About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Friday, June 14, 2013

Tipu Sana Tipu Sini

Assalamualaikum

Pernah dapat call dari somebody yang kata dia dari bahagian atau jabatan atau unit kat Bank Negara Malaysia?

Then sembang punye sembang tetibe minta no kad ATM kita??

Bila kita tanya kenapa, mula la bolak balik nak jawab??

Pernah kene cam tu tak??

Actually, kejadian ni jadi berbulan-bulan lepas, tapi dalam tahun ni juga la.
Bulan 2 tak silap aku.

Time tu suami ada kursus kat Cherating, Pahang.

Masa tu petang, suami dapat call dari seorang perempuan India, sebab dari cara dia cakap memang menunjukkan dia berbangsa India la.

Mula2 die perkenalkan diri dia sebagai pegawai apa ntah, dari Bank Negara Malaysia.

Sembang punye sembang, suami tanya apa masalah call dia.
Wanita ni tanya encik ada akaun dengan Maybank?
Suami cakap ada.
Saving ke current?
Suami cakap saving.

Then dia cakap nak buat kaji selidik berkaitan kad ATM Maybank
Agak pelik pula ayatnye sebab bukan orang Maybank yang call, memang pelik...hoho

Pastu dia minta kerjasama suami untuk bagi no pada kad ATM tu
Ala, no yang bercetak kat atas kad ATM tu kan

Yaaaaaaa.....tiba di sini suami memang terus cop minah ni tengah nak tipu woranggg
Jaga-jaga ya...

Suami : Apa u nak buat dengan no kad tu?
Itu wanita:  Nak buat semakan dengan Bank Negara
Suami :  Atas isu apa? 
Itu wanita :  Tak da apa encik, untuk semakan sahaja.
Suami :  Kenapa u tak call Maybank minta details saya? Kenapa minta kat saya? Segala urusan antara Bank Negara dengan bank, u kene call direct bank, bukan call saya.
Itu wanita : Encik, saya hanya minta no kad ATM sahaja, tak perlu call Maybank, hanya call encik saja.
Suami :  Kenapa tak perlu call Maybank?
Itu wanita : Sebab mereka takkan kasi, itu personal info customer mereka. 
Suami : So????????? u ingat i nak kasi personal info bank i kat orang yang tak de kene mengena dengan Maybank????????

Ok, sampai situ, itu wanita cakap
Tak pe la encik, nanti saya call encik semula ya
Terima kasih encik

Huk alohhh.....gitu plop

Dan memang itu wanita call lagi pada esok paginya
Minta mende yang sama tapi dengan cara mendesak pula.

Suami : Nama u apa? Kerja bahagian mana?
Itu wanita : Saya kerja dengan Bank Negara
Suami :  Saya tahu, bahagian apa? Unit apa?
Itu wanita : Itu tak penting encik, saya cuma tanya no kad ATM Maybank encik saja
Suami : Anything, u call the bank, i takkan bagi any info.
Terus off call.

Lepas tu tak de dah call apa2 sampai skang ni.
Apa motif sebenar itu wanita call ye?
Hanya semata-mata nak tahu no pada kad je ke???

Ok, itu cerita berbulan-bulan lepas.
Ni nak cerita kejadian baru juga, dalam 3 minggu lepas.

Mama dapat call dari seorang wanita bernama Marina, katanya bekerja di sebuah bank.
Then terus tanya no ic kat mama.

Nasib mama dalam mood rileks, mama tanya kenapa nak tahu ic saya.
Si Marina pun cerita lah alkisahnya...

Puan, saya nak sarankan supaya puan segera buat laporan polis sebab ada orang lain guna nama puan untuk buat pinjaman dengan bank.
Orang tu guna ic orang lain tapi nama puan.
Nanti lepas puan buat laporan polis, salinan laporan tu puan kene fax kat saya ye
Untuk rujukan saya.

Ok, untuk seorang wanita berusia 55 tahun seperti mama, senang cakap orang tua la kan, memang agak terbatas untuk berfikir lebih jauh malah untuk memproses dan memahami maklumat secanggih ini pun mama akan amik masa lebih.

Senang kata.....apa ke bende la minah ni cerita....tak paham aku.....
Gitu la perasaan mama kot

Kemudian, mama tanya, orang tu nak wat pinjaman apa?
Si marina cakap tak pasti saya pinjaman apa, tapi dia sedang dalam proses nak dapat kelulusan pinjaman puan.

Mama dah bahasakan dirinya "kak" dah...udah gaya nyembang plak.

Tapi kelebihan Si Marina ni adalah bercakap tanpa henti dan mama hanya mampu uhh aahh uuhh aahh mengiyakan apa yang dicakapkan.
Tapi ic mama masih belum diberitahu...
Selamat di situ :)

Sebelum mengakhiri perbualan, Si Marina tu mengingatkan buat laporan polis ari tu juga, nanti dia sms no fax pejabat dia.

