About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Monday, August 26, 2013

1 Tahun 9 Bulan :) :) :)

Assalamualaikum

Lama tak cerita pasaL perkembangan Alauddin kan.
Hari ni nak cita pasal hero mama la.

Alauddin dah 1 tahun 9 bulan.
Lagi 3 bulan dah 2 tahun anak mama.
Boleh la harap jadi abang long ye :) :)

Dari segi pertuturan, Alauddin masih belum boleh bercakap dalam ayat yang penuh.
Tapi ada juga beberapa perkataan yang dia boleh sebut dengan jelas.
Percakapan lain semua bunyi cam lidah bergulung...hahaha...

Alauddin seorang yang suka bercakap, setiap hari, masa dan ketika dia akan bercakap, membebel dan mengomel tanpa henti.
Apa sahaja yang dia pegang, yang dia tengok, yang dia suka, yang dia nak, yang dia rasa, dia akan bercakap walaupun aku yang dengor ni rasa cam idok ke tergigit lidah bercakap laju berbelit-belit tu Alauddin oiiii...

Tok, Tok Wan, Atuk, Opah, Tok2 sedara dan Mak2 sedara Alauddin semua kata budak ni kuat bercakap, dan peramah dengan orang.

Tapi peramah Alauddin macam mama dia kot. Alauddin kalau ke rumah orang yang dia kenal cam tok nenek dan mak2 sedara dia, dia memang peramah abis la.
Dia yang banyak tanya dan sembang dengan orang.
Tak dan orang nak tanya dia, dia pulak soal siasat orang dulu.

Tapi kalau aku bertandang rumah kawan2 ke, pegi event ikut suami ke, kenduri kahwin ke, dia akan jadi seorang yang pendiam.
Serupa la macam aku pun, aku peramah dengan orang yang aku kenal sahaja.
Yang aku tak kenal atau baru nak kenal, aku lebih suka diam dan bersembang bila perlu sahaja.
Kalau serasi dengan aku, boleh la jadi kawan.
Kalau tak serasi, sampai di situ sahaja lah perkenalan kami.

Panjang lak kisah mak ko Alauddin......!!

Apa sahaja yang orang tanya, Alauddin akan jawab dengan panjang lebonya walaupun orang cuma tanya Alauddin dah makan ke belum??
Jawapannya dah je...tapi dapat kat Alauddin dia bantai jawab
Nanamakababababtapatataabababaahakagamamama
Sambil angguk kepala berkali-kali tanda SUDAH MAKAN....

Biasa sebut ma na ba meme...ulang2 la mende tu jadi 1 ayat yang panjang.....berdengung aku nak terima masuk telinga ni..hahahaha

Antara yang Alauddin boleh sebut,
DAH
NAK
NOM (MINUM)
SKUT (BISKUT)
SHUUU (SUSU)
CAK (CICAK)
SHH..SHH...SHH..(TANDA HALAU LALAT ATAU CICAK)
NAK TAK (NAK TAB)
YEYYYY (TANDA PANDAI SAMBIL TEPUK TANGAN)
BAI (BABAI)
TUT (KENTUT)
NENEN
MEN (ULTRAMAN)
ANNAK (TAK NAK)

Ni mende biasa die sebut seharian la.
Kalau jumpa kucing, dia tak sebut meow ke apa...tapi dii buat bunyi kita panggil kucing tu...
Bila aku cakap, Alauddin, miau la...miau..miau...
Dia akan kuarkan bunyi kita panggil kucing tu.

Sebelum ni, Alauddin kalau nampak cicak kan, dia akan datang kat aku, sorok muka belakang aku.
Lepas tu mana aku gerak, dia akan ikut je.
Kalau cicak tu gerak, dia akan cakap kat aku...
ma..ma..cak..cak..annak...annak..
Sambil geleng2 kepala tanda tak nak...huhu

Pastu aku pula, pernah la 2 kali kejar cicak nak bunuh...dalam takut2 geli, de hati nak tamatkan riwayat cicak tu..
Biasa aku sembur dengan penyembur lipas tu, bagi cicak tu mabuk kejap...nanti die jatuh la...lepas tu aku ketuk la sehabis daya...cicak kan payah nak mati kan...memang sungguh2 la aku ketuk..

