About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Monday, September 16, 2013

Jalan - Jalan Cameron Highland

Assalamualaikum

Woohhaaaaa...lamanya mak esah tak bersiaran ye...aduyaiiii...cam sibuk bebeno lagaknya..hahaha

Memula nak cakap terima kasih banyak2 pada yang email dan komen suka dengan blog kusam teman ni, tak de la apa yang best beno cam blog2 fofular tu...sekadar perkongsian apa yang berlaku dalam hidup teman sikit2...lepas tu share la ilmu2  yang teman tahu dan baru belajar..sama2 dapat manfaat kan...itu aje la punn..

Terima kasih banyak2 la ye 
Teman sayang kome :) :) :) 

Ok la...sambung cerita..
Bukan la apa yang berlaku hari ni pun, tapi dah berlaku 2 minggu lepas..haha

Setelah 2 kali Ahad suami tak balik ke rumah,  Isnin selepas merdeka suami dapat cuti sehingga la Ahad Alhamdulillah...

Berita paling gembira sekali, 2 minggu selepas ni suami akan sambung DPA dia kat INTAN Bukit Kiara, kiranya suami ulang alik la dari rumah ke KL.

Dapat la merasa rutin back to normal macam dulu cumanya suami sampai rumah malam la sebab aktiviti dia full kat sana. Lepas 2 minggu tu suami balik semua ke IKWAS Kluang. Tak pe la, 2 minggu pun dah seronok dah :) :)

Jadinya, disebabkan dia stress di Johor selama 2 minggu itu, dia telah booking rumah peranginan persekutuan di Cameron Highlands selama 3 hari 2 malam.

Nasib baik date kami nak gi tu memang kosong, sedang elok je sebab suami memang nak gi rabu hingga jumaat dan kosongnya hanya 3 hari tu je..Alhamdulillah..
Lepas tu suami tetibe ajak makan durian sepuas-puasnya kat Tulai Orchard, Raub..dia kata ada voucher kat Groupon makan durian RM25 plus air kelapa pandan 2 biji seorang. Suami cadang nak makan sebelum naik Cameron, jadi aku booked waktu tengah hari.

Jadi suami juz bagi link website je..aku la settle semua sebab die sibuk ngan aktiviti DPA dia..huhu..ok selesai dah bab tu.

Kami gerak pagi Rabu jam 9 pagi. Kiranya kami naik cameron dari Raub la. Sampai Tulai Orchard sedang elok, ngam2 jam 12 tengah hari.

Jalan nak masuk dusun die perghhhh...mencabar sungguh la..naik 4 wheel drive memang sesuai la..naik MPV sayang la kete beb...haha..sebab jalan die tanah merah..turap ngan batu2 kecik je...sabo je la..

Masa sampai plak memang tak de orang yang
tengah makan, kiranya kami je la.



Dusun durian


Deco yang sangat cantikkkk!!



Owner dia nama Wong, muda baya suami je, anak tauke kebun. Peramah dan sangat fasih berbahasa melayu. Sangat friendly..

Kami disambut dengan baik, kebetulan dia kata baru lepas 1 famili balik, kami sampai. 

Dalam duk borak2 tu, suami tanya pasal jalan napa tak turap elok sebab dia buat promosi makam durian siap masuk groupon, of course sambutan tinggi..sebab masa aku beli voucher pun dah 500 lebih..

Then Wong cerita...sebelum ni kan Ng Yen Yen adun kawasan situ..then ada bagi peruntukan untuk buat jalan tar elok sampai pintu masuk kebun dia. Tapi separuh jalan saja siap. Then tahun ni dia tak bertanding so memang terbengkalai la sampai sudah..huhu...well....

Jadi Wong ni keluarkan modal 4k untuk beli batu2 kecik kasi tabur atas jalan..untuk mudah kereta lalu..sebab kalo tanah merah saja...aiyaa..memang teruk wooo..ujan saja tayar kereta mesti sangkut. Haa...giteww

Bagus anak muda cam Wong ni..dia sendiri usul pada bapak die buat promosi dalam groupon untuk perkenalkan kebun durian as salah 1 tarikan pelancongan then usaha dengan modal sendiri untuk bina kemudahan ke tempat dia. Bijak dia ni..

Ok..sambung cerita durian..haha

1st sekali Wong kasi test D24...errmmm..sedap..rasa manis2 pahit sikit tapi lemak..ulas besar2..memang D24 tu sedap pun kan..tapi bukan pilihan aku la.

Lepas tu dia bagi rasa 101 pula..isi oren..manis gile..ulas die sedang2 je..rasa manis lemak berkrim..haha..ni aku suka..

Then suami tanya musang king ada...dia kata ada tapi buah kecik sikit...tak pe..kasi try la kan..rasa dia manis2 pahit..dan pahit die memang terasa..orang kalo gila durian memang akan cari yang manis2 pahit..tapi tengok selera jugak la kan. 

