About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Monday, October 28, 2013

Kisah Raya Haji

Assalamualaikum

Nak cerita kisah hari raya haji. Lama aku simpan cite ni kan...tapi nak coretkan kat sini juga supaya jadi kenangan di masa depan...giteww

Ahad sebelum hari raya haji, sepupu sebelah suami bertunang. In shaa Allah majlis nikahnya bulan 5 tahun depan. Kami bermalam kat Puchong semalaman, pagi dalam pukul 10 pagi gerak ke Kajang, rumah Mak Na, tempat majlis berlangsung.

Nadia, sepupu kami memakai kurung moden serba putih. Serba ringkas tapi cantik. Makan time tengah hari, jadi lauk pauk agak banyak la. 

Nasi putih, lauk sotong kembang masak lemak cili api, sambal jawa, ayam goreng berempah, paru masak pedas, ulam ulaman, sambal belacan, ada lagi lauk tapi aku lupa dah..haha..
Ada laksa juga.

Lepas tu kuih muih pemberian orang pun banyak, ada kuih tepung talam keladi dan tepung talam cendol, puding, karipap, dan bubur nangka. Seperti biasa bubur nangka mama yang buat la, Mak Na minta tolong mama masak.


bersama tunangan orang :)



biru - mama, coklat - makcik piah



Kami bertiga 


Alauddin bersama juraian air mata. Dalam kereta dia tido, bangun je terus bad mood..hoho


Dalam pukul 2 lebih cam tu kami gerak balik la sebab nak amik barang niaga pulak.
Mama sekeluarga nak ke Klang ada kenduri kawin sebelah abah.

Isnin pagi pula berkemas-kemas untuk balik ke Manjung. Raya haji sambut kat Manjung plus aku nak bercuti lama sikit la kat Manjung.

Suami pulak ada program kat Negeri Sembilan, jadi petang raya haji tu die balik ke Kuala Selangor jap amik beg baju then tido kat Puchong.

Jadi, aku minta kebenaran dia nak duduk Manjung sampai Jumaat, sebab abah nak datang Kuala Selangor, lama tak mari rumah aku katanya.

Lagipun suami abis program Jumaat tengah hari, jadi kami sama2 la balik ke Kuala Selangor tapi arah yang berbeza je :)

Kat Manjung pun, sambut ala kadar je. Tapi mak tetap masak yang sedap2 untuk anak2nya. Wan pun balik Manjung, bawak adik2 dan ma sekali.

Asalnya abah nak berniaga lemang, tapi Jumaat sebelum raya tu abah balik kampung, tengok buluh abis mati, cam kene racun pun ada. Jadinya dapat la dalam 15 batang ke buluhnya.

Sudahnya wat makan sendiri je la, Abah buat 3 batang lemang jagung, selebihnya lemang biasa. 
Suami sorang je bantai sebatang dah lemang jagung, memang feveret dia la.

Mak plak masak rendang ayam, nasi impit dan kuah kacang dan pulut kuning. Petang raya masak laksa perlis pula. Kerja makan je la kalau balik Manjung.

Pagi raya, pergi tengok orang korban lembu. Tapi tak sempat nak tunjuk nak Alauddin time lembu kene sembelih sebab kami datang orang tengah siat kulit lembu dah...hahaha...lewat sikit ja

Tapi tetap best sebab dapat jumpa kawan baik dari zaman kecik lagi, si Baya. Makan nasi tomato kat rumah die.
Ayah die memang tukang masak hebat, sedap sungguh nasi tomato, sedap sekali ayam sambal tu, tu yang wat bertambah makan tu..haha..

Lepas tu sembang2 la kejap, gosip segala...kahkahkah..
Jumpa la juga si Alauddin dan si Amsyar..walaupun deme idok la main beria sebab Alauddin tidak memberi kerjasama yang baik sekali.
Tapi Amsyar sangat aktif, merata die main...
Nanti dah beso sikit pandai la deme berkawan nanti.


Good boy :)
Nanti jadi bestfren ok..
Mana tahu 1 sekolah ke 1 universiti ke nanti..
Aminn..hihi

Petang raya selepas suami bergerak ke Kuala Selangor, aku jumpa ma pulak kat apartment yang wan sewa. Kali ni lebih banyak masa diluangkan, 5 anak ma semua ada.
Aku ajak makan2, tapi terlupa la hari raya mana la ada kedai makan bukak kan.

Sudahnya aku beli KFC je la, then ma nak makan nasi goreng paprik. Memang rezeki ma la malam tu, ada restoran bukak kat belakang billion tu, restoran seafood.
Jadi kami makan2 kat dalam rumah je...lagi seronok sebab dapat sembang2 sambil makan2 gaya bebas..hoho..
Tapi yang silapnya sorang pun tak ingat nak snap pic kan...sabo je la..

Wan balik Rabu pagi, sebab farah mula kerja khamis. 
Lepas makan tengah hari, wan gerak balik la.

Petang khamis mak masak mee rebus daging pulak.
Lama tak makan mee rebus mak...sedappppp

Malam khamis tu saje ajak abah ke Lumut. Lama tak tengok Lumut. Sebelum tu ajak abah makan2 kat restoran seafood sebelum nak ke Lumut tu. 

Lepas makan kami berjalan-jalan ke Lumut.
Tak pernah sunyi Lumut ni, ramai je orang memalam pun.


Alauddin yang suka sangat bagi ikan makan.






Ngan atuk dan opah








Bila anak lagi beso dari mak


Mak bersama anak-anak daranya :)



Jumaat pagi abah buat kulit murtabak siap2
Sebab aku ajak abah tido umah aku...huhu

Jumaat petang kami gerak ke Kuala Selangor.
Suami plak selepas solat jumaat terus gerak balik.
Kira dia sampai dulu la dari kami.

