About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Tuesday, August 27, 2013

Kisah Raya 2013

Assalamualaikum..

**Entry ni ditaip pada 13 Syawal tau...huhu...**


SELAMAT HARI RAYA AIDILFIRTI 
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Semangat raya masih membara kan :)
Sama la aku pun, masih lagi sambut raya walaupun dah balik ke Kuala Selangor.

Terima kasih la suamiku sebab bagi peluang spend 7 hari 6 malam kat Manjung, memang rasa seronok sangat. Nak kata puas sangat tu tak de la, sebab manusia ni memang tak pernah puas kan..
tapi bersyukur sangat sebab ada juga masa diluangkan untuk famili sendiri kan :)

Kami balik Selasa 2 hari sebelum raya ke Manjung, bergerak dalam pukul 4 petang macam tu, jalan sedang elok, tak de la tempuh jammed yang bukan2 :)

Sampai rumah ngam2 dalam 15 minit sebelum waktu berbuka.
Abah dan mak memang dah mula cuti berniaga Selasa tu.
Abah siap mesej pesan tak yah singgah mana2 beli makanan berbuka sebab abah dah siapkan semua dah...huhu..

Yang kelakar tu, suami suruh aku taip mesej minta abah belikan makanan yang die nak makan, baru nak send tetibe masuk mesej dari abah.

Suami request roti boom 5 keping, kebab 2 ketul, ayam golek, dan murtabak daging sekeping.
Abah mesej abah dah beli 4 keping roti boom, 5 ketul kebab, ayam golek sekor, murtabak daging 2 keping.

Memang terbaik la instict menantu dengan pak mertua ni...selera sama2 rupenye....tapi abah memang dah paham sangat dah selera menantu dia yang sorang ni, terutama roti boom tu...memang cam nasi dah kat suami aku... :)


Alauddin tengah makan kuih tart nenas


Soal jawab dengan atok


Main cok cok canggung...


Lepas tu tergolek sambil tepuk tangan...yeayyyyy!!!



Cerita hari rabu pulak, wan, adik2 aku dan mak aku dari Kuantan bertolak selepas pagi tu, deme sewa apartment kat Lumut untuk 7 hari 6 malam.

Wan sampai petang dalam pukul 4 petang, terus check in kat apartment, malam tu baru dia datang dengan adik2 ke rumah abah.

Pagi tu juga, abah dan mak ke kampung Bekor, untuk buat lemang.
Tahun ni abah tak buat bisnes lemang, tapi abah buat lemang untuk makan sendiri je, dalam 12 batang abah buat.

Mak Teh ada di kampung, memang dah siap kayu api segala, mudah la urusan membuat lemang tu.
Petang tu abah terus balik rumah, sampai ngam2 je pukul 7 petang.

Makanan berbuka ari tu aku masak nasi putih lauk asam pedas ikan kembong dan sayur sawi goreng. Sambal belacan tunggu mak balik nanti mak buat la..hahaha..

Pukul 6 petang tu, aku dan suami keluar ke bazar saje meround tengok apa yang ada. Banyak orang dah tak niaga dah....lain suasana dari tahun lepas...

Ingat lagi, tahun lepas, walaupun last ramadhan, meriah lagi bazar kat pasar tu,tahun ni lengang sangat...aku beli kuih muih je, adik2 aku beli murtabak dan air, suami pulak beli nasi beriani lauk daging, lepas tu terus balik rumah.

Tahun ni rasa lebh seronok sebab wan dan adik2 balik sekali dengan mak. 
Jadi, aku rasa semua ada tahun ni.
Rasa lengkap sangat :)

Malam raya tu, siapkan segala masakan untuk makan pagi raya.
Tahun ni mak masak banyak menu yang aku suka :)

Mak masak kuah kacang, memang feveret aku, lama rasa tak makan kuah kacang mak.
Ada juga rendang ayam, daging hiris masak merah, serunding ikan dan nasi impit.
Kuih raya pun masuk siap dalam balang.

