masa ni pun ada kelas mengaji.

Ustaz dan ustazah yang mengajar, suami isteri.
Deme belajar kat Universiti Al-Azhar, Mesir.
Jadi cara mengajar memang lain.

Isnin sampai Jumaat ada kelas petang tapi setiap hari lain2 subjek.
Ustaz ni ajar Sirah, Akhlak, Tauhid, Bahasa Arab dan mengaji.

Kata belajar kat Mesir kan, tulisan semua bahasa Jawi dan Arab.
Tak de guna bahasa melayu pun.
Tapi ustaz bercakap dalam bahasa melayu la.

Tulisan plak memang lengkok pak arab la...memang aku ingat lagi
Tapi mungkin sebab tu yang buat aku cepat tangkap dalam mengaji sebab aku mula meningkat ketika belajar dengan Ustaz ni.

Ustazah plak ajar bab wanita dan aurat, dan bab solat.
Ustazah ni baik sangat2, lemah lembut je bila bercakap.

Mereka tak de anak walaupun usia dah lebih 40 tahun tapi bahagia sangat.
Mereka banyak habiskan masa perkahwinan mereka kat Mesir.
Balik Malaysia, memilih untuk bukak sekolah agama kat kampung kelahiran mereka, kampung opah aku la tu kan.

Tu sebab mereka lemah lembut dengan kanak-kanak.
Memang kebanyakkan budak2 manja dengan Ustaz dan Ustazah ni.

Masa jadi anak murid Ustaz, aku pernah masuk pertandingan Hafazan dan Tulisan Khat.
Lawan sekolah terpilih dalam negeri Perak, kira peringkat negeri la kan.

Semangat opah aku sampai turun ke Manong beli kain pasang, lepas tu tempah kat kawan opah.
Minta siap cepat sebab nak guna minggu depan...
Kenagan dengan arwah opah :)

Aku kene baca surah 'Amma Ya Tasaalun tu.
Surah paling panjang dalam muqaddam...

Tapi tak menang la, yang menang sekolah agama berasrama, aku lupa dah..huhu
Kawan aku memang tulisan khat tempat no. 3.

Ustazah anta aku sampai ke rumah, opah dah tunggu depan tangga.
Opah senyum je...Ustazah cakap aku gagap masa baca..senyum je ustazah cerita.

Opah aku buat muka pelik, lepas tu kata malam tadi baca depan opah elok je, lancar je.
Ustazah kata berdebar-debar la tu, sebab kebanyakkan calon datang dari sekolah agama yang hebat2, aku je dari sekolah agama biasa, sekolah kecik dari kampung pulak tu...
Ustazah kata tak pe, yang penting dapat pengalaman :)

Dengan Ustaz dan Ustazah ni aku belajar banyak mende.
Hukum tajwid, bahasa arab, bahasa jawi semua aku belajar.

Masa nak pindah ikut abah ke Lumut, menangis aku nak berpisah dengan Ustazah...sebab sayang sangat kat Ustazah..

Ye la, selalu sangat jadi perhatian Ustaz dan Ustazah, macam mana tak manja tak rapat kan.
Dari darjah 2 - 4 belajar dengan mereka.

Lepas tu  kami duduk base kat Pangkalan TLDM, Lumut plak.
Masa tu aku darjah 5.
Tingkat kami duduk tu ada ustaz ajar mengaji.
Kami mengaji dengan Ustaz tu.

Masa ni aku memang dah nak khatam dah.
Syikin ngan wan pun dah separuh Quran dah.

Sekali ustaz ni suruh ngaji dari mula balik, dari surah Al-Baqarah.
Tapi adik2 aku kene mula balik dari asas sebab bacaan tak berapa lancar.
Ustaz ni ajar guna Iqra', suami isteri orang Sabah.
Jadi deme kene baca Iqra' la.

Menangis la si wan sebab kene mula balik.
Jenuh mak aku nak pujuk, sampai tak nak gi mengaji.
Lama-lama elok la dah.

Tapi tak lama pun mengaji dengan Ustaz Sabah ni.
6 bulan je sempat mengaji sebab lepas tu abah pindah blok lain.

Pindah blok baru, lain sikit pesen dia.
Sebab blok baru ni ada buat kelas mengaji kat dewan kecik bawah blok tu.
Jadi kami mengaji beramai-ramai la.
Lebih 20 orang budak mengaji situ dan Ustaz sorang je yang mengajo.