Semua ikut balik ke Kuala Selangor. Deme tido semalaman kat rumah aku, pagi sabtu balik ke Manjung sebab abah berniaga sabtu petang tu.

Ahad suami balik semula ke Kluang, Johor.
Rasa tak lama dah, lagi 5 minggu je abis la tempoh belajar die.
Pejam celik pejam celik dah nak habis

Bulan terakhir ni, tiap2 minggu suami dapat balik.
So tak rasa la cam berjauhan sangat..hihi

Ok la, nanti kita sembang lagi ye

As-salam :)








Thursday, October 24, 2013

Saje Nak Membebel...HaHaHaHa..

Assalamualaikum

Banyak mende nak story sebab lama tak updated kan..dengan kisah raya hajinya, kisah balik kampungnya..kisah bisnesnya..tapi tak pe..ari ni mak esah nak cite pasal bisnes la..haha

Bukan la directly pasal bisnes mak esah pun...tapi ianya berkaitan dengan bisnes la jugak
Lebih setengah tahun juga mak esah open dropship untuk mengembangkan lagi bisnes mak esah di samping kita sama2 mencari pendapatan sampingan dan membantu menampung apa yang perlu ditampung...haaa..gitteww

Kebanyakkan yang join dropship ngan mak esah bukan hanya suri rumah sahaja, yang makan gaji pun ramai juga. 

Ada yang bukak butik or saloon sendiri then selitkan jualan barangan baby dan kanak2 ni kan.

Ada juga yang makan gaji tak kira gomen atau swasta. Nak cari pendapatan sampingan apa salahnya kan.
Cumanya sesetengah dari deme ni ada yang tak bole online masa waktu pejabat sebab fb kene block, atau memang deme sibuk di ofis..jadi masa untuk berbisnes time kat rumah, malam2 tu kan..kadang2 ada yang sampai tengah malam berwasap berpm ngan mak esah kan..

Mak esah kalo memang ada masa memang akan melayan semua order dan pertanyaan kome2 ni...tapi ada masanya bila dah makin larut malam, batas waktu makin kurang la walaupun ada 4 5  orang ejen mak esah aktif bebeno seperti disiang hari lagaknya...mak esah akan kabo la esok ye mak esah tengok then mak esah reply...ataupun mak esah suruh deme cek kat page mak esah je kalo yang order rompers ke sleepsuits ke jumper ke...tak de sold tu in shaa Allah masih ada la...nanti esok mak esah confirmkan balik...haaaa..gitu lah kekdahnyeeee..

Mak esah memang paham ada sesetengah yang bekerja di ofis waktu deme agak terbatas untuk view page, nak reply pm customer deme, pastu internet ofis plak slow..kat rumah baru laju jadi deme lewat la nak reply kat customer deme..macam2 deme mengadu kerunsingan dan kegalauan hati deme.

Mak esah bukan saja pembekal dan tukang pos barang tau..mak esah siap jadi pakar motivasi, pemujuk di kala rawan dan penyejuk di kala baran...haaaa...pakej namanya tu...padahal mak esah sendiri kalo ada masalah lari golek2 kat suami mak esah...ala2 hindustan la kononnyaaa..kene juga orang lain untuk redakan masalah kita kan

Ada 1 kes ejen mak esah..customernya beli rocker pos alamat sekolah. Lepas tu ejen mak esah bagi la tracking no tu kan..customernya cek la dalam sistem kabonya udah send dan collected. Tapi customer ni kabo die tak dapat lagi.

Ejen mak esah udoh risau la jadinya..mak esah pun cek la alamat customernye. Laaa...alamat sekolah, jadi mak esah memang tak heran dan tak risau la. Kalau sekolah, biasanya courier ni akan anta direct kat pejabat admin atau kat guard tu. Ada setengah sekolah courier tak boleh masuk sekolah, jadi pak guard la yang akan menerima dan bawak masuk ke sekolah.

Serupa la juga alamat pejabat pun. Setiap pejabat ada tempat menerima barang2 pos ni, jadi apa nak dirisaukan pun. Jadi mak esah kabo kat ejen mak esah, suruhlah customer tu tanya admin atau pak guard deme, mesti ada punye. 

Mana mau hilangnya kalau dalam sistem kabo dah collected kan, siap ada cop sekolah lagi kat slip pos tu kan. Melainkan pihak yang bertugas tu angkut barang orang lain bawak ke rumah die, itu jadi kes lain la pulak yeee...

Jadi, hilang la rasa risau di hati ejen mak esah tu.

1 cerita lagi, pasal penawaran harga. Ni stok orang yang jenis barang dah murah nak murah lagi...haaaa...ini la dianya..

Ejen mak esah ngadu kat mak esah, customer die beli 3 barang, lepas tu tawar harga gile kentang punya...merayu2 nak ejen mak esah ikut harga die nak tu. Ejen mak esah ni dah lah baru dalam berniaga, kene pulak dugaan customer rupe ini. Dia dah kabo harga tu dah abis murah dah.

Tapi customer tu nak harga dia juga. Sudahnya dia bank in kat ejen mak esah sebanyak yang dia nak. Dari untung yang sepatutnya dia dapat rm40, dia hanya dapat rm10 je...Allah...kesian beno mak esah kat dia masa die ngadu tu.

Barang dibeli bukan kecik, rocker dan beberapa barang2 lain, beratus juga la totalnya tu. Udahlah menekan penjual, dia suka hati je bayar ikut harga yang dia nak. Atas redha penjual atau tidak rasa2 kome??

