About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Saturday, June 1, 2013

Kenangan dan Majlis Yang Bakal Berlangsung

 Assalamualaikum

Dah 6 hari berdua dengan Alauddin je.
Alhamdulillah, aktiviti harian berjalan seperti biasa.

Alauddin pun tak de masalah, menjaganya seperti biasa.

Cuma, dia tak mau duduk dalam car seat dia masa aku bawak kereta.
Jadi aku meriba je la semasa memandu.

Tak pernah hayat aku bawa kereta sambil meriba.
Nasib kereta auto, tak de la masalah pegang stereng sebelah je
Kalau manual, memang tobat la aku nak bawak kete kan.

Alauddin suka duk kat seat kecik kat tengah2 tu, tapi tak de tali keselamatan nak tahan die dari bergerak ke depan time break ke apa kan.

Tapi kalau setakat bawak sekitar kawasan aku in shaa Allah xde masalah la.
Cuma sebelah tangan kene pegang badan dia.

Kene lebih praktis lagi sebenarnya.
Tu je :)

Alhamdulillah, Allah permudahkan aku untuk bergerak ke mana-mana, walaupun beberapa masalah kecil tapi dapat diatasi.

Minggu depan mak abah buat majlis khatam Quran. Abah ajak buat aqiqah Alauddin sekali.
Abah dan mak jenis simple je, bukan jenis beria sangat.

Tak de persiapan hebat2, semua biasa2 dan hanya mahu majlis berjalan sebaiknya sahaja.
Adik2 semua dah khatam Quran, tinggal si bongsu Jannah je lagi.

Ustazah yang mengajar adik2 aku ni rumah dia kat hujung taman kami je.
Tapi agak sibuk sikit sebab ada kumpulan marhaban sendiri.

Kadang2 ada harinya adik2 aku tak mengaji sebab ustazah ada hal lain.
Anak2 usatzah ni semua belajar kat asrama.
Jadi bila cuti sekolah, ustazah tak ajar mengaji sebab nak luangkan masa dengan anak2 dia.

Ustazah pun jenis bukan ajar nak cepat.
Memang sekali mengaji 1 - 2 muka surat sahaja.
Sebab ustazah ni ustazah tajwid.

Selagi bacaan tak betul, memang dia takkan ubah ke helaian seterusnya.
Ada tu sampai seminggu kat helaian yang sama je.
Ustazah yang garang kata mereka.

Tapi bagus la macam tu.
Kalau dengar adik2 aku baca, dah bunyi slang arab pun ada
Sebab ustazah ni memang jaga sebutan huruf dan ayat.

Aku dulu masa nak wat khatam quran time nikah, belajar dengan ustazah ni juga.
Sebab ustazah ni yang lead aku masa khatam tu.
Memang bagus cara dia mengajar.

Tapi sekarang kan orang guna Iqra je untuk asas mengaji kan.
Aku dulu guna muqaddam.
Lama la nak naik Quran.

Ingat lagi, masa kecik, kerja abah navy, jadi pindah randah tu memang dah jadi makanan kami la.
Masa belum tadika, kami duduk Balok, Kuantan.
Mengaji dengan ustazah pakai purdah, suami dia pun ustaz gak.

Masa tu dah naik Quran dah pun.
Sama la ngan Syikin.
Kami 2 beradik umur beza setahun je, so memang berdua je la ke mana-mana pun.

Masa darjah 2 kami tinggal dengan opah.
Mengaji dengan arwah opah pula.
Mula la balik dengan muqaddam.

Tapi sebab dah kenal huruf, arwah opah suruh mula kat surah Fatihah tu je.
Arwah opah garang, kalau salah baca opah cubit tangan kami.
Huhuhuhu.....

Syikin ngan wan selalu kene, aku tak pernah kene...:)
Masa tu aku darjah 2, syikin darjah 1 dan wan 5 tahun.

Tapi masa duk kampung dengan opah, aku sekolah pagi dan petang.
Pagi sekolah biasa la.
Petang sekolah agama.
Masa ni pun ada kelas mengaji.

Ustaz dan ustazah yang mengajar, suami isteri.
Deme belajar kat Universiti Al-Azhar, Mesir.
Jadi cara mengajar memang lain.

Isnin sampai Jumaat ada kelas petang tapi setiap hari lain2 subjek.
Ustaz ni ajar Sirah, Akhlak, Tauhid, Bahasa Arab dan mengaji.