Sebelum ni kami mengaji dengan Ustaz yang hanya ada anak murid 4 5 orang je pun.
Jadi memang sesi setiap sorang tu lama la juga, ada sampai sejam.

Jadi bila dah anak murid ramai ustaznye sorang je, paham2 la keadaan dalam bilik mengaji tu macam mana ye.

Ada yang sempat mengaji elok, ada yang giliran nak suntuk2 waktu, mengaji ala kadar je la sebab sesi nak abis.

Giliran ditentukan dengan cara siapa datang awal ke kelas mengaji.
Aku antara muka awal la
Bila datang awal, cop la tempat.
Letak rehal dengan Quran, lepas tu tunggu la Ustaz datang.

Kadang-kadang keluar pegi main.
Biasa sesi mula pukul 6.00 petang macam tu.

Aku biasa dapat no. 2 atau 3 dari depan Ustaz.
Lepas tu ustaz ni plak jenis ngajar 2 3 orang sekali harung.
Belah kanan ada, belah kiri ada, belah depan ada.

Tu yang kadang2 ada yang dah abis baca 1 muka surat Ustaz pun tak perasan sebab tumpu kat orang lain, lepas tu Ustaz suh baca muka surat sebelah plak.

Tapi kalau nak kata Ustaz dengar 1 1 bacaan memang tak de la. Dan jarang Ustaz nak tegur bacaan sama ada sebutan betul ke tidak, tajwid betul ke tidak.

Melainkan ada minta kelas khas dengan Ustaz sebab ustaz ramai anak murid nak ajar dalam 1 masa.
Jadi kalau datang rumah Ustaz, in shaa allah ustaz ajar lebih baik dari dalam kelas la.

Tapi masa mengaji dengan Ustaz ni, aku tak perlu mula balik.
Masa mula daftar tu Ustaz tanya aku macam2 lepas tu ustaz suruh baca nak dengar.

Lepas baca Ustaz kata tak yah mula balik la, sambung kat mana yang berenti dengan Ustaz lama sebab bacaan aku elok, tak de sangkut2.
Kalau sangkut Ustaz memang suruh mula balik la.

Ustaz tanya mana belajar sebut huruf elok2 dengan tajwid?
Sebab Ustaz kata bacaan aku elok je seiring dengan tajwid.
Aku cerita la pasal Ustaz aku kat kampung.

Ustaz kata bertuah dapat mengaji dengan Ustaz yang belajar kat Mesir.
Rezeki la tu :)

Jadi, 4 bulan selepas tu selamat la aku khatam pada usia 12 tahun.
Penuh cabaran betul nak khatam quran ni...huhu :)

Tapi aku merasa la buat khatam beramai-ramai.
Ustaz ni buat majlis khatam untuk 1 blok tu, memang meriah la
Masak memasak beramai-ramai.
Bawah blok tu ada banyak bilik stor, besar gile...
Selalu wat tempat letak motor.

Dalam 6 orang khatam sekali dengan aku masa tu.
Mak abah aku semangat beli baju kurung baru, selendang baru untuk aku nak pakai masa khatam.
Siap ada bunga manggar iring kami masuk bilik nak ngaji tu kan.

Ada buat pentas kecik kat dalam bilik stor tu, lepas tu lapik dengan tilan lembut nipis, kami berenam duk atas tu la.
Lepas tu mula la membaca ayat lazim sorang demi sorang sampai la surah al-Ikhlas.

Seronok sungguh masa tu.
Solat maghrib dan Isyak berjemaah, bentang abis tikar atas jalan, memang ramai warga blok turun memeriahkan majlis khatam quran.

Tak lama lepas tu nak kene pindah ke Manjung plak sebab abah dah tamatkan perkhidmatan dia dalam navy.
Aku pun jumpa Ustaz nak ucap selamat kan.
Nak salam2 semua.

Ustaz sempat pesan, bila dah khatam ni, jangan lupa terus baca Quran.
Baca hari-hari sampai habis.
Sayang ada ilmu dan pandai baca Quran tapi tak nak amalkan.
Nanti termasuk dalam kalangan manusia yang rugi.

Aku tanya kalau habis baca, kene panggil khatam juga ke Ustaz.
Ustaz kata tak de dah, cuma lebih bagus la bila dah abis baca, mula balik, abis baca mula balik.
Tak de had khatam berapa kali dalam seumur hidup manusia.
Selagi bernyawa selagi tu baca Quran.

Ustaz kata kalau tak boleh buat sebulan sekali abis baca Quran, buat la setahun sekali abis baca Quran.
Yang penting berterusan.