Meh nak share sikit ilmu muamalat. Masa ni la nak apply segala yang belajar dulu kan...hihi

PENGERTIAN JUAL BELI
Jual Beli bisa didefinisikan sebagai: Suatu transaksi pemindahan pemilikan suatu barang dari satu pihak (penjual) ke pihak lain (pembeli) dengan imbalan suatu barang lain atau uang.
Atau dengan kata lain, jual beli itu adalah ijab dan qabul,yaitu suatu proses penyerahan dan penerimaan dalam transaksi barang atau jasa.
Islam mensyaratkan adanya saling rela antara kedua belah pihak yang bertransaksi. Hadits riwayat Ibnu Hibban dan Ibnu Majah menjelaskan hal tersebut:
إِنَّمَا الْبَيْعُ عَنْ تَرَاضٍ
“Sesungguhnya Jual Beli itu haruslah dengan saling suka sama suka.”
Oleh karena kerelaan adalah perkara yang tersembunyi, maka ketergantungan hukum sah tidaknya jual beli itu dilihat dari cara-cara yang nampak (dhahir) yang menunjukkan suka sama suka, seperti adanya ucapan penyerahan dan penerimaan.

Mak esah nak highlight saling rela antara kedua belah pihak yang berinteraksi. Kalau yang seorang rela yang seorang terpaksa, apa jadi pada  transaksi tu?

Ok la...mak esah mampu bagi kata-kata semangat je kat dia. Sebab mende tu dah terjadi pun dan die terpaksa rela la juga sebab customer dia nak juga barang tu.  Cuma mak esah bagi dia tips sikit la cam ne nak berdepan dengan orang macam ni di kemudian hari. 

Jadi peniaga ada ketika memang kene tegas...bukan garang atau herdik customer, tapi tegas dengan apa yang kita jual, barang dan harga yang kita tawarkan.
Ada barang boleh tawar harga tapi ada barang sudah murah tak yah tawar sangat, nampak kesian plak kat yang tawar harga tu. 

Mak esah sendiri beli barang secara online atau real, tak pernah la tawar harga pun. Bayar je la berapa penjual tu dah bagi, melainkan penjual tu sendiri yang bagi diskaun kat mak esah. Suka tak??? Mestilah suka sebab orang bagi ikhlas kat kita, bukan kita paksa dia bagi kat kita...gitewwww

Kalau rasa mahal atau tak berbaloi beli dengan harga yang penjual letak, tak yah la beli. Wat pe paksa2 orang ikut kehendak sendiri sedangkan memang tak berbaloi pada sebelah pihak sana??? Ni kes nak puaskan kehedak sendiri la tu kan.

Kita sendiri yang tentukan nak beli ke tak kan...ramai lagi kot orang jual mende yang kita nak tu...cari la penjual lain..Mak esah rupe tu la...kalau mahal harganya dan mak esah rasa mak esah boleh dapat harga lebih murah kat tempat lain mak esah memang tak beli pun.

Tapi jangan pula keluar dari kedai tu duk cebek2 kat penjual tu. Tak nak beli sudah, jangan ngata2 orang...tak baik...hahaha...tu yang senyum2 tu mesti pernah buatkan..hahaha..

Mak esah pun kadang2 rupe tu gak...tapi suami mak esah jenis sound tepek kat mak esah...tak nak beli sudah, bukan tauke kedai tu amik duit awok punnn...haaaa...kan dah kene bak kata  mia chumel itteww..

Tak boleh bertawar harga ke??? Boleh aje...tak de salah pun. Dalam Islam pun kata tak salah kalau pembeli buat penawaran harga murah sikit dari penjual jual, tapi kalau sehingga menekan penjual dan menyebabkan penjual rugi, itu yang menjadi kesalahan. 

Biasa tak kita tengok orang jual kain berlambak2, pakain berderet2...semua kat bangunan tu jual pakaian je...kat situ ada perlawanan harga...betul tak? Kita pergi ke kedai 1, dia bagi rm80 paling murah, kita tawar lagi, dia kata rm72 boleh bagi, kita cakap rm70 la cik...dia kata dah murah dikkk...sambil senyum...

Kita pergi kedai 2, dia bagi rm75 paling murah, kita tawar rm70 la cik...dia kata rm72 la dik...murah2 dah ni...tak pe...kita gi kedai 3 plak..

Kedai 3 pun sama lebih kurang, kita tawar juga macam kedai 1 dan 2...sekali dia kata...bole la dik rm70...akak bagi spesel kat adik...jadi kita beli...

Kita ada aniaya penjual? Kita ada susahkan penjual? Kita ada tekan harga kat penjual???
Tak de kan...begitu adab sepatutnya jika betul2 kita nak tawar harga atau ikhlas nak buat penawaran harga. Kita pun dapat beli barang pada harga yang murah sikit dan penjual lain jual dan penjual pun dapat jual barang dan untung jualan pada hari itu. 

Ni ada setengah orang, bila penjual tak bagi harga yang dia nak, dia mari kata macam2, kalau hat jenis suka maki hamun, abis dah kuar perkataan tak senonoh tu...penjual itu la, penjual ini la...main sedap mulut je nak balun kat orang kan..

Tak pikir plak apa yang penjual tu nak kene tanggung kalau die tak dapat jualan pada sekian2 jumlahnya...dia pun nak kene pusing modal, nak kene bayar hutang, nak kene beli barang lain, nak meneruskan kehidupan dia...

Mak esah biasa berurusan dengan kedai2 yang jenis berderet jual mende lebih kurang sama je.  Barang jual sama, tapi harga sedikit beza sebab beberapa faktor. 

Ada orang kene bayar sewa tapak...ada mahal sikit ada murah sikit, tengok keluasan tapak beso mana, ada yang dapat barang dari supplier yang jual harga cantik, boleh tolak ansur dalam bab harga borong, ada yang dapat dari supplier yang strict, kene amik sekian2 jumlah baru dapat murah.

