About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Saturday, July 27, 2013

Amalan Makanan Sunnah

Assalamualaikum

Ramadhan tahun ni aku masih lagi meneruskan tanggungjawab sebagai seorang ibu yang menyusukan anak.

Aku rasa nak share la sesuatu yang aku amalkan sepanjang aku berpuasa ni dalam memastikan bekalan susu cukup sepanjang siangnya untuk Alauddin.

Aku memang tak de amik apa2 supplement untuk memperbanyakkan susu badan.

Last aku amik supplement SHAKLEE masa bulan 7 tahun lepas, ada la dalam 3 bulan je amik, sebab aku nak turunkan berat badan aku.
Jadi aku amik slimming set yang basic je iaitu LECITHIN, dan ALFALFA.

Dalam 3 bulan tu aku dah dapat berat badan yang pada aku sedang elok la walaupun aku rasa nak turun lagi...hahaha..

Lepas tu aku terus stop amik SHAKLEE.

Tapi susu badan masih seperti biasa la, tak de la rasa terlalu banyak atau terlalu sedikit, keadaan seperti hari2 yang lain.

Lepas tu aku banyak join group2 dalam fb yang menyokong susu ibu, ada amalan pemakanan harian untuk perbanyakkan susu ibu, jadi aku banyak belajar dari situ.

Ada orang jenis tak reti sabar bila dah amalkan sesuatu, nak kesannya cepat je, nak dan2 tu jugak.
Penghasilan susu ibu ni bergantung pada emosi dan pemikiran si ibu tu sendiri di samping konsep demand dan supply.

Aku memang tak de buat power pumping, semua direct bf je sebab aku surirumah, rasa macam tak de sebab nak buat stok.

Jadi, aku hanya amalkan pemakanan yang aku perolehi dari group2 tersebut.

Aku mula amalkan kurma pada bulan 6 ari tu, sebab aku mula puasa ganti masa tu, puasanya sikit je, tapi makan kurma hari2 la.

Sunnah makan kurma ni makan dalam angka ganjil, contoh 3 biji, 5 biji, 7 biji, 9 biji, 11 biji dan seterusnya.

Jadi, masa bersahur aku makan paling sikit 11 biji. Aku makan kurma bertangkai tu, nama Safia, sebab dia kurang manis dan tidak basah macam kurma2 lain.

Aku kan kurang suka mende manis, jadi aku suka sangat makan kurma Safia ni.
Masa berbuka pun makan kurma tapi 7 biji je.
Sebelum nak tido makan lagi 7 biji cam tu.

Setakat ni memang tak de masalah untuk berpuasa penuh. 
Lapar dan dahaga tu normal berpuasa, tapi tidak letih atau penat walaupun aktiviti seharian aku kebanyakkannya penuh.

Walaupun surirumah, tapi aku kan ada wat online biz, jadi aktiviti packing barang ada masanya menggunakan tenaga yang banyak juga sebab aku ada jual barang yang beratnya sampai 10kg, dan memerlukan aku untuk membungkus dengan lebih elok sebelum dipos kepada customer.

Selain tu, rumah aku walaupun anak sorang je, kecik pula tu, hari2 aku buat mende yang sama macam vacuum rumah dari bilik, ruang tamu, dapur.
2 hari sekali aku akan mop rumah termasuk dapur.

Mengemop dengan anak kecik ni, yang aktif berlari ke sana ke mari, risau licin jatuh je.
Jadi aku banyak bergerak dan memantau takut2 dia lari kat tempat aku dah mop.

Jadinya aktiviti mengemop aku jadi lebih panjang selain penggunaan tenaga yang agak banyak juga.
Tapi dalam bulan Ramadhan ni aku masih ada tenaga untuk buat semua itu la
Alhamdulillah atas tenaga tersebut.

Lepas tu, yang paling aku seronok nak share, pasal pengambilan susu badam setiap hari.
Susu badam ni pada yang baru pertama kali mencuba memang rasa die pelik sikit.

Sama la macam aku pun, tapi tak de sampai tak leh telan, ada rasa sedap dia yang tersendiri.

Badam ni walaupun dalam kuantiti yang sikit bila blend tu menghasilkan air susu yang banyak tau.
Segenggam badam boleh dapat air susu dalam 1 jug kecik.

Kalau aku, boleh minum 2 hari la.
Sebab aku minum sorang.

Alauddin aku bagi minum, die macam pelik sikit, tapi minum la juga walau sikit.
Tak pe, kene biasakan dia.

Susu badam ni la yang buat susu aku sangat2 marveles...huhu

Yang aku perasan, sampai nak dekat waktu berbuka, air susu masih meleleh kat baju even Alauddin dah menyusu.

Alauddin sangat kuat menyusu walaupun dah makan nasi. Nak tido mesti menyusu sampai tertido.
Lepas bangun tido mesti menyusu.
Bergerak dalam tido pun menyusu dulu baru lena balik.

Pastu bau susu yang sangat wangi dan manis, tu yang paling aku suka sangat.
Aku memang suka sangat2 cium mulut Alauddin, sebab bau sangat wangi.

Tapi sejak2 ni bau mulut die wangi dan manis sangat...asyik nak makan je mulut die tu.
Lepas tu bau susu yang meleleh kat baju pun wangi dan manis.
Subhanallah...

Jadi, bila dah rasa pengalaman macam ni. aku rasa nak teruskan amalan ni sebagai cara untuk memperbanyakkan susu.

Aku dah mula buat stok almond kat rumah, setiap kali gi tesco mesti beli 2 3 bungkus almond, then buat susu, lepas tu simpan dalam peti ais. 

Kalau simpan dalam peti ais, boleh tahan 3-4 hari.
Sedap minum sejuk2 :)

Boleh juga nak tambah habbatusauda, kismis, kurma, susu full cream, gula, atau apa2 yang rasa sesuai untuk menyedapkan lagi rasa susu badam tu.

Aku minum susu badam kosong je tak de tambah apa2, memang rasa asli badam la....:)
Aku biasa amik susu badam masa bersahur dan malam sebelum tido.
Cukuplah 2 gelas sehari.

Cara nak buat susu badam mudah je



Credit to Laman Kesihatan Ibu, Bayi dan Anak-anak


Rendam semalaman dulu kacang badam tu dalam air lebih kurang atas sikit dari kacang badam.
Lagi elok rendam dengan air masak, tapi cuci dulu kacang tu ye, baru rendam.
Jadi esok pagi dan boleh terus blend je sebab guna air masak kan.

Kalau nak rendam air paip pun boleh, tapi sebelum blend esok pagi, kene salin air dan ganti air masak la.
Air untuk blend kene letak banyak sikit, sebab air susu badam ni pekat, jadi kene pandai adjust ye.

Agak2 pekat, tambah sikit air, sampai sedang elok macam air susu biasa la.
Lepas tu tapis dengan tapis kain cam kat kedai mamak guna tu, untuk tapis teh ke kopi tu.
Kalau guna tapis halus macam tapis kelapa tu takut hampas2 halus dia turun sekali.

Jadi agak kurang sedap la bila rasa hampas2 kacang tu sebab boleh buat tercekik...huhu
Rasa cam kesat je bila lalu kat tekak tu, jadi guna tapis kain tu ye untuk dapatkan hasil susu yang begitu berkrim dan bersih dari hamaps2 kacang.

Lepas tu ikut la nak tambah apa2 ikut selera korang,
Kalau nak blend ngan susu full cream, tak yah letak air masak, masuk terus susu dalam blender, so lebih berkrim la sebab susu segar ada, susu badam pun ada.

Lepas tu terus boleh minum...
yummmeeehhhh 

Setakat ni aku yakin dengan susu yang aku ada, sebab setiap kali selepas menyusu Alauddin akan sendawa menandakan dia kenyang la tu.

Aku cerita diri aku sahaja ye, tak de kene mengena dengan mereka yang amik supplement ke tak amik supplement ke.
Terpulang cara masing2 untuk lakukan yang terbaik terhadap tubuh badan korang dan untuk anak tersayang. 

Yang penting niat dan kita mesti berusaha ke arah itu, selebihnya berserah dan bertawakal selepas berusaha.


As-salam :) :) :)




Thursday, July 25, 2013

Sedikit Persiapan Raya :)

Assalamualaikum

Hari ni aku memang yakin ramai yang tengah seronok sebab semalam kan PM dah umum dapat duit raya RM500 kan...bersyukur la ada duit raya :)

Ehemm...ehemm....tapi abah Alauddin dapat rezeki lebih sikit sebab berkhidmat bawah Kerajaan Negeri Selangor dapat la merasa duit raya sebulan gaji...Alhamdulillah....:)

Beberapa hari sebelum ni, suami terperasan yang duit gajinya macam tak berluak mana je, luak la sikit tapi balancenya lebih dari biasa pula.

Aku cakap mungkin ni hikmah dia berkursus tu, sebab belanja tak banyak guna macam dia kerja hari2 kat pejabat.

Ulang alik seminggu ke 2 minggu sekali pun, dalam RM150 pergi balik sekali minyak ngan tol. 
Belanja makan minum apa tak de sebab kat sana dia siap makan minum, tempat tinggal segala.

Barang2 asas lain dah beli siap2 sebelum masuk kursus, tinggal bagi belanja anak bini je.
Tapi sebab aku tak de banyak mende nak beli, semua cukup lengkap, duit belanja minggu tu masih ada tak berluak pun.

Nak plak bulan puasa ni, suami tak de memang tak jejak la bazar nun, semua masak je..
Suami balik nanti baru gi bazar, kan banyak gile jimat tu...huhu

Ada juga dia kene keluarkan duit masa kursus ni cam nak bayar baju batik, baju kursus 2 pasang, baju istiadat dan baju konvo nanti, tapi bukan 1 bulan tu sederap kene bayar la.
Ada bulan2 dia yang pihak pengurusan dah tetapkan untuk bayar.
Cuma standby duit je la.