Pagi Raya lepas solat raya macam biasa, sesi maaf bermaafan.
Tahun ni juga abah rasa nak rakam video pulak masa sesi bermaafan tu, then Akmal jadi videographernya :)

Rasa penuh rumah sebab 10 orang anak abah berkumpul kat situ.
Tahun ni juga aku menawarkan diri pada suami nak bagi duit raya pada adik2 aku dan adik2 sebelah suami, serta anak sedara segala..

Aku rasa nak kongsi rezeki yang aku dapat sepanjang setahun lebih berniaga atas izin suami ni dengan keluarga dan mereka2 di sekeliling aku.

Suami hanya sediakan duit minyak je....kehkehkeh...:)

Lepas tu kami ke kampung Bekor, melawat kubur arwah Opah dan melawat Mak Teh.
Lama sangat tak makan rendang ayam Mak Teh buat, memang aku makan sungguh2 la.

Sebab rendang Mak Teh lain sikit rasa die, mak teh tak blend cili bawang segala, semua mak teh tumbuk je...memang klasik la cara buat dia....sedappp..



Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maaf Zahir dan Batin
Dari kami 3 beranak ye :)










Lepas tu kami ke Raban, lawat Ayah Lop pulak.
Rumah Ayah Lop memang destinasi utama pada raya pertama, sebab ayah lop ni abang sulung abah, jadi rumah dia jadi tempat berkumpul adik beradik abah la.

Masa kami sampai ayah uda sekeluarga ada, cuma abang hisham dan famili je tak de, sebab abang hisham baru lepas operate tonsil, so kene banyak berehat plus suara pun tak de, dan makan pun tak boleh.

Kelima lima anak ayah lop semua balik beraya di Raban tahun ni, memang rasa ramai orang kat rumahnya.
Menu ari tu adalah lontong kak za wife abang shafi masak, kak za orang johor.
Kuah kacang pun kak za yang masak.

Then laksa abang gee yang masak, wife dia dah sarat mengandung, tengah tunggu hari je, jadi lebih banyak berehat, plus selalu mild contraction dan beberapa kali kuar masuk hospital tapi false alarm je....sedang menunggu anak kedua :)

Ayah lop imam masjid situ, pagi raya orang kampung ada masak ramai2 nasi jagung makan dengan rendang ayam, jadi menu utama ari tu adalah nasi jagung...sedap nasinya.
2 pinggan juga aku makan :)

Masa nak balik tu, ada pulak sesi tangkap gambar beramai-ramai, alang2 dah berkumpul tu kan, gunakanlah peluang yang ada.
Lepas sesi bergambar tu, abah nak ke Sungai Siput dengan Ayah Uda sekeluarga, nak ziarah kubur arwah atok pula.


Keluarga besar Pandak Abdul Rahman



Kami pula ke Pengkalan, rumah mak cu, mak sedara suami, sebab dah janji nak datang sana petang raya.
Malam tu juga kami tido di Ipoh, suami ada book hotel kat sana. 
Check in pun dah jam 6 petang, rehat2 kejap setelah penat berjalan.

Janji dengan mak cu pukul 9 malam kami datang.
Mak cu jamu mee hailam. Tapi lain sikit mak cu buat, saje ubah2 resipi katanya...tapi memang sedap :)

Dalam pukul 11 malam, kami gerak balik hotel.
Pastu mama pulak call kata deme balik pagi raya kedua ke rumah mak cu.


Ready nak ke rumah Mak Cu


Depan lobi hotel



Jadinya, lepas check out esok, kami ke rumah mak cu balik sebab nak jumpa mama pulak.
Tapi mak cu tak de la sebab mak cu ke Grik pula, ada urusan nikah kawin kat sana, sedara sebelah pak cu.

