About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Monday, June 3, 2013

Usia Makin Bertambah, Kulit Makin Berkedut :)

Assalamualaikum

Selamat hari lahir untuk diri sendiri...selamat!!!
In shaa Allah tahun depan masih merasa la nak sambut hari lahir dengan angka 2 di depan.

Tahun lagi 1 dah masuk 3 series dah.....omaiiiii...huhu

Belek muka depan ceromin.
Usha rapat kat kulit muka tu kan

Kecikkan mata sikit
Perhatikan kulit bawah mata
Ada nampak sikit walaupun halus

Senyum semanis habis
Usha plak sekeliling bibir
Alhamdulillah....tak nampak garisan tu

Apa mende yang aku usha???
Garis kedutan la

Usia nak injak 30 ni kulit pun dah nampak tanda2 nak berumur.
Akan nampak juga walaupun garis2 halus je

Aku ni dah ada la tanda2 tu
Halus je berbirat tapi kene tengok dekat la.

Pakai la amende pun kulit manusia ni tetap nampak kesan bila sampai masa dia.
Orang kata kulit halus mulus walaupun dah 40-an

Memang la...muka halus je...
Cuba tengok tapak tangan
Tak kasar rupe pegang sabut kelapa je

Ada orang muda lagi, tapi kulit tangan macam orang keje bancuh simen.
Berkedut-kedut.

Ada orang kulit badan halus mulus je
Tapi kulit muka...
Mak aiii...cam kulit kerbau.....
Gitulahhhh...

Walau macam mana pun tetap akan berubah juga rupa kulit kita bila sampai masa dia.
Cuma lambat dan cepat je la.

Ada orang makan macam2 tapi rupe dia cam tu gak
Ada orang amal petua orang tua2 je, tapi berseri-seri je

Ada juga pakai mahai beribu hasil sama gak cam tak pakai apa2
Ada orang tak pakai apa pun, wap muka dengan air tanak nasi tu je
Tapi cantik halus je

Tapi ada juga orang pakai yang standard artis pakai, lawa gile ko....
Kalau duk sebelah Che Ta, memang jeling tak abis la dia kan sebab sama lawa ngan dia.

Ada orang pakai la apa pun, muka abis rosak sebab semua tak sesuai dengan dia.
Tak naik jerawat, naik jeragat.
Tak pun kulit makin minyak, tak pun kulit lagi kering kontang kusam semua

Banyak kerenah la bab jaga kulit muka ni kan
Tapi ramai orang jaga kulit muka la kan
Sebab yang banyak terdedah muka la.

Teringat masa aku belajar dulu kan, ngan kengakawan semua
Bila tengok artis lawa gile kan
Puji muka dulu

Gila licin artis ni
Perghhh...pinkish ar pipi die..
Seksi bibir die weh...

Mata pun merayap la tengok kecantikan artis tu kan

Sekali perasan kat kulit tangan dia....
La....awat menggerutu ni??
Awat nampak kasar??
Awat nampak kedut2 ???

Tengok kat area leher
La....cekungnyeee
Nampak plak tulang leher (tanda2 usia makin meningkat)

Sekali usha umur dia....
La......dah 30 plus plus ke..
Patut la kulit macam tu

Begitula kesudahan kami bila baca surat khabar B-POP masa time belajar dulu.

Kesimpulannya, apa2 pun kulit kita tetap akan tunjuk signal berumur dan makin berusia seiring dengan penambahan angka kita.

Tak tunjuk kat muka, dia tunjuk kat badan, kat tangan, kat peha, kat tumit, kat betis, kat leher, kat telinga, kat mata, kat jari, kat perut, dan kat semua bahagian badan kita.

Kita cuma boleh melambatkan dan mengurangkan proses penuaan melalui amalan penjagaan dari muka hingga keseluruhan badan serta amalan pemakanan yang seimbang.

Tetapi kita tak boleh nak menghilangkan fasa dan proses penuaan tu secara total.

Semua orang akan melalui proses penuaan, proses pengedutan, proses garis melingkar tanpa sempadan,  dan proses peningkatan berat badan secara melampau, bila usia makin menginjak.

Sama ada kita melalui kesemua proses itu, atau kita hanya melalui 1 2 proses sahaja, akan tapi kita tetap akan melaluinya juga.

Cuma masanya sahaja berbeza-beza.

Yang penting, rawat kulit muka dengan senyuman, jangan stress, jangan hasad dengki, sentiasa gembira dengan kehidupan dan paling penting bersyukur.

Ok, nak lompat tang lain plak
Hahahaha

Bulan ni ramai orang berebut nak berpuasa kan.
Nak ganti puasa la
Nak tambah amalan puasa sunat la
Ramai orang berebut2 nak ganjaran Allah Taala kan
Alhamdulillah

Aku pun sama la
Cuma niat aku memang nak ganti puasa selepas suami pegi kursus.

Antara sebab dia, suami tak de la
Nak puasa tu mudah, minta izin dia je

Tapi puasa ganti aku tak banyak pun.
5 hari je.
Kira mudah la nak lakukan tu.

Puasa start ari ni, amik berkat hari Isnin.
Bersahur pukul 5.25 macam tu.

Makan nasi impit dengan kuah kacang je
Kuah kacang pun yang juz tambah air panas je
Aku beli yang segera kat pakcik yang jual pecal kuah kacang kat pasar malam.
Memang sedap gilerrr..
Berselera je makan pepagi subuh tu kan

Berbuka pun lauk simple je sebab makan sorang kan
Aku masak asam pedas ikan pari
Air teh hijau laici.

Alhamdulillah, dipermudahkan urusan berpuasa ari ni
Alauddin pun dapat menyusu seperti biasa.
Aku pun tak de rasa penat atau terlalu lapar.

Aktiviti menyusu Alauddin masih seperti dulu
Suka mengempeng dengan mama dia
Selepas menyusu dia akan sendawa, maksudnya dia kenyang la.

Aku risau kalau air susu berkurangan
Dan berpuasa ni memberi persediaan la pada aku untuk menempuh Ramadhan nanti.

Alauddin walaupun dah makan nasi, tetap nak menyusu.
Dah setahun setengah tapi habit menyusu dia masih sama seperti dahulu.
Alhamdulillah :)

Ok la...bubbyeeee

As-salam :)









No comments:

Post a Comment