About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Sunday, August 4, 2013

Macam-macam cerita pasal RAYA :)

Assalamualaikum

Bersiaran di hari minggu bersama suami dan anak bujang nan sorang. Suami selamat sampai rumah pada Jumaat malam jam 10.30 malam. Anak bujang plak bila dengar loceng rumah berbunyi..mama bukak pintu...nampak muka abah terus hulur tangan salam abah...lepas tu bantai joget, hepi la tu abah die dah balik kan.

Suami cuti 9 hari. Alhamdulillah....dapat juga spend ngan famili lama sikit. Yang bersyukur sangat, 1 syawal sambut dengan mak abah aku kat Manjung...3 tahun berturut diberi peluang sambut raya dengan mak abah...in shaa Allah.

Sebab mama sekeluarga cakap tak jadi kot balik 2 hari sebelum raya ke Lahat rumah Cu sebab abah tetibe cakap nak balik pagi raya lepas solat raya. Mama redha je la...

Asalnya malam sebelum raya tu kami ke Lahat la sebab nak sambut 1 syawal dengan mama pulak tahun ni..tapi abah pula tetibe nak balik pagi raya.

Tapi aku tak kesah pun nak sambut 1 syawal ngan mak abah atau mertua, sebab mende ni mudah dan boleh bawak berbincang...kami laki bini pun jenis tak kesah 
dan mak ayah kami pun bukan jenis berebut nak anak menantu balik rumah deme je...Alhamdulillah..

Cuma mungkin la aku rasa sedih sikit sebab pertama kali la aku tak sambut 1 syawal ngan abah dan mak. Tu je kot bezanya...lain tak de masalah :)

Jumaat ari tu hari terakhir aku pos barang2 pada customer. Sabtu dan seterusnya boleh la berehat.
Bukan berehat apa pun, nak kemas rumah segala.

Lagipun, bila suami ada, banyak sikit kerja2 rumah yang dapat buat sama2, nak2 plak nak balik beraya ni, nak tinggal rumah berhari-hari kan, kalau boleh tak nak la rumah tinggal macam tu je.

Kerja rumah seharian memang lah setiap hari aku buat, cam vacuum rumah, mop lantai, kemas dapur segala, tapi bila ada suami, yang lasak2 tu dia la buat.

Cam cuci kipas, cuci sawang, cuci balkoni belakang dan depan, buang kotak2 barang yang supplier pos kat aku, mop dapur, yang penting cuci baju...huhu...
Sebab aku tak suka tinggal baju kotor kalau kami keluar tido mana2 walaupun hanya 1 malam sahaja.

Minggu ni penuh kat FB orang duk komplen pasal barang lambat sampai la, tracking no tak wujud dalam sistem la, kutuk2 poslaju dah confirm la kan...

Tapi bahagian aku Alhamdulillah, tak de masalah baik dari pihak aku atau pihak customer aku.
Ada setengah barang amik masa 1 hari sahaja untuk sampai dan paling lewat pun 2 hari sahaja.

Cuma barang yang aku beli online sahaja yang sampai lewat 3 hari, tapi tak ada masalah pun pada aku, sebab aku sangat memahaminya :)

Ada 1 online seller ni, aku beli shawl ngan deme, lepas tu dia pos Sabtu lepas.
Dia ada bagi tracking no, lepas tu aku cek pada hari Isnin tracking no tak wujud dalam sistem.

Gelabah ke??? Mesti la tak kan, sebab memang ada certain cases yang barang dah bergerak atau ada kat cawangan penerima, tapi no tracking tak de dalam sistem.

Kisahnya begini ye...biasa terjadi pada mereka yang ada contract dengan POSLAJU macam aku la.
Tapi aku tak pernah menghadapinya la :)

Biasa mereka pos barang dalam kuantiti yang banyak dan slip biru yang merupakan simpanan POSLAJU cawangan kita tu, akan dikepilkan bersama 1 borang warna pink yang menyatakan berapa bilangan barang yang kita pos untuk hari tu.

Lepas tu, staf yang bertugas untuk pick up pada hari tu akan pick up barang kita then bawa ke cawangan lepas tu terus masuk dalam tong besar tempat kumpul barang.