Kata belajar kat Mesir kan, tulisan semua bahasa Jawi dan Arab.
Tak de guna bahasa melayu pun.
Tapi ustaz bercakap dalam bahasa melayu la.

Tulisan plak memang lengkok pak arab la...memang aku ingat lagi
Tapi mungkin sebab tu yang buat aku cepat tangkap dalam mengaji sebab aku mula meningkat ketika belajar dengan Ustaz ni.

Ustazah plak ajar bab wanita dan aurat, dan bab solat.
Ustazah ni baik sangat2, lemah lembut je bila bercakap.

Mereka tak de anak walaupun usia dah lebih 40 tahun tapi bahagia sangat.
Mereka banyak habiskan masa perkahwinan mereka kat Mesir.
Balik Malaysia, memilih untuk bukak sekolah agama kat kampung kelahiran mereka, kampung opah aku la tu kan.

Tu sebab mereka lemah lembut dengan kanak-kanak.
Memang kebanyakkan budak2 manja dengan Ustaz dan Ustazah ni.

Masa jadi anak murid Ustaz, aku pernah masuk pertandingan Hafazan dan Tulisan Khat.
Lawan sekolah terpilih dalam negeri Perak, kira peringkat negeri la kan.

Semangat opah aku sampai turun ke Manong beli kain pasang, lepas tu tempah kat kawan opah.
Minta siap cepat sebab nak guna minggu depan...
Kenagan dengan arwah opah :)

Aku kene baca surah 'Amma Ya Tasaalun tu.
Surah paling panjang dalam muqaddam...

Tapi tak menang la, yang menang sekolah agama berasrama, aku lupa dah..huhu
Kawan aku memang tulisan khat tempat no. 3.

Ustazah anta aku sampai ke rumah, opah dah tunggu depan tangga.
Opah senyum je...Ustazah cakap aku gagap masa baca..senyum je ustazah cerita.

Opah aku buat muka pelik, lepas tu kata malam tadi baca depan opah elok je, lancar je.
Ustazah kata berdebar-debar la tu, sebab kebanyakkan calon datang dari sekolah agama yang hebat2, aku je dari sekolah agama biasa, sekolah kecik dari kampung pulak tu...
Ustazah kata tak pe, yang penting dapat pengalaman :)

Dengan Ustaz dan Ustazah ni aku belajar banyak mende.
Hukum tajwid, bahasa arab, bahasa jawi semua aku belajar.

Masa nak pindah ikut abah ke Lumut, menangis aku nak berpisah dengan Ustazah...sebab sayang sangat kat Ustazah..

Ye la, selalu sangat jadi perhatian Ustaz dan Ustazah, macam mana tak manja tak rapat kan.
Dari darjah 2 - 4 belajar dengan mereka.

Lepas tu  kami duduk base kat Pangkalan TLDM, Lumut plak.
Masa tu aku darjah 5.
Tingkat kami duduk tu ada ustaz ajar mengaji.
Kami mengaji dengan Ustaz tu.

Masa ni aku memang dah nak khatam dah.
Syikin ngan wan pun dah separuh Quran dah.

Sekali ustaz ni suruh ngaji dari mula balik, dari surah Al-Baqarah.
Tapi adik2 aku kene mula balik dari asas sebab bacaan tak berapa lancar.
Ustaz ni ajar guna Iqra', suami isteri orang Sabah.
Jadi deme kene baca Iqra' la.

Menangis la si wan sebab kene mula balik.
Jenuh mak aku nak pujuk, sampai tak nak gi mengaji.
Lama-lama elok la dah.

Tapi tak lama pun mengaji dengan Ustaz Sabah ni.
6 bulan je sempat mengaji sebab lepas tu abah pindah blok lain.

Pindah blok baru, lain sikit pesen dia.
Sebab blok baru ni ada buat kelas mengaji kat dewan kecik bawah blok tu.
Jadi kami mengaji beramai-ramai la.
Lebih 20 orang budak mengaji situ dan Ustaz sorang je yang mengajo.

Sebelum ni kami mengaji dengan Ustaz yang hanya ada anak murid 4 5 orang je pun.
Jadi memang sesi setiap sorang tu lama la juga, ada sampai sejam.

Jadi bila dah anak murid ramai ustaznye sorang je, paham2 la keadaan dalam bilik mengaji tu macam mana ye.