Ari ni dah 16 Ramadhan kan, tinggal lagi 13 Ramadhan nak menuju bulan Syawal.
Tengok kalendar bulan ni 29 hari je puasa, apa2 pun tunggu pengumuman raya je la kat tv kan :)

Persiapan raya slow and steady je sebab aku banyak beli sikit2 sebelum puasa lagi.
Baju melayu suami paling awal sekali.
Seperti kebiasaan 2 tahun lepas, tahun ni pun suami dapat lagi baju melayu siap sampin dari pejabat dia masa join Maulidur Rasul hari tu.

Jadi kami memang dah sepakat membawa berkat ikut aje la warna baju melayu si suami, maklum lah bini tak cerewet...kehkehkeh...

Aku punye baju raya bulan 3 dah siap beli kain pasang. 
Tapi tempah plak lambat...hahahaha..

Bulan 6 tukang jahit dah tak nak amik tempahan dah.
Aku round kedai jahit beso2 pun deme dah tak amik dah.

Jadi, aku teringat customer aku sorang ni.
Dia ada amik tempahan tudung 3 layer tu, aku pun pernah beli ngan dia tudung tu dan memang jahitan tudungnya marveles la.

Jadi, aku pun bertanyalah pada dia ada amik tempahan baju kurung tak, dia kata memang dia jahit baju kurung, bertahun dah.
Tudung 3 layer tu je baru tahun ni buat bisnesnya....
Ohhhhh...gitu rupenye...

Masa tu lagi seminggu nak puasa, aku tanya masih bukak tempahan lagi tak
Dia kata dah tutup tapi akak punye pasal boleh la.
Dia kata kalau 2 pasang dia boleh amik lagi, tapi tak leh janji siap cepat la sebab dia kene ikut turutan orang lain tempah juga.

Tapi dia janji dalam pertengahan Ramadhan boleh siap la sebab dia pun nak stop jahit2 ni masa minggu ketiga puasa.

Aku tempah baju kurung moden je, dia kata boleh je...lega dah aku bab baju raya aku.
Bila dia kata cam tu, petang tu juga aku pos kain 2 pasang kat dia, esok tu sampai dah....bagus service Poslaju kan :)

Kelmarin dia mesej cakap baju aku dah siap, pastu aku pun terus buat bayaran, in shaa Allah petang hari ni dia pos la, dalam minggu depan confirm sampailah baju aku tu :)

Dalam duk ada 2 pasang tu, beli juga online punye.
Hari2 duk ngadap fb dan blog segala mau tak sangkut.

Tapi aku beli lebih bukan nak wat pakai raya, tapi nak pakai bile2 la time nak gi kenduri ke, gi program suami ke..senang dah ada baju kurung baru....haha...

Baju kurung lama2 yang masa bujang, masa belajar dulu, aku dah masuk dalam kotak, lepas tu pos ke Hulu Selangor.
Kat situ ada tempat pengumpulan baju kurung dan baju melayu untuk pihak situ bagi kat orang2 kurang mampu untuk guna masa hari raya.

Aku jumpa kat fb pun page depa ni, dieorang ada tempat kumpul baju2 terpakai yang masih dalam keadaan elok, tidak koyak atau lusuh, kat 1 kawasan di setiap daerah dalam Selangor.

Tapi sebab aku tak tahu bila masa aku nak gi kat tempat deme, aku minta untuk pos je la baju2 semua tu, senang cerita.

Lepas tu hujung tahun ni ramai sedara mara sepupu sepapat pakat nak kawin semua, tu yang aku rasa nak standby baju kurung baru.

Dalam duk pilih2 tu, beli la sepasang kurung riau dan kurung kedah, 2 2 tu kain cotton.
Lepas tu tengok kawan jual jubah fishtail, terbeli 2 helai jugak.
Jubah ni boleh pakai dengan seluar atau kain labuh, sesuai sangat.

Kasut raya guna yang tahun lepas sebab beli tahun lepas tak pakai2 sampai ari ni, simpan elok je dalam kotak....suami pun dah jeling dah...
Nasib baiklah warna kasut sedondon dengan tema tahun ni....huhu

Baju Alauddin dah selesai untuk hari pertama raya la, baju melayu sehelai jubah sehelai.
Cuma aku lebihkan pada pakaian tukar hari2 dia.

Aku kan suka pakaikan dia rompers, jadi 2 pek rompers saiz 12m dah settle dibasuh.
Tunggu suami balik nanti baru shopping baju jenjalan Alauddin.
Tapi baju tak pakai lagi pun ada juga 5 6 pasang.

Bab kuih raya pun aku beli online je sudehhh...senang je kerja aku ni.
De kawan kat manjung, memang aku kenal la akan kesedapan kuih buatan dia, jadi aku tempah kuih raya 3 jenis kat dia.
Kuih semperit 2 balang, kuih tart nenas 2 balang, dan kuih putih2 melati 2 balang.
Mak aku 1 set, aku 1 set.

Kuih aku order tu siap minggu depan, akak tu mari anta kat rumah mak aku la.

Pastu aku order plak kuih batang buruk sebab suami aku hantu kuih batang buruk, aku order 2 balang, 1 bagi mak aku la.
Kuihnya dah sampai petang tadi, cepat servicenye :)

Pastu ada kawan masa kat u dulu, dia buat biz kuih raya, aku order 3 jenis tapi lupa dah nama kuihnya sebab namanya moden beno..haha..
Aku order 2 set juga, 1 set untuk aku 1 set untuk mak aku.
Yang ni mungkin siap minggu depan gamaknya.

Ok, settle bab kuih muih,
Cuma balik manjung nanti, sepanjang jalan ke sekinchan bersepah orang jual kerepek rempeyek segala, beli kat situ je.

Suami lak balik minggu depan, in shaa Allah jumaat petang atau sabtu pagi la bertolaknya.
Ahad atau Isnin tu planningnya nak berbuka kat luar je, mengimbau kenangan zaman bercinta.

Cadang nak berbuka kat tasik Shah Alam.
Beli kat bazar kat stadium Shah Alam tu, then terus park kat tasik kan.

Dulu masa belajar kat Shah Alam, tu la tempat kami berbuka pun.
Biasa kami makan 1 jenis cam nasi ke kan, lepas tu air sebungkus, makanan sampingan lain makan kat rumah sewa masing2 la.

Tiap kali puasa mesti suami duk teringat, sabar je la tau :)

Tapi bila melibatkan persiapan raya ni, kene banyak beringat la, tak mau membazir ye.
Nanti lepas raya nak guna duit gak kan nak hidup.
Bukan nak abis time 2 3 hari raya je...huhu

As-salam :)



Wednesday, July 24, 2013

Borak2

Assalamualaikum

Aku pernah terdengar perbualan antara makcik jual murtabak dengan pelanggan dia.
Makcik ni jual bersama suami dia. Suami buat murtabak, isteri buat roti john.

Pakcik makcik ni romantik tau.
Makcik ni muda dalam 40-an kot, pakciknya plak tua banyak dari isteri, 50 lebih dekat 60 juga la.

Mungkin sebab umur mereka jauh beza, pakcik ni suka ngusik bininya, termasuklah depan pelanggannya.
Tapi usik2 manja je la...panggil isteri pun yayangggg...comel sangat.

Ada sekali tu aku nak beli roti john, makcik ni tengah potong2 barang kat belakang van, kira membelakangkan aku lah kan.
Pakcik ni panggil..yayangggg...adik ni nak roti john, tolong bungkuskan...

Makcik ni pusing, cakap minta maaf dik....acik tak pasan...
Pakcik ni cakap, makcik ko kalau buat kerja kusyukkk...tu pakcik kene panggil tu...

Makcik ni jawab....abang ni....mana saya perasan, kalau perasan saya layan adik ni dulu...
Pakcik ni jawab lagi...tak pe...abang kan ada...abang boleh perasankan yayanggg..

Beberapa pelanggan memang dah paham..ada juga beberapa pasangan muda cakap romantiknya pakcik makcik ni....:)

Gelagat mereka kita tengok tak rasa menyampah macam gelagat laki bini yang muda2 ni...memang sopan dan comel je...
Sambi mengusik tu tangan laju je buat kerja...tak perlu nak meliuk lintuk menggeletis depan orang kot nak bermesra pun kan...

Pastu ada la sorang pelanggan tanya bulan puasa nanti berniaga juga ke.
Makcik ni cakap berniaga la....ni punca rezeki :)

Pelanggan tu tanye lagi, berbuka puasa kat rumah ke kat sini je?

Makcik tu jawab...biasa berbuka kat bazar je la, sebab abis ngam2 waktu  je
Anak2 la sedih berbuka kat rumah je, mak ayah kat bazar
Kadang2 anak2 bising cakap bila nak berbuka sama2
Kesian pula kat anak2

Pelanggan tanya lagi, anak2 belajar ke?

Makcik ni jawab, aah, anak2 ramai belajar lagi, ada sorang je dah kawin, minggu depan balik la tu kata nak berpuasa kat rumah mak ayah kat sini.
Yang belajar minggu ni balik la, de 3 orang.

Pelanggan tu tanya lagi, tak pe la, nanti amik cuti sehari dua makan berbuka bersama anak2...

Pakcik tu yang jawab, in shaa Allah, kita yang uruskan masa sendiri sebab bekerja sendiri, mudah nak adjust la...ada la masa nanti nak berbuka dengan anak2....
Sambil tersenyum pakcik tu jawab.

Aku ada je kat situ sepanjang perbualan tu berlangsung.
Teringat kat abah dan mak aku yang juga berniaga tahun ni kat bazar Ramadhan.

