About Me

My photo
Seorang anak sulung kepada pasangan Mohd Yusof Pandak Abdul Rahman dan Hasnah Yusuf. Seorang kakak kepada 9 orang adik-adiknya. Seorang isteri kepada Nasrul Faiz Firdaus. Seorang ibu kepada seorang anak lelaki, Muhammad Alauddin. Seorang suri rumah sepenuh masa dan sepenuh tenaga ('',). Seorang businesswomen kecil-kecilan aje untuk mengisi masa yang terluang. Seorang yang simple dan mudah didekati. Terima kasih sudi menjengah blog saya yang tiada apa ini..
Powered by Blogger.

Monday, October 7, 2013

Bahagia Itu Kita Yang Pilih

Assalamualaikum

Lately ni beberapa orang kawan aku tanya pendapat pasal nak behenti kerja dan fokus untuk menjadi seorang surirumah.

Pada aku perkara macam ni memang perlu difikirkan semasak-masaknya dan mesti dibuat dengan penuh redha dan keikhlasan, bukan dipaksa-paksa atau sekadar menurut kata sebelah pihak. Perlu ada perbincangan dari hati ke hati.

Kalau memang dari awal perkahwinan memang tidak bekerja, perkara ni tidak lah sesukar mana.
Tapi kalau memang sudah biasa bekerja dan nak berhenti apabila anak dah masuk 2 atau 3, perkara ni ada banyak yang perlu difikirkan.

Macam aku, masa bujang memang bekerja makan gaji. Bila kahwin suami lebih suka aku duduk di ruamh sahaja. Kebetulan masa tu contract aku dengan kementerian baru habis dan sedang menunggu untuk diperbaharui.

Tiga bulan selepas kahwin aku disahkan mengandung, dan itu telah menguatkan hujah suami untuk harap aku duduk di rumah sahaja sebab dia sendiri tidak berminat untuk meletakkan anak di rumah pengasuh apabila aku bekerja nanti.

Dalam tempoh mengandung memang aku tak berapa fikir pasal nak kerja atau tak selepas bersalin nanti.
Tapi selepas bersalin dan masa dalam pantang, aku memang nekad untuk memilih menjadi surirumah dan perkara tu aku bagitahu suami.

Memang dia sangat gembira sebab aku mengikut permintaan dia dan merasa lebih tenang bila anak dan isteri berada di rumah.
Itu kisah kami, kisah keluarga kecil aku, tiada kene mengena dengan orang lain.
Keputusan orang lain bergantung pada niat masing2.

Aku kongsi pula kisah seorang kawan yang aku kenal di facebook. Aku memang suka tengok wall dia, setiap hari mesti aku akan jengah wall dia.
Dia suka up status kata2 motivasi yang bersandarkan kisah hidupnya.
Dan kata2 motivasi dia bisa menyentapkan ulu hati aku.
Itu yang aku rasa.

Asalnya dia seorang wanita bekerjaya dan menjawat jawatan yang tak kurang tinggi dalam kerajaan.
Sudah agak lama juga berkhidmat sebagai penjawat awam.

Kemudian terfikir untuk berhenti dan bekerja di rumah sahaja sebab dia ada bakat dalam bidang pastry.
Pandai membuat kek, biskut, puff, roti, tart, dan macam2 lagi.

Berhenti dalam sektor kerajaan memerlukan dia meletakkan notis sebulan. Dan dalam tempoh sebulan tu, dia banyak buat solat istikharoh, mohon petunjuk dari Allah S.W.T.

Suami penguat dan pendorong semangat dia dan anak2 merupakan keutamaan dia dalam membuat keputusan tersebut. Dia ada berkata dalam statusnya bahawa betapa bertahun-tahun dia berkhidmat untuk orang lain, kini dia rasa amat rugi masa yang berlalu itu, alangkah indahnya jika masa2 itu dia gunakan untuk bersama-sama dengan anak-anaknya, membesarkan mereka sendiri dengan kudrat yang ada dan dengan rezeki yang ada.

Tapi dia tidaklah pula merasa menyesal kerana berkhidmat untuk orang lain kerana atas sebab itu, dia dapat merasa 1 perasaan untuk berubah demi keluarga, dan perasaan tu yang mendorong dia dalam membuat keputusan tersebut, iaitu berkorban untuk keluarga, kembali kepada keluarga.

Anak kedua dia berumur setahun, anak sulung lebih kurang 4 tahun. Jadi selepas kelahiran anak kedua, dia berfikir untuk membesarkan mereka dengan kudratnya sendiri sambil dia mencari rezeki hanya di rumah.

Tapi dugaan dia sangat hebat kerana sebelah kanan adalah sahabat2 yang banyak menyokong hasrat mulianya untuk berhenti kerja dan menjadi surirumah bekerjaya, manakala sebelah kiri pula, rakan2 sepejabat yang kebanyakkannya memberi pendapat yang sangat2 negatif atas keputusan yang sedang dia lakukan.