Alauddin tengok je la...bila aku pandang muka dia, dia bantai gelak pulak.
Sejak tu la dia tak takut cicak.

Asal nampak cicak je, dia tak de sorok2 dah, tapi die berdiri tegak je la...lepas tu dia cakap shhh...shhh..konon halau cicak la.
Then dia akan menjerit dengan kuat, hiyyyahh...hiyyahhh...sambil tangan dia buat aksi seperti memukul ke arah cicak tu.
Kalau ada mainan dekat2 dia, dia baling mainan tu, konon sampai la kene cicak tu kan...padahal tak kuat mana pun balingnya..

Haaa....gitu la perihal cicak ye..

Dari segi pemakanan plak, Alauddin dah makan macam2 dah..Cuma yang aku perasan Alauddin suka makan nasi pada waktu malam.
Waktu siang dia makan nasi sikit je, dalam 10 suap macam tu je.

Biasanya, aku sebelum masuk tido, aku akan makan nasi lagi, sebab aku cepat lapar. Maklum la menyusukan anak kan.

Biasa dinner jam 7 lebih cam tu, bila dah pukul 10 lebih tu, lapar la perut. Time ni kalau aku makan nasi, memang banyak Alauddin makan.
1 senduk penuh nasi memang habis la dia makan.

Alauddin suka makan berkuah, tak kira la sup atau masak lemak.
Cuma Alauddin ada 1 perangai suka simpan nasi penuh2 dalam mulut...kunyah2 juga tapi ada simpan sikit dalam mulut, aku ni ingat dah kosong la dalam mulut tu, suap la, lepas tu suap lagi...sekali nampak dia macam nak muntah pulak, tapi tak la muntah, terus aku stop suap.

Urut2 belakang suruh dia telan abis.
Lepas tu baru sambung suap balik.
Sekarang ni dah tahu dia macam tu, aku memang akan periksa mulut dia betul2, dah kosong baru suap.

Kadang2 aku buatkan kuih muih atau kudapan untuk Alauddin. Budak ni jenis sua apa pun makan, seronok aku nak buat, walaupun mendenye sikit je.

Ada masanya aku buat pisang goreng, cekodok pisang, cucur bilis, cucur udang, kuih kasui, vadei, wedges, dan roti bakar.

Tapi pasta atau cous cous dia tak suka, tak nak langsung...haha..

Alauddin suka melompat dan berlari. Pantang lepas dia kat padang, laju gilerrrr berlari....sudahnya dengan aku2 sekali berlari la jawabnya..nasib mak ko kurus nak...hahaha

Lagi 1, anak2 kecil ni belajar dari perlakuan orang dewasa kan. Itu la yang Alauddin dapat dan lakukan, kebanyakkan hasil dari pemerhatian dia.

Lepas makan kan, Alauddin akan bawak pinggan die letak atas meja makan. Kalau aku ada kat dapur, dia akan panggil aku dan hulur pinggan kat aku sambil kata annakkk...
Lepas tu hulur tangan nak basuh tangan pulak...
Aku tak de pula ajar dia bawak pinggan ke dapur, tapi mungkin sebab dia tengok kami lepas makan terus bawak pinggan ke dapur.

Ada sekali tu kan, aku buang kertas kecik2 yang dah konyok kat beranda depan ni. Memang masa aku buang tu diperhatikan oleh Alauddin la...
Banyak kali juga aku buang sampah2 kecik kat beranda rumah, tempat tu kami letak pasu2 dan biasa hujung minggu suami akan basuh beranda tu.

Lepas tu, masa suami ada kat rumah, dia nampak Alauddin buang plastik biskut kat beranda. Lepas tu suami cakap, ni mesti dia tengok mama yang buang sampah ni.