Setiap tahun, abah memang amik tapak bazar, biasa 2 tapak la.
Sama la macm tahun ni pun.

Tapi mak akan memasak juga time berbuka nanti selepas mak abis berniaga.
Abah memang akan bajet untuk buat murtabak mini abis ngam2 sebelum pukul 7 petang tu.

Hari pertama dan kedua, abah akan buat sebagai ukuran berapa biji murtabak untuk hari2 seterusnya.
Biasanya memang ngam2 la kiraan yang abah buat tu.

Biasa, memang abah dan mak abis dalam pukul 6.30 - 6.45 petang.

Macam masa aku, syikin dan wan masih belajar lagi, mak tak pernah ikut berniaga la
Mak duk umah je, jadi memang mak akan masak juadah berbuka puasa dan kami memang setiap hari akan berbuka puasa di rumah.

Sekarang, bila aku dan wan dah ada kehidupan sendiri, adik2 kami yang bawah2 la amik alih tugas kakak dan abang deme.

Adik2 aku ramai yang dah besar dan boleh harap.
Cuma Ila je la yang berniaga kat bazar dengan mak, yang lagi 3 orang duduk rumah je la kemas rumah segala.

Mak mula berniaga lama dah, 4 tahun dah aku rasa..
Masa Jannah umur 3 tahun mak bawak sekali dengan Iqah, wat penenam Jannah.
Bila dah boleh tinggal rumah dengan kakak2 dan abang dia, lebih mudah la mak nak berniaga.

Macam tahun ni, mak masih sempat memasak untuk juadah berbuka walaupun lauk yang simple je.
Abah jenis suka makan yang mak masak, lagi pula abah rasa tak puas makan beli ni.

Biasanya, mak siap balut murtabak dalam pukul 3 petang macam tu.
Tengah hari mak dah bawak kuar bahan mentah cam ikan daging ayam segala, nak ready untuk masak petang balik niaga nanti.

Lepas siap balut, mak siapkan barang2 nak masak.
Mana nak blend, mak blend siap2, potong hiris segala.
Nanti petang juz hidup api nak masak je.

Pesan kat Iqah, masak nasi pukul 6, nanti mak balik dalam pukul 6 lebih tu dah elok la masak nasinye.
Masak guna periuk nasi elektrik bukan susah pun, melainkan mak pak deme memang tak ajar anak2 masak nasi memang la dia tak reti...haha

Tapi mak dan abah ada juga beli makanan lain kat bazar cam ayam percik, air wat minum time berbuka, kuih muih...kadang2 tu adik2 nak makan nasi tomato la, nasi ayam la...

Tapi nikmat berbuka bersama tu tetap ada....abah memang nak elak berbuka kat bazar.
Walaupun ada pelanggan kata, pakcik, buat la lebih sikit, abis awal la...ada masa lagi ni nak berniaga...
Tak pun deme kata...awal la pakcik abis...rugi pakcik leh dapat duit lagi ni...

Abah aku cuma jawab, awak nak berbuka di rumah, anak2 tunggu kt rumah, nanti buat banyak abis dekat waktu berbuka kene berbuka kat sini pulak..
Lebih dari cukup apa yang dapat hari ni....

Abah biasa melawak dengan pelanggan dia...jadi ayat2 macam tu deme tak de rasa apa...deme paham...

Tapi ada juga ketikanya murtabak tu lambat juga abis.
Kadang2 7.15 baru abis.

Baisa abah kalau pukul 7 tak abis, abah dah siap kemas dah.
Tak pun abah sedekah je

Lepas tu abah amik tabung duit, simpan takung dalam van, terus start enjin, balik rumah.
Sampai rumah, ngam2 je masuk rumah, azan pun berkumandang,

Kami memang dah ready kat meja makan, jadi sua abah kurma dan air segelas, terus la berbuka.

Ada juga sekali abah tak sempat balik ke rumah.
Abah berbuka air je, terus start van, balik rumah baru makan nasi segala.

Tadi pun baru lepas call mak, tanya apa masak ari ni
Mak kata masak bubur kacang je abah teringin nak makan bubur kacang.

Tak de masak lain sebab ari ni adik2 semua nak makan nasi tomato sedap kat tempat mak berniaga tu.
Abah pula nak makan nasi dan lauk makcik yang masak masa kahwin aku ari tu, Acik Nor.

Acik Nor ni ada katering, tapi bulan pose die amik tapak kat bazar la niaga lauk pauk.
Memang berpuluh jenis lauk pauk die jual dan yang penting memang sedap giler dia masak walaupun bulan pose.

Aku kalau balik Manjung, nak beli lauk wat tambah lauk sedia ada, aku beli kat Acik Nor ni je.
Suami pun suka tempe masak sambal acik ni, sama je rasa macam masa makan beradap dulu...huhu

Ok la..borak2 petang je sementara nak tunggu time masak ni
Rasa nak masak ikan tenggiri masak lemak @ kari
Sayur tak pikir lagi...haha

Jom memasak!! :)

As-salam






Monday, July 22, 2013

Kerana Rindu

Assalamualaikum

Minggu lepas ke Kluang, Johor sebab melawat suami yang tak dapat balik pada minggu tersebut.
Aku pergi dengan mertua, 2 hari 1 malam sahaja.

Asalnya, jadual suami untuk bulan puasa adalah dibenarkan balik pada setiap minggu. Tapi pada hari selasa lepas suami cakap macam tak dapat balik je minggu tu sebab KPP dia ada umum pasal hal tu kat dewan.

Tapi kebanyakan pelajar termasuk suami aku meletakkan harapan yang sangat tinggi agar pengumuman itu tidaklah serius mana.

Suami dah wasap aku sejak selasa tu dah, tapi dia kata biasanya Jumaat dieorang umum semula pasal boleh balik ke tak.

Sampai la pada hari Jumaat, keputusan rasmi adalah TAK BOLEH BALIK pada minggu lepas. 
Suami punyelah frust, sedih dan kecewa dengan pengumuman tu sebab dia memang dah semangat nak balik.

Ada juga beberapa kawan2 dia yang minta rayuan untuk balik tapi perlu dengan alasan yang kukuh.
Suami tak de sebab atau alasan selain nak balik rumah nak jumpa anak bini, tu je, so no point nak buat rayuan.

Tapi suami cuba juga untuk bertanya sama ada dia dapat pelepasan untuk balik.
Bertambah sedih bila jawapan yang diberikan adalah menghampakan.
Suami tak dapat pelepasan untuk pulang sebab alasan tidak kukuh.

Di Kluang, waktu berbuka lebih awal, iklan berbuka kat tv tak kuar lagi, deme dah berbuka dah.
Aku baru jamah kurma segigit dua, suami dah call.

Suaranya sayu bebeno la, sedih sangat la tu.
Dia mengadu sedih sebab tak dapat balik minggu tu dan dia memang berharap untuk balik.

Rindu dia pada Alauddin yang tak tertanggung rasanya.
Aku yang dengor plak tak tenang rasa.

Dalam duk mengadu tu, suara dia dah lain.
Suami menangis......aku memang dah agak, tak lama tu kuar air mata la.

Lagi la jenuh aku nak tenangkan dia.
Sekali suami cakap ajak mama datang Kluang, sebab dia rindu sangat ngan Alauddin.

Aku yang tak sempat nak jamah makanan, terus la call mama.
Aku pun cerita la semuanya kat mama.

Mama dah tentu la lebih memahami anak lelakinya sendiri kan.
Bila aku cakap suami sedih sangat, mama kata ok, jom kita ke Kluang.

Aku pun call suami balik, cakap mama setuju nak gi Kluang.
Malam tu juga, abis terawih, suami keluar cari hotel paling dekat dengan IKWAS.

Suami jumpa hotel yang jarak dia 2km dari IKWAS, terus amik family room.
Then aku terus confirmkan ngan mama waktu untuk bergerak esok pagi.

Sabtu dalam pukul 7 pagi, mama gerak ke Kuala Selangor, nak amik aku. sampai dalam pukul 9 lebih, then aku siap2 semua, pukul 11 lebih kami bergerak la.

Sampai dalam pukul 3 petang kat bandar Ayer Itam. 

Jadual pelepasan suami pulak hanya pada waktu sebelum berbuka dari pukul 4.30 petang sampai 7 malam, kene masuk balik untuk berbuka then 10.30 malam sampai 12 tengah hari untuk membeli makanan bersahur pada yang nak beli makanan luar.

Disebabkan ada lagi sejam setengah, kami berjalan dulu kat Ayer Itam. 
Aku tak de beli apa pun, juz beli kerepek nak makan ngunyah2 kat hotel nanti.

Mama je beli barang2 hiasan rumah, ngan mangkuk kuih raya.
Tak de apa yang aku minat pun sebab barangnya sama je cam tempat2 lain, harga pun tak de la murah mana....same je harga ngan tempat lain.

Pukul 4 cam tu, kami check in kat hotel.
Suami amik Extreme Boutique Hotel, amik superior room.
Harga biasa je, tak de la mahal sangat, RM160 semalam.
Agak besar biliknya, ada 2 queen bed, dan ruang yang luas.

Yang best tu, belakang hotel ni ada bazar Ramadhan.
Kira kami membeli makanan berbuka dan bersahur siap2 kat bazar tu je la.

Masa suami datang ke hotel dalam pukul 4.45 petang tu, punya la berseri mukanya dapat jumpa anak tersayang. 
Hilang terus kot rasa rindu kat anak.
Aku memang tak leh tengok babak drama rupe ni.
Aku tinggal deme 2 beranak, aku gi sibukkan diri aku dengan mengemas beg2 aku...hahaha...kang dengan aku2 sekali sedihhh...jenuh lerr

Alauddin pulak memang menari2 la dapat jumpa abah dia.
Berkepit je la dia ngan abah, sampai mama nak amik dia pun dia tak nak...sampai hati kan....huhu

Pergi bazar pun nak dukung dengan abah je, sampai tertido.
Masa suami nak balik pukul 6.45 petang tu, menangis la Alauddin, dia dah paham abah dia nak pergi lagi.