Ada yang sempat mengaji elok, ada yang giliran nak suntuk2 waktu, mengaji ala kadar je la sebab sesi nak abis.

Giliran ditentukan dengan cara siapa datang awal ke kelas mengaji.
Aku antara muka awal la
Bila datang awal, cop la tempat.
Letak rehal dengan Quran, lepas tu tunggu la Ustaz datang.

Kadang-kadang keluar pegi main.
Biasa sesi mula pukul 6.00 petang macam tu.

Aku biasa dapat no. 2 atau 3 dari depan Ustaz.
Lepas tu ustaz ni plak jenis ngajar 2 3 orang sekali harung.
Belah kanan ada, belah kiri ada, belah depan ada.

Tu yang kadang2 ada yang dah abis baca 1 muka surat Ustaz pun tak perasan sebab tumpu kat orang lain, lepas tu Ustaz suh baca muka surat sebelah plak.

Tapi kalau nak kata Ustaz dengar 1 1 bacaan memang tak de la. Dan jarang Ustaz nak tegur bacaan sama ada sebutan betul ke tidak, tajwid betul ke tidak.

Melainkan ada minta kelas khas dengan Ustaz sebab ustaz ramai anak murid nak ajar dalam 1 masa.
Jadi kalau datang rumah Ustaz, in shaa allah ustaz ajar lebih baik dari dalam kelas la.

Tapi masa mengaji dengan Ustaz ni, aku tak perlu mula balik.
Masa mula daftar tu Ustaz tanya aku macam2 lepas tu ustaz suruh baca nak dengar.

Lepas baca Ustaz kata tak yah mula balik la, sambung kat mana yang berenti dengan Ustaz lama sebab bacaan aku elok, tak de sangkut2.
Kalau sangkut Ustaz memang suruh mula balik la.

Ustaz tanya mana belajar sebut huruf elok2 dengan tajwid?
Sebab Ustaz kata bacaan aku elok je seiring dengan tajwid.
Aku cerita la pasal Ustaz aku kat kampung.

Ustaz kata bertuah dapat mengaji dengan Ustaz yang belajar kat Mesir.
Rezeki la tu :)

Jadi, 4 bulan selepas tu selamat la aku khatam pada usia 12 tahun.
Penuh cabaran betul nak khatam quran ni...huhu :)

Tapi aku merasa la buat khatam beramai-ramai.
Ustaz ni buat majlis khatam untuk 1 blok tu, memang meriah la
Masak memasak beramai-ramai.
Bawah blok tu ada banyak bilik stor, besar gile...
Selalu wat tempat letak motor.

Dalam 6 orang khatam sekali dengan aku masa tu.
Mak abah aku semangat beli baju kurung baru, selendang baru untuk aku nak pakai masa khatam.
Siap ada bunga manggar iring kami masuk bilik nak ngaji tu kan.

Ada buat pentas kecik kat dalam bilik stor tu, lepas tu lapik dengan tilan lembut nipis, kami berenam duk atas tu la.
Lepas tu mula la membaca ayat lazim sorang demi sorang sampai la surah al-Ikhlas.

Seronok sungguh masa tu.
Solat maghrib dan Isyak berjemaah, bentang abis tikar atas jalan, memang ramai warga blok turun memeriahkan majlis khatam quran.

Tak lama lepas tu nak kene pindah ke Manjung plak sebab abah dah tamatkan perkhidmatan dia dalam navy.
Aku pun jumpa Ustaz nak ucap selamat kan.
Nak salam2 semua.

Ustaz sempat pesan, bila dah khatam ni, jangan lupa terus baca Quran.
Baca hari-hari sampai habis.
Sayang ada ilmu dan pandai baca Quran tapi tak nak amalkan.
Nanti termasuk dalam kalangan manusia yang rugi.

Aku tanya kalau habis baca, kene panggil khatam juga ke Ustaz.
Ustaz kata tak de dah, cuma lebih bagus la bila dah abis baca, mula balik, abis baca mula balik.
Tak de had khatam berapa kali dalam seumur hidup manusia.
Selagi bernyawa selagi tu baca Quran.

Ustaz kata kalau tak boleh buat sebulan sekali abis baca Quran, buat la setahun sekali abis baca Quran.
Yang penting berterusan.

Masa mengandungkan Alauddin, 9 bulan ngam2 baru abis baca Quran.
Lagi 5 hari nak bersalin baru abis baca.

