About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Thursday, August 22, 2013

B.L.A.C.K.O.U.T

Assalamualaikum

Malam tadi pada jam 11.18 malam, ketika sedang ber video call dengan suami, sambil aku melayan mee rebus untuk kali kedua dan Alauddin pula tersengih2 diagah abahnya...rumah kami gelap gelita. 

Tercengang cengang la 2 beranak ni ha dalam keadaan hitam pekat tu.
Depan rumah aku ni ada lampu jalan. Tapi sejak dari bulan Ramadhan ari tu sampai la ke hari ni tak pernah menyala lampu jalannya. Rosak ke dah meletop ke aku pun tak tahu la...

Jadinya, bila dah gelap rupe tu, memang ditambah dengan depan rumah pun gelap juga...memang hitam pekat la rasa.

Suami pula tetibe je kata..aikkk..ngape gelap ni..Alauddin...Alauddin...mana Alauddin ni....dia pula terlebih kalutnya adoyaiiii nye punnnn...ngalahkan akunyeeee..

Aku cakap la..tetibe black out la abah..nasib baik la laptop aku kat sebelah..memang tengah menyala la pun...tu la 1 1 nya cahaya yang menerangi ruang rumah aku ni haaa..

Aku pun mula la mengusha rumah jiran tetangga aku. Memang semua gelap gelita. Lepas tu gi kat box eletrik yang kat dinding tu, tengok tak de pula yang kene tendang ke apa. Kiranya memang 1 kawasan aku black out la jawabnya.

Lepas tu suami mula la bertindak sebagai pemberi arahan...bagi tahu mana die simpan segala gadget dan alat2 penyelamat ketika black out ni. Mak esah patuh lagi taat je dengorkan arahannye tu.

Alauddin??? Dia memang...ajenye budak tak takut apa pun..die layan je borak ngan abah dia..mulut tu peramah bebeno...nurun mama dia gamaknya...:)

Abahnya pun dalam tak nampak anak pun..sembang kencang jugak..

Aku ni sambil dukung Alauddin..pegi la ke bilik tido kami...suami aku bagi arahan je..arahan yang jelas lagi ringkas tapi padat.

Antara arahan beliau : 
Pergi belakang pintu bilik kita tu, ada rak hijau, bukak box atas sekali, ada powerbank kecik, lepas tu ada lampu meja yang sambung guna USB tu.

Lepas tu cucuk lampu meja dengan powerbank kecik. 
Atas almari Alauddin, ada 2 kipas comel, cucuk dengan powerbank yang besar satu lagi.
Kipas tu kira kuat la juga angin dia, ada 2 biji..so Alauddin tak la rasa panas sangat.
Dia siap boleh rileks je baring2 atas tilam kan, sampai tala kipas kat muka dia...lepas tu tergelak2...sabo je la budak kecik sorang ni.

Aku pun ikut la sebijik2 arahannya. Lepas tu suami kata dia nak call pak guard kat rumah aku jap, nak tanye ngape rumah kami gelap.

Lepas tu suami call balik,  pak cik guard tu cakap, bukan kat kuarters cikgu ni je gelap, 1 bandar baru Kuala Selangor bergelap gelita. Abis balai polis, bank segala gelap gedukkkk.

Sekali aku usha kat fb, ada status orang yang duk Ijok pun tengah black out. Ok, kiranya memang ada sesuatu la yang TNB sini sedang lakukan.

Suami kata biasanya kalo black out malam2 tak kan masa yang lama untuk terang balik. Memang sungguh la pun. Pukul 12 tengah malam macam tu, dah terang bederang dah...huhu..

Aku pun bila dah terang benderang tu, boleh pula sambung makan mee rebus aku yang ada suku lagi...kihkihkih.....layanzzzz..

Lepas tu terus lah masuk tido je...

Ok la, nak share tu je...huhu

As-Salam :) :) :)

No comments:

Post a Comment