Tapi kan Wong ni pelik napa orang suka sangat musang king padahal takde la sedap sangat..Wong kata 101 lagi manis dan sedap. Lepas tu musang king harga pun mahal..suami tanya dia u jual mahal tak...dia kata mesti la mahal sebab jual harga pasaran.

Tapi betul la..dia ikut selera orang kan. Ada yang suka manis lemak. Ada suka manis pahit. Ada suka tawar pahit. Ikut tekak la..

Lepas tu dia bagi plak 145. Yang ni pun sedap...cuma isi dia jenis lembik, tak pejal macam 101. Rasa manis tak de pahit..haha..aku cari durian manis2 je..tak suka yang pahit2..

Then aku cerita kat dia..kat kampung abah aku ada pokok durian gak..tapi buah jenis kecik2 dan ulas die pun kecik2 juga..pastu isi die nipis je..rasa manis gile..

Wong kata biasa durian kampung macam tu la..tapi dia bagi la aku  rasa durian kecik tapi ulas die sedang2 dan rasa die pahit lebih sikit dari manisnya..yang tu suami aku pun tak leh masuk sebab pahit.

Sambil layan kami, Wong ajar cara kenal durian..haha..yang aku ingat D24 duri dia kecik2 dan tajam..101 plak buah memanjang sikit cam mangga dan duri tebal sikit dari D24.   Tu je aku ingat..yang lain aku tak ingat..haha

Dalam duk borak2 tu suami tanya apa perancangan akan datang..dia kata mau jadikan kebun ayah dia ni kawasan untuk lawatan sekolah2 dan universiti..kasi kenal pada generasi muda yang tak pernah tengok pokok durian, tak tahu macam mana durian jatuh, nak rasa sendiri kutip buah durian then kopek terus lepas jatuh, jalan2 kat kebun..dia kata nak buat jalan kecik cantik2 dalam kebun
dia untuk mudahkan berjalan masa lawatan tu...pergghh...bernas2..

Lepas die cerita siap tanya apa pandangan suami aku...memang bagus la kan..konsep idea tu lain sikit dari yang lain..plus dalam kebun die memang ada pondok2 kecik kan. Memang elok jadi tempat persinggahan selepas penat berjalan..pastu deco2 die pun lawa cuma perlu diperkemaskan lagi..depan kebun ada reban ayam, itik, ayam belanda, ayam serama, de kolam ikan, de burung...

Last tu dia bagi minum air kelapa pandan...memang sedap sebab tak manis sangat...aku suka..tapi kami larat balun 3 biji je..haha..sebab air die banyak betul dalam sebiji tu. 

Meh layan gambar jap la..














Budak yang sangat suka minum air kelapa..



Dari aspek kebersihan memang bagus..takde sampah bersepah2..kulit durian elok buang dalam tong...meja dan kerusi yang bersih..duduk atas batang kayu..haha..

Dia kopek buah pun guna alas..dan yang aku perasan tak de la terkena jari2 die..ada 1 buah tu isi cam terkoyak sikit die kata sorry bang..ini kene pisau tadi saya ketuk kuat sikit..memang aku nampak yang tu.

Lepas tu buah kelapa yang die kopek pun takde terkena jari dia cam biasa kita tengok orang jual air kelapa tu kan..dah buang kulit atas tu..air memancut2 lepas tu tuang dalam jug then air pun meleleh ikut jari dan telapak tangan die kan..haha..

Yang ni die potong atas tu then tinggalkan sikit lapisan isi yang nipis, juz cucuk ngan straw terus boleh minum..

Aku bab air ni cerewet sikit..tu sebab aku biasa beli air tebu je kalo kat pasar malam then mesti tengok cam ne orang tu mesin dan tapis air tebu...ada tak air menjejeh2 turun ikut jari die..kalo tangan orang tu memang kering tak de leleh2 air baru aku beli..huhu

Air kelapa plak suami biasa beli buah balik rumah kopek sendiri..tapi air2 bancuh lain tu memang tak de la aku beli...rela buat sendiri kat rumah..terjamin dalam segala hal...gitu lerr..

Selesai makan dalam 1 jam cam tu, Wong kasi snap pic buat kenangan kat kebun die then kami meneruskan perjalanan ke Cameron Highlands.







Cuaca sepanjang jalan adalah redup. Dalam 2 jam gitu sampai la kat Rumah Peranginan Persekutuan  itu. 





Masa sampai ada banyak kereta mula masuk, mungkin baru sampai seperti kami. Suami selesai check in kami terus gerak ke bilik di tingkat 1. 

