About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Monday, August 19, 2013

Selepas 17 Hari Bersama

Assalamualaikum

Selepas 17 hari suami bersama kami, semalam suami kembali dengan selamatnya ke IKWAS, Kluang, Johor.

Kami balik ke Kuala Selangor pada Isnin raya kelima. Balik pun sebab aku dan suami nak spend time bersama2 Alauddin sebaiknya sebelum suami balik belajar semula.

Isnin tu, sampai Kuala pukul 3 petang, terus singgah Giant baru kat Tanjung Karang, beli barang dapur.
Lepas tu baru balik rumah.

Isnin malam tu, layan The Expendables 2. DVD nya dah beli lama dah, tapi skang baru ada masa nak tengok.
Suami kaki movie, tapi bukan kaki wayang....sebab tu dia suka layan movie kat rumah je...tapi memang complete la kelengkapan yang dia sediakan untuk rasa seperti dalam wayang. Tu minat dia dari zaman bujang lagi.
Kami memang tak layan wayang, kira sepesen la....so memang tak pernah la ada rasa nak back to zaman cinta cintun sebab zaman cinta cintun memang tak de layan wayang...kihkihkih...

Yang seronoknya, layan dengan anak bujang nan sorang....sambil nak layan sembang dia, sambil tu layan movie omputih....layan movie omputih ni telinga dan mata kene la peka...baru la paham cerita kan..mencabar betul la...nasib baik tengok kat rumah...leh berkepit 3 beranak...huhuhu..

Selasa pagi hanya berehat di rumah 3 beranak.
Selasa petang suami ajak amik stok barang aku. Semangat betul dia, risau kalau barang tak cukup bila customer nak.
Suami siap cakap lepas raya ni mesti banyak masuk order.
Berkat doa seorang suami, memang menderu2 order masuk sejak aku balik sampai la hari ni...Alhamdulillah :)

Rabu pula suami kene pergi Shah Alam atas urusan kerja, kuar rumah pukul 8 pagi, petang 6 lebih baru balik, sehari suntuk suami kat luar.

Hari tu juga suami request nak makan rendang tok.
Rempah pun dah beli kat Opah Ani, mak mertua Mak cu masa beraya rumah Mak cu ari tu.
Suami nak makan dengan ketupat.

Rabu malam je la dapat berehat bersama.
Malam tu baru suami makan ketupat dengan rendang tok...sedap katanya, cuma gula kabung aku letak lebih sikit. So lepas ni kene kurangkan la sikit.
Ok... :) :)

Selepas makan, suami rajin sangat tolong susun barang2 aku, sampai berpeluh2 dia angkat barang sorang2...
Susun rak2 yang berat 9kg setiap 1, sebab paham sangat bininya ni tak boleh angkat barang berat2...
terima kasih banyak2 abang :)

Ini juga salah 1 sebab aku tak boleh nak kurangkan harga sesetengah barang sebab aku sangat hargai tenaga dan penat lelah suami aku mengangkat dan menyusun barang. Setiap harga ada nilainya...harap paham ye :)

Khamis pagi pula, kami ke Puchong hantar mama sekeluarga ke LCCT. Mama sekeluarga nak ke Sarawak untuk attend wedding anak Mak Na, adik mama yang no.2.
Mama balik sabtu petang, kira balik tu mama kene sewa teksi la balik Puchong, sebab sabtu suami dah sibuk nak siapkan barang2 dia nak balik ke IKWAS pula.

Selepas tu kami tak de ke mana dah....habiskan masa di rumah je.
Sebenarnya, suami sangat suka duduk di rumah. Dia kata tak pernah ada rasa bosan langsung walaupun tak de buat apa2 aktiviti pun.
Juz baring2 depan tv, golek2 dengan anak bini...tu je pun.
Tapi tak de rasa nak keluar ke mana2...duk rumah macam syurga kata suami...
Seronok aku dengar :) :) :)

Jadi, sabtu dan ahad aku siapkan segala keperluan suami.
Setiap kali aku buat aktiviti ni, setiap kali tu juga la suami akan cakap mende yang sama.
Terima kasih ayang...banyak tolong abang, tolong basuh baju abang , sidai baju abang , lipat baju abang, gosok baju abang, susun elok2 dalam beg, semua lengkap.
Kalau ayang tak de, cam mana la abang nak buat semua ni...terima kasih banyak2...

Adoii...aku cakap, mende ni mende rutin la...mende biasa aku buat, bukan pertama kali buat, mende biasa dan selalu buat...tapi mungkin suami seorang yang sentimental di dalam, membuatkan dia selalu berkata begitu.