Tak sampai seminit letak tepon, udoh masuk sms no fax deme....hebak dok???

Mama dah cuak dah masa tu
Mana tak cuaknyeeee....orang buat loan atas nama kita kome....tak naya ke???

Terus call suami, cerita keseluruhannya

Lepas tu suami tanya, nak buat loan apa?
Keje bank mana?

Mama cakap tak tahu, si Marina tak cakap loan apa, keje bank mana, mama tak tanya plak
Laju beno idie bercakap, tak sempat nak celah...
Ngadu mama...hoho

Mama tanya nak kene wat report ke?
Suami cakap nak report pasal apa?
Mama kata report pasal orang nak buat loan atas nama mama la
Suami cakap loan apa?
Bank apa?
Bila buat loan?

Lagipun guna nama mama, bukan guna ic mama
Lain la kalau ic mama tapi nama orang lain
Boleh la kita buat report 

Then suami minta mama call balik no tu tanya pasal info yang tak lengkap tu
Mama call then si marina tu kata skang dia tengah rehat, nanti dia call balik.

Then suami minta no phone si marina tu
Lepas tu datang kepelikan yang kedua, iaitu si marina call guna no handphone bukan no ofis seperti kebanyakkan officer bank lain guna.

Suami kan dia kalo mende2 cam ni call guna handphone no memang dia terus kata nak tipu orang.
Ada mende yang si marina ni tak tahu pasal mama, so suami nak try perangkap dia la.

Bila call, tanya la macam-macam
Tapi bila dia dengar suara suami, dia tanya, encik siapa
Suami cakap sy anak puan hashimah yang awak call tadi.

Terus lain bunyi suaranya, tak de dah petah macam masa call mama tadi.
Suami tanya boleh cerita balik apa sebenarnya yang jadi dan kenapa mak saya kene buat report.

Si marina ni pun cerita la macam mana die cerita kat mama.
Then suami tanya loan apa? Personal ke? Kereta ke?

Si marina kata tak tahu, then suami tanya abis tu cam ne awak kata ada orang wat loan guna nama mak saya tapi tak tahu loan apa?
Main serkap jarang ke apa??

Ok, si marina tak dapat jawab soalan tu, cume dia kata kene buat report juga
Then suami tanya lagi, lepas buat report, kenapa kene fax salinan report kat awak?
Awak nak buat apa dengan salinan tu?

Si marian cakap nak wat simpanan dia la sebagai tanda puan hashimah dah buat report tu.

Ok, suami tanya untuk confirmation.
Orang tu buat loan guna nama mak saya tapi ic orang lain??

Si marina jawab, ya encik.

Suami gelak je
Si marina tanya, kenapa gelak?

Kalau bukan ic mak saya, buat apa la mak saya terhegeh2 nak buat report polis???
Orang yang punye ic tu la yang kene buat report
Mak saya tak de isu apa pun
Nama je, bukan ic mak saya.

Marina kata ishhh...kene buat encik, nanti lulus loan tu, nama mak encik yang naik tau
Memang sah si marina nak main aci tipu kan

Suami cakap, untuk pengetahuan awak, nama mak saya tu dah blacklist kat bank negara dan memang tak lepas pun nak buat loan ke hape ke.

Jadi, pedulik la orang tu nak guna nama ke hape ke, kalau pun betul ic mak saya, memang tetap tak lepas sebab dah blacklist.

Ok......terdiam panjang kat talian phone tu

Kemudian suami cakap, ke awak yang nak ic mak saya sebab tu awak suruh mak saya fax salinan report tu kat awak??
Macam tu ke?

Ye la kat salinan report polis kan ada details pengreport semua termasuklah ic kan.

Suami tanya pejabat awak kat mana?
Kalau betul ada isu ni, saya nak selesai kat pejabat awak la, senang awak tunjuk bukti seperti yang awak ceritakan tu. 
Pejabat awak kat mana?
Boleh bagi no phone pejabat??

Then terus si marina kata, tak pe la kalau macam tu encik, terima kasih.
Macam tu je?????

Ok, kejadian suami call tu petang.
Malam tu suami call balik no tu

Nak tahu siapa yang angkat???
Seorang lelaki India

Suami cakap Marina ada?
Then lelaki ni cakap, siapa marina???

Then suami cakap ntah la, dia yang kata ada kes orang guna nama orang lain untuk buat loan, tu yang saya nak tanya dia ni.

Terus lelaki ni cakap....oooo...marina tu...dia sudah balik la
Suami tanya, abis tu, ni no siapa?
U kat mana?