Kalau yang jenis baru nak mula berniaga, mana nak beli sekali banyak beribu2 cam tu?? Kalau yang jenis tak banyak modal, hanya bersandarkan pada modal yang minima, mesti berkira-kira nak amik banyak mana, pastu barang yang amik juga perlu yang betul2 boleh jual.

Tu sebab harga setiap penjual berbeza-beza walaupun depa jual mende yang sama. Macam supplier barang juga. Depa jerung mesti lagi hebat dan beso bisnesnya dari kami yang ikan termenung je ni...tapi mereka juga ada masalah mereka yang tersendiri. 

Jadinya, mana2 ejen mak esah yang mengadu masalah dan saja2 nak bertukar2 pengalaman, mak esah tak kesah. Mak esah suka melayan sambil2 kita share2 ilmu ye...mak esah dapat ilmu dari kome, kome pun sama2 dapat ilmu dari mak esah...haaa,,gitula...kata sharing is caring kan...:)
Tapi.....ada tapinya...mak esah sangat suka dan seronok berurusan dengan ejen yang pandai berdikari. Ada sesetengah ejen, mak esah tak menjawab soalan deme spenuhnya. Mak esah suruh deme cari sendiri.

 Sebab apa? Sebab semua mak esah dah kabo dah...sila rujuk...Kalau setiap kali mesej wasap email duk tanya mende yang sama...kak..berapa harga drophip ni? kak berapa harga dropship tu? Letih la mak esah nak layan...mende simple cam tu berusaha la.

Nota dah ada, blog pun dah cite semua, rujuk je. Ada beberapa ejen mak esah yang jenis memang serius nak berbisnes ni, dia siap copy paste info semua then dia save kat phone dan laptop dia. Dia buat la cara yang dia mudah nak guna, terpulang. 

Bila nak rujuk kan dah senang. Kalau yang bekerjaya, deme letak kat pc deme info tu, nanti senang nak selak. Tak yah tanya2 dah...deme cume tanya ada barang tak, confirm harga betul then terus bank in kat mak esah, terus mak esah pos pada hari yang sama.

Ni setiap kali tu la duk tanya harga, padahal dah kabo dah mana nak dirujuk, pastu tanya kos pos pulak, padahal dah suap dah info tu kat note, mende basic ni buat letih je. Kalau time tu mak esah sibuk dengan hal mak esah, lewat reply, line internet slow ke hapa...wasap kome tak sampai, sapa nak jawab?

Ada juga beberapa ejen yang mak esah direct kabo je apa2 refer note...jangan malas nak refer, penat mak esah taip panjang lebor kalau odeme malas nak jenguk.  Sebab deme dah la malas nak refer, pastu nak kite jawab cepat2...ingat mak esah duk atas sofa ngadap laptop 24 hours ke hapa? Orang lain pun mak esah nak layan jugak ye kome2 :)

Usaha kene ada dari pihak ejen juga, bukan berharap sepenuhnya pada mak esah. Memang nampak beberapa orang ejen mak esah yang komited, rajin, berdikari, pandai berniaga, memang bagus depa ni..kerja mak esah pun senang je...hihi..mak esah sayang uuollsss...muax

Ni mak esah tak marah ye, mak esah nak kabo, nak ingatkan bersama2..apa2 kerja pun usaha diri sendiri kene ada...tak boleh nak duduk saje, tanya2 orang then siap kerja..nampak pemalas sangat...

Tapi dalam banyak2 kes, ramai yang berhadapan isu barang ori ke tak..hoho..yang ni mak esah pun rasa agak kelakar la. Mak esah dah kabo siap2 pada ejen mak esah, inform customer semua barang dari China, jadi sendiri boleh fikir la.

Kalau rasa toyrus better, beli je kat toyrus. Kalau rasa jusco better, beli kat jusco. Tak de sape kesah pun sebab duit masing2. Yang penting puas hati kan. Tapi duk komplen plak mahai sangat la kat jusco ngan toyrus tu....pulak dahhhh...jadi ukur lah baju di badan sendiri yeee...hahaha..

Janji barang yang kome beli berfungsi dengan elok, sampai kat kome dalam keadaan baik, boleh digunakan seperti yang dinyatakan dan bermanfaat pada kome yang membelinya...udah la tu...apa nak dihebohkan.

Ok la...mak esah nak berehat la...barang dah siap collect semua, baru boleh landing2 sama Alauddin. Tapi dak tecik ni ajak main bola plak...mama tendang ngan tangan aci la ye...hihi
Semoga maju jaya dunia dan akhirat untuk semua umat Islam atas muka bumi tak kira apa sahaja yang kita semua usahakan, semoga diberkati oleh Allah S.W.T. hendaknya...

Amin


As-salam :) :) :)





Monday, October 7, 2013

Bahagia Itu Kita Yang Pilih

Assalamualaikum

Lately ni beberapa orang kawan aku tanya pendapat pasal nak behenti kerja dan fokus untuk menjadi seorang surirumah.

Pada aku perkara macam ni memang perlu difikirkan semasak-masaknya dan mesti dibuat dengan penuh redha dan keikhlasan, bukan dipaksa-paksa atau sekadar menurut kata sebelah pihak. Perlu ada perbincangan dari hati ke hati.

Kalau memang dari awal perkahwinan memang tidak bekerja, perkara ni tidak lah sesukar mana.
Tapi kalau memang sudah biasa bekerja dan nak berhenti apabila anak dah masuk 2 atau 3, perkara ni ada banyak yang perlu difikirkan.

Macam aku, masa bujang memang bekerja makan gaji. Bila kahwin suami lebih suka aku duduk di ruamh sahaja. Kebetulan masa tu contract aku dengan kementerian baru habis dan sedang menunggu untuk diperbaharui.

Tiga bulan selepas kahwin aku disahkan mengandung, dan itu telah menguatkan hujah suami untuk harap aku duduk di rumah sahaja sebab dia sendiri tidak berminat untuk meletakkan anak di rumah pengasuh apabila aku bekerja nanti.