Hari perpisahan sementara tu tiba juga akhirnya...
Tamatlah sudah cuti suami selama 17 hari bersama keluarga.
Bangun pagi Ahad tu, itu perkara pertama yang suami sebutkan.

Suami cakap, ayang...petang ni abang dah balik..
Cakap pula kat Alauddin...Alauddin...ari ni abah dah nak balik Johor
Sengih je Alauddin mengiyakan cakap abahnya...

Banyak termenung suami aku sementara nak tunggu ke petang.
Buat kerja pun duk tengok jam, cepatnya masa berlalu katanya.
Aku dah tak tahu nak kata apa...mampu senyum je sambil usap pipi dia harap dapat la dia tenang seketika.

Suami cakap nak makan nasi lemak. Rindu dengan sambal nasi lemak aku katanya.
Jadi, tengah hari tu masak nasi lemak. Niat hati nak buat nasi ayam, tapi suami nak makan nasi ayam, jadi aku turutkan :)

Lepas tu suami kata nak bawa bekal burger udang, sampai malam nanti, dia makan burger la.
Dah malam2 tak lalu nak makan nasi.
Ok, 3 ketul burger aku buatkan untuk bekalan di sana.

Pukul 5.30 petang, siap segala beg dah masuk kereta, suami pun dah siap dengan pakaian dia..
Alauddin pula baru bangun tido dalam pukul 5 tu, tapi mood sangat baik.
Sempat main2 dengan abah lagi.

Nampak beg laptop abah depan pintu, dia dah babai abah dulu.
Siap heret beg abah lagi...
Terkebil-kebil abahnya tengok gelagat dia..macam paham je abahnya nak pergi kerja ye.

Sedih pula time ni, mungkin sebab dalam bulan raya kot.
Siap salam minta maaf, cam pagi raya plak.
Mula la 2 2 berair mata....sabo je la.

Salam dengan Alauddin, lagi la menambah sedih di hati suami.
Mata tu dah merah dah....lemah betul la aku mende2 macam ni..

Alauddin ok je...babai abah, salam abah 2 3 kali.
Dalam kereta sempat suami video call kata dah nak gerak dah.
Doa selamat sampai je la pengiring suami ke sana.

Sepanjang jalan suami update perjalanan dia.
Alhamdulillah...tak de tempuh jammed yang teruk, jalan ok je...sampai dengan selamat pada jam 10 lebih.

Hari ni rutin suami dah back to normal...iaitu sesi meluahkan rindu pada anaknya...
Baru sehari tu dah kata rindu rumah, rindu anak, rindu bini segala....
Sabar la...in shaa Allah cuti merdeka boleh la balik.

Suami kata nak bawak Alauddin tengok bunga api merdeka nanti.
Bukan la kat tempat bersesak2 tu...suami tak suka tempat2 sesak.
Tapi dia nak ajak tengok kat Dataran Shah Alam, tempat kami berbuka puasa ari tu.
Situ tempat lapang, memang tak de la aktiviti2 muda mudi yang merepek2 tu,

Tak pun tengok kat sepanjang jalan kat Putrajaya.
Bentang tikar dah boleh lepak ramai2....ramai famili kat situ....tenang sikit rasa.

In shaa Allah....kita mampu merancang, Allah yang tentukan.
Suami rasa takut kalau ada aktiviti last minit je macam bulan puasa ari tu...
Lemah balik la semangat dia tu....sabar ye :)

Perkara baik pada suami yang aku memang sangat2 kagumi dan hargai adalah sikap terlalu concern dia pada aku dan Alauddin. Sehabis boleh dan sehabis baik dia akan sediakan, cukupkan, adakan, penuhkan, dan usahakan demi keselesaan aku dan Alauddin.

Kadang2 aku rasa terlalu banyak yang suami aku dah buat untuk aku, tapi dia tetap akan tanya, ada apa2 lagi tak yang ayang nak?? Allahu Akbar.....Ya Allah, ko panjangkan lah usia suamiku dan murahkanlah rezekinya sepanjang hayatnya...amin..

Teringat kata-kata seorang Ustaz, apa sahaja yang dibelanjakan oleh seorang suami kepada isterinya dan anak-anaknya, dikira pahala sedekah untuknya...In shaa Allah.

Ok la...cerita raya postponed la dulu ye, sebab gambo pagi raya ada kat camera abah...kene tunggu adik2 aku email ke tagged aku kat fb je la jawabnya...hoho..

As-salam :)


No comments:

Post a Comment