So, kene la pujuk kejap, bila dia leka main, suami kene kuar cepat tapi senyap, tak leh bye dia sebab dia paham dah..

Lepas maghrib tu, suami wasap cakap dia dapat pelepasan dari 10.30 malam tu sampai la pukul 1 petang esok hari.
Kiranya suami dapat tido sama2 kat hotel
Alhamdulillah, seronok la sebab ada masa lebih lagi untuk suami bersama dengan Alauddin.

Pukul 10.45 malam suami sampai hotel, terus dia berguling dengan Alauddin.
Mama dan abah dah mengantuk dah, tapi Alauddin cergas lagi, tahu kot abah nk datang.

Jadi, malam tu suami la melayan Alauddin sampai la ke tido.
Tido pun dalam pangkuan abah, sebab bila aku amik Alauddin, dia akan panggil abah....abah....tak nak abah dia jauh dari dia, padahal mata dia dah ngantuk tu.

Jadi suami dukung la sekejap sementara nak bagi lelap.
Tak lama pun, dalam 10 minit macam tu, dah tertido dah.

Bangun sahur pun Alauddin jaga sebab mama tersilap bukak lampu, Alauddin rasa silau kot kat mata dia terus merengek nak bangun.

Suami juga yang melayan, memang dia je la melayan, aku nak amik dia kata tak pe la, dia boleh layan, aku ni risau kot penat ke apa...
Pastu pas sahur Alauddin tido balik, suami dah tak boleh tido dah.

Bole plak dia menempek kat sebelah Alauddin, nak cium bau Alauddin katanya.
Sayu plak aku tengok.

Tapi yang bagusnya, aku ada can nak lelapkan mata sebab suami yang jaga Alauddin...huhu..
Bila dah cerah hari, mula la suami sayu balik, sebab dah dekat nak balik.

Puas aku pujuk, lagi 2 minggu boleh la balik, sebab minggu depan suami tak balik, minggu akhir nak raya baru dapat balik.

Tak pe la, nak buat macam mana, bukan kita yang uruskan jadual tu kan, kita kene patuh je la.

Lepas check out tu, nak pisah tu yang dramatik sikit.
Alauddin pulak bila dah salam abah, muka nak cebek sebab tahu kot nak pisah ngan abah balik.

Time ni la yang susah sikit kat aku.
Tengok air mata suami dah meleleh tu, aku apalagi.....

Sempat suami cakap terima kasih kat mama sebab sanggup datang jauh untuk bawa Alauddin jumpa dia.
Adoii...aku sempat cakap, tak mau nangis2, kene kuat, kalau layan perasaan memang boleh wat lemah.

Suami kata dia tak pernah rasa sedih sangat sampai keluar air mata cam tu.
Last die keluar air mata masa aku nak bersalin ari tu, lepas tahu kene czer emergency selepas 31 jam bertarung nyawa, tu sebab dia rasa takut katanya.

Ni sebab sedih sangat....
Masa dah berpisah tu, memang la macam2 rasa kat dalam ni.
Hanya mampu berdoa, cepat lah masa 2 minggu tu berlalu, cepat suami boleh balik...:)

Tapi tak jauh pun lagi, suami dah ngadu sunyi balik, rasa kosong je...
Alahaiii...

Ya Allah, ko berikan kami kekuatan untuk menempuhi ujianMu ini.

Bila suami rasa begini, aku tak leh jadi lemah juga, aku kene lebih kuat dari dia sebab nak terus bagi suami semangat tempuh lagi 4 bulan kursus dia tu......sabar banyak2...

Tapi yang buat aku lebih tersentuh, bila aku cakap kat suami, abang kene kuat tau, kene sabar...tak leh ikut sangat rasa sunyi tu...

Suami cakap kali ni dia tak cukup kuat, dia pun tak tahu kenapa, dan memang pun dia tak pernah berjauhan dengan anak bini pun. Mungkin tu sebab dia rasa sangat sunyi.

Ayat last suami yang memang meresap dalam hati aku kan bila dia cakap cam ni,
Hikmah abang rasa macam ni, abang takkan sanggup nak buat jahat kat isteri dan anak abang..

Alhamdulillah...kalau itu yang suami rasa, kekalkanlah perasaam tak sanggupnya itu sehingga akhir hayat kami Ya Allah.....
seronoknya kalau suami rasa tak sanggup nak buat jahat belakang isteri terutama bab nak tambah lagi sorang, minta dijauhkan lah Ya Allah..

Biarlah suami orang lain yang nak pasang 2 3 4 sekali pun, tapi bukanlah suami aku....huhu..
Aminnn...

As-salam :)

Tuesday, July 16, 2013

Cara Rawat Selesema Tanpa Ubat

Assalamualaikum

Sabtu baru ni Alauddin kene selesema. Alauddin belum pernah kene selesema. Kira pertama kali la kene selesema yang betul2 selesema la.

Sebelum ni dia biasa berair hidung je, kuar air jernih biasa, tapi tak lama pun, kuar pagi, tengah hari ke petang ke dah kering dah. Biasa pas mandi pool atau mandi air terjun, sejuk gamaknya.

Jadi, masa hari pertama selesema, hidung die just keluar hingus tak pekat, cair je dan berwarna putih.
Pernafasan waktu siang ok, tak de berbunyi dan cuma tido je ada sedikit berbunyi.

Tapi bab menyusu dan makan masih berselera seperti biasa, tak de pulak dia tak selesa untuk menyusu sebab aku risau kot hidung tersumbat.

Biasa dengar pernafasan dia cam ada hingus dalam hidung, tapi pernafasan cam hidung tersumbat tu tak de.

Senangnya Alauddin ni dia tak kan marah atau tak kisah bila aku nak lap hingus dia. Panggil je dia, kata nak lap hingus tu, nanti dia datang terus tadah hidung dia kat kain lap.
Senang keje mama tak yah nak bersilat bagai semata-mata nak lap hingus je.

Aku memang akan elak seelaknya untuk bagi ubat walaupun stok ubat memang banyak dalam peti ais.
Suami jenis pantang sakit mesti telan ubat. 

Tu segala jenis ubat dibelinya, wat stok kat rumah, selain dari ubat demam dan selesema yang dapat dari KK masa monthly check up Alauddin.

Jenis aku kalau sakit, memang tak nak makan ubat, bukan takut makan ubat, tapi tak suka nak harap kat ubat. Dah teruk baru la aku amik ubat tu pun pikir banyak kali.

1 Ramadhan aku kene batuk, naik kering tekak duk batuk. Suami plak duk suruh minum ubat batuk. 
Memang tak nak la aku kan. 
Kang efek susu kang tak pepasal je...huhu

Jadi aku hanya biarkan batuk aku baik dengan sendirinya. 
Lagipun memang dah lama sangat tak kene batuknya pun, last kene masa belum kahwin lagi, dah lebih 3 tahun dah.

Tak pe la rasa kejap batuk tu kan, 3 4 tahun Allah bagi aku sihat tak de penyakit apa, baru seminggu kene batuk, tahan la sikit.

Ok, balik pada Alauddin yang selesema itu.

Jadi, bila aku elak bagi ubat pada Alauddin, aku perlu guna alternatif lain untuk boost up kan imun dia supaya dapat melawan penyakit selesema itu secara semulajadi.

First sekali mestilah makan plain yogurt, as usual la.
Aku campur sikit kurma dan kismis, tapi sebab kismis yang suami dapat masa pergi program apa ntah dari jenis kismis kering kecut, Alauddin menolaknya tanpa kompromi.

Jadilah yogurt mix with kurma je, sedap je pun....laju je makan.
Plain yogurt adalah sumber probiotik untuk mengekalkan bakteria baik bagi melawan bakteria jahat dalam badan.

Lepas tu, badan dia ada rasa panas2 gak, tapi tak la panas sangat, dedor2 je rasa die.
Aku cek suhu pun 37.2 - 37.5 je.

Aku cuma jerlum kepala dia dengan air asam jawa sepanjang malam.
Nasib baik suami ada, jadi dia la tukang kejut bangun bersahur sebab aku kerap bangun nak jerlum kepala Alauddin.

Bangun pagi rasa badan dah tak panas. Cek suhu normal 36.5. Kira dah sihat la kot kan.
Sebabnya Alauddin ni tak de plak lembik ke, merengek ke, tak selesa ke hape kan, dia aktif bermain seperti biasa, macam selalu gaya dia la.

Malam Ahad plak, badan dia start panas balik tapi masih dalam suhu 37.5 sahaja.
Aku pun guna alternatif lain iaitu WET SOCKS.

Kaedah ni aku belajar kat fb group Laman Kesihatan Ibu, Bayi dan Kanak-kanak.
Cara dia basahkan stoking dari material cotton dengan air biasa / air perahan lemon / cuka epal (apple cider vinegar) / air asam jawa.

Aku guna air asam jawa memnadangkan lemon dan cuka epal tak de kat rumah.
Aku rendam stokin dalam air asam jawa tu, bagi betul2 menyerap kat stokin.

Lepas tukar pampers, tukar baju berlubang2 sebab nak surutkan panas dia, aku sarungkan stoking basah tu kat kaki dia.

Memang pada permulaan Alauddin cam tak suka mungkin dia rasa tak selesa la.
Tapi aku buat tak layan je, aku ajak dia sembang then bagi susu.

Sambil dia menyusu tu, duk angkat kaki dia tunjuk kat aku, suruh cabut stoking la tu.
Tapi aku pujuk cakap mende lain, tarik perhatian dia kat mende lain.