Slip biru tu tadi mereka akan bagi pada staf yang bertugas di kaunter dan jika mereka sedang sibuk dengan urusan di kaunter melayan pelanggan, slip tu akan diketepikan seketika.

Tapi barang2 tadi still akan dipindahkan ke belakang untuk tujuan pengasingan mengikut poskod dan negeri penerima.

Sama ada mereka akan scan masuk sistem pada hari tersebut juga, pagi esoknya atau tak scan langsung dalam sistem, itu biasa terjadi...tapi barang still bergerak la.

Macam POSLAJU Kuala Selangor tempat aku ni, service pada aku memang tip top la, no,1 :)

Aku pernah anta barang sendiri ke kaunter sebab aku nak keluar jadi takut tak dan dengan orang yang pick up tu, so aku decide nak anta sendiri kat kaunter je la.

Lepas aku anta tu, aku tengok sendiri, staf die bawak keluar 1 1 then terus scan masuk sistem tanpa berlengah. Poslaju tempat aku ada 2 kaunter je, sibuknya boleh tahan la, sebab ramai rupenya yang online seller macam aku...huhu

Aku pernah cek tracking no aku pos ni, sejam selepas poslaju datang pick up barang, aku cek dah masuk sistem dah semua no tracking tu.

Lagi 1, aku pernah bertanya pada 2 3 orang staf yang datang pick up barang kat rumah aku, mean aku tanya pada orang yang berlainan la kan.

Aku tanya, barang2 ni sampai terus scan ke.
Deme jawab aah kak, sebab kat bahagian belakang kami ada timbang dan scan juga, jadi terus scan masuk sistem la.

Biasa depa datang collect guna van then van akan parking ikut pintu belakang, jadi punggah barang terus timbang then scan...gitu laaa...

Perkara sebegini biasa terjadi pada cawangan poslaju yang besar macam kat kawasan KL atau Shah Alam, dan bandar2 besar yang lain.
Coverage area mereka juga besar, jadi barang masuk pun banyak, kene la banyak memahami.

Memang la kalau beli baju raya ke, baju baby ke menggelupur je rasa nak cepat dapat kan, kalau boleh pos ari ni esok dapat dah, terus sarung kat badan, keluar gi jenjalan ngan baju baru kan....excited ko dapat baju baru....gitteww la kekdahnya...

Tapi menggelupur la dalam iman ye...
Biarkan poslaju buat kerja mereka dengan tenang dan aman sehingga selesai.

Memang ada kes staf yang kurang mesra, kita tanya jawab nak tak nak je. normal la tu kat mana2 pun ada sebab kita berurusan dengan manusia, bukan dengan pokok manggis atau cebuk air.

Sebab kita sendiri pun ada masanya bukan mesra sangat dengan orang walaupun orang sekadar bertanya perkara mudah je, sebab masing2 ada perangai masing2....nak buat macam mana.

Abis dah bab poslaju..hoho...

Ehemmm....persiapan aku dah hampir siap semua, tapi aku rasa macam dah tak de apa dah nak disediakan untuk raya.
Semua dah ada dan lengkap kot.

Kuih raya terakhir aku order pun dah sampai Khamis petang dengan selamatnya.
Pastu kuih raya yang aku order kat Manjung dengan kawan pun dah selamat kat rumah mak, kak zura anta pagi jumaat lepas.

Tudung aku beli untuk adik2 aku pun selamat sampai pada Jumaat yang sama pada tengah harinya.
Seronok sangat si Jannah sebab dapat tudung polkadot..mak aku cakap awal puasa ari tu Jannah cakap nak beraya dengan tudung polkadot tahun ni.

Lepas tu mak cakap mana nak cari tudung polkadot...mak aku sibuk la tu maknenye..huhu...

