About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Friday, September 20, 2013

Kisah Kahwin Sepupu Sebelah Suami

Assalamualaikum

Minggu lepas gi kenduri kahwin sepupu sebelah suami. 
Akad nikah dah buat pada Jumaat 16.8.2013 kat Sarawak, sebab belah pompuan orang Sibu, Sarawak.

Jadi, minggu lepas juz kenduri sambut menantu, kira belah lelaki la kan.
Majlis berlangsung pada 15.9 kat Dewan Serbaguna IUKL, Bangi.

Kami balik Puchong sabtu tengah hari, sampai rumah mama pukul 3 petang cam tu.
Kenduri ni adik mama yang no, 2 punye anak, kami panggil Mak Na.

Petang tu mama kata Mak Na ajak ke dewan untuk buat persiapan esok hari. Nak packing goodies, buat bunga manggar, hias dewan segala la.

Pukul 6 kami sampai ke dewan. Tapi barang2 nya pulak tak sampai2 lagi, kepas tu bila dah sampai silap barang plak. Mak Na pesan kat anak2nya bawak goodies yang belum dipacking tapi anak2nya bawak yang siap masuk kotak goodies pula..jadinya apa keroje nak dibuat kalau yang sampai tu udoh siap kan..
Sudahnya kami duduk melangut je la tunggu barang2 lain sampai pula.

Meh layan apa dibuat si Alauddin ni


Gong untuk acara cak lempong
Tapi Alauddin dah rasmi dulu


Mak Na guru besar sekolah rendah saujana impian, kajang
Sekolah mak na memang selalu masuk petandingan cak lempong ni
Jadi tak yah susah2 nak upah orang bagai, amik sekolah sendiri punye je...


Merasmikan pelamin sebelum pengantin dulu,
Ni selepas siap, terus Alauddin datang nak duduk situ...sabo je la
Letih la tok dia melayan dia kan
Nampak tak tangan tu memeluk tubuh, tak bagi tok pegang dia
Orang risau kot jatuh, tapi dia apa pun tak boleh!!





Malam tu suami ajak tengok bunga api kat Putrajaya. Malam tu negara China punya persembahan, memang suami nak tengok yang China punye

Jadi sebab tunggu lama sangat barang2 goodiesnya tak sampai2, kami 3 beranak gerak terus la ke Putrajaya.
Singgah jap kat pasar malam Bangi, beli makanan nak ngunyah2 sambil tunggu bunga api tu.

Sampai sana dalam pukul 8.30 malam, dah penuh dah sekeliling tasik tu...
Sekeliling kawasan bunga api tu dah penuh..
Putrajaya ni ada aktiviti rupe ni je baru nampak makhluk yang duduk situ, kalau tak rupe pekan koboi je...lengang gile jalan biasanya..
Suami parking atas divider sudahnya sebab tu je ada kosong...haha..kalo tak memang kene tengok bunga api dari jauh je la jawabnya.

Start bunga api jam 10 malam, jadi melepak la sementara tu.
Sempat la layan keropok lekor ngan jagung rebus setongkol...haha...
Aku sorang je..laki aku melayan anak..

Tapi bunga api tahun ni rasa lama sikit permainan dia, sampai 30 minit.
Masa kami pergi beberapa tahun lepas, sekejap je dalam 15 minit cam tu.

Kat Putrajaya ni hujan dari petang dah tapi jenis sedang2 je la...kejap renyai2 kejap lebat sikit..
Masa bunga api dah start, hujan ada sikit2 je.

Jadi kami berpayung la sekejap, juz nak jaga Alauddin je. Mak pak dia tak pe kene hujan tu.
Alauddin masa mula2 tengok bunga api pun, dia terkejut sebab kami duk dekat gak, jadi bunyi dia kuat la.
Tapi lepas tu ok la dah...cuma reaksi dia biasa2 je..tak de langsung nampak excited ka, terkinja2 suka ke...diam je atas dukung abah dia.

Kami mak pak plak yang sonok sakan tengok bunga api..hahaha...nasib la kan.
Seronok tengok bunga api sebab macam2 rupe ada...dari sekecik2 bentuk la ke besar2 bentuk..

Biasa bunga api ni kalau nak ending dia main banyak2 sekaligus belemtup belemtam lepas tu die main bunga api bentuk besar2 semua...tu tanda2 dah nak sampai ke penghujung la tu..

Elok je abis semua tu, berterabur orang balik ke kereta masing2 hidup enjin kete terus gerak balik..hahaha..lawak pun ada nengokkan deme..
Tu semua gara2 nak ngelakkan jammed la tu.

Tapi Putrajaya ni bukan KL, jalan die banyak susur, jammed idok la lama beno...10 minit je sangkut lepas tu elok la balik cam tak de apa2,,,sunyi la balik..
Nak plak pak polisi yang jagain...memang smooth je la jalan raya tu..