Lama2 dia pun tido la. 
Dalam pukul 3 pagi aku bangun cek stoking tu dah kering.
Aku celup lagi stoking tu dalam air asam jawa, pakaikan balik.

Masa ni selesema Alauddin dalam keadaan yang biasa, tak teruk mana la, hingus masih cair dan berwarna putih.

Bangun sahur pukul 5, cek stoking rasa lembab je.
Lepas bersahur, aku cabut stoking tu, then biarkan dia tido tanpa wet socks dah.

Pagi tu bangun cam biasa, ceria je.
Cuma bab selesema masih belum sihat sepenuhnya.

Selesema dia masa Ahad dah tukar jadi warna kuning dan sedikit pekat tapi masih meleleh la.
Jadi aku masih teruskan bagi yogurt seperti biasa.

Mandi pun juz basahkan badan je, kepala dia usap dengan air bagi rasa basah je.
Malam Isnin tu nampak sikit selesema tu macam menyusahkan Alauddin.

Nafas dia agak kuat, bunyi cam ada kahak selepas dia batuk.
Asal batuk bukan sebab dia batuk, tapi sebab ada kahak kat tekak then mungkin rasa geli.

Tapi tak tahu nak buang kahak kan, ye la budak kan, so dia akan batuk, selepas batuk dengar la bunyi de mende kat kerongkong dia, so aku agak itu kahak.

Bab badan panas, dah selesai, tido malam tak de panas, kira berkesan la kaedah wet socks tu kan.
Wet socks tu dia menarik panas keluar dari kaki.

Jadi, bangun pagi tu, Alauddin menyusu seperti biasa, tapi rasa cam nak termuntah dan macam ada sesuatu kat tekak dia, tapi tak muntah pun.

Pagi tu, aku nekad nak masak sup ayam untuk Alauddin. Resipi ni pun aku dapat dari fb group yang sama.

Nama dia sup tulang atau bone broth atau sup ayam.

Cara buat dia sangatlah mudah.

1 mangkuk ayam bertulang - aku guna bahagian peha, ketuk 3 bahagian cam tu.
Hirisan halia
6 @ 7 bawang putih - ketuk2 je
3 @ 4 ulas bawang merah - potong 4 - aku guna bawang besar 
carrot
daun saleri
virgin coonut oil (VCO)
1 sudu besar beras

tambahan : 
daun pudina
habbatusauda'
daun sup

Masukkan kesemua bahan2 tu dalam 1 periuk KECUALI BERAS dan masak atas api selama 3 jam.
1 jam terakhir baru masukkan beras.

Kenapa guna tulang ayam??
Ni aku qoute noted dari group fb tu, dari salah seorang admin group , Farah Rahim.

"Nak lawan virus kena lawan dengan protein. Virus "hirup" protein dr badan anak so dia kena makan high protein food. But the problem is selera tak ada, and body tak boleh nak digest food lebih2 so the highest protein in the form of liquid is bone broth. Dia hirup sup sahaja pun dah kira ok dah sebab semua dah meresap dalam stock tu. Give anak fresh juices as well. From food high in vitamin C like guava...papaya...also try and get some probiotics if u can. VCO pun bagus and body needs protein to produce white blood cells (antibody)".

Alauddin sangat menerima dengan baik sup tulang ayam ni, pandai pulak minta bila dah abis.
Dugaan masak bulan pose di siang hari, time tekak memang kering dan rasa lapar mula menyerang, bau halia dan bawang putih tersangat membuka selera aku.

1 mangkuk kecil tu memang licin la dia makan.
Nasib baik walaupun selesema selera makan dia masih dalam keadaan biasa,

Lepas tu aku buat steaming, means wapkan air panas menghala hidung untuk cairkan kahak atau hingus.

Yang ni sedikit je cabaran sebab Alauddin budaknya dah besar kan, dah setahun 7 bulan, so agak sukar nak pegang dia dalam keadaan meniarap.

Aku letak air panas dalam tupperware besar, then letak kat kawasan luas cam ruang tamu.
Lepas tu aku tanggalkan baju tinggalkan Alauddin pampers je, then aku tiarapkan dia atas peha aku.

Lepas tu dukung dia dalam keadaan meniarap tu, kepit dua belah bahu dia, takut dia pegang atau tarik bekas air panas kan.
Then halakan muka dia kepada wap air panas tu.

Memang tak lama lepas tu akan turun hingus pekat warna hijau kuning dari lubang hidung dia.
10 minit pertama dia tak menangis, lepas tu dia punye meronta nak lepas jangan cakap la.

Tapi suara nangis tu yang kuat, aku pujuk pun tak layan.
Tapi sebab nak kuarkan hingus tu, aku wat kental je.
Selamba je aku :)

Dalam 20 minit cam tu, selesailah.
Aku pun tarik hingus tu, memang pekat likat semua ada lah, then korek sisa2 dalam hidung tu guna cotton buds.

Pentingnya melakukan steaming ni untuk melonggarkan paru2 anak dan mengeluarkan kahak.
Cara ni yang terbaik dari bergantung dengan ubat yang sudah pastinya mengandungi dadah.

Selepas aku buat kaedah steaming ni, memang kuar banyak hingus.
Aku memang pantau je sebab nak pastikan Alauddin tak kesat dengan tangan dia.

Dalam tengah hari sikit, hingus dah stop keluar.
Aku pun amik kunyit hidup, tumbuk sikit nak amik air dia, sapu kat batang hidung dia.
Kuning la kejap batang hidungnya tu kan :)

Kering je aku sapu kunyit hidup tu, sampai la ke malam aku buat.
Sup tulang ayam masih diberi dan jadi menu utama dia untuk semalam dan hari ni.

Semalam sahaja Alauddin membuang 2 kali, dan dalam kuantiti yang banyak.
Tapi apa yang aku perhatikan, poo poo dia ada lendiran yang pastinya kahak.

Kira kahak tu keluar melalui poo poo dia la.
Lega sikit dah aku rasa.

Malam tadi pun tido dah tak de bunyi2, nyenyak sangat dia tido, bangun nak nyusu pun sekali je malam tadi. 

Bangun pagi pun aku tak de dengar batuk2 cam ada kahak sangkut kat tekak, semua dah back to normal.

Cuma hari ni masih teruskan lagi sup tulang ayam tu as menu dia.
Dan aku nak buat steaming tu lagi sekali kot2 ada lagi sisa kahak tu kan.

Tapi jangan terkejut la dengan nafas anak berbau bawang putih sebab sup tulang tu memang banyak bawang putih sebab bawang putih antara sumber makanan antiviral yang boleh melawan virus yang menyebabkan selesema. 

Tapi aku tetap suka cium mulut Alauddin tak kira masa sebab mulut budak sangatlah harum tak kira la dia makan apa sekalipun.
Bau baby kan salah satu bau syurga :)

Jadi, apa yang dapat aku simpulkan selepas menggunakan kaedah penawar semulajadi ni tanpa bergantung langsung dengan ubat adalah masa yang diambil untuk sembuh tidaklah lama sangat walaupun ada yang kata guna ubat lagi cepat sembuh.

Kiranya dalam masa 4 hari Alauddin dah sembuh seperti sedia kala dan hingus pun dah kering.
Cuma mak yang nak amalkan kaedah rawatan semulajadi kenalah rajin dan sabar ye.

Kalau buat mende sikit pun dah merungut susah, leceh, lambat segala, memang tak dapatlah nak merasa hasil yang sepatutnya.

Hasilnya, ada yang cepat ada yang lambat, bergantung pada daya ketahanan anak2 dan tahap istiqamah kita sebagai mak dalam merawat anak yang sakit.

Ok la..tu je nak kongsi untuk hari ni.
Lain kali berborak lagi

As-salam :)









Monday, July 15, 2013

Giliran Berbuka Puasa Di Puchong

Assalamualaikum

Minggu lepas balik Puchong, saje nak berbuka dengan mama sekeluarga.
Tapi kami gerak dalam tengah hari, pergi amik barang dulu, then baru ke Puchong.

Sampai dalam pukul 4 macam tu, dapatlah rehat sekejap.
Aku sampai je terus amik bantal kecik landing baik punya depan tv...huhu..

Mama plak memang rindu sangat kat Alauddin. 
Sambil landing tu mata dah berat nak terlelap je.
Tapi tak mau nye lelap sebab layan sembang ngan mama.

Aku dah biasa sangat dengan keluarga mertua, jadinya dah macam anak beranak dah kami berdua, tak ada apa nak dikisahkan.
Bergolek berdua pun selalu dah :)

Suami plak plan asal dia nak berbuka kat Dataran Masjid Putra tu.
Memang tiap tahun time pose mesti sehari akan berbuka ala2 berkelah kat dataran tu.

Memang ramai time nak berbuka tu
Meja batu memang banyak disediakan, tapi kene datang awal la nak cop tempat kan.
Tapi suami dah bawak siap2 tikar kot2 penuh nanti, kelah kat bawah pun boleh je.

Tapi masa kami sampai, hujan dah rintik2, tak lama lepas tu hujan lebat siap guruh bagainya.
Mama dah bawak kuar daging, udang ngan sotong siap2, katanya nak masak je la.
Tak yah berbuka kat luar sebab hujan lebat.

Tapi suami kata awal lagi, baru pukul 4 lebih, hujan lebat nanti berenti elok la cuaca.
Masa ni 2 beranak ni duk berbincang bagai nak rak la.
Yang anaknya nak berbuka kat dataran, tak yah masak2, beli je kat bazar tu
Yang maknya nak makan kat rumah, nak masak lauk je.