Dalam tempoh mengandung memang aku tak berapa fikir pasal nak kerja atau tak selepas bersalin nanti.
Tapi selepas bersalin dan masa dalam pantang, aku memang nekad untuk memilih menjadi surirumah dan perkara tu aku bagitahu suami.

Memang dia sangat gembira sebab aku mengikut permintaan dia dan merasa lebih tenang bila anak dan isteri berada di rumah.
Itu kisah kami, kisah keluarga kecil aku, tiada kene mengena dengan orang lain.
Keputusan orang lain bergantung pada niat masing2.

Aku kongsi pula kisah seorang kawan yang aku kenal di facebook. Aku memang suka tengok wall dia, setiap hari mesti aku akan jengah wall dia.
Dia suka up status kata2 motivasi yang bersandarkan kisah hidupnya.
Dan kata2 motivasi dia bisa menyentapkan ulu hati aku.
Itu yang aku rasa.

Asalnya dia seorang wanita bekerjaya dan menjawat jawatan yang tak kurang tinggi dalam kerajaan.
Sudah agak lama juga berkhidmat sebagai penjawat awam.

Kemudian terfikir untuk berhenti dan bekerja di rumah sahaja sebab dia ada bakat dalam bidang pastry.
Pandai membuat kek, biskut, puff, roti, tart, dan macam2 lagi.

Berhenti dalam sektor kerajaan memerlukan dia meletakkan notis sebulan. Dan dalam tempoh sebulan tu, dia banyak buat solat istikharoh, mohon petunjuk dari Allah S.W.T.

Suami penguat dan pendorong semangat dia dan anak2 merupakan keutamaan dia dalam membuat keputusan tersebut. Dia ada berkata dalam statusnya bahawa betapa bertahun-tahun dia berkhidmat untuk orang lain, kini dia rasa amat rugi masa yang berlalu itu, alangkah indahnya jika masa2 itu dia gunakan untuk bersama-sama dengan anak-anaknya, membesarkan mereka sendiri dengan kudrat yang ada dan dengan rezeki yang ada.

Tapi dia tidaklah pula merasa menyesal kerana berkhidmat untuk orang lain kerana atas sebab itu, dia dapat merasa 1 perasaan untuk berubah demi keluarga, dan perasaan tu yang mendorong dia dalam membuat keputusan tersebut, iaitu berkorban untuk keluarga, kembali kepada keluarga.

Anak kedua dia berumur setahun, anak sulung lebih kurang 4 tahun. Jadi selepas kelahiran anak kedua, dia berfikir untuk membesarkan mereka dengan kudratnya sendiri sambil dia mencari rezeki hanya di rumah.

Tapi dugaan dia sangat hebat kerana sebelah kanan adalah sahabat2 yang banyak menyokong hasrat mulianya untuk berhenti kerja dan menjadi surirumah bekerjaya, manakala sebelah kiri pula, rakan2 sepejabat yang kebanyakkannya memberi pendapat yang sangat2 negatif atas keputusan yang sedang dia lakukan.

Kadang2 orang luar yang bukan dari kalangan ahli keluarga kita, atau mereka yang hanya kenal kita secara luaran sahaja, lebih mudah mengeluarkan pendapat seolah-olah seperti mereka mengenal kita 10 tahun lamanya atau seperti mereka pernah hidup bersama kita.

Dan kebanyakkan pendapat dari golongan beginilah yang agak tidak sedap didengar, kurang cerdik dan hanya sekadar memberi pendapat ikut sedap rasa saja.

Itulah yang dilalui oleh kawan ini. Rata-rata rakan sepejabatnya memberi alasan, apabila sudah tidak bekerja, separuh pendapatan keluarga sudah hilang, dan akan susah kemudian hari. Sehingga ada yang sanggup mengatakan jangan nanti terhegeh-hegeh nak kerja balik bila dah merempat tak de duit nak tanggung anak...nauzubillah hi min zalik
Sehingga begitu sekali kebergantungan mereka2 ini terhadap nilai sebuah gaji yang diperolehi...
Astagfirullah al 'azim...

Tapi kawan ni sangat kuat semangat, cekal hatinya
Itu sebab aku sangat kagum dengan dia.
Dalam ramai yang mencemuh, menakut-nakutkan dia, mencebik pilihan hatinya, sahabat dunia akhiratnya sentiasa mendampingi dia dan meniupkan kata-kata semangat.
Rezeki itu Allah yang pegang, bukan manusia
Rezeki itu ada di mana-mana hatta di bawah perut bumi
Manusia hanya perlu usaha dan tawakal, kurnia hanya dari Allah semata-mata.

Sejuk hatinya mendengar kata-kata peransang sebegitu dan semangatnya tidak luntur malah semakin kuat.

Tidak kurang juga rakan2 sekerja yang memujuk dia supaya kembali bekerja kerana khidmatnya masih diperlukan lantaran die juga seorang pekerja yang berdedikasi.
Tapi dia menolak dengan memujuk mereka dengan kata2 yang penuh sopan malah menghargai kebaikan dan keikhlasan tindakan mereka kerana itu tanda mereka sayang padanya.

Tapi apa yang aku nampak dia ini memang seorang yang berpegang teguh dengan konsep rezeki, malah seyakin-yakinnya dia meletakkan segala-galanya dia bawah kuasa Allah Taala. Sangat kuat hati dan imannya...segala-galanya diserahkan kepada Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Letak sahaja notis, dia mula berniaga menjual nasi lemak kerana dia mempunyai kepakaran dalam membuat sambal yang sedap. Sambil menggendong anak kecil di belakang, dan memimpin tangan si kakak, dia menjual di sekitar kawasan rumahnya.