Pagi raya kedua, kami berjalan sekitar Ipoh mencari makanan la kan. Asalnya nak beli dominos je, sekali dominos terdekat tak amik order pagi tu, start amik order pukul 2 petang sebab deme ada order banyak untuk rumah terbuka.

Kedai makan memang banyak lagi tak buka la...kata raya ko...
Yang bukak kedai mamak je la
Jalan sampai ke Silibin, jumpa nasi vanggey, kira jadi la...
Suami tapau 3 keping roti canai kuah dal, aku makan nasi putih lauk ikan kari dan 2 ekor sotong, settle bab makan :)

Dalam pukul 3 lebih gerak ke rumah Mak Cu balik, kebetulan mama pun baru je sampai dalam 15 minit sebelum tu.
Tak de buat apa pun, sebab Mak Cu pun tak de pergi kenduri kahwin anak sedara pakcu kat Grik, jadi kami duk berehat je la.
Alauddin plak tak berapa nak baik mood ari tu, macam rimas je gaya dia, bila orang duk kerumun kat dia, sudahnya aku dan suami gilir2 melayan dia.

Masa nak balik ke Manjung petang tu, Opah Ani duk sebelah rumah mak cu panggil aku dan suami beraya ke rumahnya.
Kami memang nak beraya cadangnya, tapi sebab tengok tak putus2 sedara mara Opah Ani datang, rasa segan pula nak beraya..huhu
Tapi bila Opah Ani panggil, apalagi, mama pun join sekali la, alang2 kan.
Menu kat rumah Opah Ani mee bandung....orang tua masak simple2 je tapi rasa memang sedap :)

Dalam pukul 6 petang, kami gerak balik ke Manjung.
Aku cakap kat suami nak singgah rumah kawan masa sekolah menengah, Dibah kat Seri Iskandar, dia baru dapat baby, aku datang tu dia dah 21 hari bersalin.
Mak dibah jamu Laksa guna spageti

Lama tak jumpa, tahu je la gelagatnya kan.
Alauddin plak diam je...sebab baru bangun tido, wat nohin je orang tegur dia..
Bila tengok baby, rasa nak ada baby tu membuak2 je....adoiii
Sabar mak esah.....lagi 3 bulan boleh la on....huhu...In Shaa Allah :) :) :)

Sampai Manjung dalam pukul 8 malam. Mak abah pulak tak de, sebab petang tu deme ke Chemor ikut Ayah Lang ziarah kampung isterinya, Mak Yang.
Abah sampai rumah dalam pukul 10 lebih.

Raya ketiga pula, ada kenduri kawin anak sedara tiri sebelah abah kat Titi Gantung.
Jumpa la sedara mara abah yang memang teramat la ramainya, sebab arwah atok kawin 2, jadi susur jalurnya sangat la panjang dan ramai.
Yang tua2 memang la aku tak kenal apatah lagi yang muda2 baya2 aku pun tak berapa kenal juga.

Bila tanya abah, rupenya sampai piut miut dah keturunan abah ni, sampaikan aku pun dah dapat pangkat nenek, ada cucu tiri kata ko!!
Redha je la orang lagi tua dari aku, tapi panggil aku Opah...hohoho...Pangkat tu penting ye :)



7 anak perempuan Encik Mohd Yusof




Alauddin masa ni mula rimas...muka kene paksa tangkap gambar...hoho


Petang tu mama sekeluarga nak datang beraya ke Manjung.
Jadi mak buat Nasi Ayam untuk jamu mama plus adik2 aku semua request nasi ayam.

Mama sampai dalam pukul 4 lebih..
Mama memang dah biasa sangat dengan famili aku, meriah rasa ramai2 cam tu.