Aku malas nak campur, layan tv je la....huhu
Aku ngikut je...tapi aku lagi suka bila mama kata nak masak sebab mama masak sedappppp...huhu

Pastu pukul 6 hujan dah berenti, suami ajak pergi bazar kat Putrajaya.
Dia nak cari yong tau fu buat makan sahur nanti.

Memula dia ajak sahur dominos je, aku plak tak lalu nak telan roti pepagi buta, pizza lak tu.
Aku kata mende lain ok lagi, pizza nanti aku takut tak tertelan je.
Maklumlah kuponnye banyak beno.

Dia memang la penggemar pizza yang hardcore, boleh telan bila2 masa je
Aku suh die beli untuk makan dia, tapi dia lak tak nak, sebab tak nak makan sorang.
Pulak dahhhh

Sudahnya nak mencari yong tau fu la, nama dia Norizan's Food.
Kami memang kalau beli yong tau fu ngan norizan je, dari zaman bujang lagi dah.
Sebab utama sedap, dan murah.

Deme ni siap keluarkan sendiri bahan2 sejuk dan mentah yong tau fu tu.
Jadi, in shaa allah halal dan bersih la sebab dari company melayu tulen :)

Tapi round sampai 6 baris orang meniaga, tak de langsung yong tau fu norizan.
Orang lain punya ada lah, tapi tak mau la sebab dah biasa dengan norizan.

Sudahnya kami beli rojak Singapore buat bersahur.
Lepas tu aku teringin nak minum air katira.
Selalu orang kata air katira kat Putrajaya sedap.

Mama tak de pesan apa2
Cuma kami beli makanan untuk wat makan malam nanti la balik dari Puchong,

Beli murtabak 2 keping, pun buat bersahur.
Aku beli mihun sup utara ngan roti john wat makan malam.

Sampai rumah dalam 15 minit lagi waktu berbuka, mama pun dah siap hidang semua.
Mama buat air nanas...terliur je tengoknye..

Mama masak daging masak kicap, udang dan sotong masak sambal, sayur lemak labu, sup cendawan, terubuk bakar dan air asam.
Air katira plak memang sedap dan tak manis sangat, aku memag suka air yang tak manis :)
Memang selera je makan. Seronok makan kat rumah dengan mak ayah :)

Malam tu kami balik dalam pukul 11 malam, sampai rumah pukul 12.30 tengah malam.
Alauddin pun ok je, dah siap tido semua, so masuk rumah sambung je tido balik.

Pasal mama nak pergi umrah tu, visa masih belum dapat.
Rupanya ramai juga yang belum dapat visa, tak kurang juga yang ditangguhkan.

Jadi, mama skang dalam tempoh menunggu visa sahaja lah.
In shaa Allah, dipermudahkan lah urusan mama dan abah nak buat Umrah.

Planning minggu ni nak balik Manjung plak
Yeay!! 

Yang best suami cakap tido semalam kat Manjung, pas berbuka sabtu tu balik Kuala balik la sebab ahad suami nak rehat dan bersiap barang2 dia plak.

Seronok puasa tahun ni sebab setiap hujung minggu aku akan cuti masak.
Suami ajak makan luar atau beli makan kat bazar je.
Isnin sampai Jumaat je memasak....suka3 :)

Hari ni  punya cerita plak kan, aku tertido petang tadi dan nyaris la terlepas nak pos barang2 customer.
Asalnya menyusukan Alauddin.

Masa tu pukul 3.30 petang, so masih awal la memandangkan aku dah packing siap2 mana yang order petang Jumaat sampai Ahad malam tadi.

Cuma tinggal barang poslaju yang bayar ari ni dan bean bag sebiji.
Tengah menyusu tu landing baik punye, sekali terlelap.

Aku tersedar tengok jam pukul 4.30!!
Lagi 10 minit gdex akan datang collect barang.

Aku cepat2 tengok phone, ada 2 miscall dari gdex, aku pun call balik, tanya nak datang dah ke, dia cakap ada kat kedai orang collect barang, lepas tu baru datang rumah aku.

Bersilat kejap aku bungkus bean bag tu, nasib kejap je.
Kira masa gdex mari tu, aku baru pas sealed bean bag, legaaa...sempat siap walaupun dalam keadaan terperanjat....huhu

Good boy untuk Alauddin sebab bagi kerjasama yang sangat baik kat mama :)

Ok la, dah lewat ni, nak solat jap then masuk tido.
Tapi Alauddin masih segar mengadap Upin Ipin dia....sabo je la :)

As-salam



Wednesday, July 10, 2013

1 Ramadhan :)

Assalamualaikum


Alhamdulillah....dipermudahkan amalan berpuasa untuk hari pertama.  Semoga diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk hari2 yang seterusnya.


Bila suami ada di rumah dan tidak bekerja, memang kami jarang nak lekat kat rumah. Ada je hal nak diselesaikan. Huhu..


Paginya tunggu barang sampai by post dari supplier. Dalam pukul 10 lebih budak skynet datang anta barang. Tangkap gambar siap2...upload nanti dalam kete je..


Siap semua keluar plak gi CIMB nak bukak current account untuk bisnes aku. Nasib tak ramai orang, so aku datang terus gi kaunter, dalam 15 settle dah urusannya.


Lepas tu ke Tanjong Karang pulak nak anta phone aku yang rosak tu, tapi kedai tu kata better anta kat samsung centre kat PJ sebab masalah screen pecah...Kalau kedai buat memang cas mahal la tapi kalo gi centre direct harga lain la samsung cas. Ok, so tengah Ramadhan nanti la pegi PJ.


Lepas tu duk round belakang kedai2 tu ada banyak kedai jual baju melayu budak2...banyak gile...baju aku dan suami dah siap ada sebab beli awal jadi baju melayu Alauddin je belum beli lagi. Jadi suami ajak usha la kot2 ada warna yang dicari.


Suami memang bawak siap baju melayu dia, katanya senang nak match warna nanti. Masuk kedai ke 3 jumpa warna pink belacan sebijik sejibot sama cam baju melayu suami. Tapi dia jenis jubah ada seluar. Saiz plak besar sikit untuk Alauddin tapi tak nampak meleret la. Abis kecik dah saiz tu. Kene adjust kat kaki seluar je sikit. Tu tak pe, aku boleh jahit nanti.


Lepas tu, jalan kedai depan dulu, nanti kalau dah tak de amik je la jubah tu. Pegi kedai kat seberang jumpa warna pink belacan tapi pekat sikit. Yang ni material lawa dan kemas je jahitan dia. Siap ada lining kat poket die warna soft pink, berkenan terus aku. Saiz 2 tahun ada. Aku minat yang baju melayu ni tapi suami minat jubah tadi.


Tapi suami kata ikut aku la...so amik terus gi bayo la...huhu...Lepas tu lalu kedai jubah tadi, suami tengok harga, laaa...murah betul...kain cotton tapi lembut...suami kata amik gak la..wat pakai bile2...huhu...lain sikit..style jubah..aku balun je...tak kesah...


Selesai la misi mencari baju melayu Alauddin. Cuma nak cari sampin Alauddin je la sebab jalan tadi tak de warna yang berkenan dan naik seri bila dipadankan dengan baju melayu yang dibeli tadi. 


Yang bestnya baju melayu banyak gile warna..pastu stok memang banyak...Ye la..orang belum keluar membeli lagi kot...baru 1 Ramadhan kan...kira heaven la aku membeli hari ni..tak de orang langsung....


Balik dari beli baju, gi Perodua plak service kete. Tak lama pun sebab tak de orang. Tak sampai setengah jam dah selesai. Pukul 3 sampai rumah dah.


Layan biz plak....packing barang untuk pos ari ni. Nasib baik sempat. Lepas tu siapkan barang2 suami, tak banyak pun sebab Ahad ari tu dah bawak banyak baju then ada esok ngan Jumaat je lagi...petang Jumaat dah balik Kuala semula. Sekejap je dah siap semua.


Suami decide beli je makan untuk berbuka sebab tengok aku buat kerja dari balik tadi. Dia kata tak yah masak la. Pukul 4.30 dah kuar sebab nak pegi Poslaju anta barang nak pos dulu.


Pastu masa jalan depan keta perasan no plat angka 7 tak de, jatuh bila tak tahu..tanya suami dia pun tak tahu kalau aku tak kabo. Jadi deret poslaju ada kedai barang kete, beli no 7 rm2 je pun..sengih laki aku dengo sebab di bawak rm50 nak bayo kat cina tu...last aku ngulur rm2 kat aso tu. Settle.


Lepas tu baru ke bazar. Kami memang biasa round dari mula sampai hujung. Sambil tu usha la apa yang berkenan. Abis sekali jalan, Alauddin plak dah terlentok kat bahu abah dia...jadi suami kata dia balik kat kete je la dan aku pegi beli.


Suami nak makan burger bakar, roti john dan murtabak je. Apa aku beli untuk diri aku? Aku punye kuih takar 5 biji, akok 6 biji, laksa perlis sebungkus, nasi ayam madu dan mihun sup tulang. Alauddin suka sangat kuih takar tu...berbuka tadi dia makan sampai 3 biji. Makcik ni buat sedap..sebab tak manis sangat..sedang elok untuk aku yang tak suka manis.


Aku beli siap untuk bersahur...mungkin laksa atau mihun sup buat sahur nanti. Sebab aku makan macam2 masa sahur. Kurma 11 biji, fresh milk segelas, air tenaga elak dehidrat segelas dan air masak brgelas-gelas. Tu mende asas aku akan amik setiap kali puasa la.


Solat terawih hanya di rumah je la bersama anak bujang...dia buat hal dia la..ada masa je dia datang depan aku tanya soalan apa tak tahu...pas tu angguk sorang...then sambung main mainan dia. Tak pe..sekurang2nya ada kesempatan nak tunaikan solat terawih...tapi rindu nak berjemaah kat masjid...suasana dia lain la sikit...