Jannah cakap mak suruh kak long beli sebab kak long banyak duit....hahaha...cerodik
sungguh adik2 aku..aminnn..semoga Allah makbul kata2 Jannah ye 
Selesai dah bab tudung deme :)

Baju jalan Alauddin pun aku dah beli kat supplier, tokey dia jual harga borong gak kat aku walaupun amik sehelai2 je....biasa beli 1 lot baru dapat harga borong..huhu
Ok la tu, pemborong tetap deme...merasa la harga murah je kan

Aku beli 2 jeans panjang, dan 3 helai kemeja dari kain jeans, sedap kainnya, sejuk je rasa kat kulit.
Jumaat pagi sampai, terus basuh, jemur tadi pun rasa lembut je...best :)
Alauddin masih pakai saiz 12M walaupun dah setahun 8 bulan.
Orangnya kecik molek je...senang mak ko cari baju nak oiii

Semalam pula berjalan ke Shah Alam. Suami nak berbuka kat tasik shah alam...katanya mengimbau kenangan bersama gittew..tapi versi ada anak la..hihi

Gerak awal sebab aku cadang nak beli baju Alauddin sikit lagi..hahaha...aku ni suka beli barang masa tengah ada sale..berbaloi dengan nilai duit dari beli mahal2...memang tak la kan..

Pegi PKNS, masuk The Store...terus je gi kat bahagian budak2..aku amik baju tido je 3 pasang, baju jalan 3 pasang..tu je..suami lak beli kemeja putih lengan panjang, nak bawak masa kursus nanti..
Orang shopping raya..die duk pikir kursus lagi...sabo je la..

Tapi suami tak membeli apa pun untuk raya..Langsung tak de apa...
Aku suruh beli t shirt nak pakai jalan raya nanti, dia kata tak nak la..baju banyak je yang tak pakai lagi...pulakkkkk

Dalam 5.30 dah gerak ke bazar kat stadium shah alam...jammed tu normal la kat shah alam kan. 

Bazar memang besar..makanan pun banyak pilihan..sampai kami naik pening nak beli apa..sudahnya kami beli nasi ayam 2 bungkus..ayam bapak besar..suami amik ayam dada rm5 sebungkus..aku pulak amik bahagian kaki dan peha..rm7 sebungkus..berbaloi sebab nasi die bungkus asing dalam polisterin lain, penuh plak tu..ayam dan sayur dalam polisterine lain. 
Rasa alhamdulillah...sedap :)

Lepas tu beli keropok losong, murtabak singapore dan roti boo...tu aje...
Air pulak kami beli botol oren twister je..then beli ais kat 7e.

Suami memang tak suke dan tak pernah beli air kat pasar malam atau bazar ni sebab dia ada rasa ragu2 kot air tak masak..huhu..kalo beli pun air kelapa dan tebu sahaja. Air bancuh2 ni memang tak pernah beli la.

Dalam 6.30 gerak la ke tasik..pastu masa lalu kat dataran sebelah masjid tu, tengok ramai orang kat situ..rasa best plak dapat berbuka kat situ..bole bentang tikar..padang cantik sesuai budak2 baya Alauddin nak main..so suami decide berbuka situ.
Masjid kat sebelah je, senang nak dengar azan dan solat. Alauddin pulak behave je..makan sama2 ngan mama, masa dah abis makan baru nak lari2 kat padang..abah la layan kannn...

Dalam pukul 8 lebih selepas selesai segala urusan, kami ke IOI Mall plak..sebab aku nak beli kasut Alauddin. Lepas tu janji ngan mama nak jumpa sekali..saje sebab mama nak jumpa Alauddin.

Cam biasa..masuk terus bahagian budak..aku decide tak nak beli kasut bertutup, aku nak beli sandle je...selesa sikit..aku ni memilih dan membeli memang cepat, tak suka aku nak lama2 kat situ...cepat beli cepat selesai. 

Selesai beli sepasang sandle, 2 helai kemeja, sehelai jeans pendek dan sepasang baju, lalu plak bahagian kasut wanita..

Belek2 je asalnya..berkenan plak tengok sandle simple je design...rasa sedap plak bila dah test tu..tengok saiz 10, kira jadi la..hahaha..dalam tak nak beli kasut terbeli juga...nasib la tu..huhu

Borak2..makan2 ngan mama dan abah..terus balik rumah..sampai rumah dalam 12.10 tengah malam..tu diaaa...

Alauddin dah nyenyak tido dah..kira balik malam tadi terus tido la...huhu
Nasih sahur tak de masalah nak bangun :)

Plan hari ni nak berbuka kat Restoran Nelayan, suami tetiba ajak makan buffet pulak.
Aku follow je...suami memang suka hepikan anak bini, kadang2 mengejutkan aku je...:)

Ok, nak siap2 nak keluar ni.
Nanti update cerita lain lak ye :)

As-salam






No comments:

Post a Comment