Mama siap bawak anak pokok pisang tanduk untuk mak aku, katanya mak aku pernah cakap nak anak pokok pisang tu, mama amik kat kantin mama bagi kat mak.
Suka sangat la mak aku kan, maklumlah depan rumah ada mini gardennya...
Tercapai la impian mak nak ada garden sendiri...mak aku hantu bunga....nasib abah pun sama naik je ngan mak...kira penyokong kuat mak aku la :) :)

Malam raya ketiga tu kan ada bola Malaysia lawan Barcelona....layan bola la abah ngan suami.
Aku ngan mak layankan je la...padahal kalo kat rumah Kuala ni tak pernah pun suami aku layan bola...
Agaknya sebab aku tak suka bola...dia pun tak de minat nak tengok kan
Bila kat Manjung, abah plak memang hantu bola, kira ada geng la..
Tapi suami jenis tengok bola senyap je, goal baru dengar suara
Abah plak jenis bercakap2, cam pengulas bola pun ada....bila goal bergegar jap rumah dengar suara abah....hahahaha
Adik2 aku semua ikut si wan berjalan2 kat Marina tu...apa yang best aku pun tak tahu la...hahaha..

Raya keempat, aku nak spend dengan mak kandung aku pulak.
Aku ajak ma je AEON, dalam pukul 10 aku gerak, wan tunggu kat AEON la.
Sampai terus ajak ma makan nasi ayam kat food court situ.

Lepas tu kami jalan2 je la.
Ma bawak si Ayish, kira adik tiri aku la, baya si Jannah.
Kami lepak kat playland situ, bayar RM16 untuk 2 orang budak, aku dan ma masuk sekali la.
Sambil tengok2 Alauddin main dengan Ayish, aku sembang2 dengan ma.

Banyak kami bualkan, suka tengok ma rancak bercerita, semua mende ma nak cerita...:)
Ayish memang pandai main dengan Alauddin, semua dia layankan.
Suami pula jalan2 dalam AEON ni, bagi peluang aku habiskan masa dengan ma.
Terima kasih abang :) :)

Dalam sejam juga sembang dalam tu, kami pun keluar la then jalan2.
Lepas tu wan kata nak beli KFC bucket wat makan2 kat apartment nanti.
Time ni la pulak suami kata nak beli set yang dapat termos tu...memang gila botol air laki aku ni.
Dapat la dia termos hitam, aku minat termos merah dan pink, tapi tinggal warna hitam je...huhu..beli 1 set je la cam tu.

Dalam pukul 1 macam tu, wan pun balik ke apartment dia.
Peluk cium ma puas2....:)








Alauddin dan Pak Su Ayish


Sepanjang Wan, ma dan adik2 kat Lumut, makanan semua wan bawak untuk deme.
Mak aku akan masak sekali untuk adik2 dan ma aku.
Kadang2 wan akan makan kat rumah Manjung, Syuhada dan Farah akan gilir2 tinggal dengan ma.

Macam malam raya ketiga, wan, ayish dan farah tido kat rumah abah, syuhada tido ngan ma kat apartment.
Malam raya keempat, wan, ayish dan syuhada tido rumah abah. Farah dengan ma pula.
Seronok bila semua mudah bertolak ansur dan paham dengan situasi sekeliling.

Tapi biasalah, bila kita bahagia, akan ada juga la seorang dua yang kurang senang, walaupun mereka itu dari kalangan saudara mara dan darah daging kita sendiri.
Tak pe la, mungkin ni hikmahnya bila ada yang dengki dan iri hati, pintu kebahagian tu semakin terbuka luas...Alhamdulillah :) :) :)

Hari Isnin, raya kelima, kami laki bini bersiap nak balik ke Kuala Selangor pula.
Lepas sarapan tu, kami bergerak lah.
Suami ada assignment yang nak disiapkan.

Walaupun ada cuti lagi seminggu, tapi aku kene la realistik juga.
Suami dah bagi bahagian aku dan aku kene fikir bahagian dia juga.

Lagipun, aku memang nak spend time dengan suami pula, nak ada masa laki bini orang kata :)

As-salam :) :) :)




No comments:

Post a Comment