Ok la....Alauddin ajak mama mengulit dia...sampai sini je la boleh borak ye...lain entry bole cerita lagi


As-salam :)

Tiba Sudah Ramadhan :)

Assalamualaikum

Salam Ramadhan semua

Ketika entry ini ditaip aku sedang menunggu kepulangan suami. Alhamdulillah...suami dapat balik untuk sambut 1 Ramadhan bersama.

Suami bergerak lepas solat maghrib tadi..in shaa Allah akan tiba dalam pukul 11 lebih macam tu. Alauddin pun harap tak ngantuk lagi masa abah dia sampai....:)

Semalam suami cakap bulan puasa ni dieorang dapat pelepasan untuk balik setiap minggu sebab takde aktiviti luar. Balik jumaat selepas solat tu...lama la sikit dapat balik...Alhamdulillah....bersama hujung minggu pun dah bersyukur sebab ada ramai lagi yang berpisah jauh dengan keluarga dan belum berkesempatan nak berjumpa...

Tapi esok petang suami dah balik semula..mungkin tak sempat nak berbuka bersama sebab waktu akhir untuk masuk hostel jam 12 tengah malam. Tak pe la, Jumaat ni boleh berbuka sama2...:)

Hari ni ada pasar malam. Suami kata nak sahur murtabak 2 keping, tu je...tapi aku beli roti john kot tak cukup lak kang..hahaha..

Aku plak makan nasi la as usual..petang tadi wat kerabu taugeh letak udang...goreng ikan je la wat sahur....selera dah tu.

Tahun ni berpuasa sebagai bf mom juga bezanya Alauddin dah setahun 7 bulan, dah banyak mende boleh makan, jadi susu ibu bukanlah keutamaan dia walaupun aktiviti bergayut tu sama je...tak berubah pun...hoho

Jadi bila Alauddin dah pandai makan, waktu menyusu pun tak la kerap sangat. Asal die kenyang kuranglah dia nak nyusu tu.

Oh ye...aku tak amalkan susu tepung untuk Alauddin tapi aku bagi Alauddin susu kotak fresh milk tu. Then aku jumpa alternative lain sebagai susu iaitu almond milk atau susu badam. Aku dah beli badam cuma belum buat lagi airnya.

In shaa Allah esok aku nak buatlah, nak bagi Alauddin biasa minum susu badam. Badam antara makanan yang sangat tinggi khasiat dan kandungan nutriennya...malah orang panggil badam sebagai makanan orang bijak.

Sape2 yang anak tak boleh terima susu tepung boleh cuba susu badam ni ye...bukan budak je sesuai, orang dewasa pun boleh minum terutama preggy dan bf mom..aku baru nak cuba badam ni sebagai persediaan bulan Ramadhan tahun ni. Semoga dipermudahkan.

Rezeki abah dan adik2 masih ada. Abah dapat 2 tapak niaga kat bazar Ramadhan tahun ni. 1 kat stadium 1 lagi kat pasar basah manjung tu. Abah ngan kawan ila kat pasar, mak dan ila kat stadium.

Memang rezeki abah nak dapat 2 tapak tu..Asalnya abah nyaris2 tak dapat sebab masa tarikh nak bayar tapak abah terlupa..memang lupa sungguh2...abah teringat masa hari nak bayar tu tapi dah tengah malam..dalam pukul 1 pagi cam tu..kira terlepas hari nak bayar tapak la kan.

Pastu majlis perbandaran plak kalo kita tak bayar duit tapak pada hari yang ditetapkan kira kita tersingkir la dalam senarai nama untuk tapak bazar ramadhan tu.

Esok pagi abah pegi untuk tanya boleh tak bayar hari ni sebab abah terlupa sungguh...lepas cakap2 semua tu dieorang terima...Alhamdulillah...dapat juga tapak untuk tahun ni.

Wan pulak mungkin pertama kali nak berniaga bazar kat Kuantan, jadi agak susah nak dapat tapak bazar la. Sebab majlis prrbandaran sana ada senarai nama ahli sebelum ni dan ada sesi temuduga. Jadi wan tak terpilih la.

Tapi die berniaga kat pasar malam sekitar Kuantan jugak...Masih ada rezeki lagi la...rezeki Allah tu luas kan....asal berusaha mesti dapat :)

Selamat datang Ramadhan yang dinanti, yang dirindui....semoga kehadiranmu membawa rahmat yang melimpah untuk semua umat Islam seluruh dunia. 

In shaa Allah....

Sunday, July 7, 2013

Rindu Nak Masak Untuk Suami

Assalamualaikum

Sabtu malam saje keluar makan malam dengan mama dan abah, deme berdua je. Mama pun rindu sangat kat Alauddin. Kami makan kat food court Mydin USJ, sebab mama shopping barang basah untuk kantin kat situ, banyak pilihan. 

Sambil makan kami bersembang la kan. Tapi air muka mama cam risau je. Mungkin fikir hal nak gi umrah Khamis depan.

Mama kata visa masih belum dapat, risaunya hati kata mama. Sampai sekarang masih belum ada jawapan.

Sempat aku pesan jaga diri dan kesihatan kat sana. Sebab kudrat orang tua kan, harap dipermudahkan Allah S.W.T.  selamat pergi dan balik didoakan.

Sebelum kami berpisah untuk pulang, seakan tak lepas pelukan mama kat cucu die yang sorang ni...puas diciumnya...

Alauddin pula seperti memahami, senyum je bila tok dan tok wan die gomol.

Mama kata bau Alauddin buat bekalan bila rindu nanti..berminggu la mama dan abah tak jumpa Alauddin.

Suami lak lain ceritanya. Sepanjang kursus duk makan nasi je manjang, bila dapat balik, memang tak nak sentuh nasi dah la.

Jadinye...minggu dia balik kami makan luar je la...lagipun kami memang keluar amik barang. 

Malam tu suami teringin sangat nak makan roti canai...lama sangat dia tak makan katanya...3 keping jugalah dia balun untuk dinner malam tu.

Ahad tengah hari ke Tesco plak, nak penuhkan barang dapur. Barang kering masih banyak, cuma barang basah je la.

Kan rabu depan dah mula Ramadhan, jadi dah standby la barang basah apanya..

Suami kata Johor tiap tahun bila 1 Ramadhan memang cuti, jadi kalau dia boleh balik petang selasa, dia balik la...bole sahur sama2..

Seronok rasa bila suami cakap cam tu..harap dapat la sambut 1 Ramadhan bertiga kan.

Suami balik petang tadi, siap bawak bekal. Kan die tak nak makan nasi, jadi aku cadang nak masak spageti je...terus dia setuju...sebab lama tak makan...

Dia makan kat rumah pun memang selera abis la...licin sampai...seronok gile sebab lama tak masak untuk suami.

Ye la...biasa memang suami makan kat rumah je...time lunch gigih balik sebab nak makan bini masak...kadang2  pukul 10 pagi sms bagi tahu suh masak apa

Balik kerja pun tak de singgah makan luar ngan kawan2, walaupun pernah kene perli sayang bini sangat la....takut bini la...
Tapi die jenis tak layan....orang kata tak lut la kat hati dia. 

Pernah keluar sekali la makan2 ngan kawan2 tu pun sebab sorang kawan dia dah berenti keja..dapat kerja kat kl.

Tu pun dia mesej bagi tahu aku dia tak makan, tapi minum je...hat tu pun kene perli gak sebab nak kuar minum pun sms bini....sabo je la

Kadang2 aku terpikir, mungkin suami aku ni jadi perhatian kawan2 dia kot...kot wat idola ke...kahkahkah

Jadi bila suami berkursus, perkara pertama yang aku rindu adalah nak masak untuk suami. Memang rindu sangat2...

Tu yang sampai skang nak masak rasa malas je sebab makan sendiri kan....walaupun masa ada suami kene masak lauk lain2 kadang2 tu sebab selera tak sama...tapi semangat nak masak tetap ada.

Jadi bila aku masak ari ni dia makan bertambah, siap bawa bekal ke sana....hilang kejap rasa rindu aku tu...

Biasa dia sampai Johor dalam pukul 11 malam...malas dah nak singgah makan, nak plak die sorang je lagi la dia tak rasa nak singgah makan.

Jadi bila ada bekal tu, aku tahu la die tak lapar malam ni. Dewan makan beroperasi seperti biasa esok pagi. 

Alauddin pula banyak berdukung dengan abahnya...dengan mama dia jual mahal...
Abah melayan je semua perangai dia.
Sampai kebas bahu abah dukung die je

Dah la sengal bahu angkut hiking bag masa panjat 3 bukit kat pangkor baru ni tak ilang...kene pulak dukung anak kan...

Tapi abah layankan je..sebab tu je masa yang abah ada nak melayan hero kami ni kan.

Tak pe....gunakan masa yang ada sebaik-baiknya...

As-salam :)





Friday, July 5, 2013

Nak Kongsi Sikit :)

Assalamualaikum

Isnin baru ni Alauddin genap setahun 7 bulan. Macam2 perangai dan perkara baru yang aku perasan kat Alauddin. Alhamdulillah...semua dalam keadaan yang baik.

Masa bawa check up kt KK untuk setahun 6 bulan, nurse tu ada buat test untuk kenalpasti anak kita normal dan perkembangan otak die seiring dengan tumbesaran die. Ujiannya simple je pun tapi aku rasa seronok plak.

Mula2 nurse kata nak panggil nama guna nama panggilan di rumah. Kat rumah kami memang panggil Alauddin, cuma tok nenek dia je panggil udin..udin...huhu

Masa panggil nama dia tu, dia pandang je muka nurse tu, lepas tu tersenyum meliuk lintuk cam kene ngorat ngan makwe lak....hoho..lepas tu nurse ajak borak plak.

