About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Friday, August 30, 2013

Restoran Hannoon Nasi Arab, Setia Alam.

Assalamualaikum

Isnin baru ni masa duk layan comments orang kat blog kan, ada dapat 1 comment dari owner restoran nasi arab, En. Jaafar. Dia inform pasal restoran nasi arab die kat Setia Alam, dan tinggalkan link fb dia.

Jadi sebagai menghargai kesudian En. Jaafar meninggalkan komennya di blog tiada apa ini, aku pun search la page restorannya. 

Korang taip je Restoran Hannoon Al-Arab Setia Alam, akan keluar la pagenya. Lepas tu, aku survey la page tu kan. Ada menu beserta harga, ada gambar makanan, ada promosi dan bole request voucher juga.
Korang boleh la survey page restoran tu kat fb ye :)

Dalam duk survey2 tu kan, aku terperasan deme ni ada buat delivery jugekkkkk....
Lepas tu cari la kot2 ada buat delivery sampai Kuala Selangor kan...mana la tahu ada plak kan :) :) :)

Tapi banyak area KL je dieorang promote kat page dieorang. Lepas tu ada no phone, aku pun wasap la, asal nak tanya pasal voucher tu, konon nak makan kat restoran je la nanti kan.

Sekali owner restorant sorang lagi, Puan Qis, dia yang reply wasap tu.
Lepas tu aku terus la tanya, ada buat delivery ke Pekan Baru Kuala Selangor tak.

Sekali dia jawab...ada buat cik.....perghhhh....mak esah suka sangat!!!
Tapi minimun order mestilah RM80 dan delivery charge rm30.
Ok sangat la tu kan, Setia Alam ngan Kuala Selangor bukan dekat juga ya..

Aku pun survey la segala menu yang ada, konon nak buat pilihan.
Setelah berwasap dengan penuh kemesraan seperti kawan2 gayanya, aku pun telah siapkan senarai yang aku nak order dari mereka.

Aku minta untuk delivery pada hari Selasa, waktu lunch, dalam jam 12 tengah hari la kan.
Yang best tu boleh bayar secara online je, memang senang keje mak esah kan.
Orang tak suka pegang cash banyak kat tangan cam aku ni, memang sesuaiiiii sangat la.
Hahahaha..

Selasa tu pagi2 rasa agak rileks je sebab makanan untuk seharian dah ada, hanya mengemas rumah dan basuh baju je la kerja aku kan...gila heaven rasa...hahaha..

Tepat jam 11.50 pagi, segala order aku sampai, sedang cantik dan elok je dengan waktu makan tengah hari kan.
Memang service terbaikkkkkk la..
Janji ditepati gitewww..

Apa yang aku order ye......jeng..jeng..jeng..




Ni main course - siap order untuk makan tengah hari dan malam..
Seharian punya makanan kata ko!!



Chicken Mandy - RM16



Lamb Kabsah - RM18


Arabic Salad -RM8
Aku order 2 set



Lamb Kebab - RM15



Shish Tawook - RM13


Chicken Shawarma - RM7



Lamb Kabsah tu memang banyak betul nasi dia. Sepenuh-penuhnya la bekas tu dia letak.
Aku siap makan 2 kali, makan lunch sepinggan, dinner sepinggan.
Daging kambing pun banyak, besar2 daging dia.
Puas hati dari segi rasa dan daging kambing juga lembut, sedap dan yang penting tak de rasa hanyir la.

Nak kata rasa keARABan tu, memang ada, then aku memang order untuk tambah pedas, so rasa pedas boleh tahan la, tapi kalau lagi pedas lagi kick...haha

Chicken Mandy nasi dia kalau untuk aku memang sekali makan je la...dah habis..hahaha..
Aku makan Chicken Mandy masa petang, konon makan petang la
Gila berat makan petang aku,

Ayam mandy die ok la rasanya, sedap juga, cuma aku pernah makan yang lagi sedap dan kulit ayamnya rangup.
Nasi dia sedap, ayam pun sedap. Yang penting abis la aku makan..haha

Sambal lada dia sedap, masam2 cuma tak pedas la..kome nak pedas potong la cili api tau...terangkat rasa ko!!

Sup pun sedappp....aku tak letak dalam nasi, tapi makan nasi sambil hirup sup...lagi sedap wehh..huhu

Arabis salad plak, boleh la tahan, cuma kurang rasa arabic la...masam dia tak de, sebab biasa makan kat restoran arab salad dia masam2 kan. Tapi aku suka ratah salad tu..sedap la.

Lamb kebab memang superbbb..!! Sedap sangat. Patut aku order 2...hahaha..
Kebab arab kan tak guna sos cam kebab kita ni, tapi guna totally mayonis je...sedap sangat sebab mayonis dia tak masam cam mayo biasa kita guna tu...langsung tak rasa masam...sedappppp
Sayur pun banyak, daging kambing pun sedap.

Aku ni memang suka kambing, jadi bila makan daging kambing yang dimasak dengan sedap...memang aku puji habis la...:) :)

Shish Tawook ni aku rasa daging lembu kot, lepas tu daging die bersalut atau berbungkus dengan herba2 arab kot...kalau yang jenis suka makan makanan berherba ni sesuai la sangat.

Kuat juga rasa herba tu, kalau yang tak biasa, rasa die cam pahit2 sikit, mungkin tak sesuai untuk anda la, seperti juga aku, tapi habis juga la makan...haha
Nak ilang rasa herba tu, colek dengan mayonis...sedap sangat.

Chicken Shawarma sangat sedap...rasa satey versi ayam ketul2..haha
Dia rasa cam ayam percik juga, maybe sebab dia juz bakar je kot ayam tu kan, dah perap segala bahan2 then bakar.

Restorant ni rasanya memang totally melayu punya la aku rasa.
Sebab biasanya kalau kita pergi makan mana2 restorant nasi arab, dari owner sampai la pekerja semua muka Arab kan.
Jadi, kalau teringin nak rasa melayu masak makanan arab boleh la cuba.

Pada aku masakan mereka ada rasa tersendiri.
Aku rasa makanan mereka sedap dan suka juga kalau sesekali nak ubah selera makan kita kan.

Tapi kalau kata nak compare dengan restoran nasi arab original dari pak arab sendiri lain sikit la. 
Rindu lak nak makan kat Restaurant Hammurabi kat Cyberjaya nun...huhu

Kalau korang rasa nak makan nasi arab kat rumah je, boleh la try restoran Hannoon nasi arab ni ya.
Boleh contact 012 343 0706, Puan Qis.
Puan Qis layan whatsapp tau, lebih mudah berurusan dengan wasap ni dari call kan.

Aku dah terasa nak order lagi kat Hannoon Nasi Arab ni..hahaha..

As-salam :) :) :)



No comments:

Post a Comment