Kadang2 orang luar yang bukan dari kalangan ahli keluarga kita, atau mereka yang hanya kenal kita secara luaran sahaja, lebih mudah mengeluarkan pendapat seolah-olah seperti mereka mengenal kita 10 tahun lamanya atau seperti mereka pernah hidup bersama kita.

Dan kebanyakkan pendapat dari golongan beginilah yang agak tidak sedap didengar, kurang cerdik dan hanya sekadar memberi pendapat ikut sedap rasa saja.

Itulah yang dilalui oleh kawan ini. Rata-rata rakan sepejabatnya memberi alasan, apabila sudah tidak bekerja, separuh pendapatan keluarga sudah hilang, dan akan susah kemudian hari. Sehingga ada yang sanggup mengatakan jangan nanti terhegeh-hegeh nak kerja balik bila dah merempat tak de duit nak tanggung anak...nauzubillah hi min zalik
Sehingga begitu sekali kebergantungan mereka2 ini terhadap nilai sebuah gaji yang diperolehi...
Astagfirullah al 'azim...

Tapi kawan ni sangat kuat semangat, cekal hatinya
Itu sebab aku sangat kagum dengan dia.
Dalam ramai yang mencemuh, menakut-nakutkan dia, mencebik pilihan hatinya, sahabat dunia akhiratnya sentiasa mendampingi dia dan meniupkan kata-kata semangat.
Rezeki itu Allah yang pegang, bukan manusia
Rezeki itu ada di mana-mana hatta di bawah perut bumi
Manusia hanya perlu usaha dan tawakal, kurnia hanya dari Allah semata-mata.

Sejuk hatinya mendengar kata-kata peransang sebegitu dan semangatnya tidak luntur malah semakin kuat.

Tidak kurang juga rakan2 sekerja yang memujuk dia supaya kembali bekerja kerana khidmatnya masih diperlukan lantaran die juga seorang pekerja yang berdedikasi.
Tapi dia menolak dengan memujuk mereka dengan kata2 yang penuh sopan malah menghargai kebaikan dan keikhlasan tindakan mereka kerana itu tanda mereka sayang padanya.

Tapi apa yang aku nampak dia ini memang seorang yang berpegang teguh dengan konsep rezeki, malah seyakin-yakinnya dia meletakkan segala-galanya dia bawah kuasa Allah Taala. Sangat kuat hati dan imannya...segala-galanya diserahkan kepada Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Letak sahaja notis, dia mula berniaga menjual nasi lemak kerana dia mempunyai kepakaran dalam membuat sambal yang sedap. Sambil menggendong anak kecil di belakang, dan memimpin tangan si kakak, dia menjual di sekitar kawasan rumahnya.

Ketika ini dugaan makin hebat...Rakan2 sepejabat yang melihat situasi ini terus menghukum dengan mengatakan "Itulah, ada kerja elok nak berhenti, dah kene berniaga nasi lemak..kelek anak2 pulak tu..." Dan macam2 lagi kata cemuhan untuk dirinya..

Tapi kawan ini seorang yang sangat tabah, malah sentiasa tersenyum dengan kata-kata cemuhan mereka...
Beberapa hari kemudian dia mendapat tempahan yang sangat banyak untuk nasi lemak siap nak lauk beraneka jenis untuk majlis2 tertentu.
Malah berturut-turut pula tempahannya itu.

Siapa sangka rezeki dari Allah sebegitu cepat???
Sesungguhnya rezeki itu Allah yang pegang...

Kudrat yang Allah kurniakan padanya sungguh luar biasa. Tempahan beratus-ratus dia buat seorang diri.  Allah kurniakan dia anak2 yang pandai membawa diri. Langsung tidak menyulitkan kerja si ibu.

Ye la, dia seorang yang cekal hatinya, jadi bila betul niat di hati, memang Allah bantu mudahkan segala-galanya.

Beberapa hari kemudian, rezeki mencurah lagi dengan undangan beberapa orang yang meminta dia membuat kelas masakan. Dari merata negeri meminta dia untuk mengajar cara2 membuat nasi lemak yang sedap, sambal yang bermutu lagi menjilat jari, kek dan biskut yang hebat2, banyak sangat permintaan untuknya.

Adakah rezeki yang mencurah2 itu JAWAPAN dari Allah Taala atas doanya dalam setiap solat Istikharohnya?
Jawapan itu tidak semestinya datang dalam bentuk mimpi, ia boleh datang dalam bentuk hati kita sangat selesa dengan apa yang kita pilih, atau jalan yang dipilih membawa banyak kebaikan kepada diri kita atau rezeki dari jalan yang kita pilih itu begitu murah malah lebih nikmat dari sebelum ini, dan hanya kita sendiri sahaja yang boleh merasakan perasaan itu.