Aku pun rasa cam alamakkk....nanti terbiasa pula Alauddin buang kat sini, mesti dia ingat ni tempat buang sampah kan. Nanti bersepah la beranda tu kalo dah semua mende nak buang kat situ kan.

Jadinya, aku pun mengambil inisiatif dengan meletakkan 1 kotak kecik yang khas untuk Alauddin buang sampah. Tong sampah yang betulnya kat beranda belakang. Jauh la pula kalau si kecik ni nak buang sampah kan.

Skang Alauddin akan buang kertas atau palstik dalam kotak yang disediakan. Tapi bile aku cek kotak tu, bukan sampah yang banyak pun, mainan dia pula yang banyak...orang suruh buang sampah, dia buang mainan.....pengsan mak ko kutip mainan hari2 kan.

Lepas tu, masa mandikan dia, aku selalu bukak air paip, biar die main air tu.
Tiap kali nak solat aku akan mandi la, dan tiap kali tu jugak Alauddin akan masuk bilik air main air.
Bila aku dah nak amik wudhuk, Alauddin pun ready sekali la kat air paip dia tu.

Aku biasa amik kat sinki bilik air tu.
Mula2 tak pasan pun dia ikut je semua gerak geri aku tau.
Sekali jeling kat dia, tengok apa dia buat, nampak dia duk tadah air kat tangan kecik dia, bawak ke mulut konon kumur la, padahal xde pun airnyee.

Lepas tu terus basuh muka, basuh tangan, sapu rambut...
Pas tu cebuk air jirus kat kaki dia...gigih nak angkat cebuk penuh air...hahahaha

Bila orang solat, kalau terlupa bawa sekali sejadah dia, jenuh la dia tarik telekung aku bagi tahu sejadah dia dalam bilik, tolong amik.
Memang kene solat 2 kali la aku kalau terlupa sejadah dia, sebab dia akan tarik la telekung aku tu sampai ke sudah.

Bila solat dia tak de kacau ke hapa...paling kurang pun dia akan sujud kat tempat aku sujud walaupun dia ada sejadah dia sendiri....jenuh aku kesot tiap kali nak sujud kan.
Lepas tu kalo boring nunggu aku siap solat, dia amik la buku dia, nanti die duduk sebelah aku, dia start la baca buku dia.
Suami cakap bunyi macam mengaji Quran je....mungkin sebab dia tengok aku mengaji kot.
Sambil aku solat tu sambil tu la dia alunkan suaranya tu.....

Memang betul la kan, budak kecik ni hijabnya tak de, dan dosa pun tak de...mudah je nak terima perkara2 baik ni. Orang kata terang hati..
Tu yang orang beso cam kita ni, bila terima atau belajar sesuatu ilmu, macam payah beno nak paham, nak hadam, nak terima kan, salah satunya banyak dosa la tu...huhu...
Sama la macam aku punnn..

Tapi Alauddin ni senang ditegur dan diberitahu.
Contoh kan, bila cakap, Alauddin, tak mau buang mainan ye, simpan mainan, sayang mainan, paham...paham tak mama cakap...
Nanti dia angguk la..sambil cakap haa..haa...
Memang lepas tu dia tak buang dah....mak ngan mama pun kata Alauddin tak nampak degil pun, angguk je orang cakap, pastu kalau kata tak mau ke tak nak buat macam tu, dia tak buat lah..

Doa aku, harap2 memang tak degil la anak aku ni, seperti doa2 orang sekeliling Alauddin la ye...aminn..

Makan pun nak suap sendiri. Tapi kene makan sekali la. Kalau dia makan sorang memang takdenya...Makan pakai sudu pun dah pandai, biasa sup dengan nasi, boleh la dia suap elok masuk mulut.
Lepas tu dah jarang tumpah2 makanan...sepah sikit2 nasi atas meja tu biasa la...tapi yang aku seronok banyak la yang masuk mulut dari jatuh atas meja.

Air dah pandai minum sendiri tanpa tersedak ke batuk ke...sebab memang tak ajar die botol, jadi dari umur die 8 9 bulan dia dah pandai pegang cawan sendiri.

