About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Tuesday, June 11, 2013

Kisah Minggu Lepas

Assalamualaikum

Minggu lepas minggu yang agak sibuk tapi seronok untuk aku dan Alauddin. Jadi, aku cerita ssecara keseluruhan je la apa yang berlaku sepanjang minggu lepas ye.

Alhamdulillah..selesai sudah majlis yang dirancang untuk minggu ini. Semua berjalan dengan baik dan lancar.

Aku balik ke Manjung hari Selasa, abah mak adik2 semua datang amik. Sebelum tu aku selesaikan segala barang yang nak dipos kepada customer sebab mereka dah buat bayaran plus barang memang ready stock.

Mana yang tak de barang dan dah bayar je aku mula pos Isnin selepas aku balik dari Manjung tu.

Rezeki Allah nak bagi pada hari Selasa tu, order masuk mencurah-curah...dan payment semua dibuat pada waktu itu juga....Alhamdulillah....

Hari Selasa tu juga aku menunggu barang2 dari supplier sampai ada aku. Biasa pukul 10 pagi dah anta kat rumah, tapi hari tu lambat plak sampai dari skynet. Dekat pukul 12 baru sampai.

Barang pos guna kangaroo dah sampai pukul 10 pagi tu...sudahnya pukul 1 juga baru kami gerak balik Manjung selepas sesi pos barang kat Poslaju dan Gdex xpress.

Nasib la abah aku ada van, mudah la nak angkut barang2 pos aku tu....kalau de kete, memang tak lepas la...jenuh kene angkut 2 kali la jawabnye....kira kami gerak sekali harung terus...selesaiiii

Sampai Manjung dalam pukul 4 petang cam tu. Pukul 6 keluar plak nak gi Lekir Batu 7 nak pilih kambing untuk disembelih.

Aku berurusan 3 minggu sebelumnya, dan ownernya minta aku datang dengan abah aku untuk tengok kawasan dia ternak kambing sebab lebih puas hati la.

Kami sampai sedang elok la, sebab ada owner dan tukang sembelih sekali. Senang la nak tanya apa2 kan. Lepas tu abah angkat akad sebagai wakil suami aku yang tak de masa tu, untuk mewakilkan tukang sembelih menyembelihkan kambing untuk Aqiqah Alauddin.

Kambing pun memang puas hati, sangat gemuk dan sihat walafiat. Puas hati la selepas melawat kawasan dan memilih kambing yang dikehendaki.

Memasak juga aku serahkan kepada pakcik yang menyembelih kambing, sebab dia yang uruskan dengan catering yang bertanggungjawab. Mama dan mak tak pakar dan tak pernah masak kambing.

Selesai urusan Aqiqah Alauddin.

Sebelum balik ke rumah petang tu, singgah jap beli bunga telur, paper bag dan riben untuk urusan goodies. Tema warna hijau epal, dah jumpa apa dicari balik ke rumah.

Malam tu aku saje nak belanja abah mak adik2 makan. Mak nak masak memang tak la sebab aku tahu mak penat dah, dari pagi sampai petang kan.

Jadi kami makan kat kedai makan kat area depan taman aku je, ada kedai makan buat kat kawasan rumah, jual yong tau fu dan makanan bergoreng yang lain. Adik2 aku panggil manjung corner sebab rumah die corner lot.

Yong tau fu ni memang aku kenal rapat dari kecik lagi sebab sama2 niaga kat pasar malam...makin lama makin besar bisnes deme....perniagaan keluarga katakan...murah rezeki deme.

Aku kalau balik manjung memang pekena yong tau fu je...tak de yong tau fu paling sedap pernah aku makan selain kat manjung tu je. Sebab sup die dari tulang lembu yang sangat besar..berapa kali rebus aku pun tak tahu la..

Hari Rabu sesi siapkan goodies. Aku letak mashmallow dalam jar kaca tu, aku ingat 3 kg cukup la untuk  100 botol, sekali tak cukup sebab jar tu agak besar saiznya.

Jadi, aku dah minta tokey mashmallow tu pos ke Manjung lagi 3kg, dan sampai pada hari Selasa petang, so rabu dah boleh packing.

Tengah hari Rabu tu sampai plak sticker dan buku doa dan zikir juga order online. Cover bercetak ikut design pilihan kita, dan aku cam biasa simple je pilihannya :)

Sticker aku tampal kat atas tutup botol. Aku tak tampal kat badan botol sebab nak tonjolkan warna warni masmallow tu. Sticker aku pilih yang transparent black and white.

Jadi, Rabu tu dah siap hampir keseluruhan goodies la, letak siap semua dalam paper bag. Cuma tunggu cupcakes dari kak faez je.


fb kak faez FAEZ HOMEBAKER

Cupcakes ni aku order dengan kak faez. Senang berurusan dan peramah.
Kak Faez anta cupcakes Khamis malam pukul 11 lebih sebab suaminya balik lewat malam tu so lewat la kak faez keluar hantar cupcakes kat aku.