Harga semalam???? Murah je weh...RM25 semalam, amik 2 malam hanyalah RM50 sahaja. 
Tapi kualiti bilik sangat terbaik...besar dan ngalahkan bilik hotel deluxe yang biasanya untuk famili tu kan..then ada 1 katil queen dan 1 katil single..



Rupa dalam bilik



Dia punya luas dan panjang sampai Alauddin duk marathon je dalam bilik tu..memang admin kat Cameron tu jaga elok semua rumah peranginan kat sini..lima bintang aku kasi.

Lokasi rumah ni bersebelahan dengan ladang strawberi...lupa dah nama..haha..

Tapi kami tak gi pun petik2 strawberi sebab tak minat kot nak petik2..walaupun selalu duk dengo orang datang cameron sebab nak petik strawberi then makan situ...tapi kami tak rasa lak nak wat semua tu..hahaha

Cuaca sini sejuk yang amat dan sepanjang jalan dari Tanah Rata ke rumah peranginan ni hujan je..dah la tempat sejuk tambah pulak hujan je manjang memang ngetor la aku jawabnya.

Pukul 5 kuar cari makan plak. Pusing2 kat tengah pekan tu, memula nak makan mamak je sebab rasa tu je ok kot. Lepas tu suami perasan ada medan selera kat sebelah kedai mamak tu.

Elok je turun tangga kat medan tu, punye la ramainya umat manusia macam pesta pulak. Aku cakap kat suami cam jamuan raya je..

Pastu suami tanya pada salah seorang peniaga kat kedai makan tu ada apa ni bang..Brader tu jawab ari ni makan free bang, dari gerai 1 sampai gerai hujung..semua free..abang nak makan apa amik je bang..ari ni  kita kasi free semua..

Wahhhhh...memang langkah kanan la kan..dieorang buat style buffet juga..cuma panjang gile la sepanjang gerai yang ada. 

Antara menu yang sempat kami makan adalah nasi tomato, mihun goreng singapore, mee udang, mihun sup, pulut dan kuah durian.
Alhamdulillah..

Malam tu hujan masih renyai2..memang sejuk
sangat2..Alauddin tak jadi apa..elok je main..aku memang tak tahan sejuk..berbungkus dalam selimut je la.

Pagi esok singgah kedai mamak yang tak jadi malam tadi..haha..makan roti canai sorang 2 keping then sambung berjalan ke pasar nak cari sayur dan strawberi plak.

Suasana skang lain sikit. Dah tak de dah orang jual strawberi cucuk celuo coklat..kalo tak berderet je sepanjang jalan tu orang duk berjual kan..

Skang orang jual strawberi siap coklat dalam bekas kecik ..1 bekas kecik bole makan 2 pek besar strawberi. 

Nak pilih strawberi kemain lamanya..haha..harga mana2 sama je..cume teruja tengok mana yang susun lawa dan nampak banyak buahnya..

2 pek rm15, coklat 1 bekas rm5 total rm20. Settle bab strawberry. Then cari jagung pula...15 tongkol rm10...ok..settle jagung dan berharap pilihan ini adalah yang manis. 

Limau kecik hijau tu tobat tak nak beli dah  sebab 2 kali pergi sana beli kata manis sekali makan kat rumah masam yang amat..bagi tester yang manis la..sekali pilih sendiri sikit je manis banyak yang masam..haha..kot sendiri yang tak pandai pilih tak tahu la kan...huhu

Lepas tu terus balik bilik la. Mende pertama yang dibuat adalah makan strawberry..haha..Alauddin sangat suka..kejap2 nanti datang minta nak lagi.
Buahnya manis tak masam.

Petang tu kami makan nasi masak sendiri..nasi je masak lauk bawak dari rumah. Bestnye rumah peranginan ni adalah boleh memasak..huhu..lepas makan nasi...rebus jagung plak sorang setongkol...Alhamdulillah..2 tongkol tu manis sangat :)

Malamnya kami keluar cari KFC dan sedikit kudap-kudapan plak...hujan masih berterusan dari pagi tadi bawak ke malam..kejap renyai kejap rintik2 kejap lebat..tp hujan memang tak berhenti2 la..

Esok pagi aku rebus jagung 3 tongkol dan ratah strawberry. 

Lepas check out tu, ajak suami beli strawbery bawak balik umah dan nak shopping sayur sikit2..ala beli yg 10 paket rm10 tu pun dah cukup dah...paling sedap kacang buncis cameron..rasa die lain sikit dari kacang buncis biasa kita beli tu.

Habis membeli tu, gerak balik terus la.
Sepanjang jalan kabus tebal sungguh walaupun cuaca panas...sejukkkk je..

Ok la...bersiaran lain kali la plak
Banyak betul yang aku nak story tapi masa nak taip pula semakin suntuk...huk..huk..


As-salam :) :) :)










No comments:

Post a Comment