About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Monday, July 1, 2013

Be Positive :)

Assalamualaikum

Lama dah tak update blog ni....agak sibuk sikit dengan aktiviti seharian...sibuk sikit je la..

Alhamdulillah...rezeki Alauddin masih ada, biz kecik aku masih bernafas, 
Alhamdulillah..ada rezeki untuk buat dropship pula...
buka peluang pada ibu2 dan wanita2 yang berminat nak cari rezeki walaupun hanya bekerja di rumah sahaja.

Dan juga pada wanita bekerjaya yang ingin ada pendapatan sampingan.
Alhamdulillah...semua rezeki dari Allah untuk hambaNya yang berusaha.

Minggu ni suami balik, sampai rumah pukul 11.30 malam hari Jumaat, dari Kluang pukul 7.30 malam cam tu.

Masa sampai aku tengah melayan Raja Lawak 7 Finale.
Suami bajet sempat kot dia layan sekali, tapi tak sempat sebab banyak lori atas jalan, dia plak penat, so dia memandu dengan tenang je la

Tak pe, janji selamat sampai sudahlaaaa

Sabtu mama ajak jumpa sebab rindu sama Alauddin. Lepas tu mama ajak pegi ke rumah Pakcik Mail kat Sungai Buloh.

Jadi sabtu pagi dalam pukul 10 kami dah kuar rumah.
Pegi settle bil poslaju dan gdex xpress dulu.

Lepas tu sarapan pagi kat kedai je...makan nasi campur.
Kebanyakkan kedai makan kat Kuala Selangor ni lauk makan tengah hari dah siap masak dah pagi2.
Mudah la pada yang jenis amik makanan berat masa sarapan kan.

Lepas tu gi amik barang plak.
Dah selesai amik barang dalam pukul 3 cam tu, call mama cakap kami nak gerak dah ke Sungai Buloh.

Mama nak jumpa abang dia bukan apa, 2 Ramadhan mama sekeluarga dan nak berangkat ke Mekah, nak buat umrah, in shaa Allah diizinkan Allah

Jadi, nak jumpa la adik-beradik sebelum pergi kan.
Alhamdulillah, dipermudahkan urusan mama dan abah nak buat Umrah.
Abah pun dah 70 tahun lebih, ada rezeki ketika umur dah tua, tapi tak pe la, ada juga peluang nak jejak kaki kat sana, sebelum dijemput Allah bila2 masa je.

Abah nak buat haji asalnya, tapi Tabung Haji kata takut amik masa nak tunggu giliran tu kan, jadi Ustaz tu cadang buatlah umrah dulu.
Nanti umur panjang, kudrat ada, in shaa Allah buat haji pulak.

Petang dalam pukul 6 kami balik la ke rumah kami.

Ahad tengah hari suami dah kene balik ke Intan KL, transit naik bas, kete tinggal kat Intan KL.
Dari KL ke Lumut plak sebab minggu ni latihan lasak kat OBS, Lumut.

Tak lama pun, 5 hari je, sabtu depan balik la ke Kuala Selangor, then ahadnya balik ke Kluang plak.

Latihan lasak ni tak de pe pun sebenarnya, kalau jenis biasa bersukan dan buat aktiviti lasak, tak la apa pun.

Yang tough pun kat part nak daki 3 bukit kat Pulau Pangkor tu je.
Aktiviti lain kene survive 3 hari dalam hutan kat Pangkor tu, tanpa bawa apa2, semua peralatan, makanan dan minuman disediakan sebanyak itu sahaja, kene pandai2 la nak hidup untuk 3 hari.

Ala...cam aktiviti khemah masa sekolah tu je...
Tu yang aku cakap kat suami aku la
Hahahha...aku kan biasa join mende2 ni masa sekolah...ok je la..

Tapi yang agak stress sikit pada suami, segala gadget tidak boleh dibawa bersama, pegawai OBS akan pegang semua gadget mereka....haha

Kiranya kami akan lost contact la mula ahad malam sehingga la sabtu depan...dah petang nak balik tu baru pegawai OBS bagi segala gadget dema...