Wangi dan cantik sangat cupcakes nya..kak faez pun baik sangat. Memang puas hati dan kak faez bagi diskaun sebab order time cuti sekolah...Alhamdulillah...semoga bertambah murah rezeki kak faez sekeluarga.

Sampai je cupcakes terus buat last packing untuk goodies. Siap dah urusan goodies untuk majlis tersebut.

Tapi aku tak kesah, sebab malam tu pun memang kami tido lewat sebab abah selesaikan urusan deco dan kemas rumah apa yang patut.


Ni rupe buku doa yang aku tempah tu, simple je 
Fb dia IXORRA BAZAR DOOR GIFT
Senang berurusan, fast response, service cepat dan mesra pelanggan gitu
Tapi order aku kira urgent sebab tempah seminggu sebelum majlis, so ada cas sikit la.
Seeloknya 3 minggu sebelum majlis kene buat tempahan.

Tu sebab aku kata service diaorang bagus, walaupun urgent tetap boleh sampai sedang cantik je 2 hari sebelum majlis berlangsung.



Ni rupa transparent sticker yang aku tampal kat atas botol tu
Juga tempah dengan IXORRA BAZAR DOOR GIFT



Ni rupa botol tu setelah diletakkan mashmallow di dalamnya.
Aku pilih banyak saiz dan rupa, saje nak bagi colourful.


Hiasan untuk khatam pun simple je. Semua mak guna barang2 aku kawin dulu.
Tirai belakang mak guna kain tirai bilik tidur pengantin aku dulu, baju bebudak ni warna hijau lumut cam tu, tirai warna krim dan kain kiri kanan warna coklat.
Memang naik la warna dia.

Bantal kecil 2 biji pun mak guna bantal hiasan aku kawin. Cuma mak tambah bunga hiasan plastik kat kain tirai krim tu.

Alas duduk deme pun guna alas duduk aku masa bertunang dulu. Cuma mak nak nampak tinggi sikit, mak lapik dengan tilam separa nipis.

Kebanyakan kata simple tapi cantik, yang kembang sape???
Mak aku la, sebab semua mak buat sendiri...huhu :)

Alhamdulillah...mudah je urusan walaupun semua buat sendiri, tak sewa ke, pinjam ke, semua barang sendiri termasuklah bunga pahar. Masa kawin aku beli 2 biji, so bergunalah pada masa ini.

Masa kawin aku banyak beli barang sendiri, mak kata bagus juga, bila nak guna senang dah.

Mama dan famili sampai kat Manjung time dekat maghrib. Petang Khamis mak dah siap rebus telur untuk 60 biji. Yang lain aku siapkan.

 Alauddin dari kat Kuala Selangor sampai la ke Manjung mak2 sedara dan pak sedara duk layan die.
Bergilir2 la deme dukung die bila time dia nak manja2 tu kan.

Malam tu juga sesi memasak dah mula dah.
Mak plan nak buat nasi putih lauk ayam masak merah, kari daging dan kentang, gulai tempoyak ikan patin, tempoyak masak, ulam temu dan sambal belacan.

Jadi ayam dah goreng siap malam tu, daging dah rebus siap. Mama masak kari daging dan ayam merah. Mak masak lauk tempoyak, sambal masak tempoyak dan sambal belacan.

Mama dan mak bangun pukul 5 pagi untuk mula sesi masak. Selesai semua dalam jam 8 pagi.

Sesi mengemas pun abah dah uruskan. Nasib lah kami ni orang berniaga, jadi khemah dan meja lipat tu memang dah ada. Juz susun atur je..Jadi tak yah nak susah payah sewa khemah kerusi meja bagai...:-)

PA system pun abah dah sediakan, sebab adik aku Akmal dan Haziqah nak khatam. Dah jimat lagi untuk kos PA system...

Masakan kurma kambing tiba dalam jam 10.30 pagi cam tu, siap tukar bekas semua, selesai dah la.

Dalam pukul 10 cam tu rombongan marhaban dah tiba sikit demi sikit. Ustazah tiba dalam pukul 10.30 macam tu. Ustazah sampai je terus mula kan sesi marhaban.

Selepas tu baru mulakan bacaan Khatam. Macam biasa mula bacaan surah Ad-Dhuha sampai Al-Ikhlas. Sesi berjalan baik dan Alhamdulillah, adik2 lancar je baca, 2 3 hari duk ulang alik rumah ustazah nak bagi bacaan betul.

Apapun, aku suka suara Haziqah, sedap dia baca Quran. Memang dalam  ramai2 kami ni, Haziqah agak lembut dan sebutan dia pun sangat tepat, Ustazah pun kata jadi Qariah elok ni...Alhamdulillah...bahagian dia :)

Habis khatam, mula sesi doa untuk Aqiqah Alauddin....Memang sayu je aku dengar bacaan doa untuk Alauddin. Ustazah plak memang baca dengan penuh tawadhuk, memang menyentap jiwa aku la.

Habis sesi kaum wanita, kaum lelaki amik alih. Abah buat majlis tahlil untuk arwah keluarga yang dah tiada.