I kat pejabat
Handphone ni memang marina tinggal di pejabat untuk urusan pejabat sahaja.

Suami tanya, pejabat kat mana, dia jawab PJ
Bank mana ni?
Lelaki ni jawab, ada la 1 bank kat PJ tu..

Suami malas nak tanya, dia pesan...
Nanti minta marina call semula puan hashimah untuk confirm pasal isu ni ye.
Terima kasih

Tapi sampai la ke hari ni, tak de langsung call dari si marina nyeeeee
Kira apa ye isu tu??

Ok, ada cite lagi ni
Pasal abah aku plak

Mesti korang biasa kan dapat sms dari Power Root kata menang sekian2 wang tunai, tapi kene bagi akaun no kan???

Ataupun sms yang kata simkad kita ni simkad bertuah, terpilih menang wang tunai sekian2 ringgit kan.
Tapi yang pelik tu deme anta sms guna no handphone.

Jadi, abah ada la dapat sms cam tu, banyak kali juga.
Tapi kali ni abah nak try plak call no tu tengok reaksi cam ne.

Bila orang tu angkat, lelaki melayu, abah cakap la pasal memang duit RM30k tu, terus lelaki tu kata
Ya, betul encik memang RM30k dari Power Root

Laju je lelaki tu tanya, ada akaun maybank tak?
Abah cakap ada.
Lelaki tu kata, sms dia no akaun tu, nanti dia nak bank in duit RM30k masuk akaun je.

Abah pun cakap, ok kejap lagi saya sms ye.

Abah bagi no akaun mak aku sebab akaun maybank mak dah lama tak aktif pun.
Maybank pun dah anta surat sekali penyata terakhir akaun suruh aktifkan akaun kat cawangan terdekat.

Lepas sms tu, tunggu dalam beberapa minit, orang tu call abah balik.
Dia tanya, encik, dalam akaun ni memang ada RM1.38 sen sahaja ke????

Abah cakap, aah encik, tu akaun isteri saya, dah lama dah tak guna akaun tu.
Kenapa ye encik?

Terus orang tu letak phone
Hahahahahahahahaha

Siapakah dia yang hebat sangat ni siap boleh cek baki akhir akaun orang??????
Jeng...jeng...jeng....

Zaman sekarang terlalu ramai orang yang hebat pandai tapi ramai juga yang salah guna kehebatan dan kepandaian yang dianugerahkan.

Jadi, bila dapat sms, call atau email dari somebody yang kita rasa ragu2, kene minta bukti yang betul2 kita yakin dia dari pihak yang baik, bukan orang jahat yang sedang menjerat mangsa.

Tanya banyak pun tak pe, at least kita dapat rasa orang tu betul ke tak betul.
Tapi kalau memang kita nak terkena juga walaupun dah berjaga-jaga, tu salah satu ujian Allah nak test kat kita.

Teringat aku 1 kisah masa aku berniaga dengan si wan kat pasar malam Sungai Wangi, Ayer Tawar.
Masa tu petang nak ke Maghrib, ada sorang lelaki cina dalam baya abah, datang bawak buah sukun 2 biji, sedang2 besar dia.

Kami berniaga berdua je masa tu.
Abah kat umah, tak niaga.

Uncle ni cakap kat kami berdua, abah aku ada pesan buah sukun ni kat dia, minta suruh anta kat kami.
Aku pun tanya, bila abah saya cakap?? Tak de pun abah pesan kat kami apa2?

Uncle ni cakap, ada....dia lupa mau pesan sama awak.
Ni kasi angkat la.

Wan terus tanya, berapa ni?
Uncle tu kata, RM5 saja.

Wan terus bayar RM5, tak sempat aku nak kata apa.
Wan kata betul la kot kan

Bila kami balik rumah, tunjuk kat abah, then cerita kat abah
Abah kata, mana ada abah pesan beli sukun ke apa
Abah pun tak kenal cina jual sukun ke apa

Pulak dah......bila abah tanya berapa 2 biji ni
Wan kata RM5, abah kata sah dah kene tipu
Mahal beno 2 biji RM5 tu

Beli 3 biji pun tak sampai RM2 abah kata
Abah kata, napa tak call abah tanya dulu??
Aku pun tak terpikir...huhuhu
Abah nak cakap apa, dah beli pun

Tapi memang kene tipu hidup2 la kan
Hebat tak orang menipu??

Huhuhuhu...tak pe la...cerita lama dah tu

Jadi, zaman serba canggih ni lagi banyak taktik nak menipu orang kan
Macam-macam cara boleh guna.
Yang penting kene berhati-hati ye

Selamat berhati-hati semua
Termasuklah aku :)

As-salam


















No comments:

Post a Comment