Masa mengandungkan Alauddin, 9 bulan ngam2 baru abis baca Quran.
Lagi 5 hari nak bersalin baru abis baca.

Masa yang paling lama aku amik untuk habiskan 1 quran.
Banyak letih dan tercungap2 masa membaca jadi tak dapat nak baca lama.

Dalam keadaan biasa seharian, Alhamdulillah dipermudahkan.
Mungkin selepas ni kene usaha lebih sikit masa mengandung.
Kene lebih bertenaga.

Bukan apa, masa mengandung, semua ibadat seronok nak buat.
Puasa dapat buat penuh, solat dan mengaji pun berterusan sebab kawan baik orang pompuan tak de  selama 9 bulan mengandung tu.
Kan seronok :)

Jadi, bila adik2 aku dah khatam ni, aku pesan mende yang sama juga.
Jangan stop membaca selepas dah khatam.
Jangan simpan Quran lepas dah khatam.

Sambung baca balik macam mula2 dulu, cuma kali ni kita baca dengan ilmu yang Ustaz dan Ustazah dah bagi.
Ilmu yang kita belajar semasa mengaji dengan mereka.

Kadang2 ada masanya aku tanya adik aku bab hukum dalam Quran, ada masanya adik aku tanya aku.
Sebab yang basic memang tahu, tapi ilmu Quran ni kan luas...

Banyak lagi sebenarnya hukum2 tajwid yang kita kene belajar untuk dapat bacaan Quran yang sempurna.

Ada yang aku dah belajar dengan Ustaz Ustazah aku, ada yang aku belajar bila dah besar macam ni.
Aku suka rujuk adik2 aku sebab deme masih fresh lagi ilmunya.
Ada yang baru belajar, baru praktis.

Masuk umur macam aku ni, ada yang dah nak lupa sikit2, ada yang elok lagi.
Cam ram komputer plak dah.

Ok, nak cerita sikit bab persiapan majlis adik2 aku dan Alauddin.
Barang2 aku banyak beli online je.

Semalam pun dah sampai barang yang aku order.
Sampai je aku terus cek keadaan barang, semua sampai elok je, tak de pecah atau rosak.

Lepas tu aku amik inisiatif untuk pack dan buat sendiri gift yang aku nak bagi untuk tetamu yang datang.

Kan aku kata tak buat beria, jadi semua mudah dan simple je, janji berjalan lancar.
Dan yang paling penting aku tak nak ada mende mengarut dan membazir.
Cukuplah ada mende makan dan sedikit kenangan dari kami sekeluarga.
Tu memang aku elakkan la dan setakat ni tak de semua anasir2 tu...:)

Semua aku buat kat rumah aku.
Nanti selasa depan, abah datang angkut je yang dah siap tu.

Bab makan semua abah uruskan, tapi abah dan mak memilih nak masak sendiri je sebab jemputan bukan ramai mana pun.
Mama sekeluarga pun datang berkampung kat rumah Manjung.

Jadi mak dan mama akan jadi chef hebat di dapur.
Seronok sangat sebab dapat berkumpul balik.

Alhamdulillah, bersyukur sangat dengan rezeki dari bisnes kecil ni, dari hasil titik peluh sendiri, dapat sumbang sesuatu untuk keluarga, abah, mak dan adik2....
Dapat la merasa sikit sorang
Jauh dekat semua dapat merasa walaupun tak seberapa mana.

Bila tengok air mata abah mengalir sebab melihat kehidupan anak perempuannya yang hanya brbakti di rumah untuk suami dan anak-anak, aku senyum je.

Sebab air mata abah bukan kerana sedih atau kecewa, bukan sebab risau atau tak tenang, tapi sebab  abah tahu anaknya ini selesa dan cukup dengan rezekinya yang ada.

Malah dapat kongsi dan merasa walaupun sedikit tapi abah rasa nikmat tu sangat besar..

Abah memang begitu,
Anak-anak bagi kemeja sehelai pun menangis macam drama di pagi hari raya.
Laju je mangalir air mata abah. padahal pemberian kami tu kecik la sangat.

Abah selalu bagi mesej kat kami adik beradik
"Abah doakan rezeki kamu sekeluarga murah selalu sampai akhir hayat"
Bila setiap kali terima pemberian dari anak-anaknya.

Abah kata, kita dah merasa susah dulu, diberi ujian dahulu, mungkin sekarang Allah nak bagi kita rasa nikmat selepas ujian tersebut.

Alhamdulillah :)

As-salam