Masa yang paling lama aku amik untuk habiskan 1 quran.
Banyak letih dan tercungap2 masa membaca jadi tak dapat nak baca lama.

Dalam keadaan biasa seharian, Alhamdulillah dipermudahkan.
Mungkin selepas ni kene usaha lebih sikit masa mengandung.
Kene lebih bertenaga.

Bukan apa, masa mengandung, semua ibadat seronok nak buat.
Puasa dapat buat penuh, solat dan mengaji pun berterusan sebab kawan baik orang pompuan tak de  selama 9 bulan mengandung tu.
Kan seronok :)

Jadi, bila adik2 aku dah khatam ni, aku pesan mende yang sama juga.
Jangan stop membaca selepas dah khatam.
Jangan simpan Quran lepas dah khatam.

Sambung baca balik macam mula2 dulu, cuma kali ni kita baca dengan ilmu yang Ustaz dan Ustazah dah bagi.
Ilmu yang kita belajar semasa mengaji dengan mereka.

Kadang2 ada masanya aku tanya adik aku bab hukum dalam Quran, ada masanya adik aku tanya aku.
Sebab yang basic memang tahu, tapi ilmu Quran ni kan luas...

Banyak lagi sebenarnya hukum2 tajwid yang kita kene belajar untuk dapat bacaan Quran yang sempurna.

Ada yang aku dah belajar dengan Ustaz Ustazah aku, ada yang aku belajar bila dah besar macam ni.
Aku suka rujuk adik2 aku sebab deme masih fresh lagi ilmunya.
Ada yang baru belajar, baru praktis.

Masuk umur macam aku ni, ada yang dah nak lupa sikit2, ada yang elok lagi.
Cam ram komputer plak dah.

Ok, nak cerita sikit bab persiapan majlis adik2 aku dan Alauddin.
Barang2 aku banyak beli online je.

Semalam pun dah sampai barang yang aku order.
Sampai je aku terus cek keadaan barang, semua sampai elok je, tak de pecah atau rosak.

Lepas tu aku amik inisiatif untuk pack dan buat sendiri gift yang aku nak bagi untuk tetamu yang datang.

Kan aku kata tak buat beria, jadi semua mudah dan simple je, janji berjalan lancar.
Dan yang paling penting aku tak nak ada mende mengarut dan membazir.
Cukuplah ada mende makan dan sedikit kenangan dari kami sekeluarga.
Tu memang aku elakkan la dan setakat ni tak de semua anasir2 tu...:)

Semua aku buat kat rumah aku.
Nanti selasa depan, abah datang angkut je yang dah siap tu.

Bab makan semua abah uruskan, tapi abah dan mak memilih nak masak sendiri je sebab jemputan bukan ramai mana pun.
Mama sekeluarga pun datang berkampung kat rumah Manjung.

Jadi mak dan mama akan jadi chef hebat di dapur.
Seronok sangat sebab dapat berkumpul balik.

Alhamdulillah, bersyukur sangat dengan rezeki dari bisnes kecil ni, dari hasil titik peluh sendiri, dapat sumbang sesuatu untuk keluarga, abah, mak dan adik2....
Dapat la merasa sikit sorang
Jauh dekat semua dapat merasa walaupun tak seberapa mana.

Bila tengok air mata abah mengalir sebab melihat kehidupan anak perempuannya yang hanya brbakti di rumah untuk suami dan anak-anak, aku senyum je.

Sebab air mata abah bukan kerana sedih atau kecewa, bukan sebab risau atau tak tenang, tapi sebab  abah tahu anaknya ini selesa dan cukup dengan rezekinya yang ada.

Malah dapat kongsi dan merasa walaupun sedikit tapi abah rasa nikmat tu sangat besar..

Abah memang begitu,
Anak-anak bagi kemeja sehelai pun menangis macam drama di pagi hari raya.
Laju je mangalir air mata abah. padahal pemberian kami tu kecik la sangat.

Abah selalu bagi mesej kat kami adik beradik
"Abah doakan rezeki kamu sekeluarga murah selalu sampai akhir hayat"
Bila setiap kali terima pemberian dari anak-anaknya.

Abah kata, kita dah merasa susah dulu, diberi ujian dahulu, mungkin sekarang Allah nak bagi kita rasa nikmat selepas ujian tersebut.

Alhamdulillah :)

As-salam















No comments:

Post a Comment