Nurse tanya dah makan ke belum je punnnn...tapi jawabnya panjang bebeno...bebel apa tak tahu la sebab bahasa tu Alauddin sorang je paham...hahaha..

Lepas tu nurse bagi pen, dia amik then nurse minta balik dia bagi tapi tak bagi betul2 pun, bila nak sampai kat tangan nurse, dia tarik balik....ngusik la tuh kan!!

Lepas tu nurse gerakkan pen lain depan mata Alauddin, ke kiri ke kanan, nak tengok mata dia mengikut seiring tak dengan pergerakan objek. Alhamdulillah....mata hitam die bergerak seiring dengan pergerakan pen tu...selesai ujian mata.

Kemudian, nurse buat ujian pendengaran plak. Nurse tolak something kat sebelah die yang deperbuat dari besi, bunyi agak kuat gak la, Alauddin buat reaksi terkejut tapi dia tak takut la. 

Nurse tanya, kalau ada bunyi motor kuat lalu ke, bunyi blender ke, atau mesin drilled tu, vacuum ke, Alauddin ada tutup telinga tak?

Aku cakap tak de, cuma dia terkejut je la, cam blender dan vacuum tu memang dia tak takut la, siap menjerti sekali bunyi blender tu ada laaaa....

Nurse kata, ok...tu je nak test.

Aku tanya nurse, apa relevan test ni...aku cakap nak tahu tanda2 Autisme ke?

Nurse senyum dan angguk je...
Aku pun...ohhh..ok :)

Aku memang suka perhatikan apa sahaja berkaitan pembesaran dan perkembangan Alauddin. Walaupun mende remeh je, tapi aku tetap amik noted.

Suami pun selalu pesan perhatikan jika ada perubahan dari segi emosi atau tindakan Alauddin, sebab bila kita perasan dari awal kot ada yang berlainan dari kanak2 seusia dia yang lain, kita boleh rujuk pada yang lebih pakar dan minta pandangan dan nasihat untuk melalui perkara tersebut.

Aku memang ada baca pasal Autisme ni dan active join group Autisme kat fb. Banyak info yang boleh buat kita memahami apa yang dikatakan Autisme.

Tapi aku tak la arif pun, cume paham la sikit2 pasal Autisme ni.

Dari apa yang aku paham, autisme ni bukan kecacatan tapi lebih kepada ketidakupayaan sistem dalam otak untuk memberi signal kepada tubuh badan serta reaksi tindakbalas yang normal atau natural seperti kanak-kanak seusia mereka yang lain.

Kanak-kanak Autisme dikatakan mempunyai dunia mereka sendiri. Mereka sering dilihat seperti tidak menghiraukan suasana sekeliling dan hanya bermain seorang diri.

Kanak2 autisme juga tidak mempunyai perbezaan dengan kanak2 seusia mereka yang lain. Dari segi rupa dan tingkah laku tiada yang berbeza. 

Tidak seperti kanak2 sindrom down yang mempunyai iras muka yang sama dan serupa, yang kita boleh kenalpasti, atau kanak2 kurang upaya yang kita boleh lihat ketidakupayaan mereka, tapi kanak2 autisme ni kita boleh kenalpasti melalui tindakan dan perlakuan mereka.

Kebanyakkan bahan bacaan aku, biasanya, kanak2 autisme ni dikenalpasti pada usia 3 tahun dan ke atas.  Hanya ada beberapa kes sahaja kanak2 autisme dapat dikenalpasti pada usia bawah 3 tahun.

Penting ke untuk mengetahui sama ada anak2 kita ada tanda2 autisme ni?
Pada aku penting la, sebab bila kita dapat tahu awal, tindakan awal boleh diambil, boleh rujuk pada pakar, dan sebagai ibu bapa, kita akan cuba bagi yang terbaik untuk anak-anak kita.

Autisme ni juga bukan penyakit keturunan tapi dari apa yang aku paham, autisme boleh terjadi akibat dari udara sekeliling yang tercemar. 

Bila ibu mengandung kerap terdedah kepada kualiti udara yang tidak bersih, atau terdedah secara kerap dengan bahan radioaktif, ianya boleh mengganggu sel-sel tumbesaran janin dalam kandungan.

Aku ingat lagi, cikgu sains aku, Puan Rutiffah pernah cakap, kalau masa mengandung selalu hidu udara yang tak bersih, ada kemungkinan untuk melahirkan anak yang kurang upaya.

Tapi ada juga kajian yang dilakukan oleh barat mengatakan, suntikan vaksin juga menyumbang kepada terjadinya autisme di kalangan kanak-kanak. Perkara ini juga masih dikaji oleh kebanyakkan pakar2 dunia tak tinggal Malaysia juga.

Bab suntikan vaksin, aku tak pakar sangat, sebab sedang menggali ilmu sebanyak mungkin. Jadi tak tahu nak komen pasal kaitan vaksin dengan autisme.

Ok, cam ne nak tahu tanda2 autisme??

Ni apa yang biasa aku baca la, tak kisah la dalam surat khabar, majalah, internet, tanda2 yang ni selalu dinyatakan.

Kita as parent boleh lihat, pantau dan tengok apa2 perubahan pada anak-anak kita melalui tanda2 asas ni.

1. Kanak-kanak autisme agak lambat dalam percakapan. Ada yang langsung tak boleh menyebut suku kata. Biasa doktor akan tanya kita, apa yang anak boleh sebut pada usia setahun kan.
Sebab bila anak sudah mengjangkau usia 2 tahun tapi masih belum boleh menyebut suku kata, doktor akan minta kita buat pemeriksaan lebih lanjut.

2. Kanak-kanak autisme agak kurang untuk bergaul dengan kanak-kanak seusia mereka yang lain. Apabila diletakkan mereka di dalam kawasan yang ada kanak-kanak lain, mereka cenderung untuk duduk di satu sudut dan bermain seorang diri.
Pakar mengatakan mereka kurang atau tiada langsung minat untuk berinteraksi atau berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka.

3. Kanak2 autisme sangat terganggu dengan bunyi yang kuat. Mereka akan menutup telinga mereka dengan kedua-dua belah tangan dan mata akan terpejam rapat, dengan reaksi yang sangat terganggu dengan bunyi bising tersebut.

4. Kanak2 autisme juga agak sukar untuk memberi tumpuan secara total dalam setiap perkara yang dilakukan. Maksudnya sukar untuk focus. Apabila mereka melakukan sesuatu, mereka tidak konsisten malah akan berubah-ubah moodnya.
Ketika sedang melakukan sesuatu, mereka akan berubah kepada perkara lain dalam sekelip mata.

5. Kanak2 autisme juga suka melakukan sesuatu perkara secara kerap seperi mengibas tangan mereka, berkali-kali, atau berlari secara bulatan berkali-kali.
Atau suka sesuatu yang bergerak dengan laju, seperti kipas.
Mereka akan melihat apa yang mereka suka dalam tempoh masa yang lama.

6. Lagi 1, kanak2 autisme suka menyusun sesuatu seperti blok bangunan, atau kereta kecil sama ada secara memanjang atau menegak ke atas.
Dan mereka akan bermain aktiviti menyusun dalam tempoh yang lama.
Jika kita mengganggu, mereka akan marah atau memberontak seperti tidak suka dengan tindakan kita mengganggu permainan mereka.


Tu je la tanda yang aku selalu jumpa dalam bahan bacaan aku. Ada beberapa tanda lain yang jumpa kat sesetengah article yang tak de dalam article lain.

Ada yang mengatakan, kanak2 autisme suka memaut lengan orang dewasa lelaki, seperti ayah mereka. 

Ada juga yang mengatakan, kanak2 autisme ni sukar untuk memberi ekspresi dalam menyatakan sesuatu, mereka cenderung untuk menjerit dan mempunyai tantrum sama ada peringkat sederhana atau yang tertinggi.

Ada juga yang sukar untuk dikawal apabila berada di public, kerana kanak2 autisme lebih mudah berasa takut dan tidak selamat apabila berada di luar. Kanak2 autisme lebih suka berada bersama dengan orang yang terdekat dengan mereka, seperti ibu atau ayah.

Yang lain mungkin korang lebih tahu atau ada parents yang mempunyai anak istimewa ini, lebih arif dan pakar dalam mengenalpasti kanak2 autisme.

Jadi, apa yang aku tahu dan baca, aku praktikkan pada Alauddin, aku perhatikan setiap perkembangan Alauddin.

Aku bukan takut atau paranoid dengan autisme, tapi lebih kepada cara aku dalam mengenalpasti atau memahami setiap tindakan atau perubahan Alauddin.

Seperti yang aku kata tadi, bila kita dapat kesan awal, in shaa Allah, kita boleh bawa anak kita jumpa pakar dan bertanyakan apa yang sepatutnya kita perlu lakukan di samping bagaimana menjaga anak2 autisme.

Aku suka dan bangga untuk kongsi luahan hati beberapa ibu yang mempunyai anak2 autisme, mengatakan walaupun  orang luar mengatakan anak2 mereka cacat tapi sebenarnye mereka bukan cacat, tapi mereka tetap menerima anak2 seadanya, malah menganggap anak2 itu sebagai lubuk pahala untuk ibu dan bapanya. 
Mereka juga mengatakan bukan semua ibu bapa diberi anak2 autisme, hanya yang terpilih je yang Allah nak bagi dan merekalah yang terpilih itu.

Alhamdulillah.......sesungguhnya bahagian untuk ibu bapa ini hanya Allah sahaja lah yang tahu.
Mereka insan terpilih untuk diuji.
Bahagian kita sendiri pun tak tahu kan di kemudian hari.


In shaa Allah, anak2 kita semua adalah lubuk pahala dan jalan untuk kita ke syurga.

As-salam :)