Selesai semuanya pada jam 11.30 pagi, jadi sesi bersantap pun bermula la.

Tetamu yang datang sedang elok je, ngam2 dengan makanan yang ada. Kawan2 adik2 aku ramai datang, Alhamdulillah....

Jiran sekeliling dan kawan2 lama mak pakat datang semua biasa la, time majlis cam ni la dapat berkumpul balik...seronok mak dapat jumpa kawan2 dia.

Alhamdulillah, sampai tengah hari tu selesai la majlis khatam Quran dan Aqiqah Alauddin.
Alauddin pun ok, tak de meragam.
Gilir2 mak cu, mak su, mak teh dan ayah uda dia layan dia.

Meh layan gambar sepanjang majlis berlangsung ye
Maaf la pada kualiti gambar ye






Itu aje la gambo yang dapat diselamatkan.
Yang lain abis gegar la, kabur la, ada yang rupa orang bila tangkap cam singa laut plak sebab banyak tangan parkinson yang nangkapnyaaaa...

Gambo atas ni semua aku yang tangkap, bila Alauddin nak tido, aku bagi kat adik2 aku termasuk la makcik marhaban sorang tu suka bebeno tangkap gambo tapi gegar abis semua gambo yang ditangkapnya..

Tapi tak pe la, janji makcik suka dan bahagia ye makcik...
Katanya camera dia tertinggal kat rumah, sibuk bersiap terlupa kat camera.

Bila tengok camera aku, terus kata
Ehhhh....sebijik cam camera makcik yang tertinggal kat rumah tu
Sama la, warna pun sama
Makcik nak pinjam jap ye nak tangkap gambo...

Balun je la makcik.....teman redha je...:)

Hari Jumaat tu aku tunggu call dari suami mengatakan dia akan balik jumaat malam atau sabtu pagi.
Sebab kalau jumaat malam dia balik, aku balik petang jumaat tu jugak la.

Suami inform dia balik sabtu pagi, jadi kami bertolak pagi sabtu la ke Kuala Selangor.

Suami dari Johor lebih kurang 4 jam, kami lebih kurang 2 jam setengah, so kami gerak pukul 9 lebih, suami gerak pukul 8 pagi cam tu.

Kami sampai Kuala Selangor dalam pukul 12 cam tu, tanya suami kat mana, dia dah kat Jeram, dalam 20 minit dah sampai.

Kira sedang cantik la kami sama2 sampai kan.
Masa suami masuk rumah tu, Alauddin suka sangat, tapi malu2 dengan abah, tapi nak duduk atas riba abah...:)

Suami planning nak gi amik stok barang yang besar petang sabtu tu sebab barang besar kalau pos rugi kat kos pos, contoh cam portable rocker dan jumperoo.

So, petang tu kami angkut 20 rocker dan 10 jumperoo sumbat dalam alza. Alhamdulillah, memang muat dan suami memang pandai bab susun atur barang dalam kereta...

Balance 10 jumperoo dan 10 rocker minta supplier simpan dulu sampai kami boleh datang amik...yang penting bayaran dah buat, so aku tak risau.

Kalau urgent nanti dan stok kat tangan aku pun habis, supplier boleh tolong poskan kat customer aku...Alhamdulillah....dipermudahkan urusan kat situ.

Mama dan abah ikut sekali kami pergi amik barang. Selesai amik barang, malam malam kat Marrybrown, then kami berpisah kat situ.

Mama balik ke Puchong dan kami balik ke Kuala Selangor.
Mama banyak tolong mudahkan urusan aku, seronok dapat mak mertua macam mama.
Mudah bawak bincang dan tak berkira dalam segala hal.
Sampai aku tak rasa mama tu mak mertua aku.
Dah macam mak aku dah..
Takut nak kecikkan hati mama sebab mama baik :)

Balik rumah plak, nak kene angkut semua barang2 bawak masuk rumah.
Suami seperti biasa, suruh aku naik dengan Alauddin je, tak yah gendong barang walaupun ringan je pun dan aku mampu nak bawa.
Contoh beg tangan aku...tapi tak yah...suruh aku naik rumah dulu.

Kesian suami, penat2 balik jauh masih ada kudrat nak tolong isteri sebab tak nak isteri susah tak de stok kat tangan. Malam tu angkat stok semua bawak naik rumah tingkat 1, berpeluh2.
Tak de kata boleh diluahkan atas sikap ikhsan suami :)
Syukur Alhamdulillah

Berkat biz aku atas sebab redha suami...Alhamdulillah...

Ok la..tu je pun aktiviti hujung minggu lepas aku...simple tapi ada makna pada aku...seronok dan puas sangat.

Suami pun dah kembali ke Johor petang ahad tu, hope 2 minggu lagi dia akan balik.

Kembali merintih betapa rindunya dia pada anak bujang nan sorang dan betapa dia berharap dia tabah menghadapi kursus tersebut sebab rindu anak bini.

Walau hati tak suka, tapi kene lalui sebab itu tanggungjawab die pada kerja yang dipilihnya.

As-salam

No comments:

Post a Comment