Ketika ini dugaan makin hebat...Rakan2 sepejabat yang melihat situasi ini terus menghukum dengan mengatakan "Itulah, ada kerja elok nak berhenti, dah kene berniaga nasi lemak..kelek anak2 pulak tu..." Dan macam2 lagi kata cemuhan untuk dirinya..

Tapi kawan ini seorang yang sangat tabah, malah sentiasa tersenyum dengan kata-kata cemuhan mereka...
Beberapa hari kemudian dia mendapat tempahan yang sangat banyak untuk nasi lemak siap nak lauk beraneka jenis untuk majlis2 tertentu.
Malah berturut-turut pula tempahannya itu.

Siapa sangka rezeki dari Allah sebegitu cepat???
Sesungguhnya rezeki itu Allah yang pegang...

Kudrat yang Allah kurniakan padanya sungguh luar biasa. Tempahan beratus-ratus dia buat seorang diri.  Allah kurniakan dia anak2 yang pandai membawa diri. Langsung tidak menyulitkan kerja si ibu.

Ye la, dia seorang yang cekal hatinya, jadi bila betul niat di hati, memang Allah bantu mudahkan segala-galanya.

Beberapa hari kemudian, rezeki mencurah lagi dengan undangan beberapa orang yang meminta dia membuat kelas masakan. Dari merata negeri meminta dia untuk mengajar cara2 membuat nasi lemak yang sedap, sambal yang bermutu lagi menjilat jari, kek dan biskut yang hebat2, banyak sangat permintaan untuknya.

Adakah rezeki yang mencurah2 itu JAWAPAN dari Allah Taala atas doanya dalam setiap solat Istikharohnya?
Jawapan itu tidak semestinya datang dalam bentuk mimpi, ia boleh datang dalam bentuk hati kita sangat selesa dengan apa yang kita pilih, atau jalan yang dipilih membawa banyak kebaikan kepada diri kita atau rezeki dari jalan yang kita pilih itu begitu murah malah lebih nikmat dari sebelum ini, dan hanya kita sendiri sahaja yang boleh merasakan perasaan itu.

Aku kongsikan sikit luahan hatinya setelah beroleh segala kenikmatan tersebut.
Allah kurniakan padanya jalan rezeki yang sangat mudah malah ada yang sehingga dia sendiri tidak terfikir, jauh dari akalnya untuk mengharap sehingga ke tahap itu.
Allah kabulkan niatnya untuk bekerja di rumah dengan memudahkan urusan mencari supplier, mencari peraalatan, peruntukan modal yang asalnya kurang tiba-tiba menjadi begitu banyak hasil dari rezeki yang tidak disangka-sangka, serta rakan2 seperjuangan yang turut mahu bersama-sama menerajui perniagaan yang bakal dibina kelak.
Subhanallah..

Sekarang dia sudah ada perniagaan bakery sendiri dengan namanya sendiri. Permintaan terhadap hasil air tangannya tidak pernah henti2. Dari nasi lemak, kuih muih, biskut, kek, pencuci mulut, dan aneka manisan mampu dia sediakan.

Mungkin juga dia sudah ada pembantu sekarang. Alhamdulillah..
Undangan untuk mencurahkan ilmu masakan masih diterima, malah sehingga ke Sabah Sarawak.

Cemuhan2 mereka juga sudah lama tidak kedengaran. Malah dia semakin gembira dan bahagia dengan jalan yang dipilihnya. Dia sendiri mengatakan perasaan itu tidak sama seperti ketika die bekerja dahulu...satu perasaan baru yang sangat2 nikmat dan dia ingin terus menikmati perasaan itu bersama2 keluarganya sehingga mana Allah mahu memberi kepadanya.

Kisah hidupnya sedikit sebanyak aku jadikan pedoman dalam meneruskan kehidupan aku. Semangat kentalnya itu yang sangat2 hebat malah tidak semua orang mampu dan sanggup untuk melawan segala hasutan, kutukan, cacian, cemuhan malah kata hati sendiri pun belum tentu kita mampu untuk melawannya apatah lagi yang diluar hati kita ini.

Tak kisah anda wanita bagaimana, sebab pilihan kat tangan anda, bukan kat tangan orang lain, bukan ikut orang, tapi datang dari hati anda sendiri.

Aku petik kata2 panel undangan Semanis Kurma minggu lepas, Dr. Noraini kot tak silap aku,

 Dr. kata bahagia itu kita yang pilih. Kalau kita rasa kita dapat bahagia dengan cara kita dan suami sama2 bekerja, teruskan kerana pilihan itu kamu yang pilih. 

Kalau kita rasa kita boleh merasa bahagia dengan cara berjauhan sebab suami atau isteri bekerja lain kawasan, daerah atau negeri, dengan tujuan bersama-sama mencari rezeki untuk keluarga atau kerana menyambung pelajaran dan hanya bersama pada masa2 tertentu, teruskan pilihan itu kerana cara itu yang kita pilih.

Tapi kalau kita merasa kita boleh bahagia dengan sama2 berada di bawah satu bumbung, tak boleh berjauhan kerana tidak merasa bahagia, salah seorang dari kita perlu berubah, berkorban atau melakukan sesuatu untuk wujudkan rasa bahagia itu sebab bahagia itu kita sendiri yang pilih dan tentukan.

Begitu lah juga dalam menentukan untuk seorang wanita itu bekerja makan gaji atau bekerja sendiri di rumah sahaja.

Kalau kamu bahagia dengan cara kamu dan suami bekerja makan gaji, teruskan kerana cara itu kamu yang pilih dan bahagia itu kamu yang rasa.

Tapi kalau kamu merasakan kamu bahagia bila kamu berada dirumah, menjaga anak2, menjaga rumah, dikurniakan pula perniagan sendiri di rumah, teruskanlah kerana cara itu juga yang kamu pilih dan bahagia itu juga kamu sendiri yang rasa.