Kata survive kan, so tak leh la ada perhubungan dengan dunia luar langsung....gitu lak kekdahnyeee

Jadinya, 7 hari la Alauddin dan mama tak kan dengar suara abah, tak leh send pic, tak leh video cam, tak leh whatsapp, tak leh segala benda la....ohhhh...tensi rasanya...hoho

Tapi tak pe la...harungi la jua 7 hari tanpa suara suami...
Sebulan tanpa suami di sisi dah boleh hadap dah....tak de mende dah rasa....huhu

Masa pergi rumah pakcik Mail, bila tahu suami aku kursus 6 bulan dan balik 2 minggu sekali, deme tanya aku boleh ke tinggal berdua dengan Alauddin??

Time ni kalau jenis hati rapuh, jenis cengeng, jenis manja....terkebil kebil la nak jawab.
Pastu mula la sedih kannn...hoho

Tu belum kawan2 yang kata napa tak duk rumah mak ke umah mak mertua??

Pulak dahhhh

Aku memang jenis boleh menerima keadaan selagi aku mampu dan rasa tak susah.
Aku tak suka sikit2 nak panggil mak ayah, sikit2 nak balik umah mak ayah

Tu memang bukan aku la.
Abah mak aku pun tahu perangai aku yang tu.
Tu pasal abis je belajar dulu aku tekad cari keje luar manjung...

Nak stay kat Selangor jugak, lagipun aku biasa berjauhan, jadi tak la kisah sangat nak suvive sendiri.

Jadi bila depa tahu aku duk berdua dengn Alauddin, duk pakat sedih plak...memang rosak emosi la kalau duk lama2 dalam situasi cam tu.

Aku malas nak feeling sangat...cuma rasa bersyukur la sebab aku suri rumah tangga, jadi walaupun suami tak de, anak tetap aku yang jaga la.

Kalau aku kerja, mungkin lain sikit rasa, sebab nak pikir anak lagi, nak urus semua sorang lagi...suami jauh plak...

Aku cakap pun sebab luahan dari kawan aku juga yang suami dia sama2 pergi kursus ngan suami aku.
Anak 3 orang, yang kecik setahun lebih hantar nursery, 2 anak lagi sekolah rendah.

Sebelum ni suami yang hantar anak sekolah, dia anta anak ke nursery je.
Tapi sejak suami jauh, pagi2 kelam kabut la, nak urus 3 anak dia sorang...

Bersyukurnya aku :)

Jadi, bila orang terdekat tanya, cam ne duk berdua ngan anak, aku cakap ok je.
Tak de pe masalah, sebab semua kelengkapan ada disediakan.
Tak de pe nak gaduh la..
Cukup segala mende :)

Cuma cakap2 mereka ni aku tak berminat nak dengar sebab melambangkan kelemahan.
Bukanlah aku kata aku kebal, tapi dalam keadaan cam ni, kata2 peransang, motivasi, kata2 positif yang aku nak dengar, bukan mengeluh ke, kesian ke.....

Memang la sunyi la, sedih la...tapi tak kan nak meratap plak
Hidup kene teruskan la...

Sebelum nak sedih, pikir bahagian orang lain plak
De yang laki duk laut berbulan2 cam navy tu, balik 6 bulan sekali

Askar yang duk sabah sarawak tu, balik jumpa anak bini berapa bulan sekali
Cikgu yang berjauhan sorang utara sorang selatan, jumpa 2 minggu sekali, sebulan sekali.

Tu sebab aku suka amik pendekatan tu.
Lihat orang sekeliling dan pikir nasib orang sekeliling.

Baru kita akan rasa bersyukur dan bertuahnya aku suami boleh balik seminggu sekali jumpa anak bini, dan bukan jauh pun.
Hanya 4 jam perjalanan sahaja.
Alhamdulillah

Bila kita pikir cam tu, kita akan rasa kurang nak mengeluh la
Rasa tak perlu nak rasa sedih sangat, ada orang lagi sedih dari kita, tapi mereka mampu tempuh.

Mak aku kan bini navy, mak selalu pesan, bukan semua isteri merasa diuji begitu, hanya yang terpilih je la.

Jadi, aku setkan dalam kepala aku, mungkin aku salah seorang isteri terpilih itu, yang diuji berjauhan dengan suami dalam 6 bulan tapi masih boleh berjumpa seminggu atau 2 minggu sekali.

Tak pe...at least ada juga pengalaman berjauhan dengan suami kan.
Boleh jadikan kenangan ketika bersembang di zaman tua nanti...huhu

Ok la...setakat ni je la upate dulu.
Ada masa aku update lagi ye :)

As-salam









No comments:

Post a Comment