Aku kongsikan sikit luahan hatinya setelah beroleh segala kenikmatan tersebut.
Allah kurniakan padanya jalan rezeki yang sangat mudah malah ada yang sehingga dia sendiri tidak terfikir, jauh dari akalnya untuk mengharap sehingga ke tahap itu.
Allah kabulkan niatnya untuk bekerja di rumah dengan memudahkan urusan mencari supplier, mencari peraalatan, peruntukan modal yang asalnya kurang tiba-tiba menjadi begitu banyak hasil dari rezeki yang tidak disangka-sangka, serta rakan2 seperjuangan yang turut mahu bersama-sama menerajui perniagaan yang bakal dibina kelak.
Subhanallah..

Sekarang dia sudah ada perniagaan bakery sendiri dengan namanya sendiri. Permintaan terhadap hasil air tangannya tidak pernah henti2. Dari nasi lemak, kuih muih, biskut, kek, pencuci mulut, dan aneka manisan mampu dia sediakan.

Mungkin juga dia sudah ada pembantu sekarang. Alhamdulillah..
Undangan untuk mencurahkan ilmu masakan masih diterima, malah sehingga ke Sabah Sarawak.

Cemuhan2 mereka juga sudah lama tidak kedengaran. Malah dia semakin gembira dan bahagia dengan jalan yang dipilihnya. Dia sendiri mengatakan perasaan itu tidak sama seperti ketika die bekerja dahulu...satu perasaan baru yang sangat2 nikmat dan dia ingin terus menikmati perasaan itu bersama2 keluarganya sehingga mana Allah mahu memberi kepadanya.

Kisah hidupnya sedikit sebanyak aku jadikan pedoman dalam meneruskan kehidupan aku. Semangat kentalnya itu yang sangat2 hebat malah tidak semua orang mampu dan sanggup untuk melawan segala hasutan, kutukan, cacian, cemuhan malah kata hati sendiri pun belum tentu kita mampu untuk melawannya apatah lagi yang diluar hati kita ini.

Tak kisah anda wanita bagaimana, sebab pilihan kat tangan anda, bukan kat tangan orang lain, bukan ikut orang, tapi datang dari hati anda sendiri.

Aku petik kata2 panel undangan Semanis Kurma minggu lepas, Dr. Noraini kot tak silap aku,

 Dr. kata bahagia itu kita yang pilih. Kalau kita rasa kita dapat bahagia dengan cara kita dan suami sama2 bekerja, teruskan kerana pilihan itu kamu yang pilih. 

Kalau kita rasa kita boleh merasa bahagia dengan cara berjauhan sebab suami atau isteri bekerja lain kawasan, daerah atau negeri, dengan tujuan bersama-sama mencari rezeki untuk keluarga atau kerana menyambung pelajaran dan hanya bersama pada masa2 tertentu, teruskan pilihan itu kerana cara itu yang kita pilih.

Tapi kalau kita merasa kita boleh bahagia dengan sama2 berada di bawah satu bumbung, tak boleh berjauhan kerana tidak merasa bahagia, salah seorang dari kita perlu berubah, berkorban atau melakukan sesuatu untuk wujudkan rasa bahagia itu sebab bahagia itu kita sendiri yang pilih dan tentukan.

Begitu lah juga dalam menentukan untuk seorang wanita itu bekerja makan gaji atau bekerja sendiri di rumah sahaja.

Kalau kamu bahagia dengan cara kamu dan suami bekerja makan gaji, teruskan kerana cara itu kamu yang pilih dan bahagia itu kamu yang rasa.

Tapi kalau kamu merasakan kamu bahagia bila kamu berada dirumah, menjaga anak2, menjaga rumah, dikurniakan pula perniagan sendiri di rumah, teruskanlah kerana cara itu juga yang kamu pilih dan bahagia itu juga kamu sendiri yang rasa.

Semua terpulang pada rasa yang ada dalam hati masing2
Yang penting bahagia itu kita yang pilih, kita yang cari, dan kita yang tentukan bagaimana keluarga kita mahu bahagia.

Setiap apa sahaja yang kita ambil, yang kita pilih, kalau memang niat semata-mata kerana Allah, kerana suami, kerana anak-anak, kerana keluarga, in shaa Allah ada bahagian masing2 yang Allah dah tentukan, Yang penting berusaha, doa dan tawakkal yang tak pernah putus-putus pada Maha Pemberi Rezeki.

Semoga Allah sentiasa merahmati semua kaum wanita yang sentiasa berkorban untuk ahli keluarganya ke jalan Allah S.W.T.
In Shaa Allah...

As-salam :) :) :)









No comments:

Post a Comment