Semua terpulang pada rasa yang ada dalam hati masing2
Yang penting bahagia itu kita yang pilih, kita yang cari, dan kita yang tentukan bagaimana keluarga kita mahu bahagia.

Setiap apa sahaja yang kita ambil, yang kita pilih, kalau memang niat semata-mata kerana Allah, kerana suami, kerana anak-anak, kerana keluarga, in shaa Allah ada bahagian masing2 yang Allah dah tentukan, Yang penting berusaha, doa dan tawakkal yang tak pernah putus-putus pada Maha Pemberi Rezeki.

Semoga Allah sentiasa merahmati semua kaum wanita yang sentiasa berkorban untuk ahli keluarganya ke jalan Allah S.W.T.
In Shaa Allah...

As-salam :) :) :)









Friday, October 4, 2013

Kisah Seorang WAHM :)

Assalamualaikum

Sebenarnya ada banyak perkara yang aku nak share dengan korang tapi ada je halangannya...bukan la halangan apa pun, cuma banyak masa aku peruntukan untuk urusan kerja rumah, anak dan bisnes aku, bila betul2 selesai semua baru aku mengadap blog ni haaa..

Sejak berbisnes ni, aku rasa cam dah tergolong dalam kumpulan WAHM atau Work At Home Momma atau pun Surirumah Berkerjaya atau Surirumah Berpendapatan. 
Setakat hari ni, 3 istilah tu je la aku pernah jumpa, kot ada yang lain kabo la ye, boleh aku updated kemudian...huhu..

Bila jadi surirumah berkerjaya ni, maksudnya ada kerja lain selain kerja hakiki sebagai seorang surirumah sepenuh masa, perkara utama yang akan diambil berat adalah pembahagian masa.
Tanyalah mana2 surirumah yang bekerja di rumah, masa adalah perkara utama sama ada menjadi masalah atau memberi kelebihan kepada mereka.

Rutin harian aku simple je kot, mungkin tak sesibuk ibu2 yang ada bisnes lagi besar dan hebat dari aku yang hanya kecil-kecilan je.

Rutin pagi seperti kebanyakkan surirumah yang lain. Kemas rumah, defrosts bahan2 mentah untuk masak tengah hari, mandi dan siapkan anak, sediakan sarapan dan sebagainya.

Kalau aku ada order barang dari supplier, biasa dalam pukul 10-11 pagi lori courier akan sampai. Jadi, aku akan prepare lebih awal la.
Prepare awal bukan apa, senang nak bawak masuk kotak2 dalam rumah, lepas tu nak susun barang ikut jenis, nak snap pic, then nak coding semua barang.

Tapi aku akan utamakan kerja rumah dahulu baru aku tumpu pada barang2 bisnes.
Sampai je stok, aku akan letak tepi sudut rumah then sambung kerja2 rumah yang masih belum siap.

Tu kadang2 ada yang wasap, mesej, pm or email, mana yang jawapan pada soalan dia memerlukan aku untuk bukak laptop aku hold dulu.

Lepas tu kalau ada ejen dropship yang tanya harga dan stok segala aku suruh deme cek sendiri kat page aku sebab details semua lengkap kat situ, tak perlu tunggu jawapan aku pun deme bole tahu sendiri.

Tapi kalau jenis yang nak tunggu aku jugak, kome kene banyak bersabar sebab aku memang takkan online selagi kerja rumah aku tak siap.
Itu prinsip aku la.

Jenis desak2 aku nak cepat manjang, aku suruh dia gi wat bisnes dengan orang lain.
Bukan dengan aku.

Kadang2 tu beria nak cepatnya, bila dah bagi total segala nak bayo time gaji pulak...gelabahnya tu macam duit nak terkeluar bebeno la dari bank die....kalut sungguh orang rupe tu

Bila aku dah ready depan laptop dan sedia untuk bukak kedai, memang aku layan abis semua pertanyaan dan order deme2 ni.
Time ni la aku akan cek stok, bayar je aku terus buang pic dalam album, lepas tu asing ikut nak pos ari ni atau nak pos kemudian.

Lepas tu kalau ada stok baru nak upload gambonya, siap reply semua order tu, aku akan amik masa untuk snap pic pulak. Biasanya sebelum masak makan tengah hari la.

Ni duk berdua dengan anak bole la masak lewat dari biasa sebab jaga perut sendiri je.
Alauddin senang je dia. Apa mak dia makan, itu dia makan. Tak de cerewet bab makan.

Kadang2 buat kan die kentang goreng, letak la rempah kari sikit, suka la ratah.
Kadang buat tempe goreng berempah, roti bakar, nasi putih makan dengan telur atau ikan goreng, bubur, pisang tu dah cam makan nasi dah, oat, mihun goreng, mihun sup.....macam2 la si kecik ni makan. Masak je apa pun die makan je dengan penuh berselera.
Senang keje mak ko nakkk..

Lepas snap pic semua, aku tak terus duduk ngadap laptop upload gambo, aku akan masak lunch dulu.
Makan sorang apa nak dikesahkan.
Kadang2 sampai tengah hari pun aku tak tahu nak masak apa.
Udang sotong ayam ikan segala dah bawak keluar, tapi idea nak makan apa tu tak mari jugak.

Nasi aku memang dah masak awal2 dah.
Sebab nak bagi Alauddin makan pagi dulu.
Sudahnya goreng telur mata 2 biji, letak kicap, amik cili api 6 7 biji, goreng ikan masin terubuk campur bawang...siaaapppppp!!
3 pinggan juga aku makan...kalah makan lauk beriani.
Simple kan.