Meh layan gambo bunga api yang sempat aku snap
De video jugak tapi sebab saiz yang beso malas aku nak tunggu dia upload...haha







Ahad pagi esoknya, kami bergerak ke dewannya jam 10 pagi.
Pergi rumah Mak Na dulu amik tok bawak ke dewan.

Mama dan Mak Cu pagi2 pukul 8 dah sibuk di dapur, Mak Na minta tolong masak bubur jagung, bubur nangka dengan bubur pulut hitam, untuk jamu pencucui mulut kat dewan nanti,

Lepas amik tok, sampai dalam pukul 12, sedang elok tetamu dah ramai.
Tengok menu meriah juga.

Belah kanan menu makanan kampung - nasi putih / ayam sambal / gulai lemak nangka / sambal bilis petai / sambal goreng jawa /  ikan masin / ulam-ulaman / sambal belacan / buah oren / air sirap

Belah kiri menu moden - nasi beriani / daging masak hitam / acar masak / papadom / buah oren / air sirap

Lepas tu ada menu sampingan seperti laksa dan cendol.
3 jenis bubur yang mama masak dihidangkan pada pukul 1, itu pun nasib baik Pak Cu tanya...kalau tak memang tak hidang la..masing2 sibuk sampai terlupa..hoho

Pasangan pengantin tiba pada jam 1 petang.
Berpakaian songket serba hijau zamrud..sangat cantik.

Layan gambar je la ye..


Alauddin dan tok


Alauddin, mama dan Mak Cu



Alauddin dengan Pak Cu Adam dan Mak Cu Nelly




Alauddin dan mama 


Abah, Alauddin dan mama - we look green!!


Pelamin dan penjaganya



Yang ni kerja dia berlari dari depan ke belakang...tu je la...memang kurus la kejap abah ko ngejor anak kan...









Cak Lempong



Pengantin



Alauddin yang ralit tengok cak lempong
Abis je muzik, cakap kat mama...alaaaaaa.....nak..nak..nak..
Nak lagi la tu..haha



Tu je la pun pic yang sempat aku snap.
Selain sibuk bertukar peranan menjaga Alauddin dengan suami, aku juga sibuk bebeno la semasa pengantin mula2 sampai tu.

Tunjukkan tempat makan untuk keluarga sebelah perempuan, pastikan susun atur famili kat meja beradap...ye la..masa kami kahwin, Mak Na antara yang memainkan peranan penting juga dalam memastikan kelancaran majlis sebelah suami.

Jadi, kami kene la saling bantu membantu bila tiba giliran sepupu sepapat yang lain kan.
Tolong menolong membawa berkat kan :) :)

Sedara mara yang datang memang ramai...masa ni la berjumpa nye pun kan
Berlaga-laga pipi segala..
Ada juga yang menjemput kawin anak2 deme pulak...bulan 10 paling terdekat sepupu belah suami kahwin, kat dewan golf bukit kiara pula..

Temanya pun warna hijau juga tapi hijau lembut kot
Kebetulan aku pakai baju hijau lembut gak masa tu, Mak cik Piah, mak sepupu pompuan yang nak kawin tu kata, hijau cam aisyah pakai ni la...tak yah la beli baju dah, pakai yang ni je..

Aku seloroh la...aishhh...orang dah nampak la baju kite ari ni...nanti orang kata recycle..haha..
Kene cari baju baru warna hijau lain plak...kihkihkih..

Dalam pukul 4, Alauddin dah tunjuk signal mengantuk, nak tido la tu
Aku memang ajar Alauddin perlu tido walau hanya sekali dan paling kejap 1 jam, pada siang hari supaya dia tidak terlalu penat berjaga sepanjang hari.

Jadi, bila nampak dia mula diam, dah kurang aktif, lepas tu bila orang tegur dia, dia sandar kepala kat badan aku, tu tanda2 dia nak tido la tu.

Jadi, aku naik tingkat atas dewan, suami amik tikar lipat memang sedia ada dalam kereta tu, bentang, bagi susu, tak lama lepas tu die tido la.

Dalam pukul 5 orang catering dah mula kemas2 kerusi meja segala.
Tapi kalau orang dah lena tambah mengantuk ni, bunyi bising besi segala pun dia tak heran kan...macam tu la Alauddin...lega la aku rasa sebab die tido elok je.

Pukul 6 kami anta tok ke Kajang rumah Mak Na semula. Lepas tu terus balik Puchong la, mama ngan Mak Cu pun memang dah sampai kat rumah.

Malam tu memang semua orang melepek la...tak larat selepas seharian ke sana ke mari kan.
Tapi suami nak balik malam tu juga ke Kuala Selangor.

Plan asal nak tengok bunga api lagi, tapi suami kata malas la dah penat kot..haha..
Pukul 12 tengah malam sampai la rumahku syurgaku ni...Alhamdulillah..

Selamat pengantin baru la sepupu ku ya...juga pada yang melangsungkan perkahwinan pada bulan 9 ni..
Semoga bahagia sampai Jannah...amiin

As - salam :) :) :)







No comments:

Post a Comment