Cuma kebelakangan ni dia dah lulus untuk minum sendiri dan kawal air masa tonggang cawan tu.
Jadi tak de la aku risau dah kalau nak bagi dia minum sendiri.

Kalau orang minta dia salam, dia payah nak salam.
Dia akan salam bila orang tu keluar atau nak pergi mana2.

Mungkin terbiasa dengan abah dia,, setiap kali pergi keje atau abah dia keluar, akan salam dan cakap bai..
Jadi bila orang saje2 nak hulur tangan then salam, memang tak dapat lah. Macam tu la nenek ngan atuk dia...kalau time nak balik tu la dia yang hulur tangan nak salam.
Siap cakap bai segala.

Alauddin suka menulis. Tak kisah la menconteng pun, tapi bila aku bagi pen dan buku, dia akan mula menconteng. Tapi yang seronok pergerakan Alauddin banyak menggunakan tangan kanan, kiranya anak aku bukan kidal la.

Dia pegang pen pun guna tanagn kanan, dan menconteng pun dengan tangan kanan, Kalau dia pegang pen tangan kiri, cepat je dia tukar tangan kanan sebelum mula menconteng. Cadang nak beli board untuk dia, tapi belum jumpa yang aku berkenan.

Mungkin aktiviti harian aku adalah menulis kan, maklumlah bukak buku bil, catat perbelanjaan, segala mende aku nak tulis, dia tengok je la semua tu...sampai timbul minat dia nak menulis juga.

Tapi yang aku perasan kan, setiap kali Alauddin menconteng kan, dia akan picit2 kalkulator, lepas tu die tulis sikit, lepas tu picit kalkulator....hahahahahhaha....tiru aku sebijik sejibot la si kecik ni...selalu bikin mama gelak beso kannn

Pastu dia paham je bila nampak aku cam tercari2 sesuatu kan, biasa aku cari kalkulator la...selalu jadi barang mainan dia, buat handphone la, main tekan2 la, letak dalam seat basikal la...

Bila nampak aku mencari2 tu, tak pun tanya dia, mana kalkulator mama Alauddin, tolong cari jap...nanti dia cari la, lepas tu laju je bagi...memang tu je pun yang selalu hilang..

Bila anak dah besar ni, rasa seronok plak, sebab jadi lawan dan kawan. Dah bole bawak bersembang, dah ada kawan nak menyahut apa yang kita cakap walaupun 10 baris dia jawab 2 baris je mama paham...hahahaha...tak pe nak...ko dalam proses belajar ye...teruskan usaha mu ya nak..:)

Ehemmm....ehemmm...suami pulak dah bagi kata semangat nak bagi Alauddin geng, tahun depan Alauddin 3 tahun, kira sedang elok la tu kan.
Dia juga suruh aku stop makan perancang bulan 11 nanti....ikut aku sekarang juga aku stop dah...hahahaa...

Merdeka suami tak balik sebab ada kurus BTN plak, lepas merdeka la baru dia balik, tapi dapat cuti panjang sikit...6 hari di rumah...Selasa sampai Ahad depan....weeehhuuuuu...

Katanya cuti tu nak bawak gi holiday...ok la juga...kami pun lama dah tak berholiday bertiga sejak suami berkursus...biasa tu sebulan sekali mesti holiday....
Kita enjoyyyy...:)

Ok la...panjang kan story aku...semua post aku panjang2...sebabnya aku sangat suka baca balik apa yang aku dah post di kala aku sedang bersendirian....
Bila aku baca balik post2 aku kan, akan terimbau kembali kenangan, kejadian, moment dan perjalanan peristiwa tu di ingatan dan terbayang di ruang mata aku...
Aku suka dengan kenangan...
Dan aku tak nak kenangan dalam hidup aku luput begitu sahaja...
Melainkan nikmat akal dikembalikan kepada yang HAQ..
Tu sebab aku suka mengimbau ia kembali....


Layan pic la sebelum mengundur diri ye :)















As-salam :) :) :)







No comments:

Post a Comment