Mak mertua aku memang selalu pesan, macam ni kata mama
Nasi tu masak pagi2, lauk kendian tak pe...kita ni duk rumah apa kesah nak makan. Bukan keroje kat luar gi kedai makan pusing2 nak pilih lauk.
Duk rumah apa nak makan pun tak kesah.
Kalau sibuk sangat dengan kerja rumah, goreng telur, letak kicap, gigit cili api, udah sedapppp...
Yang penting kat rumah jangan putus telur, kicap, cili api, bawang dan ikan bilis. Itu ajeeee...
Ade 5 barang in shaa Allah kenyang perut tu...
Haaaa...gitewwww

Lepas siap masak, kalau rasa lapar makan la sekali, kalau tak aku layan bisnes aku pula.
Sambil layan bisnes melayan Aauddin, ajak main otomen dia la, nak minum air, berak, nak menulis macam aku, kadang2 main sengsorang dia.
Lepas tu datang nak mengempeng la apa lagi kan...layannnn

Pukul 3 lebih cam tu aku dah ready untuk kumpul barang2 nak pos kat 1 tempat.
Masa ni Alauddin kalau belum tido lagi, dia yang paling sibuk sekali.
Rajin sangat menolong mama dia.

Aku pun rajin la melayan kerenah dia kan.
Dia akan ikut aku masuk bilik barang2 aku, lepas tu dia tunggu je aku bagi barang kat dia.
Kalau aku lambat, dia akan cakap...mama...anne??
Maksud dia, mama, mana?? Mana barang nak bawak la kononnya.

Kadang2 aku yang letih sebab dia angkat barang 1 1 bawak ke depan sambil berlari, aku ni tercongok2 la mencari barang sebab kotak barangnya banyak betul, kiranya dia lagi laju dari maknya...macam berlawan dah jadinya...hahahhaa...seronok betul time tu..

Kalau ada barang berkotak yang agak besar, dia akan cuba angkat juga, tapi dengan gaya yang sangat comel. Sambil buat muka macam orang angkat barang berat, berkerut2 muka die, lepas tu siap ada bunyi masa mengangkat...ooohhh....aaahhhh....terkedek2 berjalan ke depan...comel tengok rasa nak gigit je tau!!

Bila dah abis bawak barang keluar tu, aku akan siapkan plastik bungkus poslaju dan gdex xpress serta kertas bungkus rocker tu.
Masa membungkus juga Alauddin akan turut serta. Dia akan ambil sekeping plastik poslaju lepas tu akan masuk la barang2 dalam tu.
Dia tak kacau aku bungkus, dia buat hal dia la. Jadi mudah urusan aku.

Bila mula membungkus, aku dah tak de melayan sebarang pertanyaan sebab aku nak fokus pada membungkus sahaja.
Biasa mula bungkus dari jam  3.30 sampai 4.30 atau sampai la budak poslaju dan gdex mari rumah nak collect barang2.

Adakalanya kalau dioerang datang lambat sikit macam pukul 5 ke kan, aku plak dah siap packing, aku akan usha pulak inbox sapa2 yang dah bayar tu, aku packing terus. Kira sempat la pos ari tu jugak.
Itu pun kalau sempat la. Sebab biasanya memang ngam2 je time siap bungkus dengan time orang datang collect tu.

Lepas poslaju dan gdex dah collect barang, baru la rasa lega sangat sebab urusan ari tu dah selesai semuanya.
Pukul 5 ke atas tu aku mula kemas balik rumah selepas bersepah dengan pelekat poslaju dan gdex, kadang2 vacuum balik 1 rumah sebab dah bersepah dengan makanan ngunyah2 Alauddin.

Dalam pukul 6 lebih tu dah dapat berehat, melepak dengan Alauddin depan tv, sambil mengempeng dia. Masa ni la dia manja2 dengan mama dia, main cuit2, geletek2, gelak2, gomol2, cium2.

Alauddin ada 1 perangai yang memang dia suka sangat buat.
Tengah galak main, dia akan datang kat aku, pegang dua2 pipi aku, kalau aku tengah ngadap laptop, dia akan pusingkan muka aku hadap dia, lepas tu cium bibir aku,
Sambil tu bunyi...uurrrmmmmm....
Cium 2 3 kali, lepas tu sambung balik main.

Nanti dia datang balik dia ulang balik aksi dia tu....kalau time tu aku penat, baru lepas melayan customer...hilang terus rasa2 tak enak tu...rasa seronok sangat bila dia buat macam tu.
Betul la orang kata, anak tu penguat semangat dan penghilang segala gundah gulana.

Waktu malam aku tak banyak tumpu pada bisnes. Aku layan juga tapi tak la mengadap seperti pada siang hari. Aku banyak layan thru phone je.
Then mana dah bayar aku bukak bil lepas tu asingkan kat slip2 yang ready untuk pos esoknya.

Masa malam aku banyak melayan Alauddin je dan bisnes hanya sampingan aje.
Begitulah rutin aku, lebih kurang la berubah pun sikit je la.

Sabtu pula aku memang takkan buat sebarang pengeposan, aku akan mula pos isnin. Sebab aku memang nak spend masa untuk diri aku dan famili sahaja.
Nak keluar gi mana2, nak buat kerja2 yang hanya boleh dibuat pada hujung minggu dan macam2 lagi la nak buat di hujung minggu.

Begitulah aktiviti aku sebagai seorang WAHM. Anak tengah sorang mungkin mudah la urusannya kan, nanti kalau dah 2 3 orang mungkin lain pula cabarannya kan.

Sebab selalu share life dengan kawan2 yang ada bisnes sendiri tapi ada anak 2 3 orang, cabaran mereka lagi hebat dari yang ada anak sorang ni kan.
Tapi mereka tetap hebat dalam landasan yang mereka pilih.

Ok la, lain kali kita share lagi ye
Nak berehat2 sambil layan Kampung Girl
Cute drama actually...suka tengok nad zainal :)

As-salam :) :) :)